Tuesday, January 27, 2015

Membuangnya bukan makna tidak lagi sayang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-01-2015


Menyambung ayat tajuk di atas:
....tapi bengang!

Sebab Chichi dah pandai ganas. Ibunya si Meow tu pun dah pandai selongkar meja makan. Tak makan saman.

Cubaan menghantar Meow ke tempat lain sudah dibuat sebanyak 3 kali. 3 kali okeh! Mula-mula hantar dalam area taman tapi selepas 2,3 hari dia naik rumah semula.

Kerana geram saya sendiri hantar Meor ke Ampang. Jauh tu. Naik motor 15 minit. Mengejutkan bila selepas 4 hari dia boleh ada depan pintu semula. Adoi laaaa...

Terbaru semalam, dia selongkar meja makan tarik tudung saji dan jatuh-pecahkan mangkuk kaca kesayangan saya!


Contoh mangkuk kaca saya yang pecah, tapi lebih besar dari ini. Aduhai... memanglah harta dunia semata tapi beli dengan duit youuu...!

Saya tak kisah bebudak ni sayang dan manjakan kucing (sampai shampoo dan susu Chichi pun lebih mahal dari shampoo saya) tapi kalu dah pandai nak jahanamkan harta benda dalam rumah... Mak memang marah!


Cubaan untuk menghantar Meow ke tempat lain sedang dirancang. Kali ini kena hantar jawoooooohhhhh...!

Chichi belum boleh dipisahkan dengan 3 anak dara tu. Takut demam pulak masing-masing. Alahaiii serba tak kena.

Mak pening...!





 ~...kedua-dua antara SERI BULAN dan HISYAM rupanya sama perangai, penggeli lipas penakut tikus tapi bila kucing melompat ikut tingkap menyorok bawah atang dapur depa yang melatah lebih...!~




5 comments:

  1. alahai kesiannya dgn Meow tu..tapi apa kan daya kan..keputusan harus dibuat juga..

    ReplyDelete
  2. Aina ada 3 ekor kucing kat rumah 2 ekor baik je cuma bial main lari2 susah lah nak baring2 depan tv, terkena cengkaman dan luka tu dah biasa tapi yg sekor tu suka sangat terbalikkan tong sampah, panjat meja dan curik ikan dalam singki. Bertabah jelah Kak Azie sebab Hikram sayang sangat dengan kucingnya boleh tak tidur malam kalau kucing tak balik rumah. Ikut abang dan kakak memang depa suruh buang ja.

    ReplyDelete
  3. Saya pun mengalami situasi yang sama. Nak buang atau nak bagi kat orang lain
    tak sampai hati.

    ReplyDelete
  4. Salam AA,

    kak Ratna udah mahu nangeeeeees... anak kucing jangan sekali dibuang karena ianya umpama satu amanah terhadap kesejahteraannya meskipun memberi masa'alah luaran yakni ringan, alkisahnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam nabi kita sampai hati memotong lengan jubahnya semata tidak mahu mengganggu anak kucingnya sedang enak bobok/tidur dalam arti kata tidak sampai hatinya Beliau melihat anak kucingnya dibangunkan dan lebih rela jubahnya cacat tanpa berlengan...
    Apa-apa pun keputusan AA yang berhak memutuskannya, cumanya kak Ratna punya rasa hati belas kasihannya begitu tebal... dengan hanya melihat Honey Aristocat didalam lamunan mimpinya (sedang bobok tidur) kok hiba sayu syahdu serasa dihati seperti disuruh menangis... disini Peranchis kisah sianak kucing yang kembali balik ke rumah tuannya menjadi berita besar dimana sianak kucing berjalan hampir setahun menuju kearah tempat tinggal baharu tuannya yang sejauh 800 km boleh sampai tercegat dihadapan pintu dan mereka satu keluarga begitu terharu didalam tangisan gumbira karena semasa mahu pindah sianak kucing tetiba keluar dari rumah dan sebelum berangkat pergi mereka sebok mencarinya dan malang sekali dipanggil tidak berjawab... bayangkan seekor anak kucing boleh berjalan jauh berbekalkan kasihsayangnya terhadap kita begitu setia dan tabah merentas segala kesusahan di sepanjang perjalanannya demi untuk kembali ke tuannya karena tahu isi rumah tersebut punya kasih dan belas kasihan hati nan murni...
    AA begitu arif bahawa kucing adalah "sahabatnya" Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam padanya Beliau kucing adalah haiwan nan suci, demikian sejahterakan lah kehidupannya...

    Kemaafan dipinta jikalau kak Ratna bunyinya terlalu mendesak... sekadar menyatakan rasa hati, itu sahaja.

    Salam mesra.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails