Tuesday, February 11, 2014

MLM 2013: Maharaja yang sukar digugat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-02-2014

Berakhir sudah. Rakyat Malaysia tahu siapa juaranya. RM500,000 sudah dimiliki. Rezeki melimpah hasil usaha keras, latihan, bakat dan kreativiti.

Saya agak puas hati dengan hampir semua persembahan finalist. Malah sejak awal saya dah jangka keputusan di mana akhirnya jangkaan saya tepat sekali dengan keputusan.

Wpun ramai yang mahu Shiro or Bocey menjadi juara, saya tetap kata Sepahtu masih ‘kuat’ berada di atas untuk mengungguli. Mereka masih kuat untuk ‘dijatuhkan’. Nama yang teguh, masih bersih dengan rekod yang masih cemerlang, membolehkan peminat (yang depa sebut sebagai Sepahturious yang luar biasa) terus menyokong mereka. Tahniah...!


Nabil lebih nak meluahkan perasaan dan penghargaan. Content lawaknya cuma mungkin 50% saja.


SHIRO. Dah jadi style, bila segmen bebas di final, peserta akan repeat watak dalam lawak yang paling hit sepanjang pertandingan.


BOCEY: saya kagum dengan usaha sungguh-sungguh kumpulan ini. Memang depa layak ke final.



Segmen ke-2 SHIRO. Saya paling suka part nyanyi lagu lama tu. Ajak nyanyi lagu Ahmad Jais, Setahun Budi Segunung Intan, sebab tu lagu paberet yang menjadi ring-tone hp saya sekian lama...!


Dak ABAM yang comey ni, bila dia beliak beliak mata, adoi laaa... lawak!

Ohh... saya terlupa snap Sepahtu dan Jambu. Takpa, ramai orang lain pasti upload gambar depa malam itu.

Dunia lawak sudah mula diterima dan diiktiraf. Terkini, sudah ada realiti program, Skool of Lawak. Apa sahaja cara, apa saja konsep selagi berunsur lawak semakin menjadi ikutan dan wajar diberi perhatian.

Kenapa saya suka lawak?

Masa saya mula kerja dulu (1990), seorang staf, one Indian man pernah kata pada saya, “You’re very good joker!”

Then saya pun sedar saya suka lawak, suka merapu. Saya happy bila orang lain happy.

Tapi jangan suruh saya masuk Maharaja Lawak. Kompom tv pecah!





 ~...sejak minggu lepas lagi, SERI BULAN sudah dapat mengesan suatu perkara sudah berlaku bilamana Mak Utih bercakap rendah kepada HISYAM di bawah pokok cermai yang rendang dan bila dia mendekat cerita sudah berubah menjadi kisah Pak Pandir jatuh dalam parit!...~




Sunday, February 9, 2014

Masak-Masak Blogger: pengenalan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
08-02-2014


Sebagai pengenalan. Tempek gambar ni dulu. Nak update panjang ntah bila. Maklum saja kalu dah cuti hujung minggu mesti banyak benda nak buat..


Terimakasih Chef Adu Amran yang sporting dan mesra...!







 ~...SERI BULAN sangat kecewa bila hujan sudah berhenti dan HISYAM bagai tak sabar-sabar hendak pergi...~




Saturday, February 8, 2014

Masak-Masak Blogger #1, 2014: jemputan terbuka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
07-02-2014


Sekali lagi grup blogger (secret group FB) Kite-Kite Aje (KKA) ada program!

Setelah agak lama tidak bergathering, kali ini blogger Khairul Hakimin menganjur suatu program demo masakan yang mulanya dilihat seperti kecil, akhirnya berkembang menjadi suatu program demo masakan yang semakin besar... dan saya rasa akan menjadi hebat. (dalam kelasnya tersendiri)


Poster yang direka khas. Penampilan istimewa Chef ADU AMRAN dan Chef Izyan, kira-kira jam 10 pagi.

Jemputan terbuka. Jemput la hadir memeriahkan demo masak-masak ni. Ada ramai blogger yang sudah bersetuju hadir, selain menyokong juga turut memeriahkan gathering. Dah lama kita tak berhimpun, kan? Ayuhhhh... jika sempat bawa lah apa-apa seperti biasa. Jika tak sempat, bawak perut saja pun takper. Don't worry. Kamera jangan lupa eh?





Nak rasa tak? Jemput hadir....


Penampilan khas dari 'tuan rumah'.



Pra-tayang. Lokasi sebahagian sudut dapur untuk demo masak-masak.

Saya harap tidak terlewat untuk saya paparkan map di sini untuk panduan bagi yang belum pernah ke area sana.


Jumpa di sanaaaa....!

Penghargaaan awal: terimakasih banyak kepada beberapa pihak yang menaja beberapa keperluan program termasuk air minuman dan apron...!



 ~...belum pernah terniat di hati HISYAM untuk mengkritik apa saja hasil air tangan SERI BULAN kerana tahu itu bukan sahaja melukakan hati si teman sejati tetapi juga bakal mengundang banyak soal-tanya Mak Utih yang selama ini menjadi pendidik tidak berbayar melainkan rasa kasih tertumpah tidak tersukat...~




Thursday, February 6, 2014

MLM 2013 Final: RM500,000 tu bukan sikit beb...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
06-02-2014


Ramai tahu. MLM = Maharaja Lawak Megaaaaaa....! > jerit ala ala Dato ’ AC Mizal.

Menjadi satu program hiburan keluarga. MyFamily. Kami tiada masalah untuk duduk beramai mengadap MLM ni setiap malam, hari Jumaat wpun agak lewat bersiaran langsung.

Begitu juga bila diulang-siar. Masih boleh layan 3,4 kali lagi benda yang sama. Takyah fikir. Takyah pening nak faham. Cuma gelak dan gelak.

Akhirnya MLM 2013 tiba ke kemuncak. Malam final akan berlangsung Jumaat ini. Satu sejarah akan tercatat lagi.

5 pasukan (termasuk si solo Nabil) bakal berentap. Tapi dok tengok depa ni sangat kuat sokongan sesama depa.


Walaupun melayan undian sms bukanlah cara kami, tapi sokongan terhadap program lawak sudah menjadi suatu keseronokan pula.

Berbanding lawak-lawak zaman saya sekolah dulu, begitu jauh perbezaan dan peningkatan lawak hari ini. Berlawak sudah menjadi suatu kerjaya hebat, pekerjaan yang memberikan pendapatan yang cukup lumayan dan mereka disamakan dengan para selebriti yang menyanyi dan berlakun dsb.

Tidak kurang yang melihat pelawak muda hari ini yang bukan saja ada rupa kacak tampan, juga kehebatan mereka membina kerjaya dalam bidang sampingan seperti berlakun. Tu belum kira yang jadi duta produk. Masyukkk...!


Kalupun tiba-tiba gagal menjadi juara (wpun rating tidak pernah jatuh), SEPAHTU pasti mendapat tempat kedua. Jangkaan saya. RM500,000 harus direbut...!



SHIRO, yang menjadi pesaing terdekat kepada kumpulan teratas, SEPAHTU. Kalu tetiba depa juara, sapa boleh pertikai?


Ada ketikanya, JAMBU bagai ‘lost’ di atas pentas.


Kumpulan BOCEY menjadi paberet bebudak dalam rumah saya. Sebab ABAM tu comel... sangat comel!

NABIL pasti kena bergelut sakan nanti.

Selain peserta, juri juga menarik perhatian wpun Nora Danish tu bagi saya, so-so jer. Kita lebih gemar nak dengar Luna Maya, memberikan respons. Dia rajin ‘layan’ karenah peserta. Hahahahaha Luna Maya pandai berlawak!


Golongan pelawak hari ini semakin bijak. Walaupun masih menyelitkan sendaan fizikan rakan sepasukan (kalu dulu kita sebut perbodohkan kawan) tetapi lawak sarcastic terus diterima. Dan pelawak hari ini pun bukannya muka ‘pecah’. Pelawak hari ini ramai yang hensem-hensem. Sebab tu ramai peminat. Percayalah, ramai gadis di luar sana minat lelaki yang bukan sahaja ada rupa, tetapi juga ada sense of humor...! Am I right?





 ~...setelah berminggu panas membahang sehingga merekah tanah laman Teratak Nyatuh, akhirnya hujan yang mencurah petang semalam memberikan irama syahdu bila zink ditimpa cucuran, SERI BULAN rasa betapa indahnya petang itu kerana HISYAM termangu terperangkap tidak dapat meredah jalan pulang dan Mak Utih turut terperangkap di dangai kebun getah dan siapa pun tidak menduga debar dada SERI BULAN ditinggal berdua dengan HISYAM di ambin terbuka...~




Wednesday, February 5, 2014

WW: Rabu yang pilu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-02-2014


Hari ni Rabu. Tiada berbeza.



Simbolik, di mana semua orang berusaha untuk hidup. Lebih baik dari hari semalam. Dari tahun lalu. Dari kehidupan silam.
*dari workstation saya.

Walau kederat tidak seberapa, gigih juga mendaki tangga.

Tayang-tayang:


Cenderahati. Rakan sekerja bercuti ke Sarawak semasa CNY.

Saya belum pernah sampai Sabah or Sarawak. Sekurang-kurangnya Semenanjung dah habis semua negeri saya dah tinggalkan jejak.




 ~...Patah la hatiiii... hai patah lah hati...~




Tuesday, February 4, 2014

Lion Dance...! Lion Dance...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-02-2014


Musim CNY tak boleh dipisahkan dengan mercun dan tarian singa. Yeahhh Lion Dance. Saya sangat suka!

Saya selalu tulis, bila tiba musim CNY saya akan kejar Lion Dance Group ni jika saya terdengar gendangnya di mana-mana. Dalam kompleks lah selalunya.

Dulu saya pernah kejar di KLCC dan jumpa Singa tengah melompat nak tangkap sayur di jenang pintu sebuah restoren Jepun di tingkat atas.

Zaman kerja di Imbi dulu puas la tengok Lion Dance sebab tiap tahun Singa akan datang menari joget dari tingkat bawah sampai tingkat atas.

Tahun ni? Wuaaaa belum jumpa. My bosses kat sini (wpun Chinese), dikatakan tak pernah panggil grup singa menari, sebab dia lebih banyak meriahkan program untuk Raya (coz majoriti staf adalah Melayu)

Nak cari! Nak cari...!



BB Plaza. CNY 2010



CNY 2012. Di taman rumah saya.


Ini pun 2012. KLCC. No singa masa tu.


Oh ya...

Mengulangi jemputan:
Sebelum terlupa saya berbesar hati menjemput para bloggers dan para pembaca memeriahkan lagi program demo masakan oleh blogger di majlis Masak-Masak Blogger (Rendezvous Blogger #1, 2014) yang bakal diadakan pada Sabtu 8hb Februari nanti. Saya turut dilibatkan. Entri tentangnya: SINI.

Dan ini poster terbaru untuk segmen saya:




Cantik kan?




 ~...sudah lama SERI BULAN menanti HISYAM muncul bagai selalu dan Mak Utih sudah mula menunjuk riak muak kerana yang dimasak tidak luak dan Pak Utih terasa keseorangan di ambin tiada peneman bersembang-gebang samboil menggulung daun nipah buat perasap tembakau Cina...~




Monday, February 3, 2014

Apa tajuk entri ini?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
03-02-2014


Dah Senin. Saya tak apply cuti tambahan, lalu hari ini masuk kerja semula. Walaupun 2 minggu sebelum CNY agak longgar suasana kerja, tetapi dalam masa terdekat keadaan tegang, sibuk dan kalut akan bermula semula. Kena la bersedia mental fizikal menghadapi keadaan sibuk yang melampau nanti. Bagi yang bakal terpilih untuk menjadi team tender, hmmm.... standby!

Cuti 3 hari CNY tidak begitu memberangsangkan. Beberapa plan asal tidak saya laksanakan. Sebenarnya cuaca yang panas tidak begitu mendorong saya untuk berada di luar rumah. Rutin ke pasar sebelah pagi saja yang tidak boleh diabaikan.


Suasana Pasar Pudu pada hari CNY. Tidak banyak yang dapat diborong, tapi mujur ayam tidak berubah harga. Sayur sangat murah. Ikan saja yang tak boleh dilayan. Mahal ya amat...!

Sebenarnya bila cuti jer, saya jadi kurang mood nak update apa-apa. Arghhhh...!!

Tayang-tayang:


My paberet. Tose Telur Taruh Atas. Sarapan yesterday morning.



Sebelum terlupa saya berbesar hati menjemput para bloggers dan para pembaca memeriahkan lagi program demo masakan oleh blogger di majlis Masak-Masak Blogger (Rendezvous Blogger #1, 2014) yang bakal diadakan pada Sabtu 8hb Februari nanti. Saya turut dilibatkan. Entri tentangnya: SINI.

Jommmm....!





 ~...petang semalam lagi SERI BULAN sudah nampak air muka HISYAM yang muram masam bagai orang ditinggal kekasih hati tetapi untuk bertanya dia tidak melihat masa yang sesuai, lalu bila Mak Utih merungut si buah hatinya itu tidak berkunjung datang menagih kopi di pagi hari, inilah detik yang patut dia sebut sebagai mengada-ngada tak kena tempat...~




Saturday, February 1, 2014

Masak-Masak Blogger (Rendezvous Blogger #1, 2014): promosi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-01-2014


Saya tayang poster dulu. Organized by: blogger Khairul Hakimin (penulis bog: Memanis Kehidupan)

Cerita lanjut juga boleh dibaca di entri beliau: AbuAin Studio



Untuk demo masakan, nama saya tersenarai di tempat ke-4. Ada tertulis prawn. Ya, saya dicadangkan memasak Udang Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.

Apron kaler apa saya nak pakai?

Ohh berdebar pulak!
Ahaks!




 ~...bulan purnama selama 30 hari sudah mula menyuram pergi...~




Thursday, January 30, 2014

Headlines: “Tak tahan lah bang...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
30-01-2014


Walaupun hari ni ramai kengkawan Chinese bercuti, termasuk semua Big Boss, kami tetap bekerja seperti biasa. Dan mendapat pelepasan seawal jam 5:00 pm hari ni. Yeayyyy!!

Menyambung kisah pujuk memujuk bawak pegi makan Chicken Chop malam kelmarin, saya terlupa nak menambah rencah-kisah tentang teguran seorang pompuan Indonesia yang mengemas meja dan memgambil wang bayaran kami malam itu.

Tak tahu apa sebab (mungkin saya tak berapa dengar jawapan MyToklaki) Neng Indon tu berkata, “Wahhh masih romantik ya.”

Romantik? Tang part mana romantiknya makcik? Sedangkan sepanjang makan tu kami tak banyak borak sebab Chicken Chop tu sedap dan panas.

Dan kemudian MyToklaki lebih khyusuk mengadap Harian Metro yang ada tajuk besar kat luar: “Tak tahanlah bang...” Huhh...!


************


Tayang-tayang:


Untuk department kami saja.


Pengagihan serentak dengan pengumuman bonus. Yeayyy!

Alhamdulillah.




 ~...menyambut hari istimewa tidak akan pernah sama setiap kali juga tidak akan pernah sama sepanjang musim kerana HISYAM ada ketika sangat dingin buat tak tahu, ada masanya dia sangat teruja seolah-olah dia seorang dalam dunia lalu SERI BULAN merasa alangkah baiknya hari yang berlalu terus disebut istimewa agar dia tidak terasa bahawa keterujaan itu bukan milik mereka berdua semata...~




Wednesday, January 29, 2014

WW: Kisah malam tadi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
29-01-2014


WW: Kisah malam tadi.

Kisah suami nak cuba pujuk (bodek kot ayat yang sesuai?) si bini yang kunun majuk. Hahahaha!



Memang dah pasang niat dari awal. Chicken Chop! Sini murah: RM9.50 sahaja.



Berasap you...!



Sederhana saiz. Cukup untuk seorang waktu dinner. Dilengkapi dengan Air Tembikai Laici. Saya suka coleslaw tu.



Medan Selera Kampung Pandan, Jalan Thaver. Tidak jauh dari klinik kesihatan.





 ~...kelmarin juga HISYAM terpaku terbisu dan terkedu di serambi apabila Pak Utih mula menyoal-tanya tentang sampai bila harus membiarkan SERI BULAN menanti penuh setia, menjadi pendamping kala siang, peneman kala duka juga pendengar kala guruh mula bergegar kerana ada cerita sudah tersebar saudara rapat Pak Imam mula merisik hendak mengecek...~




Tuesday, January 28, 2014

Bahasa: Mata seorang proof reader, walau rabun tapi jelas...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-01-2014


Pagi ini. Di tol Damansara.

Dapat pamplet maklumat ini:


Bagus.

Tapi saya tak suka bila ada kesilapan perkataan sebegitu. Bukan salah eja, tapi sebenarnya memang akan menjadi salah.

Pengu-rusan — sepatutnya no space between character ‘U’ dan ‘R’.

Orang yang keja dalam bidang ini (we called typesetting), akan menyebut ini suatu kesalahan ejaan. Jadi mata orang macam kami ni cepat tangkap benda sebegini. Apatah lagi perkataan besar yang menjadi tajuk.

“Bahasa menunjukkan bangsa, tau!” bak kata P.Ramlee.



 ~...melihat dengan mata hati sebenarnya sudah lama HISYAM tahu SERI BULAN menyimpan rasa resah kerana bimbang rahsia pecah tetapi selagi dia berada di bawah lindungan Teratak Nyatuh, HISYAM tidak pernah risau akan kegundahan yang tidak berkesudahan kerana semua cerita akan ditamatkan bila tiba musim awan menjadi hujan...~




Monday, January 27, 2014

Cincin impianku patah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-01-2014


Sapa yang dah pernah tengok sebelum ni:


Cincin besar paberet saya kaler purple. Nak kasi seimbang dengan jari ‘domok-domok’ tuh. Tak ingat beli di mana, tapi harga kira-kira RM5.00 saja.



Wuaaaaa! sudah patah tanpa diketahui sebab musababnya. Masuk dalam handbag, lupa kuarkan. Sampai opis semula di hari kemudiannya, wuaaaaa.... patah hatikuuuuuuu!

Takpa lah. Harta dunia. Sampai masa akan hilang, lenyap musnah.




 ~...walaupun bagai sudah ada ikatan kejap di hati antara SERI BULAN dan HISYAM sejak sebelum menjadi warga Kampung Separuh Desa lagi, tetapi belum pernah mereka berani mengakui dan menunjuk jelas kepada umum samada bertukar cincin atau bertukar kata secara terangan melainkan surat di bawah tempurung di hujung ampaian, yang semakin lama semakin panjang dan sudah pandai berlipat empat dan berselit serbuk bedak Nyonya yang dikikis dengan hujung sikat besi...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails