السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-10-2013
Dah Oktober. Rekod cuti semua staf dah kuar. Ada yang berbaki puluhan hari. Ada yang berbaki 100± hari lebih tidak diambil. Rekod paling banyak, 256 hari baki cuti sorang designer.
Hai... kalu saya ada baki cuti camtu banyak, kompom merata alam saya berjalan. Depa tu bukan taknak cuti, tetapi position depa tu penting dan selalu tak boleh cuti.
*****
Balik kija malam tadi, Me & MyToklaki bertembung dengan sekumpulan (5,6 orang) bebudak lelaki remaja. Mungkin masih Form 2 or Form 3 berkumpul bersama motor masing-masing. Yang tak sedap didengar tu, bahasa depa. Mak aiii... kembang telinga.
Woiii tunggu la aku, bodoh!”
“Hey bodoh! Cepat aarr!”
MyToklaki geleng kepala. “Kenapa budak-budak sekarang ni tak lepas nak sebut ‘bodoh’? Dia tu pandai sangat ker?”
Kerana saya diam malas nak tokok tambah dia bebel lagi, “Zaman aku muda dulu, mana ada nak sebut benda-benda camtu.”
Isu tu senyap camtu saja sebab saya malas nak bertekak or berbalah walaupun saya setuju sepenuhnya akan bebelan si suami tu. Kan saya batuk kuat? Malas la nak cakap banyak-banyak!
~...malam semalam bulan kelihatan menyabit serong dan cahayanya begitu tajam dan seperti biasa mengekori ke mana sahaja sehinggakan terleka SERI BULAN dek sabitnya bulan purnama itu lalu nyaris tersungkur disadung akar meranti yang menjalar tidak disedar, HISYAM terpaksa menutup mulut menahan tawa yang hampir terhambur kerana bimbang nanti kena sembur...~
Itu blom lg ckp ikut pengaruh cerita tu...apa nak jd x tau la...
ReplyDeleteFilem yang ada unsur gangster paling banyak mempenharuhi bahasa anak-anak remaja sekarang.
Deletebetul azie.....mungkin tu trend cakap zaman sekarang kot...sedih
ReplyDeleteTrend yang merosakkan...
DeleteBetul tu Kak Azie budak2 kat tempat Aina pun suka sangat mem'bodoh'kan org lain. Kadang2 anak2 kat rumah pun terikut jugak, selalu Aina ugut kalau nak cakap yg bukan2 dok rumah jgn berkawan dgn org.
ReplyDeleteBila dah selalu sangat sebut, lama-lama bebudak tu dah tak rasa kekok lagi dah. Dah takda rasa malu pun.
Deletememang itu gaya mereka bercakap kak azie..sebab mereka tu kurang cerdek
ReplyDeleteKeurangan cerdek tu pun bukan kerana tak pi sekolah, tapi kerana pengaruh sekitar juga. Banyak pencemaran di sekliling anak-anak kita sekarang ni.
Deletelepas listen, listen sekarang bodoh, bodoh pulak.... trending words kot?
ReplyDeleteKalu itu lah trendingnya, lepas ni apa pulak, kan?
Deletetrend kot kak, budak2 kampung saya pun macamtu jugak....perkataan tu dah biasa, even yang kecik2 pun dah tahu sebut:-(
ReplyDeleteSesuatu perkara kalu dah selalu dibuat, diamalkan akan menjadi kebiasaan yang tidak langsung menjadi sukar, Saya rasa begitu lah.
Deletekalu maman terdengar.. mesti dia akan ckp.. 'nape ckp gitu.. tuhan marah la..'
ReplyDeletehuhu.. moga kekal sifat murni dlm diri anak2 kita kann kak...
Saya yakin semua bebudak tu, masa kecik diajar dididik sebaik mungin samada di sekolah mahupun dirumah Tetapi ada faktor lain yang mencemarkan keadaban mereka.
Deletemenjadi ikutan budak-budak sekarang...........
ReplyDeleteSelagi bernama budak, semua benda baru nak dicuba dan nak diikut...
Deletesampai sekarang pun saya tak pandai nak cakap benda tu secara terus terang. cakap secara under my breath sudah. tak pun dalam hati aje.
ReplyDeleteseriously kalau anak-anak buah saya cakap perkataan tu, memang sampai la tangan saya kat mulut depa.
Da;am rumah kami sejak kecik dulu, memang langsung tak berani. Now, dalam rumah Kak Azie, perkataan tu dilarang keras utk disebut.
Deletesungguh xsedap didengar kan kak.sy pon xsuka org ckp bodoh2 ni.xelok.
ReplyDeleteDah jadi macam ayat menyumpah plak, kan?
Deletekononnya mesra.. dalam masa yg sama menonjolkan kebodohan sendiri kerana tak reti menggunakan kataganti nama yg betul..
ReplyDeleteIkut-ikutan. Begitulah. Bukan dia fikir benda tu baik ke tak baik. Janji, dia boleh buat macam kengkawan lain buat.
Deletebiasanya remaja gini lahir dari keluarga yg tidak harmonis, saya pandang dgn rasa kesian..
ReplyDeletetapi kalau bdk kecik pulak, diorang terpengaruh dgn kwn2 nursery/taska.
Mungkin ada benarnya. Pengaruh luar sebenarnya sering menang jika nak dibandingkan dengan kawalan orang tua.
DeleteRemaja lebih percaya cakap kawan dari cakap parents sendiri.
Itu lah bezanya zaman baby boomers dgn gen y.
ReplyDeleteApapun bahasa melambangkan bangsa.
Kalu masa zaman P.Ramlee, berbahasa tak betul macam tu dah kena ludah dah....
Deletebahasa jiwa bangsa...zaman dah berubah, adab pun dah ditolak ke tepi.
ReplyDeletebanyak nya cuti..kalau la boleh suka-suka transfer..meh la kat chek sikit...cuti dah nak abis ni..
Terlalu ramai agaknya kawan yng cakap, jadi bebudak tu dah tak rasa itu biadap dah.
DeleteMemang rasa nak beli cuti depa tu, tapi mana bolehhh....
srh dia transfer cuti tu ke saya.. dah abes langsung ni.. hahahahahahahaaa
ReplyDeleteHahahaha kalu boleh transfer, kan?
Deletewah banyak cuti dia.. tapi sayang dia tak dapat nak gunakan cuti dia kerana tuntutan kerja :(
ReplyDeleteBahasa budak2 sekarang (bukan semua) agak menakutkan.. kat area rumah saya pun macam tu.. bila tegur mengadu kat mak bapak nanti kita kena balik.. aduhai.. :(
Itulah juga yang sering menjadi kebimbangan. Ada setengah parents yang tak boleh langsung ditegur...
Deletemacan tu la kak budak2 sekarang. dah hilang budi bahasa, hormat menghormati pada orang lain.. kesian tengok....
ReplyDeleteLebih kesian adalah ibubapa bebudak tu.
Deletebukan setakat ayat bodoh saja..lebih dari itu pun ada...geram sangat bila dengar rasa nak cili mulut mereka ha..ha..
ReplyDeleteKalu berani dan nekad, boleh jer cili mulut bebudak tuh! hehehehe
Deletetu kalau kita tegur,silap haribulan kita pulak kena sembur..
ReplyDeleteMemang selalu pun silap haribulan tuh... hehehe
Deletemakbul doa budak2 tu semasa sendiri dgn perkataan bodoh tu, habis kantoi PMR nanti .... huhu
ReplyDeleteAlaaa janganla sampai kantoi pulak....
Deletekak..sy ni setiap hari dgr ayat tu dr bdk2 remaja kat taman sy ni
ReplyDeletekalau takat bodoh,gila tu biasa
kdg2 mak dia punya pun dia sebut sekali
rasa mcm nak cilikan je mulut tu
Sekarang ni mencarut pun dah jadi kebiasaan di mulut budak remaja.
DeleteSeri Bulan : Aku tak GATAL TAK GATAQ, tak gatal
ReplyDeleteMungkin tak dilarang dari mula.. tu yg jadi ayat penyedap rasa... makin takut tengok budak2 remaja la ni.. 10 tahun lagi tah cemana pulak... :'(
ReplyDeleteSebab tu la ada kes budak umur 12 tahun dah pandai rogol orang...!
Deletetu kira ok sebab budak2 yg cakap..ni yg dah jadi mak budak lagi dasat..
ReplyDelete"Eh sial..babi..bangang..." hanya mainan bibir dia bila bercakap dgn kwn2nya..
sy hanya mampu berastagafar je.
Kalu dah si emak camtu, anak-anak nya tah cemana la pulak...
DeleteAhaa kena la marah kat kebod pulak.. ahahaha!
ReplyDeletehabislah ... mmg sekumpulan yg bodoh lah jwpnya . lepas spm trus jadi mat rempit . -erkataan tu doa . klu dah lebih 40 kali ... layan jer la ...
ReplyDeleteBagi kita yang ada anak ni, melihat anak orang lain, terasa takut terkena anak sendiri....
DeleteSalam AA . moga sihat hendaknya.
ReplyDeleteTakut dgn ayat keramat tu. Moga tak menular kat anak2 kita. Amin.
Salam Kak Ju. Sebenarnya batuk saya masih ada lagi. Ntah bila la nak baik...
DeleteAzie, di sekoalh saya semua budak dok kata "saya bukan bodoh saya bukan bodoh" ikut stail ckap isteri Mat Yo.tu. ish di kantin tadi saya jerkah a group of them yang dok shout perkataan tu..ringan tangan ni rasa nk boh sebijik ! !
ReplyDeleteBagi jer sebijik cikgu!
Delete