السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SABTUDAY
28-02-2015
RESAM seorang blogger. Tidak rela membiarkan blog sendiri terbiar tidak bergerak sekian lama.
Terimakasih kerana memerhatikan. Saya tidak mahu menyebut perhatian kerana itu bukan tujuan.
Walaubagaimana pun (ehhh skemanya ayat), saya mengaku sebenarnya tiada sebarang cerita untuk ditulis juga tiada sebarang berita untuk dihebah. Semuanya biasa biasa saja.
Permulaan tidak semestinya sama dengan pengakhiran. Hidup pun macam tu kan? Mana pernah sama tiap hari. Merujuk kepada saya sendiri yang lately mood macam graf harga minyak dunia... turun naik ibarat harga saham yang nenjadi dambaan pelabur melihat ianya naik dan naik....
Saya tidak mahu memaksa diri pun. Buat masa ni rasa nak tulis, saya hentam saja.
Perkembangan terkini (yang sedia kala kembang), minggu-minggu yang sedikit longgar sejak musim CNY yg mana ramai yang bercuti panjang hari tu. Projek sedikit kurang lalu department saya mendapat ruang untuk tidak OT (balik sharp 5pm) sepanjang minggu. Yeayyy! (Namun telah berakhir semalam dan minggu depan kena OT semula). Apapun saya suka!
Membiarkan diri larut dalam kesibukan kerja sesuatu yang tidak pernah saya kesalkan. Saya masih berada dalam golongan orang suka kerja wpun saya tidak muda dah... yup tenaga mungkin tua tetapi kekuatan jiwa dalam cabaran kerja saya masih boleh dipuji. Cewahhhh! *tekan lif sendiri.
Last... "aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, semua...?"
Tayang-tayang:
Gulai Lemak Cili Padi Ikan Masin + Nenas. Bagi tekak saya adalah gandingan terbaik. Bekalan saya. Bukan rajin mana pun tapi nak makan nenu beli sudah sampai ke paras jemu. Aduhai...
~...kiranya benar rupanya kata-kata nasihat Mak Utih dulu bahawa jangan terlalu mengharap hati dan ruang dalam jiwa seseorang kerana sekelip ia berkalih arah ada saja alasan untuk marah, lalu SERI BULAN jauh lebih sedar diri bahawa HISYAM walau sangat baik pun tetapi dia tetap seorang lelaki biasa yang selalunya terkurang masa...~