Thursday, January 10, 2013

MyBONDA menginap di hospital...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
10-01-2013


Khamis, MyBONDA dimasukkan ke wad kerana penyakit kulit yang agak serius. Sakit kulit tu agak lama, berulang-ulang. Lately dalam sebulan, penyakit tu semakin serius lalu MyAbangLong  bawa jumpa pakar kulit lalu dinasihatkan mendapatkan rawatan susulan dan berterusan. Kena la tahan kat wad (Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam).

Penyakit kulit eczema – a medical condition in which patches of skin become rough and inflamed, with blisters that cause itching and bleeding, sometimes resulting from a reaction to irritation (eczematous dermatitis).

Selesa. Bilik Eksekutif.


Seluruh badan terutama kaki dan tangan menjadi merah macam kena bakar. Gatal dan rasa miang. Asyik menggaru saja.

Menurut doktor, mungkin pengambilan ubat yang banyak sejak bertahun-tahun. Maklum MyBONDA ada sakit tulang (osteoporosis), juga banyak ambil supplement. Kerana umur (74) dan keuzurannya, mungkin badan dan darah sudah tidak dapat menerima dos ubat tersebut, lalu darah bertindak ‘menolak’. Lebih kurang gitulah citernya. Kesan jangka panjang. Syukur juga dia tiada penyakit serius lain. No darah tinggi, no kencing manis, no sakit jantung.

Terimakasih teman blogger AKUZLE AYU yang turut menemani saya menjengah MyBONDA.


Juga teman blogger AZIAN ELIAS yang siap bawak kek SR yang sedap utk MyBONDA. Indulgence yang lazat boleh makan ulang-ulang, sebab dalam bilik dia ada peti sejuk untuk simpan.



Juga MyAdikBongsu, anak menakan dan Dak Amoi yang ambik cuti halfday, tapi sambung buat keja dari dalam bilik. Ada wifi-free.

Terimakasih atas doa dan ucapan untuk MyBONDA.



~...melihat hanya Pawang Jusoh yang nampak menguasai perubatan di Kampung Separuh Desa dan Bidan Piah yang nampak gah, SERI BULAN mula cuak jika suatu hari nanti dia jatuh sakit atau demam berjangkit...~








Ikan Bakar Kg Dato Abu Bakar Baginda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-01-2013


Semalam pagi, saya ke Serdang (area kawasan institut dan pusat latihan) berjumpa beberapa orang client lama untuk urusan serah-tugas beberapa projek yang saya handle dulu. Kerana saya tidak dapat menyambung tugas dan juga menolak tawaran mereka, semua projek harus diserah.

Jika diikutkan, saya boleh saja buat tak tahu. Pandai-pandailah client tu nak buat setting semula, atau staf mereka kena design semula semua journals tu, tapi saya serahkan juga semua default/template tu untuk memudahkan mereka.

So, apa yang saya terima dari editor itu ialah, “Baiknya awak...” Ok, saya rasa lega dan puas hati.

Keluar dari kawasan itu hampir tengahari lalu singgah mencuba ikan bakar. Saya tak pasti nama area tu sebab ingat-ingat lupa. Rasanya medan selera Kg Dato Abu Bakar Baginda. Tepi jalan. Dalam area Serdang.


Saya ambil Keli Bakar (semuanya besar betul) yang didatangkan set dengan ulaman timun, peria separuh dan daun selom.  Saya tambah Kerabu Mangga yang pada saya sangat enak!

Kelinya sedap.


Satu set lagi ialah sotong bakar. Sambal cecahnya manis manis pedas. Sedap walaupun pedas sampai separuh jalan balik pun tak hilang lagi.

Kalu nak cuba, memang tak rugi. Dua orang makan kosnya RM18.20 sahaja termasuk air. Ok la tu, kan?


~...acara bakar-membakar memang sentiasa menjadi kegemaran HISYAM sejak berada di kota lagi dan apabila berada di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN seorang yang diarah dikerah memerun sabut kelapa membakar tempurung hanya untuk seekor pari..~









Krisis air: rekod peribadi saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-01-2013

Bermula tahun lepas, 29 Disember 2012.

Ahad 30, air masuk beberapa jam sahaja.

Sehingga Khamis 3 Januari, air masuk dari pukul 3 petang sehingga tengah malam pada hari yang sama. Kira-kira 11 jam sahaja.

Kering semula sehingga 7 hari kemudiannya iaitu hari ini. 10-01-2013 Kira-kira jam 12.00 tengahari tadi air sudah mula naik semula. Tak tau berapa jam dia nak bagi.

Situasi sekarang: tadah air sakan-sakan...!



~...belum pernah terfikir di benak SERI BULAN untuk mengira berapa keping sudah surat dari HISYAM di bawah tempurung hujung ampaian yang dikirim belum termasuk yang basah lencun tidak dapat dibaca dan dibau bedak talkumnya...~









Wednesday, January 9, 2013

“Mak mana?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
09-01-2013


Biasanya, between saya dan MyToklaki kalu sembang tentang MyBonda (mak saya) dan mak dia kami akan sebut sama ‘mak’.

So dia kadang-kadang keliru, contoh:

Saya: “Mak ajak balik balik kampung.”
Dia: “Mak mana?”

Memang, bila dia tak berapa jelas dia akan tanya soklan tu.  Bab ayah tak pernah, sebab MyAyah sudah lama meninggal, dan ayah dia disebut Abah. Never confuse.

So bila siang tadi saya bagitau dia, “Mak masuk spital.”

Spontan dia tanya, “Mak mana?”

Saya pandang dia. Dia tergamam sekejap.

Saya: “Mak mana lagi yang kita ada?”

Ohhh... oh.


*bagi yang belum mengerti, mak mertua saya sudah meninggal pada 10 Disember lalu (esok genap sebulan).

Terimakasih kepada teman-teman yang mendoakan MyBonda segera sembuh.








Tuesday, January 8, 2013

“Ingat janda takda perasaan ker?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-01-2013


Betul kah kata orang, bila seorang wanita yang berpisah atau dalam kata mudah; bercerai, akan berubah.

Perubahan ketara adalah penampilan. Rupa fizikal. Imej. Atau bahasa mudah berlapik ‘macam orang tak puas bujang’.

Pernah jumpa tak?

Tak kira kat kampung apalagi yang kat bandar. Bila bergelar janda (sori, itu jer perkataan paling tepat), akan membuat perubahan. Paling parah, bila yang bertudung tetiba buka tudung. Kes macam ni, saya pernah jumpa. Bab dressing baju, lagi la banyak kita jumpa. Alasan: dulu jaga nama baik suami, sekarang dah takda suami so tak perlu nak jaga sangat dah. Erk?

Samada alasan selain dari nak tunjuk kat bekas laki, atau ada alasan lain mereka tetap akan membuat perubahan sedikit, kan?

Setuju tak?

Sebab itu, kita selalu dengar janda dituduh mengorat laki orang. Kerana segelintir yang buat, wanita yang tak terlibat, tak berniat nak buat pun, habis terbabit sama.


*Dari drama best “Ajaibnya Cinta.”

Zaman moden sekarang, hampir semua kita sudah boleh menerima status orang bercerai. Kerana depa pun ada perasaan juga.




~...HISYAM semakin rimas bila bukan sahaja anak dara yang sudah mula pandai nak main kirim salam, tetapi seorang janda yang belum menjadi rebutan sesiapa juga sudah cuba masuk barisan...~








Rindu men-Nescafé...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-01-2013


Wahhh mentang-mentang saya masih ‘bercuti’ banyak masa pula nak blogging ya... Inilah masanya pun.

Air masih belum mari seperti yang dijanjikan MEREKA. Takpa. Masak tetap masak. Walaupun saya tak upaya nak masak sakan-sakan tapi menu utama lauk pauk wajib la kena ada. Bebudak balik skulah kompom la lapar.

Semalam saya masak ini: Sambal Tumis Ikan Bilis + Petai


Petai dibawa oleh seorang kawan, seorang sahabat yang sudah kami berkenal begitu lama. Kebetulan dalam perjalanan ke Ipoh untuk ke Melaka menghantar si isteri yang bertugas di sana (mereka ni weekend husband-wife). Singgah di rumah seorang sahabat lain di KL, tetapi agak sayang saya tak upaya hadir pada malam pertemuan itu.

Apapun terimakasih banyak, atas ingatan. Beberapa tongkol jagung juga dikirim sekali, sudah saya buat Cucur Jagung petang semalam.

Sejak tidak lagi harus ke tempat kerja, saya juga automatik berhenti mengambil Nescafé. Sekarang saya rindukan suasana men-Nescafé di tempat kerja. Muq sudah disimpan dalam kotak, hanya akan keluar bila saya mungkin bekerja kembali nanti.

 Saya ada 2 muq khas untuk diguna di tempat keja.

Pic kredit: OhBulan!

Dalam Twitter, ada orang kata gaya Aizat macam tengah buat iklan Nescafé...!




~...walau Mak Utih sedia hafal apa yang digemari oleh bujang kesayangannya tentang minum petang dan menyarap pagi, tetapi tetap tidak boleh menandingi segala yang dia tahu tentang Pak Utih lalu apabila SERI BULAN cuba mengambil alih, HISYAM merajuk kerana terminum Teh Tarik terlajak sejuk...~







Saya dah sebut, entri guna ejaan sms tidak akan masuk senarai saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-01-2013


Bukan saya tidak mahu senaraikan blog-blog tu, tetapi bila saya masuk baca entri saya kena jadi macam budak mengeja, lalu saya letih. Letih ok lagi, tapi pastu saya bosan.
Saya ni orang tua, saya tak berapa pandai nak baca ejaan-ejaan ringkas macam dalam henpon canggih awak tu. Sungguh.

Jadi maafkan saya. Saya terpaksa untuk tidak lagi masuk membaca entri di blog awak. Saya nak puji, blog awak cantik, tapi tulisan awak saya dak berapa nak paham!

Sori Berlori...!

****


Janjinya air akan masuk pada hari Selasa. Mana? Mana?


~...bila air hujan memberikan irama indah di bumbung rumah Teratak Nyatuh, HISYAM terus terasa hendak menarik tangan SERI BULAN turun melangkau tangga bermain becak air bermandi hujan di tengah laman...~










Monday, January 7, 2013

Ehh.. kenapa saya pulak yang menangis nih?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-01-2013

Tadi Chak dengan Alia bergaduh adik beradik. Riuh rendah.

Si Omak naik tensi, bagi kelepek sorang sekali.

Chak merajuk, langsung bawa tidor. Kompom la esok dia mengkut dan kemudian akan boikot saya.

Adehhh... kenapa saya pulak yang menangis nih? Uhhh tak suka! Tak suka!



~...jika apa yang disebut merajuk itu boleh dibeli saja bertimbang-kati di kedai Seman, sudah lama SERI BULAN mahu membeli secara ansuran sebulan lima kilo demi menebus rasa bengang dan bersalah pernah bersangka HISYAM pengecut berlari pecut...~







Jom sambung angkut air sesi petang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-01-2013


Mentang-mentang saya masih belum kerja, semua citer kat tv saya nak layan. Lepas bebudak pegi sekolah, saya takda sapa nak layan. So sementara tunggu semua orang balik, saya ada banyak masa untuk layan macam-macam siri.

Asia Next Top Model yang diadakan dan dirakam di Sentosa, Singapura. Terbaru, peserta dari Malaysia, Melissa akhirnya tersingkir walaupun disebut sebagai pelajar terbaik sebab attitudenya yang sopan, ceria dan tenang. Sehingga kini, belum tahu siapa yang ke final dan juara. Masih berlangsung, dan masih ada 6 orang bertanding.

Tayang-tayang:

FM dari Singapore, kawan saya pergi ke sana 2 minggu lalu.


FM Australia. Dari kawan Dak Amoi.


FM dan keychain Vietnam, dari teman blogger Junaina yang bercuti ke sana beberapa bulan dulu.


Jom sambung angkut air sesi petang!



~...jangan tanya apa-apa...~








Menghitung hari, janjinya Selasa, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-01-2013


Dalam berita, begitulah dilaporkan. Lalu saya tiada pilihan selain dari terpaksa percaya.





Yang tak kena senang cakap, sabar.. sabar. Agak-agak kalu saya (kami) jenis tak sabar, tong hitam yang macam gajah Siam tertonggok tu, masih ada lagi ker kat situ?




~...HISYAM tiba-tiba teringin Cendol Pulut sedang SERI BULAN masih menanti babu roti melintas lalu...~







AJL 27: Persembahan penutuplah sebenarnya JUARA di mata saya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-01-2013



Sejam setengah waktu permulaan AJL, saya tertinggal sebab melayan tetamu yang datang.

Bila tumpu semula,  sedang lihat persembahan kumpulan apa ntah. Jadi tontonan saya hanya bermula dari persembahan Black dan seterusnya. Mujur sempat lihat MOJO.

Malas nak komen keseluruhan program, sebab tidak banyak berbeza tidak banyak perubahan. Majlis anugerah yang semakin menjadi majlis anugerah yang ‘biasa’ saja. Pengacara biasanya bertiga, kini cuma FBI dan Sheril. Sebab terlalu biasa lihat mereka, lalu kita tidak lagi melihat sesuatu yang berbeza, kan?

Saya tingin nak tengok persembahan Shiela Amzah, tapi terlepas. Sebab thru Twitter, ramai puji persembahan dia. Hmmm...? Amy Search pun saya terlepas. Takpa.

Apapun saya suka Aizat nyanyi lagu Terukir Di Bintang dengan cara dan gaya dia itu. Style dia best! Paris dowh...! Misai ntah-ntah jenis tempel saja. Hahahaha! But he cute!

Persembahan penutup?

Perasan tak, setiap kali banyak majlis anugerah muzik, selalunya persembahan penutup sebenarnya adalah JUARA di mata penonton. Persembahan penutuplah sebenarnya yang sangat istimewa, penampilan insan-insan muzik yang hebat suatu ketika dulu atau yang semasa.

Menampilkan rockers Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey, Ramli Sarip dengan lagu-lagu popular mereka benar-benar memikat hati saya (kita). Persembahan gitarist yang hebat; Man Kidal, Rudy Kristal (budak muda ni akan jadi macam Edry Hashim or Man Kidal jugak la suatu hari nanti), Edry Hashim sendiri... oh persembahan depa! Rock bebehh...!

*Text di atas ditaip semasa program sedang berlangsung. Jadi keputusan di bawah tidak mempengaruhi tulisan dan komen saya.


Keputusan:
JUARA LAGU: Terukir Di Bintang (lagu Yuna, nyanyian sepatutnya Yuna tapi Aizat) Nak kena orang lain nyanyi baru boleh menang kah? hehehehe
Kedua: Idola (lagu Eddi Mok, nyanyian Azlan & The Typewriter)
Ketiga: Ku Akui (lagu Ajai, penyanyi Hafiz)
Persembahan Terbaik: Black & RJ (simple, less dramatic tapi class!)
Vokal: Hafiz (menang lagi. Dak AMOI teka betul dia menang!)

Tahniah...!

See? Terukir Di Bintang!


 
~...SERI BULAN pernah memilih lagu ‘Budi Setahun Segunung Intan’ untuk menjadi lagu bersama tetapi HISYAM tidak pernah suka tidak pernah minat lalu dek geram keramat teramat hanya lagu katak berdengung yang menjadi ejekan kala perasaan mula tertekan...~








Sunday, January 6, 2013

Perkataan paberet saya: ‘kompom’!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
06-01-2013


Pernah ada perkataan paberet? Yang selalu anda sebut hari-hari?

CHAK selalu sebut, “kan..?” bila ada sesuatu yang dia setuju. Saya pun suka sebut tu.

Saya ada beberapa perkataan paberet juga. But lately, yang selalu saya dok guna ialah ‘kompom’ (confirm).

Tayang-tayang:.



Ubi kayu rebus + nyior + gula merah (sepatutnya brown sugar yang macam gula pasir). Kompom la dapat menggoda sesapa yang tengok, kan?

Apa perkataan paberet anda?




~...janganlah mudah terasa mengalah walaupun hampir semua keputusan banyak dipengaruhi oleh HISYAM tetapi sekali ini SERI BULAN tidak mahu berkongsi apa sahaja keputusan yang dibuat untuk menjadi berlawan teknik dengan Bidan Piah...~









Juara Lagu 27: saya mahu MOJO menang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Walaupun saya tak pernah follow walau sekalipun siri Muzik-Muzik tu, tapi setiap kali finalnya; Malam Anugerah Juara Lagu, saya memang nak tengok. Kerana malam final, tentulah lagu-lagu yang terpilih adalah lagu yang terbaik antara yang terbaik.


Sudah tentu juga lagu-lagu yang dipilih ditapis oleh juri-juri yang terpilih juga. Lagu yang tersenarai untuk bertanding di malam final esok ialah:
  1. Idola ( Azlan n the Typewriter ) — saya suka vokal Azlan
  2. Pelangi Senja ( Stacy ) — ok jugak lagu ini tapi saya tak pilih
  3. Terukir di Bintang ( Yuna ) — adakah Yuna akan mengulangi kejayaan?
  4. Anak Kampung ( Jimmy Palikat & One Nation Emcee) — lagu yang ori lebih best, bila join group tu saya rasa tarian mereka yang akan menguasai lagu
  5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira ) — layan lentok boleh lah.
  6. Tanpamu ( Amir Jauhari ) — saya tak pernah dengar lagu ni.
  7. Lagu ( Bed Room Sentuary ) — not bad.
  8. Teman Pengganti ( Black & RJ ) — ramai minat lagu ni.
  9. Ku Akui ( Hafiz ) — susah nak menang lagu ni, tapi sapa tahu?
  10. Simetri ( Hazama & Amy Seach ) — saya nak tengok Amy Search jer!
  11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo ) — yesss...! I like this song!
  12. Patah Seribu ( Shila Amzah ) — mana tahu, kali ini Juara Lagu milik dia?
Kenapa saya suka lagu Mojo Band?



MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music. Vokalis ialah jejaka muda berambut kerinting panjang yang nampak lain dari yang lain; Aweera (bekas finalis OIAM).  Yang best lagi komposer Edry juga menjadi salah seorang ahli band ini (pemain synthesizer). MOJO  memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin.

MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. (sumber Hotfm)


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com




~...HISYAM pernah buat lawak tak maharaja dengan menyebut suatu hari jika sudah tiada siapa di sisinya lagi, hanya SERI BULAN yang akan dipanggil menemani walau mungkin usia sudah penghujung senja..~










Saturday, January 5, 2013

ABON: “Ini sahaja program Astro yang saya ada...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Semasa SABON tersingkir minggu lepas dalam Maharaja Lawak Mega, Abon (Tuan Haji) berucap:

“Ada orang tanya saya kenapa saya masuk bertanding lagi walaupun sudah jadi juara. Saya jawab, inilah sahaja program Astro yang saya ada. Jangan diukur pada ramainya orang gelak. Tetapi kepada mesej yang dibawak.”

Yeahh, sangat jarang nak lihat wajah Abon di program Astro. Rasanya belum ada lagi. Mr Os tu langsung takda. Tetapi pelawak lain, kerap juga kita lihat. Kumpulan JAMBU, tak pernah menang pun, tapi ada program bersiri sendiri di Warna Astro. Lihat pelawak lain pun, kerap nampak muka di beberapa program Astro. Even Rahim (R2), Amir dan beberapa nama lagi tu pun pelawak tetap di beberapa program  di saluran Warna Astro. Padahal depa belum pernah menang apa-apapun.

Faktor? Umur atau rupa?


Begitulah senarionya dunia hiburan di negara kita. Sedih pun ada, kan?



~...sudah lama tidak menjamah Nasi Arab berberas panjang lalu semasa gotong-royong di surau, HISYAM sangat berharap dapat merasa nasi beras baru berlauk pucuk cemperai berkuah gulai ayam kampung hasil tumisan bersama SERI BULAN dan pasukan Mak Utih...~









The Thieves: filem box-office yang korang tak rugi tengok berkali-kali...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Minggu lepas saya ternampak promo filem box-office Asia bertajuk ‘The Thieves’. Macam best. Ada banyak sebab kenapa ianya ‘nampak macam best’. Pertama kerana ianya filem Korea. Saya pun dah terjangkit penyakit kemarukkan filem-filem Korea. And then, ada ramai pelakun Korea dan China yang berganding. Menjadikan filem ini sebuah filem box-office yang menjadi sebutan ramai kaki wayang sekarang ini.

Dak AMOI sendiri pun sebut filem ini memang best sampaikan beratur panjang orang beli tiket di panggung. So bila saya sebut nak langgan filem ni di Astro Best, semua setuju. Memang best dan berbaloi sungguh...! Dengan hanya RM10 untuk langganan selama 48 jam, kita boleh tengok berulang kali sampai boleh hafal plot. Puas dan menghiburkan. Nak baring boleh, nak meniarap boleh, nak menyandar boleh. Tak perlu beratur beli tiket dan duduk menggigil dalam panggung wayang yang kadang sejuk macam peti ais! (atau sengaja kasi sejuk so that couples boleh duduk peluk-peluk??)

The Thieves bermula apabila seorang pakar pencuri bernama Macau Park mengumpul beberapa orang geng pencuri profesional untuk bergabung mencuri berlian ‘The Tear of the Sun’ bernilai US$20 juta. Macau Park (lakunan Kim Yoon-Seok) mengatur setiap strategi untuk mendapatkan berlian bernilai tinggi itu. Setiap sepuluh orang dari mereka diberi tugas masing-masing.

Di sinilah kita rasa seronok melihat kepakaran setiap orang yang melakukan pelbagai teknik untuk mendapatkan berlian itu. Filem ni bukan banyak fighting sangat, tapi aksi tetap menarik dan hebat! Saya suka sebab setiap muslihat sangat hebat dan menakjubkan. Yeahh.. bukan senang nak rompak berlian bernilai US$20 juta, kan?

Kalu dah pencuri tu, tetaplah pencuri, kan? Setiap orang mempunyai tipu helah sendiri dan mempunyai agenda untuk kepentingan diri masing-masing. Cuma dalam pada itu, mereka tidak langsung sedar, salah seorang ahli mereka (Julie) adalah polis. Tiada siapa dapat meneka kerana bapa Julie adalah seorang pencuri juga dan merupakan kawan mereka suatu ketika dulu.

Dalam usaha mencuri berlian itu, akhirnya ada yang terbunuh. Di sinilah beberapa muslihat yang best kita tengok kerana berlian itu bergerak dari satu tangan ke satu tangan antara mereka kerana masing-masing hendak memiliki untuk diri sendiri.


Mereka bertemu di Macau dan berkumpul untuk membincangkan strategi dan posisi masing-masing. Lokasi berlian adalah di sebuah kasino di Macau.



Melihat cara Popeye (lakunan Lee Jung-jae), yang tidak suka Macao Park memegang bahunya, kita akan tahu antara mereka sebenarnya musuh dalam diam. Ada kisah di sebalik gandingan mereka sebagai satu pasukan. Kisah pengkhianatan dan cinta yang dirampas. Memang best. Walaupun ada beberapa scence flashback, tapi kita akan faham kenapa kemudiannya, Macao Park pun memasang ‘plan B’ dalam kes mencuri berlian ini. Antara mereka berdua ada dendam yang belum berbalas.



Pompuan comel itulah polis sebenarnya, Julie (Angelica Lee). Bapanya dulu pernah bekerjasama mencuri dengan Chen (Simon Yam), jadi mereka menyangka anaknya juga seorang pencuri. (Simon Yam tu walaupun dah tua, tapi maintain hensem dan lakunannya berkarisma).



Popeye berganding dengan Pepsi (Kim Hye-soo) menggunakan kepakaran mereka untuk memecah petibesi di dalam bilik khas untuk mendapatkan berlian ‘The Tear of the Sun’. Tapi betul ker berlian tu dalam peti besi tu? Ahaa.. kena tengok. Kelakar pun ada!


Jennycall (Jun Ji-hyun), seorang pakar memanjat, melompat dawai yang ditugaskan memecah masuk melalui tingkap. Best jer tengok dia melayang dari satu bangunan ke satu bangunan.

Ada beberapa lagi watak pencuri lain: Chewing Gum (Kim Hae-sook), akhirnya mati bersama Chen. Seorang lagi artis terkenal Korea: Jampano (Kim Soo-hyun), kalu tak silap pelakun ni memang top kat Korea.

Berlian yang diburu sebenarnya adalah milik seorang gangster lain. Lalu berlakulah kejar mengejar dan bunuh membunuh. Juga sebuah kisah lama yang tersimpan antara Macao Park dan Pepsee akhirnya terdedah juga. Sebuah kisah dendam yang terurai.

Yang kelakarnya, pandai pulak depa create replika berlian yang palsu untuk diletak ditempat berlian asli. Lalu berlian palsu tu pun bergerak dari satu tangan ke satu tangan juga.

Jadi siapa sebenarnya yang dapat berlian asli tersebut?

Jom kita tengok filem yang best ini...!



~...dendam lama jangan disimpan pendam terlalu lama, kalau pun tidak sampai menjadi pekasam setidak-tidak dendam akan menjadikan muka selalu masam dan HISYAM tidak mahu kerana dendam SERI BULAN juga, dia semakin hilang seri macam bulan tiada sinarnya..~









Friday, January 4, 2013

Duri by Fauziah Ashari – dari kertas menjadi kaca...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-01-2013



Tentu ramai yang sudah tahu, sudah tonton drama bersiri bertajuk DURI yang diadaptasi dari novel hasil karya penulis terkenal Fauziah Ashari, yang disiar di Astro Prima, setiap Isnin–Khamis.

Saya sendiri tak pernah miss lagi setiap episod, sebab jika terlepas yang petang, pasti akan tunggu siaran ulangannya pada hari yang sama, jam 9.00 malam.

Walaupun kita sedia maklum, apa yang dibaca tidak akan tepat or sama sepenuhnya dengan apa yang dilakun semula di kaca tv tetapi saya tetap melihat usaha sebegini suatu kerja yang wajar disokong. Setidak-tidaknya, hasil tulisan yang diangkat menjadi skrip dan sebuah drama (or filem) akan lebih mengiktiraf dan menghargai sesebuah hasil tulisan. Itu pendapat saya. (lupakan sebentar pasal komersil atau royalti)

Drama Duri dilakunkan oleh Shera Aiyob sebagai Sufi, Afiq Muaz (pelakun baru) sebagai Muzzafhar, Izzue Islam (dari kumpulan Fourteen) dan beberapa orang lagi. Pemegang watak antagonist Durrah ialah Marissa Yasmin, yang pada saya terlalu cantik untuk menjadi Durrah. Saya membayangkan Durrah itu berwajah garang, bengis, sedikit gempal dengan barang emas berselirat di badan dan kelihatan angkuh dengan kekayaannya sehingga sanggup merendahkah taraf suami sendiri, Btw, padan muka dia kena cerai talak tiga dan suami dia kahwin baru dengan pompuan umur 28 tahun...!



Saya dah baca novel Duri ni sebanyak 3 kali, sampai saya boleh ingat plot dia dengan jelas. Sehingga semalam, drama itu sudah melepasi klimaksnya, apabila rahsia besar yang disimpan oleh Sufi dan Muzzafhar tentang perkahwinan mereka sudah diketahui oleh Nuri. Cinta tiga segi.



Rupanya, novel ini diulangcetak dengan cover terbaru dan warna yang lain.

Selepas ini, tak sabar nak tengok bagaimana Sufi akhirnya meninggalkan juga Muzzafhar dengan rajuk yang panjang. Membawa diri sehingga anak yang dikandungnya dilahirkan tanpa pengetahuan si ayah.

Nanti kita sama-sama tengok kesudahan drama bersiri ini. Minggu hadapan akan berakhir keseluruhan novel. Episod kemuncak.

Macam biasa, membaca novel lebih dapat ‘rasa’.

Pendapat peribadi: saya hanya boleh bagi 5/10 bintang. Lakunan Syera ok, Marissa Yasmin pun ok. Izzue Islam agak slow kaku pada peringkat awal, tapi utk watak penagih dan psycho, wajar dipuji. Yang lain-lain, boleh la tahan.



~...berkali sudah HISYAM memesan, jangan terlalu mudah terasa hati apalagi hendak menunjuk rajuk kerana dia terlalu sibuk hendak menjaga lebih ramai lagi para gadis warga Kampung Separuh Desa sehingga lupa SERI BULAN semakin susah membuang rasa cemburu...~








Zaman kerja sakan-sakan tu untuk anak-anak saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-01-2013



Kira-kira jam 2.00 pagi tadi, air kembali kering. Terputus lagi. Harap-harap bekalan yang disimpan mencukupi sehingga air masuk kembali. Kain baju kotor pun dah habis dimesin dan dijemur semalam.

Dalam rumah saya, yang masih bersekolah masih ada 3 orang. CHAK sorang saja masih sekolah rendah. Sudah Tahun Lima, tapi nampak macam budak Tahun Dua saja. Kemetot!

Tidak banyak perubahan rutin kami, kecuali untuk minggu pertama persekolahan ni, saya berada di rumah. Maklum dah jadi penganggur.

Dak AMOI balik setiap minggu. Cuma, minggu ini mungkin tak sempat sebab dia kena kerja penuh selama 2 minggu sehingga malam tanpa henti. Awal tahun memang macam tu.

Semalam, IKA tak balik rumah. Kena stayback kat tempat praktikal sampai tengah malam. Berulang kali saya call, kerja belum selesai. Kejar dateline ler tuh...! Akhirnya, sampai pagi ni, belum balik lagi.



Zaman kerja sakan-sakan ni, saya dah tempuh bertahun dulu. Dah jenoh kata orang. Kena kerja hari minggu pun selalu. Kerja sampai pagi Raya pun pernah.

Bila dah masuk umur ‘vintage’ ni saya dah malas nak layan kerja lebih masa. Seboleh-boleh saya selesaikan kerja saya dalam waktu pejabat. Ehhh... saya dah tak kerja pun sekarang!

Okeh, nak masak dulu. Jap lagi nak hantar nasi & lauk pada Chak. Dia rehat kul 10.00.




~...sejauh dan setinggi mana pun melihat burung putih itu terbang, HISYAM pernah kata burung itu akan tetap berwarna putih sampai bila-bila pun walaupun kemudian dia akan turun bertenggek di belakang kerbau yang hitam melegam itu...~










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails