السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
12-10-2013
Hari ini hari bekerja saya. Semalam arahan kuar, saya diarah bekerja sehingga 2:30pm, tapi selepas setengah jam tiba-tiba saya diarah stay sehingga 4:30pm pulak. Alasan, saya kena tolong cover projek orang lain yang nak balik kul 2:30pm.
Wahhh meletup saya sekejap! Apa, ingat saya takda keja sendiri nak buat? Saya pun ada job urgent nak kena handle. But.. yeah arahan tetap arahan. Bengang pun saya buat juga. Sebab lepas saya sudah bertenang hasil dari ‘meletup’ tu, saya terfikir yang mungkin saya dilihat capable untuk handle projek urgent tu, lalu itu suatu kelebihan. Cewahh pujuk driri sendiri dengan statement perasan. Positif... positif.
Sejak dulu, (wpun sekali sekala ada juga terasa tertekan) saya sudah mendidik diri (dan hati) untuk terus gigih dan kental walau berapa teruk pun saya ‘dibuli’ atau diarah untuk sesuatu yang saya rasa berat sebelah. Bila saya set minda saya untuk sentiasa positif camtu dengan buat tak pot pada hal yang kurang berpekdah (such as pot pet gossip hal peribadi or kutuk orang atasan), saya dapati saya boleh fokus pada kerja saya dengan lebih baik.
Cukup lah saya berani kata pada diri sendiri dan tulis di blog: bahawa saya sangat komited dengan kerja, gigih untuk maju dalam kerjaya dan saya bukan jenis cincai macam setengah orang yang buat kerja lebih nak penting diri sendiri saja. Saya sentiasa pegang kuat pada prinsip, hasil kerja yang baik akan memberikan ganjaran yang baik samada lambat atau cepat. Tidak kira apapun bentuk ganjaran itu. InsyaAllah...
Tayang-tayang:
Boleh campur. 3 bungkus = RM5 or sebungkus RM2.
Jajan waktu petang yang paling popular paberet saya ialah Maruku Pagoda. Saya beli dari pelbagai ‘versi’ samada timbang kati di supermarket (selalunya Aeon Maluri) atau stall roda tiga dekat stesen LRT, or stall kecik depan bank dekat rumah... or yang ready packed jenama Tesco.
Lama-lama ramai pula rakan sekerja saya yang terikut gemarkan maruku ni, lalu selalunya saya jadi tukang beli.
Walaupun di lantai work station saya, ada yang berniaga jajan e.g. kacang dan kepek lain, tapi Maruku Pagoda sentiasa mendapat sambutan.
Cuma jangan makan banyak sangat, sebab rempah maruku boleh buat kita sakit tekak dan batuk. Macam saya sekarang... huhuhuhu! Pantang makanan bergoreng dah masuk minggu ke-3 dah nih...!
~...walau sedia tahu juga sedia maklum HISYAM bukan penggemar siput kerana bimbang gout tak mampu berpaut, tetapi setiap kali SERI BULAN diajak ke jeti di sebelah baruh dia sudah dikenal pasti sebagai pemborong kepah tanpa sepah sehingga Mak Utih tak upaya menolak permintaan si anak kesayangan yang sanggup makan sampai tahap ‘calat tunggoi’...~
Laaa.. ingat tadi dah tak tahan kena buli, nak tukar profesen jadi ahli perniagaan maruku pulak ha ha.. boleh che mid jadi ejen mempeghabihkan..
ReplyDeleteada ke kat utara ni sbb boss besar saya minat sangat muruku.Puas cuba brand lain tapi kurang uumph..Ingat Pagoda singlet rupanya pagoda muruku pun ada..
ReplyDeletesometimes bila x melawan takot org amek advantage plak.. x suka suasana keje yak berat sebelah.. kat mana mana ada je camni.. #nanges
ReplyDeletekak, give me five!
ReplyDeletesaya pun kerja jugak. eh, saya memang kerja pun setiap Sabtu. so no hal la. haha
AA betul your mindset tu. Think positive is the best way to cool off.
ReplyDeleteAnything extra of workload/urgent workload and if you can fulfill their requirements
please write down in yr note book, as you can use that as your KPI later.
Working at extra time, always to be compensated either unrecorded leave or meal allowance.
All the best AA. Take care of your batuk, nanti urat mata merah, tak syantek pula..hihihihi
kita pun keje jugak...padahal semalam melaka cuti...tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...sama dengan saya....hihi
ReplyDeleteMaruku kecik2 yg campur dengan kacang mmg mabeles.. layan depan tb mmg tak sedaq abih sebalang..
ReplyDeleteHaish! Cemana la nak kuruih asik mengunyah saja...
keep it up AA.. positive always..
ReplyDeletemaruku tu, hubby yang selalu suka sangat.
saya mmg pantang nampak kudapan2 kat atas tuh ... mmg ada stock . klu tgk tv sorang2 , mmg mengunyah ler mulut ...
ReplyDeleteSaya rasa saya pun kdg2 mcm dibuli..baru2 ni bos bagi arahan kena take over keja lama sy bahagian akaun selama 2 bulan sebab staff yg ambik alih keja sy tu nak cuti tanpa gaji selama 2-3 bulan..tapi bila pikir positif rasa diri dihargai dan bos memang percaya kebolehan dan kesungguhan saya..so sy terima dgn hati terbuka..:)
ReplyDeleteBetullah kak.. bila jadi mcm tu.. baik fikir yg positif agar kerja yg diamanahkan menjadi baik dan sempurna..
ReplyDeletepsstt: saya tak perlu pergi jauh sebab akan ada sorg uncle tu dtg jual sblm lunch hour.. ;)
oooo...nama maruku ni maruku pagoda..saya tak pernah tau pulak kak
ReplyDeleteAina dah lama tak kerja Sabtu tapi bila projek tengah banyak terpaksa redza dan positif bila kena kerja 7 hari seminggu. Bila kita terima denga ikhlas dan positif kita tak stress.
ReplyDelete