السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-01-2015
Kecoh betul isu artis K-pop yang buat konsert di Life Centre KL minggu lepas. Gempar seluruh negara dan dunia media sosial di pagi Ahad lalu.
Saya tak tahu artis Korea yang mana (saya layan drama jer, muzik Korea saya tak tahu langsung). Saya tunjuk pada Chak dan Alia. Sekejapan itu depa sebut nama grup tu. Amboiii... but depa tak heran plak konsert tu sebab itu bukan konsert sepenuhnya pun. Sekadar fans-meet jer.
Beribu komen, andaian, kritikan dan nasihat. Saya ada 4 anak dara yang juga sangat minat K-Pop lalu saya taknak komen banyak.
Rumusan saya; rata-rata marah kerana isu itu melibatkan gadis Melayu bertudung. Nampak sumbang dan tidak manis, itu sebahagian komen.
Saya cuba kaitkan perlakuan itu dengan salam, peluk-dakap dan laga pipi dalam kehidupan sosial masyarakat hari ini. Rasanya dah lama cara sebegitu diamalkan oleh orang Melayu kita. Dunia artis terutamanya. Setuju?
Pernah hadir konsert/dinner show Minggu Setiausaha? Sekadar contoh. Pernah tahu berapa ramai setiausaha (majoriti wanita) yang juga over-excited bila artis terkenal yang diundang khas. Contoh: Anuar Zain. Berapa ramai makcik-makcik yang juga naik pentas peluk cium pipi Anuar Zain?
Dan pernah lihat bagaimana para artis kita (tidak semua) cara depa bersalam and say hello sesama depa? Salam laga pipi tak kira lelaki pompuan.
Lalu bila yang bertudung buat, nampak 'sangat' salah. Habis tu, kalu yang tak bertudung buat, tak salah ker?
Tayang-tayang:
Bila saya tak lalu makan....
~...seringkali sudah SERI BULAN menyebut-nyebut akan hasrat hendak meninjau lembah di sebelah baruh sambil cuba nanti mengintai batang pokok meranti yang konon ditoreh namanya dan jejaka idaman, tetapi HISYAM bagai cuba mengelak jangan-jangan ada nama lain terukir sama..~
yang bertudung nampak sumbang, yang tak bertudung..orang akan kata..ala biasa la tu, lebih pada tu depa bole buat.
ReplyDeletetudung bukan bayangan iman, ada yg bertudung sekadar fesyen, sekadar nak gi keje, sekadar malu sbb org lain bertudung, so benda tu tak pelik, cuma mmg menjatuhkan maruah islam, org akan kata..ala sama je depa tu, bertudung ke, tak ke..semua bole beli..
Kebetulan - topik kita hampir sama hari ini...
ReplyDeletehhhmmmm.. tepuk dada tanya diri sendiri jew kot.. sukar nak dihurai benda dah jadi kak.. hehe
ReplyDeletePak Tuan tanya betul ke yang bertudung tu Islam. Dia lebih melihat isu tersebut sebagai provokasi melampau seperti kes pegang anjing. Aina hide kan semua post kawan2 tentang isu ini sebab banyak sangat maki hamun dalam komen terhadap post2 tersebut. Malu bila anak2 baca wall mak.
ReplyDeleteassalamualaikum dn singgah follow sini, baru je baca kakcik punya blog, sama cerita, diakhir zaman ni mcm2 cerita keluar lepas satu satu, subhanallah..
ReplyDeletemacam macam cerita keluar sekarang ni
ReplyDeleteSaya ada pandangan yang berbeza sedikit tentang isu ini. Tapi kalau saya kupas, mungkin ramai yang tidak setuju. So, I better reserve it, kak. Anyhow, saya setuju dengan pendapat akak. Amal Ma'ruf Nahi Munkar. Nak tegur satu, tegur semua. Jangan pilih bulu dalam berdakwah.
ReplyDeleteKak zai setuju sangat dengan pendapat azie. Ada yang gila artis bollywood pun berlaga pipi huhu...
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeletebegini... bagi kak Ratna apa yang dimaksudkan oleh ahli agama ialah menekankan apa yang seharusnya diketengahkan bahawa kepada yang bertudung/menutup aurat semesti wajibnya berperilaku yang setanding dengan penampilannya yaitu sudah berpaksi kearah kebersihan akhlaknya sebagai seorang muslimah yang boleh dicontohi, semoga para muslimah kita khasnya anak-anak remaja kita peka dengan tatasusila Islam pabila berada dikhalayak ramai bagi menjaga akhlaknya... ramai yang menolak (semata untuk membela dirinya) akidah kepercayaan yang berkaitan dengan dalil itulah yang disuarakan oleh ahli agama karena perihal tersebut tidak boleh diambil ringan dimana ramai yang pandai memalsukan kepercayaan tersebut bagi mengkaburi kefahaman muslimin yang ilmu agamanya cetek maka ceteklah penerimaan mereka terhadap akidah karena tidak yakin dan sering lalai terhadap hukum & hakam agama yang senang dipersendakan mengikut selera memasing !
Tidak bertudung lagi berganda-ganda dosanya, pertama sudahlah tidak bertudung dengan tingkahlaku yang sumbang itu, jadinya lumrah dilemparkan dengan tokmahan yang kesat, inikan pula yang bertudung sebagai lambang seorang muslimah yang sempurna akhlaknya, mengapa menjatuhkan keluhuran tersebut dengan aksi-aksi yang sumbang? Begitu juga dengan perempuan dan lelaki kita yang bernama selebriti seharusnya diperbetulkan terutama sekali pengarah filem dan drama itu yang perlu dikutbahkan dahulu !
Kita boleh berfikiran secara terbuka yang katanya modern akan tetapi pengaruh kebaratan yang orang kita ketimuran tirukan itu tidak sesuai samasekali dengan tata susila agama mahupun tata susila peradaban tradisi kita... malang sekali kita mahu dianggap maju dan modern namun bercanggah dari kebenaran islam yang sebenar-benarnya.
Salam mesra.
klu nak ikuttkan mmg ramai lagi kat luar sana yg buat perkara yg sama . bezanya bertudung n tak je . jadinya bila bertudung , kenalah jaga akhlak sesuai dengan muslimah sejati ...
ReplyDeleteSpeechless
ReplyDeletemanusia semakin hilang pertimbangan baik dan buruk..malu sangat apabila diri mengaku islam tapi masih melakukan perkara yang haram..huhu..semoga Allah ampunkan dosa kita semua
ReplyDeleteJauhkanlah dari perkara yang tidak elok dari mendekati kita semua..
ReplyDeletebudak2 sekarang memang minat K-pop ni, termasuklah anak saya...sebagai ibu saya hanya menasihatinya agar tidak keterlaluan minat dgn artis2 ni...semoga kita semua berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah...
ReplyDelete