Sunday, October 27, 2013

Bila bajet baru diumum, tindakan pun bermula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday
27-10-2013


Selepas sehari Bajet 2014 diumumkan, harga gula terus naik menjadi RM2.84. Tujuan untuk rakyat Malaysia kurang beli gula, demi menjaga kesihatan. Relevan ker idea sebegitu? Saya pun tak faham. Sebab harga untuk menjaga kesihatan ni ada ketikanya, adalah subjektif. Ada cara murah, ada cara mahal.

Well, menaikkan harga gula saya rasa tidak banyak membantu cara itu. How about kuih muih manis yang sentiasa menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia? Nasi lemak pun guna sambal yang of course ler ada gula. Mungkin sedikit usaha ini boleh menyebabkan orang minum tanpa gula. But, saya rasa bagi orang yang sudah terbiasa dengan habis minum teh tarik (wpun kurang manis) tetap minum manis juga.

Kesan lain? Harga kuih muih akan terus naik. Itu baru kuih muih. Barang makanan lain? Semuanya saling berkait. Pandai-pandai la kita nak ejas mana yang patut.

Kami sendiri amat kurang guna gula kecuali hari minggu baru ada menu buat air manis seteko. Hari biasa, semua orang minum air kosong. Sekilo gula pun payah nak habis sebulan. Dalam hal ini, saya sangat berterimakasih kepada MyBabySitter dulu, yang sangat-sangat tegas dengan anak-anak saya (seawal Dak Amoi age 2 bulan) di mana semua depa kena rajin minum air suam. Sangat jarang MyBabySitter bagi anak-anak saya minum air manis. So depa terbiasa sampai besar. Ehhh melalut.

Yeahhh walaupun ada barang naik harga mendadak lately, tapi semasa saya ke Pasar Pudu pagi tadi, harga ayam tiba-tiba jatuh RM7.00 saja per kilo. Hmmm... bagus.

Ikan ada yang turun ada yang mahal. Sebenarnya dah 2,3 minggu harga ikan agak murah. Syok jer pilih itu ini.

Sayur jangan cakaplah. Memang Pasar Pudu antara pasar yang termurah. Seikat sayur  masih boleh dapat dengan RM1 or 3 ikat for RM2 saja. Memang gila membeli.


Serai seikat gini  masih RM1.00 sejak dulu.



Cili padi. Ada beberapa jenis cili padi. Ada orang sebut cili akar (panjang, hijau dan saya rasa paling murah), cili burung (yang paling kecil dan agak mahal). Sebungkus dalam pic, masih murah. RM2 saja.

Bagi saya, memang harga barang menjadi mahal kebelakangan ni. Kuih muih dah jadi RM0.50 seketul, dengan saiz masih sama. Hmmm.. peniaga ada alasan depa. Memang ada orang sebut, “Apa kaitan minyak naik 20 sen dengan kuih muih?” Sapa kata tidak berkait? Depa nak pi beli barang naik keta, kan? Depa nak pi meniaga guna keta kan? Depa masak guna gas, kan? Sapa hantar gas? Naik motor pun guna minyak, kan? Lalu, setiap kita saling ada alasan. Tapi harga tetap kena bayar.

Situasi sekarang: saya tunggu bila bonus nak kuar. Ahaks!




 ~...ujan sepanjang petang sebenarnya sangat menggembirakan SERI BULAN kerana HISYAM akan terperangkap di ambin tidak berdinding Teratak Nyatuh sehingga senja, dan Pak Utih duduk di hujung tangga sebagai peneman bersama rokok daun nipah sambil memasang telinga mendengar tingkah kata ala-ala gaduh manja teruna dara kesayangan walaupun masih tidak faham apa maksud, “nothing gonna change my love for you”...~




17 comments:

  1. betu tu...brg2 tu saling br kait2...kdg tu sy geram bila org ckp hrga naik lps tu salah kn pnjual ambik ksmptn...pdhl peniaga tu mmg ptt naik kn hrga...minyak naik..beras naik..tepung naik...gula naik..susu pn naik...semua naik hrga..gaji sahaj yg lmbt naik...hihiks...d cni kuih sebijik 50sen or 70 sen..ada yg seringgit..klu sy nak mkn..beli shj la..klu nak murah..bt sndiri..tp bkn nya nak mkn byk pn..niat kn dlm ati..bhw ini ada rezeki utk si pnjual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling memberi dan menerima. Betul, kalu nak betul-betul jaga bajet memang buat sendiri la jawabnya. Mana yang kita boleh ejas, kita ejas la. Kalu tak boleh, apa nak buat, ikut saja laaa

      Delete
  2. Bila la saya & Fiza nak terjah Pasar Pudu ni...
    Nak beli ikan keli..
    Nak borong sayur murah..
    Errr..pasar nya lecak tak? wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah namanya pasar basah, memang lecak la. Terutama kalu malamnya hujan. Mana ada orang pegi pasar nak pakai kasut lawa, kan? Pastikan pakai kasut sarung or seliper jer. Jangan pakai jeans lawa. Pakai trek suit paling sesuai.

      Delete
  3. banyak tu singgit serai tu..masih murah la..kat manjung pun xleh dapat harga tu..Alhamdulillah, knah xkena beli serai, ada tanam kat depan rumah..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalu ada laman pun, harus lah tanam juga. Tapi mujur serai masih murah. Untung orang ada tanah, boleh tanam tak perlu beli dah.

      Delete
  4. setuju...ada kaitan dgn minyak..
    nak guna transport memerlukan minyak.

    oh oh minyak...:)

    ReplyDelete
  5. Yang tak boleh tahan ada yang komen..
    'Barang2 keperluan harian tu bukannya kita kena beli hari2, contohnya susu anak bukan kita beli hari2..'
    Lawak sungguh... memang tak faham istilah..benda perlu hari2 boleh pulak pi konpius dengan beli hari2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza, beli hari hari dengan perlukan hari hari. Beli sebulan sekali tu, tapi nak pakai guna makan hari hari.

      Delete
  6. sometimes tak tahu malah malas nak comment bab harga naik ni.. buka sebab apa2.. sebab geram. beli barang pasar, kat pasar 6 ni, RM100 macam tak beli hapa2... sedih betul .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrahnya, barang basah, bahan mentah di pasar kita akan jadi tahu sebab kita dok beli selalu. Barang yang kita tak berapa guna, memang tak perlu ambil tahu pun. Sekarang ni, bawak RM50 baru boleh stok 2 hari jer.

      Delete
  7. nak buat macam manakan, kita cuma rakyat bawahan, cakap banyak pun tak guna, terima jelah dengan redha ( dalam hati geram juga )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ikut saja ke arah mana angin tu bertiup, kan?

      Delete
  8. depa suruh kita jaga kesihatan mungkin dari segi, "Sila kurang kan gula dalam minuman."

    itu aje kot?

    eh, lupa pulak kuih muih pun guna gula. well, apa boleh buat. ikut je.

    ReplyDelete
  9. Salam AA,
    Disini Peranchis juga segala keperluan isi rumah & makan minum & pakaian semuanya naik cukai segunung tinggi semenjak dibawah pemerintah kerajaan kiri, sampai mahu merungut pun boleh tersedak-sedak gitu karena ayat binasa yang mahu diluahkan kok ketat sukar tersembur, ... gimana pun disana masih lagi bernasib baik situasinya kalu dibandingkan disini, ya ampun... baru-dua hari kelmarin sudah diumumkan mahu mencukai kepada rakyat peringkat pertengahan sekali dengan yang tidak berkemampuan/bergaji kecil yang kebanyakan menyimpan wang (seperti life insurance, PEL/home loan plan dan PEA) bakal dihari pencen kelak pun akan dicukaikan sebanyak 15.5 % bagi membiayai hutang "social security protection" yang kini semakin membuncit besar, oleh itu hari ini rakyat Peranchis bukan sahaja merungut akan tetapi mengaung bengis sampai mengugut mahu terbalikkan kerajaan kiri karena semenjak berkuasa kerajaan kiri sudah meluluskan 53 jenis cukai-cukai yang tidak termampu dipikul oleh keseluruhan rakyat Peranchis, jadinya bagi cukai-cukai baru kalu dipersetujui/undian oleh parlimen nanti bermakna dari sekarang rakyat Peranchis akan bertukar gaya hidupnya yaitu berhutang untuk berbelanja dimana sedari lumrahnya mampu berbelanja dengan perasaan yang lapang sesungguhnya...

    Kesimpulannya, negara kita masih bertimbangrasa... hanya sekadar harga gula dinaikkan, disini sudah lama harganya naik/dicukai bagi segala minuman "carbonated soft drinks" demi untuk kesihatan, lumrahnya disini waktu makan berhidang minumannya semata air mineral/air kosong nan jernih hanya semenjak kebelakangan ini gejala meminum "carbonated soft drinks" menjadi gaya hidup yang ditiru dari USA... !

    Teruja kak Ratna dengan segala sayuran desa yang masih terikat dengan harga yang berpatutan kekal sehingga sekarang kalu dinaikkan sedikit sebanyak pun tidak mengapa karena masih mampu membelinya, disini sayuran tempatan/desa kok mahal sekali yang ditarafkan sebagai sayuran untuk orang kaya sahaja... panjangkata, dinegara kita untuk berjimatcermat boleh sahaja... tepuk dada tanya selera.

    Salam mesra semanis madu.



    ReplyDelete
  10. dtg mlwt ke sini cri info ttg cili

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails