Thursday, March 31, 2011

Kisah Anak (zaman sekarang)...

Salam.
31-03-2011.


Dah lama dah surat ni sampai kat rumah.

Pernah dah dulu AA bertanya survey tentang perkara internship ni.


Alhamdulillah, akhirnya si AMOI berjaya mendapat peluang internship di tempat ini (PriceWaterhouse Coopers). Dan yang best, ada juga diberikan elaun. Lumayan jugak tu. Internship lebihkurang selama 6 bulan, kemudian menyambung satu lagi semester akhir.

Sebelum terlupa, Tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang berjaya mendapat keputusan yang baik.

Di depan mata AA, sehari selepas result keluar, seorang ibu di mana anaknya (lelaki) mendapat result yang baik (2A masih dikira baik), tetapi si ibu sangat kecewa dengan result itu.

Akibatnya, sehari itu dia asyik meradang dengan staf, malah sampai tahap menengking dan mengungkit peribadi bila ada kerja yang tersilap sedikit. Sepanjang hari ada saja yang tidak kena.

Emosinya sungguh terganggu, fikirannya kacau bilau. Sedangkan katanya, si anak relax saja. Aduhhhh...

Begitulah kan? Kejayaan anak-anak menjadi perangsang dan semangat kepada ibubapa malah melebihi apa yang dirasa oleh anak itu sendiri.



~...kalau pun tidak boleh dipanggil pendorong semangat, sebenarnya HISYAM lebih menjurus sebagai pedati tua yang tidak berkuasa kuda tetapi dimangkin oleh minyak kelapa sawit dari ladang Pak Utih...~







Tuesday, March 29, 2011

Alaa, nak posing jer...

Antara tugasan yang sudah selesai...



Sempat juga, sebab dulu tak berkesempatan.



Atas permintaan dari si tukang ambik gambar, terpaksa la gambar ini dimasukkan di sini. Padahal masa ni, hujan renyai.

#...dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita ingin, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan itu terkadang tidak dapat membuatkan hidup kita menjadi lebih bahagia...#



*Tiada cerita ceria buat masa ini, tiada juga cerita lawak untuk dikongsi bersama.


~...SERI BULAN sedang melalui saat yang sukar bila HISYAM bepergian menyambung perburuan, dengan harapan andai tiada Kancil yang dipikul jangan pula Gajah yang memikulnya...~






Terimakasih lagi dan lagi...

Salam.
29-03-2011.
Petang.


Masih sibuk, tapi tak tau nak describe kesibukan macamana, kesibukan apa. Ada saja yang perlu diuruskan. Terimakasih kepada teman-teman blogger yang masih sudi membaca beberapa entri pendek dan kalut tu.

Maaf juga, masih tak sempat nak respon beberapa komen, masih tak sempat juga nak masuk ke blog-blog anda semua. Aduhai....

Di kesempatan ini, AA nak upload beberapa pic sekitar aktiviti yang tak sempat dikongsikan lebih awal.

Yeah... pic lama, hampir basi tapi masih segar untuk dikongsi.

18 Mac lalu, sekitar gathering bersama kira-kira 13 orang teman dari komuniti Sahabat KgMMS KLfm, bertempat di Tanglin.







Terimakasih buat sekian ramai para sahabat yang sudi memeriahkan gathering kali ini, dan tidak terhingga kepada penaja yang bermurah hati.

Moga murah rezeki, next time boleh belanja lagi.

Semoga Hajjah Fatimah (KAK IZAN) diberi kesihatan yang baik (ketika ini masih berada di Mekah, mengerjakan umrah) dan selamat kembali. Sudah lebih 3 kali mengerjakan umrah.

Kenangan tetap menjadi perkara best dalam hidup.


~semasa bergotong-royong di surau lama, berjamu nasi lauk kampung dari beras baru, mengundang selera berganda sehingga HISYAM terlupa mengangkat muka melihat mata SERI BULAN yang memandang bagai tidak percaya...~






Cantik Tapi “Racun”....

Salam.
28-03-2011.
Malam.


Seorang guru menerpa masuk ke hadapan seorang guru lain. Dua-dua perempuan.

Sorang lembut tapi “racun”, sorang lagi tegas tapi “penawar”.

Racun: “Aku jumpa Halim semalam.”

Penawar: “Kau sudah melampau!”

Racun: “Aku tak suka orang hipokrit.” Sinis dia senyum.

Penawar: “Kau...! Huh.. tak guna aku bercakap dengan orang macam kau.” Berlalu.

Menoleh dan berkata,

“Mind your own business!” Sarikata ditulis begini: “Kau jaga tepi kain kau sendiri.”



Kalu aku jadi si Penawar, aku jawab begini:

“Kesian kau. Tergila-gilakan Saif, tapi dia skit pun tak layan kau. Heee kesiannyaaa..”

Hahahahaha!

ROHANA, cantik tapi “racun”.

*Adaptasi dari dialog drama Gemilang.



~...siapa lebih beruntung bila SERI BULAN berada di Teratak Nyatuh, dan siapa lebih malang bila HISYAM tidak pulang dari berburu selepas 3 hari 2 malam...~






Thursday, March 24, 2011

Tak ada jodoh nak bertemu... cewahhh!

Salam.
24-03-2011,
petang dah pun.


Sorang sahabat baik telefon pagi tadi. Dah 2 minggu berturut setiap hujung minggu dia balik.

Hujung minggu ni, sorang lagi sahabat baik aku pula nak balik, kerana ada beberapa urusan rasmi yang wajib diselesaikan sebelum 29hb.

So bila sorang lagi tahu yang si sorang ni nak balik, dia pun konon berhasrat nak balik sama. So that, kami bleh lepak-lepak depan tv sambil bercerita gelak-gelak, like the good old days! Tapi tetiba dia bagitau, ada assigment kena buat, ada test la... bla bla. Okey, roger. Noted.

IKA dah beli tiket untuk balik Jumaat ini. Si AMOI plak tak dapat nak balik kali ini. Nasiblah..

Cuma tu jer nak cerita buat masa ni.


~...SERI BULAN tidak pernah berniat untuk mengkhianati sesiapa apatah lagi seorang yang pernah berjasa besar kepada seluruh kehidupannya, tetapi apabila HISYAM berhasrat untuk mengambil alih seluruh kuasa ke atas Teratak Nyatuh, dia kini sedar darah merah akan mungkin dilihat seperti darah putih...~













Monday, March 14, 2011

Jangan Forward SMS Ini...

Salam.
14-03-2011.
Pagi bebenor lagi... sementara menanti air mendidih.


Air utk Kerani Karat siap dulu.. Hehehehe


2,3 hari lepas, semasa sedang dalam perjalanan ke tempat mesorat di luar, seorang sahabat call, minta jasa baik aku untuk menguruskan satu pertemuan a.k.a. jamuan untuk geng kami. Geng kami itu merujuk kepada sebuah komuniti yang kami sertai sejak 2005 dulu. Kami telah menjadi sahabat dan kawan yang mesra walaupun tidak akrab sejak bertahun lamanya.

Memang tiada agenda rasmi, tapi sekali sekala kami memang selalu adakan gathering kecil, lepak makan-makan, atau majlis-majlis kecil sesama kami dan ahli keluarga.

So gathering akan berlangsung lagi. Dan gathering yang satu ini, biasanya memang aku yang menjadi penerajunya atau sering mereka gelarkan Secretary atau Tukang Keloi @ Tukang Canang, di mana aku yang akan membuat jemputan/panggilan kepada kengkawan lain, juga menempah port dan meja, serta menu makan jika ada yang meminta menu special.

Kengkawan yang sering bermurah hati (depa memang jenih hat manyak duittt....), tidak berkira soal makan, selalu jer nak bersedekah belanja kengkawan makan di port-port tertentu yang mereka pilih.

So, untuk minggu mendatang ada lagi satu Sesi Melepak di port pilihan. Dan aku sudah mula membuat jemputan kepada sekian ramai ahli geng.

Jemputan bermula dengan sms dulu. Biasanya ini sudah cukup jelas. Adakalanya melalui FB atau panggilan terus.

Terimakasih kepada sekian ramai ahli geng/sahabat aku yang sentiasa menyokong tiap kali ada gathering. Walaupun tidak pernah menjadi agenda rasmi, tapi setiap kali jemputan dibuat, pasti ramai yang sudi memeriahkan.

Tapi kengkawan aku ni memang ramai jenis mengada. Bila kita hantar jer sms jemputan, mesti ada yang reply dengan jawapan yang selalu buat aku tergolak sensorang.

Dalam sms jemputan, biasanya nama PENAJA memang dirahsiakan dulu, sehingga hari kejadian.

Seorang kawan membalas begini:

SMS Pertama:
Kawan A: “InsyaAllah, hadir. Tang rahsia tu yang nak korek sangat tu.”
AA: “Kena datang. Nanti cari sendiri. Hahahaha...”
Kawan A: “Nanti cheq cari belakang pokok besaq tu. Mesti dia nyorok belakang tu je.”
AA: “Jangan lupa tengok atas pokok sama. Hahahaha.”

Dan kami sama-sama gelak. (agaknya lahh...)

SMS Kedua:
Kawan B: “InsyaAllah kalu takda aral melintang dan pokok tumbang, datanglah. TQ.”
AA: “Kalu ada pokok tumbang, habaq mai. Azie pi angkat buang.”
Kawan B: “Amboi macamlah hang tu badang kuat sangat. Lain la badang lagi perkasa tau?”
AA: “Badang dah lama bagi ilmu dia kat saya. Dia dah tak kuat angkat tapi dah jadi kuat makan. Hahaha...”

SMS Ketiga:
Kawan C: “Terimakasih atas jemputan. Ye kak. Memang lama sesangat tak jumpa. InsyaAllah saya usahakan. But no promises coz biasalah ofis khidmat awam nih always open.”
AA: ****Tak reply, sebab tak tau jawab apa., tapi kalu dia datang, memang nak luku jer kepala dia.

SMS Keempat:
Kawan D: “Huhuhuh tak dapat nak nolongnya abiskan ikan bako.”
AA: “Mujor... hahahaha”
Kawan D: “Kirim cucoq jagung je lah nanti. Telioq gila dah ni.”
***Bab ni Dato’ F kena jawab. Hahahahaha!

SMS Kelima:
Kawan E: “InsyaAllah, sebelum subuh akak sampai.”
AA: “Kenapa lekas sangat? Sebelum subuh, kandang rimau belum bukak lagi.” (ingat tak dialog sapa?)
Kawan E: “hahahahahahahaha” (memang panjang dia taip ‘haha” tu dalam sms.)

SMS Keenam:
Kawan F: “Timo kasih. Salam jolah ngan kengkawan yo. Aden dah tak duduk KL lagi. Dah pindah kg. Ghumah kg dah siap.”
AA: “Bawaklah sekali ghomah tu turun KL.”
Kawan F: “Takleh doh... Nanti oghang cughik.”

Hikhikhikhik!

Korang memang selalu buat aku rindu pada korang!



**Komen-komen di entri-entri terdahulu, terimakasih. Akan cuba dibalas bila ada masa nanti.



~...HISYAM selalu ada di mana sahaja SERI BULAN berada, samada dapat dilihat atau sengaja tidak mahu diri diperlihatkan...~





Friday, March 11, 2011

Jangan Menakal...

Salam
10-03-2011


Berehat seketika.

Studio sibuk macam nak buat kenduri nyambut menantu anak Tan Sri.

Penanggah tak sempat tukar baju, Tshirt basah dek air basuh pinggan.

Jumpa lagi di lain ketika, jika cuaca mengizinkan.

Jangan nakal-nakal tau... (kalu nak menakal, ajak AA sekali..)








Thursday, March 10, 2011

Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!

Salam.
09-03-2011, awal malam.
Lokasi: Dalam rumah, bukan dalam bilik air...



Sengaja entri hari ini nak berkisah pasal gelak. Ada orang sebut ketawa, dan ada orang lebih canggih lagi sebut, laugh.

Ada berapa jenis gelak? Ntah. Suka hati jer lah nak masuk kira gelak apa. Antara yang popular tentulah gelak jahat, gelak setan, gelak jin.

Aku orang paling suka gelak. Masa sekolah cikgu nak bawa jarum nak jahit mulut aku. Tapi aku jugak lah yang selalu jadi Ketua Kelas beberapa tahun, sebab masa sekolah menengah lagi skill kepimpinan dah ada skit-skit. Hehehehe > gelak angkuh skit.

Aku suka tengok citer yang boleh gelak-gelak. Kadang-kadang orang tak gelak tapi aku gelak atau paling tidak gelak lebih dulu dari orang. Sebab tu belum apa-apa orang akan pandang aku dulu. Kenkadang citer tak lawak, tapi orang rasa lawak bila tengok aku gelak. Cemana tuh?

hahahahaha! > gelak betul tu, bukan main-main.

Masih ingat cemana pelakun Aziz Satar (kini Dato’) gelak sambil urut-urut tapak tangan sebab selamat timbus harta karun yang dicilok dari gua Ali Baba? elehhhh baju pun tak pakai masa tu, tapi ada hati nak gelak macam katanya, “macam monyet daaa...!” hahahaha!

Filem-filem camni memang tak jemu langsung utk bergelak lagi... dan lagi.


Aku masih ingat dialog pelakun Kuswadinata ini, dalam filem Bujang Lapok: “Ini bukan orang lain Nah... MADU kau jugakkk!” Cissss!

hahahahahaha!

Mungkin hampir sama gaya gelak masa tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, kan? Cemana si SYED yang dok ateh “whil cha” boleh lari dulu? kahkahkah!


Ada banyak filem komedi, tapi tak semua boleh buat orang gelak. Paling-paling pun ada yang jahat boleh plak gelak sinis.

Aku dan beberapa orang kawan aku pun ada beberapa jenis gelak yang hanya kami yang faham. Malah ekspresi gelak itu boleh pula dijelaskan hanya melalui sms sahaja... e.g.

Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh! > ini ada makna tersendiri, seperti gelak cover line atau cover malu.

Hehehehe > ni gelak biasa, biasanya menjadi jawapan paling mudah bila takda jawapan nak bagi.

Wakakakaka! > gelak beso.


Terutama bila ada citer lawak atau terbaca part lucu seperti layan komik Gila-Gila!

Kenkadang sendiri merapu pun boleh gelak sendiri gak. Macam tak betul jer. Contoh:


Aku tergelak sendiri baca komen sendiri, sebab ada ayat Ombak Besar tu. Hahahahaha! Pernah tengok iklan Ombak Besar? Iklan tu selalu kuar petang-petang jer, waktu lain takda. Agaknya kalu siar waktu malam, boleh memberikan kesan sampingan atau rangsangan tertentu kot.! Hikhikhikhk! Tiap kali iklan ni muncul kat tv, kami mesti tergolak anak-beranak!

atau,

Hik! Hik! Hik! Hik! > macam gelak miang jerrrr?

Ha Ho Ha Ho > tak pandai lak aku nak tulis, tapi nak gelak gaya samseng bila dapat colek anak dara kampung! Macam si Saleh Kamil dalam filem Sarjan Hassan.

atau gelak besor si Pak Maun masa dapat menari dalam Pesta Muda Mudi! Yaaaa hooo!

Koh! Koh! Koh! > ini gelak trademark si blogger RED RAMBUTAN.

Qah! Qah! Qah! > ini gelak trademark si blogger yang jauh di sinun.

Ada berapa jenis gelak lagi? Gelak mengorat cemana eh? Gelak eksyen?


*Pesanan, jangan gelak besar macam AA, sebab dia dah lali kena kutuk sebagai “Jijah Speka” atau “Radio Karat Pasar Malam”!


Ombak kecik ombak besar,
Memang seronok bermain ombak,
Gelak kecik gelak besar,
Release tension kalu gelak-gelak!


~...bila Pak Utih bercerita kisah lama sehingga membangkit senyum simpul kepada Mak Utih, HISYAM mula menjeling SERI BULAN dengan maksud terkumpul, malangnya gelak SERI BULAN membuatkan hasrat mungkin tidak akan terkabul...~






Wednesday, March 9, 2011

“No Looking-Looking... No Touching-Touching”!

Salam.
09-03-2011.
Tengahari, sambil melayan lunch.


Cemana leh layan lunch sambil layan blog?

Sebab lunch saya tidak perlukan tangan sepenuhnya, masih boleh pegang letak.

Kalu makan nasi, payah skit nanti keyboard ada bau Kari Kamben atau bau Sambal Belacan juga bau Petai!


Layann...

Pisang Goreng (atau Goreng Pisang?) cuma RM1 dan juga Goreng Keladi juga RM1= RM2.

Air, buat sendirik.

Aircond, guna tempat kerja punya.

Hidup mudah, kalu boleh senang nak senang lagi. Hehehehe..!


Pernah dengar lagu ini?

“No Looking-Looking... No Touching-Touching”! (versi Abang JEM, SinarFm) hahahaha sampai hari ini aku dan TOKLAKI tergelak bila sebut bab ni. Sebab setiap pagi semasa sama-sama bersiap nak pi kerja, dah macam wajib lak kami dengar stesen yang satu itu.

Itulah saja waktu yang dengar pun, di tempat kerja AA terpaksa dengar yang “hangat” tu. Ok gak.

Esok pagi dengar semula selama lebihkurang setengah jam Abg JEM, Kak Engku dan Krell. Tak jemu.

Kongsi sedikit:

Pagi tadi isu masalah. Sorang wanita (isteri) yang dah kahwin 13 tahun ngadu husband dia nak kahwin lagi sorang. Ok gak ler sebab at least suami dia bagitau, mintak izin lagi. Kalu diam-diam?

So si MAK NING dan MAK BANANG pun bagi ler nasihat... antaranya banyak berdoa mohon petunjuk.

Begitulah sebuah kehidupan orang yang kita dengar... Biasa isu begitu, tapi tentulah perit bagi sipenanggung masalah.

Bagi yang sedang bercintaan tapi belum berkahwin, ingat ya... “No Looking-Looking... No Touching-Touching”! (versi lagu Ana Rafali dan Sohaimi Meor Hassan).



~...kerana mengejar layang-layang yang terputus tali dihenjut budak, HISYAM mengejar hingga tidak sedar terbabas ke parit lalu layang-layang ilang, dia pulang dengan selut bergelumang...~





Siapalah Kita Untuk Diagungkan...

Salam.
09-03-2011.
Pagi, sementara menunggu tugasan masuk.


Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalu sudah kenal, janganlah pula ajak bercinta.

Dan kalu tak kenal juga, jangan sembarangan membuat andaian, spekulasi (macam bahasa tinggi jerrr...) juga jangan sembarangan membuat gossip (bukan selebriti pun untuk digossip).

Orang selalu sebut, dunia artis tu kecil pusing balik jumpa muka yang sama. Ada juga yang sebut, komuniti berkawan pun tak luas mana, round-round jumpa muka yang sama (wpun ada nick lebih dari satu), dunia blogging pun rasanya tidak lah sebesar mana (dalam skop seorang blogger level AA) jadi tidak mustahil bila kuar masuk sana sinun, merempit dari satu blog ke satu blog, akan jumpa kengkawan maya yang sama.

Sekali sekala mesti “terjemuh” di mana-mana, kan?

Okey, itu intro.

Lately, ada 3,4 blog yang menulis tentang mengagungkan blogger hebat (setakat hari ini aku tidak nampak nama sesiapa disebut secara terangan). Walau apapun isu dan alasannya, aku masih tidak boleh menerima soal “mengagungkan” seseorang keterlaluan.

P. Ramlee diagungkan kerana bakat seni dan kreativitinya yang sungguh unik dan hebat.

Tun Mahathir diagungkan oleh rakyat kerana kewibawaannya menjadi pemimpin negara yang membawa Malaysia lebih cemerlang.

Lalu keagungan itu menjadi sesuatu yang biasa pula kepada kita dalam konteks kita masing-masing. Ada yang memahami mengagungkan kekasih hati adalah suatu yang biasa, mengagungkan guru yang banyak berjasa pun didengar sebagai lumrah.

Lalu, kini mengagungkan beberapa blogger hebat adakah dilihat sebagai suatu yang salah?

Pendapat peribadi AA: “mengagungkan” itu suatu ayat yang agak keterlaluan untuk digunakan, tetapi memuji dan menjadikan mereka idola untuk belajar ke arah yang lebih baik, tidak bersalahan.

Siapalah kita untuk diagungkan... kita bukan Nabi.

*Macam biasa, tolong jangan puji saya!

Selingan hari ini:

Pic semalam tengahari.

Gara-gara Teringin Tahap Gaban, cari ABC sampai dapat...!


Selepas! Lega, alhamdulillah...


~...bertahan sebagai orang kepercayaan tanpa berbelah bagi, walau sering dicurigai tetap menjadi kepentingan di hati HISYAM lalu SERI BULAN yakin kata-kata puji memang tidak perlu malah kritikan dan kutukan menjadikan mereka seorang lelaki kebal dan seorang wanita kental...!~










Tuesday, March 8, 2011

Sekali Lagi, Para Doktor: Tolongggg....

Salam.
08-03-2011, tengahari.


Macam ler free sangat hari ini. Rajin lak dan tulis entri lagi. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dah nak sebulan. Memang ada terfikir nak tulis tapi tak pasti.

Kira-kira sebulan lalu, AA tiba-tiba diserang rasa gatal-gatal di atas tangan (bukan tapak) selama kira-kira 2 hari berturut. Kemudian lega, tetapi atas kaki pula gatal-gatal. Yang pelik, hanya sekitar atas tangan dan atas kaki (sehingga buku lali sahaja). Adakah saya salah makan? Berfikir... berfikir.

AA bukan seorang yang allergi, pendekata apa sahaja makanan yang gatal terutama seafood memang tidak pernah masalah sebelum ini. Panjangkata, belasah semua.

Selepas hari ke-4, semuanya kembali ok. Tapi memang AA tak puashati, nak buat testimoni sendiri. Sebab hairan. Tak pernah gatal camtu, leh lak gatal yang teruk. Bergaru sakan tiap minit, tanpa kudis tanpa bintik.

What I do? I pegi pasar malam, beli Yong Taufu, sengaja ambil 1 batang (leh guna ker penjodoh bilangan ni?) Crab Stick. Test try tengok.

Selang sehari, gatal di tangan tak timbul langsung tapi gatal di sekitar atas kaki berulang lagi. Lagi. Lagi. Yang heran tu, waktu siang kurang terjadi, sekali sekala jer. Tapi kalu waktu malam, especially time nak tidor (kacau betullah...!), memang akan tergaru-garulah selama beberapa minit walaupun dah sapu minyak, balm, krim dan segala yang sesuai lah!


Garu beberapa minit sebab memang gatal betul, sehingga sekitar kaki tu terasa panas dan macam nak melecet. Tapi tiada sebarang tanda merah-merah atau bengkak, atau bintat macam allergi. Pelik aihhh...

Gatal-gatal tu masih berulang setiap hari sehingga sekarang. Antara ikhtiar AA adalah, rendam kaki dgn air suam dan juga gosok dengan Sabun Garam Bukit..

Hasrat memang nak pi spital tanya, tapi asik ler tangguh. Memang perangai...

So, para blogger doktor, sekali lagi tolong beri nasihat percuma yaaaa... Pleaseeee!



Selingan hari ini:



Sebagai menjawab soalan dari blogger SOMMUFFINS. Tak timbul pun soal kepoh. Tak tahu elok bertanya, ye tak? Memang AA jarang sekali (hampir tak pernah) cerita pasal anak-anak semuanya. Sekali sekala saja. Macam biasa, alasan segan jika nak banding dgn anak-anak orang lain yang hebat. (Tapi anak sendiri, tentulah kita sahaja yang merasa hebatnya mereka!)


NOR + 2 NUR(s)

Jawapan: Anak AA semuanya 6 orang, SOM. Matematiknya adalah: 4 anak perempuan – (ditolak) dari jumlah seluruh anak dalam keluarga = 2 anak lelaki.

hehehe bleh gitu SOM?



~...SERI BULAN sentiasa dicurigai bila mengambil keputusan mengikut HISYAM bermastautin di Kampung Separuh Desa dan bukan sedikit pula menjadi mangsa lelaki “gatal” tetapi kerana janjinya untuk berbakti, HISYAM terus menjadi pendorong yang sukar dibanding...~









Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...

Salam.
08-03-2011.
Pagi yang dingin nyaman...

Hari ini, tarikh ini, Hari Wanita Sedunia ke-100. Selamat Hari Wanita buat semua yang wanita. Yang ala-ala wanita tak leh masuk senarai, walaupun korang tu rasa lebih cantik, lebih lembut dari wanita.

Memang ada wanita yang agak kasar, penampilan tidak gemalai, tapi naluri fitrahnya dia wanita. So dia memang wanita. Jangan cuba menolak fitrah!

Semoga kita terus menjadi wanita yang dikata bisa menggoncang dunia, bukan hanya pandai menggoncangkan dada atau menggegarkan iman kaum lelaki sahaja. Heheheheh!

Ucapan teristimewa tentulah buat My BONDA, “Terimakasih kerana melahirkan saya.” Buat My BONDA MERTUA, “Terimakasih kerana menerima saya sebagai menantu kampung seadanya.”

Juga buat saudara-saudara perempuan, kakak-kakak aku, adik-adik perempuan aku, teruslah menjadi wanita hebat sejak dulu dan selamanya. Adik beradik wanita AA semuanya adalah wanita berkerjaya, tetapi setiap peluang berkumpul sentiasa menjadi kenangan best dalam jadual kehidupan kami.

Tidak ketinggalan buat anak-anak perempuan AA (untuk pengetahuan, AA ada 4 orang anak perempuan), teruslah menjadi anak yang menjadi kebanggaan keluarga.

Meminjam kata-kata YB Datin Paduka Rosmah Mansor tadi, “Walau pun wanita berkerjaya professional, jangan sekali diabaikan tugas kita sebagai isteri dan ibu.”


Selingan hari ini (macam sesuai pulak dengan entri hari ini):

Pic: Malam tadi.

Selaku orang yang “sentiasa kena catit minit mesorat”, pen wajib dibawa. Walaupun sebenarnya lebih mudah jika ada laptop, tetapi sebenarnya AA lebih selesa tulis tangan untuk draf.

*Semua anak perempuan AA, bermula nama dengan NUR dan yang lelaki bermula dengan MUHAMMAD...



~...bila kisah cubaan JALAL menceroboh SERI BULAN di malam gelap diharap menjadi kisah rahsia sepanjang hayat, tanpa diduga si pesalah mendedah lalu SERI BULAN menyerah pasrah asal sahaja HISYAM tidak menyalah lalu mengambil keputusan untuk blah...!~






Taq dari CIK FIZA: “Nak kene dia niiii....”

Salam.
08-03-2011, pagi yang sejuk kerana masih renyai sejak malam tadi.
Lokasi: KL.


Tajuk entri CIK FIZA memang panjang, siap guna nama blogger yang dia tag, termasuk nama aku. Apapun terimakasih CIK FIZA, dan bagus sebab dia siap bagitahu kat tapak komen. Kerana ada beberapa taq yang aku disenaraikan tetapi aku tak tersempat nak tengok lalu terlepas begitu sahaja. Bukan tak sudi, tapi maklum, terlepas pandang.

Taq dia sangat simple, macam makan kacang kuda jerrrrr...




1) Bila korang suka tulis entry?
Setiap masa tetap ada perasaan suka itu, tapi secara khususnya, masa yang suka tidak pernah tetap. Kenkadang tulis pukul 6 pagi pun ada. Mana yang sempat lah!


2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
Almost...!


3) Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
Tiga jer? Tapi I suka tiga ratus lebeyyyy...!


4) Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML (Hahahahaha!):
CIK FIZA jawab begini: “ML tu ape? My Love ke? Ke Mother In Law??”
Yeahhh aku pun nak tanya soklan yang sama. Tapi kalu itu merujuk Mother in-law, biasanya aku cakap, “Mak sihat mak?”


5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
Macam biasa, aku jarang tag spesifik, kerana taq simple begini, pasti ramai yang teringin nak buat, kan? Silaaaa...








Monday, March 7, 2011

Berdating Dalam Hujan: Syiokkkkk....!

Salam.
07-03-2011, petang.

Isnin yang bercahaya. Harap-harap panas sampai petang dan tidak ujan di malam nanti, sebab malam ni ada urusan kerja kat luar.

Sabtu membawa Ahad, memang ada hujan. Sabtu lalu hujan lebat betul, nyaris aku tak dapat keluar. Lepas kerja, tetiba buat plan mengejut nak jumpa blogger yang datang dari jauh. Datang dari kampung aku turun sekejap ke KL menziarah ibu saudara yang kemalangan jalanraya.

Lagipun dia memang sudah lama tempah/order Tart Nenas, so peluang kali ini memang tidak harus dilepaskan. Berjumpalah kami di tempat yang paling mudah, dan demi untuk menjimatkan masa. Stesen LRT Putra yang terhampir dengan tempat persinggahannya, Taman Melati.

Akhirnya terlaksana juga hasrat bertemu, wpun dapat berborak sekejap sahaja dan mujur juga waktu tiba di situ, ujan sudah renyai tak selebat masa aku mula keluar. Kilat petir guruh semua lengkap. Macam nak beku dalam Putra LRT sepanjang jalan.

Sebenarnya, EJA ni menetap di kampung aku, mengajar dekat dengan kampung aku, rumah dia pun sepelaung jer dari rumah kakak aku. Harap-harap pasni dapat jumpa lak kat kampung, lepak lelama!

Terimakasih EJA ESCOBART, kerana kesempatan ini.

Dalam dok borak-borak tu ada lak sms dari PCP sebut plan nak jumpa sambil lepak-lepak dengan Dr ZILA ditangguh. Aduhh.. rupanya aku terlupa yang Dr ZILA sudah tiba dari Melaka. Dia ada sebut, tapi dah tua-tua ni, banyak sangat yang terlepas keluar dari minda ingatan.

Ok, plan lak dengan Dr ZILA nak jumpa kat mana, alang-alang dah keluar rumah.

Dan kami bertemu di BTS, lepak kat sebuah restoren yang lengkap dgn pentas yang ada live band dan peluang untuk berkaraoke. Kerana kami sampai agak awal, pentas nyanyian belum ada yang mula. Bagi kami, duduk borak bergebang lebih seronok dari buang suara yang tak sedap ni.

Bergebang lah kami dari satu cerita ke satu cerita, sebab lama sungguh tidak berjumpa. (Kali akhir, rasanya masa 2009: Misi Perubatan Manjoi (Rumah Anak Yatim Nurul Iman).)


Dr ZILA (kami panggil AZIE_UM) memang menjadi salah seorang sukarelawan sejak di kampus UM lagi, sehingga sekarang (bertugas di Hospital Melaka), terus menjadi kawan dan kami semakin rapat pula bila sama-sama aktif sebagai blogger.



Sama-sama order Kuey Teow Tomyam, sebab hasrat nak makan Chicken Chop tak kesampaian sebab kedai tu belum ready – ada banyak kedai makan di Gossip Corner BTS — tapi tiada perkara pun yang hendak kami gossipkan, kerana inti cerita lebih banyak tentang kehidupan masing-masing sahaja.



Penutup hari yang menyeronokkan, menerima hadiah, kerana menjadi peserta contest Mari Membaca yang dianjurkan oleh Dr ZILA. Terimakasih!

Untuk bulan Mac, contest terbaru beliau adalah:




~...dulu pernah ketika ujan yang lebat, guruh berdentum sehingga tenggelam suara orang berzanji di atas rumah, HISYAM tergelincir jatuh di pinggir sungai dalam gelap pekat malam, sehingga bila dia berjalan balik ke rumah rupa yang sedap mata memandang menjadi wajah yang lucu untuk digelak...!~





Mereka yang Ku Kenali_07: Selamat...

Salam.
07-03-2011, tengahari dah pun.

Ucapan selamat buat teman blogger ACU SAYANG yang sudah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah, menunaikan umrah bersama ibunda tersayang dan beberapa orang ahli keluarga. Bertolak pada tengahari semalam (Ahad 6 Mac) dan bakal kembali pada 20 Mac akan datang.

(Ramai juga mungkin tidak tahu, ACU sebenarnya sudah pun menunaikan Haji sebelum ini)

Juga buat ALONG anak sulung KAKCIK SEROJA yang juga akan bertolak menunaikan umrah.

Bila baca berita sebegini, rasa sejuk jiwa.

Moga segala ibadah berjalan lancar, segala doa dimakbulkan dan selamat pergi dan kembali.


Selingan hari ini:

Lontong beli bukan buat sendiri...






Sunday, March 6, 2011

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Salam.
05-03, awal pagi.


Sekadar sebuah pendapat, dari persepsi AA sendiri sahaja. Tiada kaitan dengan mana-mana orang juga tiada niat meng“isu”kan blog sesapa pun.

Ada ramai blogger yang miliki lebih dari satu blog, kan? Pastilah dengan sebab dan alasan yang tersendiri.

Aku sendiri ada satu lagi blog lain (blog sulung) yang diprivatekan, dan pernah dah aku cerita dulu, blog itu memang banyak tentang keluarga, catatan perjalanan bersama family dan serba sedikit melibatkan kerja. Dan kebanyakan entri sangat panjang-panjang dan details.

Kemudian ada lagi satu blog adalah koleksi sajak-sajak yang menjadi “sentimental value” dan terlalu segan nak publish jugak.

Sehinggalah seorang blogger sarankan buat blog yang public, dan masih lagi aku ingat dia kata, “kalu buka open, saya yakin ramai orang akan masuk baca blog awak.” — mungkin benar juga kata-kata dia. (Lebih dari 2 orang masuk baca, kira RAMAI ler tu, kan?)

Dari pemerhatian singkat, ada juga blogger yang menulis blog dengan berkongsi dengan “orang sebelah” – pasangan masing-masing. Kedua-dua mereka menjadi “admin” kepada satu blog. So sweet, kan?

Tapi pernah juga ada kes yang “terbabas”, sorang nak komen tapi terguna nama author pasangan. Hahahaha... aku pernah baca komen tu.

Dalam hal ini, tentulah ketelusan adalah perkara utama dan mereka sudah bersedia dengan apa juga risiko (tulis blog ada risiko ker? kalu wartawan/polis/ahli politik ker yang tulis blog, harus lah kot...) seperti dikecam, disindir atau dipertikaikan... sangat subjektif gak ler bab ni pun.

Kadang-kadang ada blogger cuma sorang tuan rumahnya, tapi password dikongsi bersama pasangan. Perkongsian adalah indah.

Ada juga kategori di mana, si isteri seorang blogger tegar dan si suami si follower tegar dengan setiap hari mengikuti/baca blog isteri dan ternanti-nanti pula apa citer yang bini dia nak tulis pasni... pasni.. pasni.

Tentulah ada sebab, kan? Ada blogger yang tinggal berjauhan dengan pasangan, disebut weekend husband/wife. Tentulah nak tahu perkembangan pasangan atau anak-anak. Juga yang terpisah jauh beribu batu di seberang laut sana, tentulah setiap entri dinanti bagi melepaskan kerinduan kepada keluarga, suasana tempat sendiri juga makanan yang menjadi kerinduan tekak.

Ada juga blogger single yang sedang berkasih, kekasih pun ternanti-nanti juga apa citer kekasih. Adakah akan ada entri memuji dia? atau adakah akan ada entri menyebut tentang sebuah kerinduan dan hasrat mereka untuk bersama? — malas nak komen bab ni.

Ramai blogger yang menulis dalam konsep kekeluargaan, di mana segala perkembangan keluarga dirangkum sekali termasuk gambar-gambar sekeluarga. Ini lumrah, majoriti berbuat begitu kerana kebanyakan blogger yang aku kenal sudah berkeluarga dan kita akan kenal mereka sefamili thru cerita dan gambar-gambar. Dah blog konsep keluarga...

Tapi, ada juga blogger yang tidak mahu berkongsi dgn pasangan masing-masing tentang apa yang dicoret. Mungkin malu atau ada alasan sendiri. Ada blogger yang langsung tidak mahu suami tahu pun dia ada blog. Hehehehehe...!

Aku tergolong dalam kategori lebih selesa untuk tidak berkongsi tetapi tidak kisah andai diketahui. My TOKLAKI sedia maklum aku seorang yang sangat suka membaca dan menulis sejak berzaman lamanya, jadi kalu aku mengadap komputer (kadang2 kerja pun buat kat rumah) so dia dah tak heran lagi.

Blog aku memang public, anak-anak aku bebas masuk untuk baca apa sahaja di sini. Cuma setakat hari ini My TOKLAKI tak pernah komen (rasanya dia tak tahu pun), sebab dia pun bukan jenis hadap PC. Kadang2 email pun aku yang tolong taipkan.

Seboleh mungkin, aku tak “berapa rela” jika dia tahu tentang “yang ingin kukongsi” pun. Tak privacy lah nak menulis nanti, walaupun sebenarnya takda menda pun yang pelik atau mencurigakan. Gambar dia pun aku tak penah letak sini. Pendekata, “nothing special”.

Hanya merasa lebih selesa bergerak sendirian begini, nak merapu pun senang. Kang kalu dia baca, mungkin ada pendapat kita tak sama, atau mungkin ada gurauan kita yang diterima berbeza pula. Tak pasal-pasal boleh jadi isu pula dalam rumah... hehehehe (Ada sesapa pernah kena?)

Cuma nak pesan: Jangan jadi STALKER kepada pasangan masing-masing, ok!


Seliper pun mesti berpasangan, sebab takda orang pakai hanya sebelah, kan?


*Sekadar sebuah pendapat. Panjangnyer entriiiiiiiiii......




~...semasa berjanji untuk saling berhubung melalui surat di bawah tempurung di ujung ampaian, SERI BULAN sangat meragui cara itu kerana HISYAM bukan seorang penulis tegar, tetapi bila setiap hari lelaki sedap mata memandang itu melintasi laman Teratak Nyatuh, hatinya berbunga dan bangga...!~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails