Thursday, June 21, 2012

Hoore! Hoore!: Orang GEMUK tu cute ker?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-06-2012


Atas desakan CHAK, aku langgan juga filem Hoore! Hoore! di AstroFirst hari minggu hari tu. So layan sampai bleh hafal skrip. Hehehehe...

Filem muzikal ini dikatakan, mengenang seniman rakyat yang menjadi pujaan rakyat Malaysia, arwah Dato’ Sudirman Hj Arshad. Semua lagu-lagu dalam filem ini menggunakan lagu-lagu arwah Sudir. Dinyanyikan semula oleh para pelakun filem ini yang rata-rata adalah penyanyi.

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang gadis 17 tahun, Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Ibunya bernama Lia (lakunan Adibah Noor), ayahnya Hairil (Harun Salim Bachik) dan neneknya Nenda Zaimah dilakunkan oleh Fauziah Nawi. Semua mereka ini menyanyi sendiri dalam filem muzikal ini.

 
“Orang besar-besar ni kiut pe!”


Pelakun utama as Nurul Aiman lakunan Nurfarah Nazirah memang nampak sweet dan juga sedap menyanyi. Kawan Aiman bernama Johari, seorang yang tampan dan segak dan menyukai Aiman. Dia menerima Nurul Aiman seadanya, walaupun kawan-kawan lain sering mempersendakan Nurul Aiman. Nurul Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang turut disokong dan didorong kuat oleh neneknya (bekas Ratu Kebaya di zaman mudanya).

 

Apa yang aku faham, mesej filem muzikal ini bukan sekadar lagu-lagu Sudir yang best, tetapi seperti kata Nurul Aiman: “saya ingin meneruskan perjuangan dan semangat nenek saya untuk keluar dari kepompong rendah diri.”

Seorang samada lelaki atau perempuan, yang berbadan besar atau mudah kata; GEMUK sering menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah oleh ramai orang lain yang lebih cantik dan bergaya. Sedangkan bak kata Nenek Aiman; “Manusia ni cantik di dalam. Buat apa muka lawa, tapi perangai cingai?” hehehehe.

 

Nurul Aiman berjaya membuktikan dia sangat istimewa dan penyertaan beliau dalam pertandingan Ratu Idola (yang dikempen kuat pula oleh Johari melalui blognya) akhirnya mendapat sokongan ramai wanita yang berbadan besar sepertinya juga. Dia menjadi inspirasi bahawa walaupun diejek GEMUK, insan berbadan besar tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kata nenek Iman lagi: “sahabat sejati tidak akan pernah berubah hati...”

Tengok filem, macam tak sangka ianya diarahkan oleh pengarah Cina.

Aku? Pun berbadan besar dan dah lali dipanggil Gajah, Gemuk, Tong Drum, Badak Sumbu dan sebagainya. Tak mengapalah. Aku dah kahwin pun, dah ada anak-anak, ada kerjaya, ada kengkawan. So gelaran itu kena telan juga dengan rela hati.



~…hanya tinggal nama dan rupa…~


 

15 comments:

  1. saya gemuk dan tak kawin lagi. uish. down nyer!

    ReplyDelete
  2. Betul kak azie selalunya org gemuk ini ada keistimewaannya tersendiri yang boleh menarik minat orang lain terutamanya ramah!

    ReplyDelete
  3. saya x chantek,gemok,x kawen tp saya bersyukur dan bahagia apa yg saya ada sekarang. Saya optimis,orang tu ada tapi saya tak jumpa jodoh saya lagi ;)))

    ReplyDelete
  4. acu gemok dan tak cantik...kadang2 timbul gak rasa rendah diri tapi cepat2 acu buang jauh2..apa2 pun acu tetap bersyukur dengan diri acu :)

    ReplyDelete
  5. hehehhe..saya pon gemuk gak...tp sy da xkisah..asalkan sy sihat n senang ati..
    ada org kata org yg gemuk baik ati..hehehe..tp xtau la kan..
    bg sy yg penting atinye..luaran fizikal usah amik kira..hehhe..cantik tu subjektif..hehheh

    ReplyDelete
  6. Amat susah nak cari manusia yg pandang manusia lain, dengan pandangan mata hati..

    Review yg simple, yet menarik...thanks kak azie azah..rasa macam nak langgan pulak cerita ni :)

    ReplyDelete
  7. kitepun dah tengok cite ni... berkali-kali... haha.. jalan cite dia mudah dan best sebab ade lagu arwah Sudir- saya ni peminta dia dulu tau hehe...
    My latest Entry :)
    Novel Review: Mustafa Kamal Ataturk

    ReplyDelete
  8. salam..

    sensitiplah sbt pasal gemuk ni..

    nak diet skrg ;(

    ReplyDelete
  9. saya dah tgk citer ni kak azie, sedap jugak, banyak dialog dalam ni sgt berkesan, lagu2 semua nyanyi balik best, lagi2 fauziah nawi

    ReplyDelete
  10. GADISBUNGA:
    Jangan lah begitu. Yang pasti GB tetap sweet!



    JUNAINA:
    Yang terlebih ramah tu sebab dia tak nak orang perati fizikal dia, so buat cara lain untuk alih perhatian.

    ReplyDelete
  11. ZENNAYA:
    Yang “optimis” itulah yang sebenarnya yang paling cantik! Yakin dan sangat bersyukur.



    ACU:
    Tak mengapa, yang penting ramai orang sayang pada kita, kan?



    CIK CERIA:
    Asal sahaja terus ceria dari dulu sehingga kini. Itu kan suatu semangat dan kekuatan? Cayalahhh!!

    ReplyDelete
  12. DADDY ZIYYAD:
    Lain mata, lain pula pandangan dan pendapat. Tak mengapa, kita sedia memahami keadaan itu.

    Filem ni filem muzikal ringan tetapi banyak sekali manafaat dan unsur pengajaran Islamiknya.




    FARAH DEEB:
    Sama ler kita. Peminat Sudir juga. Membesar remaja dengan lagu-lagu arwah.

    ReplyDelete
  13. SYIRA:
    Ramai orang yang anggap isu GEMUK ni isu sensitif. Betul juga. Cumanya, Kak Azie tidak lagi merasa ia sensitif lagi pada diri Kak Azie. Sebab dah menerima diri sendiri seadanya.
    Nak diet gak!




    ZULFADLY:
    Betul. Ramai mungkin tak tahu, Fauziah Nawi memang pandai menyanyi masa muda dulu. Suaranya memang masih boleh tahan sekarang.

    ReplyDelete
  14. Saya gemuk.. Tp Allah dah tentukn yg terbaik untuk kite.. Doa. ? Ade calon tak untuk sy? Hihihi

    ReplyDelete
  15. Saya gemuk.. Tp Allah dah tentukn yg terbaik untuk kite.. Doa. ? Ade calon tak untuk sy? Hihihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails