السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
09-10-2013
Semalam, semua staf yang sama aliran dengan saya dibenarkan balik awal tanpa perlu buat OT. Sebahagian besar staf di lantai yang sama dengan saya selalunya akan ‘dikerah’ (can I use that word?) stay sehingga jam 7:00pm tapi selalunya sehingga 8:00 malam sepanjang minggu dan Sabtuday pula stay sampai 4:30 pm.
Memang jarang kami dapat pelepasan sebegitu, kecuali waktu-waktu tidak mendesak bila job masih belum berada di bahagian kami. Mereka sebut, ‘job belum naik.’ (sebab kami berada di tingkat paling atas.
Dengan cuaca yang membahang sepanjang hari selama lebih sebulan ni, jerebu yang on-off dan saya yang batuk dah masuk minggu ke-2, peluang balik awal adalah sangat awesome!
Ehh ehh! Citer pasal balik awal pun sampai 3 para? Cehhh...! hahahaha
Okey okey.. lets tayang-tayang:
Seorang kawan sekerja berjaya beli Kuih Koci Labu Manis di gerai area rumahnya di Ampang. Lalu saya dapat seketul.
Saya tak pernah jumpa Kuih Koci Labu Manis nih. Selalunya orang buat Kuih Koci guna beras pulut hitam, kan? Unik sungguh kuih tradisional kita.
Arwah MyMak Mertua dulu sangat handal buat kuih tradisional termasuklah Kuih Koci nih. Zaman anak-anak kecik dulu, arwah memang meniaga kuih-muih di berek polis. (Yup, MyToklaki tu anak bekas polis, sebab tu disiplin macam askar Jepun!)
Huhuhu sedih teringat arwah MyMakMertua yang sangat rapat dengan saya.
Rasa dia? Ohh sangat lazat. Inti kelapanya cukup lemak manis, kuah santannya cukup garam dan lemaknya, labu manisnya pula cukup lembut dan wangi... Ahhh!
Walaupun saya cuma dapat seketul (buat rasa katanya), tapi peluang nak snap gambar tak harus dilepaskan. Bukan senang nak jumpa kuih lama cenggini. Kan?
~.....SERI BULAN: “Saya tidak tahu akan bagaimana keadaan saya tanpa awak kerana awak sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya.”
HISYAM: “Apa yang terbaik untuk awak, adalah kemanisan hidup bagi saya, apa jua keadaan awak akan menjadi keadaan kepada saya dan saya akan terus berada di sisi awak selama mana awak kukuh menyokong saya tak kira saat tegak atau condong”....~
Arwah mak kakcik pandai buat lepat labu. :)
ReplyDeleteAzie..seakan2 terbau harum kuih koci tu...biasa makan yg pulut hitam atau yg kaler hijau tu ja...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSangat suka koci labu tapi....payah nak jumpa
Tengokpun dah sedappppppp
Masa kecil dulu tak suka makan koci sebab benda tu kan kenyal. tapi bila dah tua ni memang suka. lagi² kalau koci telur katak inti gula merah. and also jangan manis sangat, kalau manis sangat rejek terus.
ReplyDeleteKuih koci dah mmg sedap....kena pulak pakai buah labu....perghhhhh....Tapi amat tak baik buat pesakit diabetes...hahaha
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTeringinnya....tapi saya sdg belajar kurangkan gulalah.
suka bila masuk babak tayang2!!
ReplyDeleteassalam azie..sedap nampaknya tu azie..acik tak pernah buat koci labu..selalunya tepung pulut je..tapi acik guna pulut putih..bukan hitam
ReplyDeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletememang jarang dapat kuih koci labu tu.......sodap...
First time Aina tengok kuih koci labu ni Kak Azie...
ReplyDeletejarang jumpa kuih koci labu...rezeki hari ini kan...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDelete1st time tengok kuih koci labu
sempat tak berguru dgn MIL :)
rasanya saya tak pernah mkn koci labu ni...
ReplyDeletesaya biasa dapat dari pengasuh lama anak2..
ReplyDeletetiap kali hantar anak2 pasti akan bawak bekal ke office.. sangat suka.. ;)
nampaknya cuti sekolah ni pasti akan dapat lagi dari beliau.. hehehe..
sedapnya.. huhu.. kita boleh tgk jew la... hahaha
ReplyDeletemak mertua saya memang pandai buat kueh koci nie, siap salut dengan santan lagi, nie nak dekat hari raya haji dapat ler saya rasa....setiap hari raya haji mesti dia buat...saya belum menuntut ilmu lagi.......
ReplyDeletekejamnya gambaq..sampai ati. alang2 tunjuk tu ce bagi kami rasa sorang sikit...haha. first time saya tengok kuih koci made from labu. adeh...dah la dua2 favorite..
ReplyDeletesaya pun tak pernah jumpa lagi koci labu...tapi kalau akak kata sedap tu.....mmg buat kecur ayaq liuq cek ni.
ReplyDeleteteringat ada separuh labu kat dlm peti sejuk ... agak2 boleh jadi ker nih ...
ReplyDeleteKat Ampang tu kan mana ye dia beli kuih ni..huhuhu..sungguh terliur melihatnya...saya duduk Ampang. .nao cari kuih ni lah..kadang3 saya buat sendiri koci labu ni..tapi kadang setakat nak makan 2-3 ketul rasa tak berbaloi nak buat...
ReplyDeleteKampung Melayu Ampang. Tapi gerai mana, saya tak tahu pulak
DeleteYe ke...saya pun duduk kat situ.....gerai mana ye...huhuhy
DeleteJarang dan payah jumpa koci labu ni..
ReplyDelete