Tuesday, November 25, 2014

Bila pemotong rumput pun berselfie... Mana bleh lawan Pakcik GEDEK!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-11-2014


Dari Tingkat 3, lantai tempat kija saya, boleh melihat agak luas pemandangan persekitaran. Walaupun hanya nampak bumbung kilang-kilang, jalan raya, projek MRT dan beberapa hutan kecil (tanah yang belum berusik) tapi setidak-tidaknya seronok dan indah melihat langit yang luas. Matahari yang indah kala cerah, dan suasana dingin kala hujan lebat.

Suatu pagi, dari dinding kaca, kami ternampak dua orang pemotong rumput di kilang hadapan sedang posing di atas rumput bersama mesin ringan pemotong rumput (macam menebas tuh). Sorang kawan snap gambar sorang lagi, dan kemudian berselfie sendiri pulak. Tersenyum kami melihat. Rasa gumbira. Betapa insan pemotong rumput itu begitu happy dengan kerja depa. Rasa bangga. Tak rasa malu pun. But, terlalu jauh pula untuk snap gelagat depa.

Sebenarnya, seorang blogger yang kenali lama dulu, sudah berselfie sebagai identiti beliau. Ketika orang belum tahu apa itu berselfie, sebelum monopod belum banyak dijual dan digilai ramai, beliau sudah berselfie bertahun lama dulu lagi. Malahan anak-anak dara saya lebih dulu mengenali beliau, kemudian bercerita kepada saya lalu kami kemudian menjadi rakan blogger yang se‘kariah’. Siapa lagi kalu bukan Pakcik GEDEK kita!

Antara kenangan dengan beliau:


Kredit pic: blogger DaddyZiyyad. Thanks.


Rasa nak tarik tocang dia!

*Pic dari blog beliau.

Terimakasih Pakcik. Kerana memberikan suatu fenomena baru dalam dunia blogger.






 ~...sejak laluan denai tidak lagi berumput tebal, walau lalang masih tajam mengguris betis, SERI BULAN tidak lagi takut untuk berjalan sendirian tetapi alangkah dia berasa bangga bila HISYAM tidak pernah berkira untuk menjadi peneman seiring dan sejalan sehingga anak dara Pak Imam dikatakan menangis mengongoi geram lantaran setiap kali lalu lalang HISYAM buat-buat tak nampak, SERI BULAN buat buat jelak...~




17 comments:

  1. Rindu suasana seperti dalam gambar2 di atas itu...

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak azie..
    Itulah erti kebahagiaan..
    bahagia dalam hidup, tak perlu kaya raya..tak perlu jadi CEO..
    Si pemotong rumput itu, entah2 lagi bahagia dari datuk seri datuk seri yg kereta menjalar..

    Ehhhh..jom la gathering lagi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk ikut.. tapi pemalu y amat!

      Delete
    2. buang tepi malu tu..
      kami tak makan orang..
      kami makan...kacang kuda uncle gedek aja...hahaha

      Delete
  3. DZ nak ikut gathering jugak!

    Erti bahagia bila kita enjoy kehidupan dengan sebaiknya!

    ReplyDelete
  4. Owh! terima kasih entry ni. rasa macam tribute pulak...

    Kalau ada nak buat gather-gather lagi... pakcik cop bawak kacang kuda!

    keh keh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakaka..
      tapi kacang kuda uncle la yg menjadi tumpuan!

      Delete
  5. Life is simple actually..
    Yg jadi "serabut" tu bila kita terlalu asyik memikirkan pandangan org lain terhadap diri kita..

    Jaga hati.. jaga diri..

    ReplyDelete
  6. kalau pemotong rumput tu dekat pasti moment berselfie tu dimasukkan di sini.. ;)

    ReplyDelete
  7. uncle gedek..hehe sapa yg tak kenal beliau...selfie dah jadi identitinya dia.

    ReplyDelete
  8. gembira, rasanya dalam jiwa. terlahir pada riak muka.

    ReplyDelete
  9. Dimana pun sekarang ni kita akan jumpa aksi berselfie...

    ReplyDelete
  10. saya pun pernah terserempak pekerja yg sedang tar jln berselfie......saya senyum sorg2 masa sdg drive....he3x

    ReplyDelete
  11. Pakcik gedek popular dan friendly...

    ReplyDelete
  12. Kelmarin ternampak seorang lelaki baring atas kaki lima, tidur agaknya. Lena.

    Kalau saya belum tentu sebab lantai ketas, sejuk dan tidak berbantal.

    Bagi dia itulah kebahagiaan. Dia tidak dapat lebih dari itu tapi Allah cukupkan itu untuk dia...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails