Monday, December 9, 2013

Kenapa nak hasut orang lain untuk tidak berbuat baik?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
09-12-2013



Saya tak faham perangai orang seperti yang saya sebut di tajuk entri. Mula-mula saya tak faham. Pastu saya jadi keliru (bercanggah dengan peribadi orang itu yakni: seorang wanita, sudah berusia (dalam erti kata tua 8 tahun dari saya), bertudung (lebih labuh dari saya), lebih senior dan berpengalaman. Kemudian saya jadi meluat dan menyampah. Kerana, saya tidak suka dipengaruhi dalam perkara-perkara yang remeh di mana saya boleh membuat keputusan sendiri.

Isunya apa? Di tempat kerja saya (khususnya di jabatan saya Lantai 2) kami ada 3 tempat bekalan air (yang ada 2 paip air panas dan sejuk) dengan tong besar di atasnya yang seberat.. hmmmm tak berat mana pun. 18.9 liter, bersamaan berapa gelen eh? Saya tak pernah periksa tapi pada saya agak ringan sebab saya boleh angkat seorang diri untuk ‘topup’ tong baru bila air dah habis.

Dan rupanya saya menjadi satu-satunya staf pompuan yang dok buat. Selama ni memang depa dok harap staf lelaki saja yang buat. Dan masa pertama kali saya angkat dan tonggengkan tong tu, depa terkejut. (saya pulak jadi malu macam buat salah besar plak).

Kemudian ianya menjadi pemandangan biasa bila lihat sorang staf pompuan yang besar skit dari tong air tuh, dok tonggeng tong tu sorang diri.

Pagi tadi, nak jadi cerita ketiga-tiga mesin air tu habis air serentak dan ramai staf belum masuk (sekitar jam 7:40am). Bila saya angkat, dia ni cakap, “Kenapa nak angkat? Biarlah orang lelaki yang angkat. Budak lelaki tu kan ada? Semuanya pemalas.” huh?

Bagi saya tiada isu malas. Dan tolong buat benda itu bukan bermakna kita sangat rajin. Tetapi keperluan air adalah keperluan semua orang. Semua orang nak buat air pagi-pagi.

Saya beranggapan begini: kalu kita rasa kita nak buat, kita buat jer. Kalu kita TAKNAK buat (atau malas nak buat), jangan dilarang orang lain yang buat. Sama juga, kalu kita rasa kita hebat sangat sampai boleh beli rumah besar, jangan sangka orang yang rumah kecik tu sengkek sangat. Dan bila mana kita rasa kita dah pegi umrah/haji, jangan disangka orang yang tak pegi tu takda niat yang sama sehingga sanggup nak perli-perli.

Tayang-tayang:


Sarapan pagi saya. Buat Chicken Cabonara atas permintaan anak-anak. Makan sampai puas!





 ~...mengharap kerang bakar terbuka sendiri adalah mustahil selagi arang tidak berperang, selagi sabut tidak direbut dan selagi itulah juga HISYAM terkial mencari punca buluh untuk meniup sampai kembung pipi dan SERI BULAN terkekeh ketawa melihat teman sejati macamkan orang asli tetapi apabila mata itu sengaja disepetkan dek kerana geram bersulam dendam, dia jadi tersipu bila mata bertentang mata...~




26 comments:

  1. Cabonara tu macam sedappp je.... macam menarikkkkk je....

    :)

    ReplyDelete
  2. Saya tergelak baca kisah akak ni la. Bila akak cerita penampilan orang tu macam mana, lagi la saya nak tergelak guling-guling.

    Kesimpulan nya kak, orang ni luaran aje nampak sama, tapi hati masing-masing tak de pun yang sama. Tahap mentaliti orang kita tak boleh nak ukur dengan luaran yang kita nampak sahaja. Berpelajaran tidak semestinya berakal dan matang, berhaji hajah tidak semestinya tahu semua hukum hakam.

    Layan cabonara tu lagi best kan kak dari layan orang yang macam tu.

    ReplyDelete
  3. Actually dulu pun saya pernah alami kes macam akak. Office lama saya ada 2 floor. Asal bilik saya di tingkat atas, so bila pindah bawah semua barang PC kena angkat. Saya pun naik atas angkat ke bawah. Bila nampak saya angkut CPU tu bos perempuan tanya saya, "Yang lelaki (merujuk kepada technician) mana? Kopek bawang ke?"

    Dalam hati saya kata itu pun nak dijadikan isu. No hal la semua ni. Bukan berat mana pun. Lagipun saya dah biasa angkat berat tolong emak kat kebun. Tapi bagi bos saya tu, itu bukan tugas perempuan.

    Seb baik saya dah tak kerja dengan dia. Kalau tidak mesti asyik nak bertikam lidah aje.

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang kalau layan orang begini memang boleh stress....cabonara tu macam mana buat ek...tak pernah buat ler pulak....hihi

    ReplyDelete
  5. Besar pahala akak tu.....tlg angkat air dan org lain bole minum. Kalau kebetulan ada staf lelaki kat situ bolehlah mtk tlg, kalau tak angkat jer lah sendiri kan? Saya kat umah pun biasa angkt air letak kat mesin tu, nak tunggu laki balik takkan anak2 tak minum....

    ReplyDelete
  6. chicken cabonara tu takde yg perli2,jeling2 ke..:)

    ReplyDelete
  7. pernah kena ejek nak amik alih keja cleaner/tea lady ker? sbbnya cuma lap meja dan bancuh kopi sendiri ...alahai yg ejek tu kerani cabuk yg gaji pun x sampai 1k masa tu! x tau lah mentalilti orang cam ni kan....

    ReplyDelete
  8. kalau blh buat sendiri, kenapa perlu tunggu orang lain kan?

    sy pun buat, tapi dilaang sebab katanya x elok untuk badan, DAN dia panggilkan yang lelaki. kan lebih baik begitu dari menuduh y bukan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. zona, yang itu aku setuju. aku sokong. dia tak bagi angkat sebab takut cederakan badan kita. tapi kan ada cara yang betul angkat barang berat kan? guna pakai yang itu pun okay.

      Delete
  9. kalau kat opis Nur...habis kena tunggu orang kuat (lelaki) angkatkan...kalau tak minumlah...
    sedapnya chicken cabonara tuh..

    ReplyDelete
  10. saya dan beberapa rakan perempuan yang lain kat ofis ni kalau habis air tu pun kami tukar sendiri. kalau tak larat sorang kami angkat beramai-ramai. Sendiri nak minum , sendirilah angkat kalau asyik nak harap orang je tak best lah.

    ReplyDelete
  11. 18.9 liter = 18.9 kg tau...
    Kuat sungguh Kak Azie...bagai badang! hahahaha

    Saya dah lama tak menilai manusia melalui pemakaian..
    Cara pemakaian itu antara kita dgn tuhan..Habluminallah....Sayangnya....ramai yg beria ia jaga habluminallah...tapi alpa tentang habluminannas..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Azie

    saya tak pernah makan cabonara tuuuu

    ReplyDelete
  13. Klu kerja yg mudah camtu juga nak tunggu org lelaki,susahlahkan,sbb kat opis kitaorg nie ramai perempuan dr lelaki.

    ReplyDelete
  14. Oh kak...saya tak larat angkat sorang2 (maybe sebab tenaga saya dah habis angkat badan sendiri). Tapi, kalau dah takder sangat sesiapa yang tolong, angkat juga la dengan susah payah... Tapi lepas tu cepat2 makan ubat sebab ada slip disc. Disebabkan orang lelaki jarang ada di opis juga, maka kami buat keputusan bijak dengan tukar air yang macam tu kepada air Coway. Hehehehehe. Tak yah angkat2 lagi dah...tak yah stok botol2 besar lagi dah. Eh, bukan iklan nie tau kak...saya share jer pengalaman. Kalau lambat tukar arie tuh, alamat lagi ramailah yang slip disk. Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. angkat badan sendiri. hahahaha. lawok la akak ni.

      Delete
  15. Amat susahnya nk puaskn hti org..dah kalau bole buat sndiri ape la slhnya buat sndiri ye tak..jgn nk mnja sgt lempang bru tau. Pastu bising pulak mulut....kita x kisah dia pulak yg tlg merungut..amboih biasa dia tu

    ReplyDelete
  16. walaupun buat keje berat tu selalunya tugas lelaki , tapi klu kita fikirkan dgn beri kemudahan kpd org lain itu kita dapat pahala , tak sapa nak lepaskan ...

    ReplyDelete
  17. Kalau kita biasa kerja dikalangan "mostly male dominated" field, rasanya kaum wanita tidaklah begitu 'dimanjakan'...so dalam kes ni, kira okay lah...cumanya dik azie oiii, kalau boleh carry lah load tu 2 orang...meletup pinggang tu nanti

    ReplyDelete
  18. takpe, buat je selagi daya, tak daya sok..kan bagus jika ada rasa bersama dan bekerjasama, tapi nak dapat rasa tu yang payah, lagi payah dari nak angkat tong tu...

    ReplyDelete
  19. jangan angkat dah pasneh ye..
    satgi ada pesakit kedua sakit pinggang kat umah tuh..

    please... jaga pinggang akak..
    takpala kak..
    kalo nk buat baik.. teruskan..
    yang penting Allah tau niat kita..
    ikhlas bukan dinilai oleh manusia..
    tapi yang diatas tuh saja~

    take care sis...

    ReplyDelete
  20. Cabonara cabonara cabonara...Hari ni kena buat cabonara jugak,terliur!

    ReplyDelete
  21. Betul tu kak.. kalau nak buat.. buat jer.. tak nak buat jangan kaco orang lain buat pulak.. :D

    ReplyDelete
  22. kebetulan kalau ada staff lelaki lalu masa nak angkat air tu, mmg saya minta dia org tolong... kalau tak, saya angkat sendiri je.. cuma lepas tu tercungap2 sikit la hihihi

    ReplyDelete
  23. Bukan pemalas tapi berat mulut nak mintak tolong.

    ReplyDelete
  24. Aina pon selalu je angkat tong air tu tapi bila kerap pula ditegur langsung berhenti buat, tak sesuai untuk kesihatan perempuan katanya. Siap management tampal lagi amaran...ahahhaa...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails