Wednesday, August 17, 2011

BlogWalking dengan Widget 100 Penulis...

Assalamualaikum
Rabu
17-08-2011


Entri selingan ini, hasil idea selepas membaca blog ANYSS, yang dah pun menjadi editor 100 Penulis. Hebat tu.

Nampaknya dunia blogging sentiasa berubah dan upgrade dari satu perkara ke perkara yang lain. Ada sahaja perkara yang menarik yang bukan sahaja membantu blogger “berinteraksi” lebih mudah, malah membantu dalam bentuk lain. — walaupun ada orang kata, kalu setakat menulis sehari 1 entri, belum layak dipanggey ‘blogger’. Ntah, aku tetiba jadi keliru tentang taraf kelayakan menjadi blogger.

Pada aku simple jer:
1. orang yang sedang ride, dipanggil rider
2. orang yang bertani (kat farm) dipanggil farmer
3. orang yang ada menulis blog, dipanggil blogger — itu fahaman mudah aku.

Berbalik widget. Aku tak pandai nak terangkan terperinci tentang kelebihannya, tapi yang pasti tentulah untuk memudahkan blogwalking..

Copy & paste dari entri beliau:

“Mudah sahaja...boleh buat permohonan untuk disenaraikan blog anda. Kalau berjaya, blog anda akan diping secara automatik tak kira berapa juta kali anda tulis dan siarkan entri baru dalam sehari (juta????? biar betul!!!!!). Jadi, kalau rasa nak nama atau blog kita sentiasa berada di atas, silalah siarkan entri baru ...”

Hanya perlu ikut syarat mudah:

1) Grab widget ini dan paparkan di sidebar blog anda. (Klik Grab Widget) Widget boleh diperolehi dari sidebar 100penulis.com

2) Tulis entri untuk sebarkan berita ini (90 tempat kosong masih menanti)

3) Email kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, hantarkan details berikut:
a) tajuk entri dan link entri anda
b) link blog anda

P/S : Elakkan dari memaparkan terus alamat email seperti ini di entri anda: xxxx@gmail.com tetapi gunakan xxxx[at]gmail[dot]com

Tentulah sesuatu yang baik itu menjadi perkongsian yang baik pula.

Terimakasih ANYSS.









4 comments:

  1. AA - diaorang tak faham bahasa Inggris kot? Sama macam kat kedai aku selalu tengok

    "Barangan ini ialah Best Seller"

    Bila pulak barang tu jadi penjual?
    betul tak?

    Ramai yang bahasa Inggris dan Bahasa Melayu mereka memang teruk, karam hancus dan terbakar jadi abu, tapi degil, ego dan sombong tak boleh di tegur.

    Emo la pulak aku, ye lah hari tu tengok budak grad U ita, teruk betul penguasaan bahasa Inggris dan Bahasa Melayu mereka. Menyampah aku.

    ReplyDelete
  2. salam, Kak ...
    ayu mcm berminat.. harap2 masa ada terluang...
    mana tahu kan??

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails