Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 22: ulangsiar @ gunasemula header Raya lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
09-07-2015


Kurang lebih tinggal seminggu saja menjelang Syawal. Dah tentu ramai yang dah tak sabar nak balik kampung untuk beraya or bercuti panjang.

Saya berjaya dapat cuti selama 5 hari, plus cuti umum dan Sabtu Ahad, menjadikan cuti saya adalah 10 hari sepanjang minggu. Tetapi saya harus mulakan cuti selepas Raya, means hari terakhir Ramadhan Khamis tu saya masih kerja ya.

Persiapan? Masih tradisi biasa. Sederhana. Anak-anak yang kerja beli sendiri keperluan depa. Itupun depa tak beli baju sangat pun. Baju lama masih cantik. Dak Amoi gunapakai baju dinner haritu plus baju Raya baru saya yang mengecut tu saya korbankan untuk dia.

Yang lain-lain masih guna yang lama. Tiada cacat cela dan saya yakin tidak akan tercemar pun sambutan Raya itu jika tak pakai baju yang baru. Sayang betul baju kurung lama yang jarang dipakai. Lagipun ada 4 orang perempuan, banyak baju kurung yang diturun-temurunkan.

Kuih raya pun beli 2 3 jenis saja buat syarat bila kawan-kawan menjual di tempat kerja. Sekadar memenuhi minat anak-anak dan sebagai buahtangan balik kampung.

Bagi yang dapat bonus tentulah seronok nak beraya, kan? Sebaiknya bersederhana dan berjimat. Minyak mahal wooo...

Tayang-tayang:


Header Raya saya. Gunapakai yang tahun lepas juga. Tak sempat nak buat yang baru. Sibuk tak boleh dijangka. Bulan posa pun ada banyak projek mendadak terutama bila nama tersenarai untuk berada dalam team rebut tender.

Saya hanya edit mana yang perlu. Asal saja header ada tema Raya. Sesuatu yang saya suka.

Jika nak ikut nafsu, semua benda kita nak tukar baru, yer dak?




 ~...mengikut Mak Utih ke pasar minggu sambil dikawal ketat oleh HISYAM dari belakang, SERI BULAN tiba-tiba teringin hendak berbuka dengan sirap selasih yang jernih merah walau tahu HISYAM lebih gemar Teh Tarik Mamak Khurta, tetapi bila melihat Mak Utih membeli tembikai merah menyala dan HISYAM mencapai setangkai laici bulat-cekang, SERI BULAN tahu HISYAM yang prihatin bukan hanya dirinya seorang...~




10 comments:

  1. Betul kak.. minyak mahal oooo...
    Tahun ni lebih kepada berjimat tapi anak-anak tetap diutamakan..

    ReplyDelete
  2. kami cuti pendek jer tahun nie.... huhuhu sedihnya pertama kali raya balik kampung waktu singkat

    ReplyDelete
  3. Aina setahun sekali je buat baju kurung, beli kasut baru...so time raya memang tunggu2 sangat sebab boleh buat baju baru dan beli kasut baru...ehehehe...

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. saya cuti raya panjang tapi tetap raya kat kl.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kalau dah edit tu... kira yg baru le tu...

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama kak. Saya belum timbul pula selera untuk beraya. Dok masih sibuk bekerja. Kuih raya...mungkin sekadar kerepek 2-3 jenis. Saya jarang ada tetamu di rumah...

    ReplyDelete
  8. baru sempat buat kueh raya sejenis je..langsir pakai yang lama jer..sbb kitaorg balik kg pun dah seminggu..:)

    ReplyDelete
  9. Rata2 rasanya ramai yg sambut raya sederhana saja, yelah...yg rasa istimewa ni rasanya anak2 je, diorg yg sakan, retis pun sakan juga...hi hi, bagi kita yg teruja sbb bole cuti, kumpul ramai2, nk balik kg pun myk mahal, hu hu.

    ReplyDelete
  10. Cuti panjang... sambung kenduri sambung suami meeting kat area penang lagi....mmm baju raya tak beli lagi...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails