السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-11-2014
Sapa berkesempatan mendengar sesi perbualan dengan Ustaz Ebit Liew di Sinar.fm semalam. Wawancara bersama Kak Habshah (Kak Bad) dengan tajuk ‘Mencari Bahagia’.
Aduhai... sangatlah sedap didengar. Sangatlah menusuk ke jiwa. Dan sesapa yang turut dengar semalam, pasti setuju dengan saya, Ustaz Ebit berjaya membuka minda ramai kita, menjentik hati penuh sayu dan keinsafan.
Tema Mencari Bahagia itu sendiri memberikan gambaran yang subjektif. Bahagia berbeza-beza bagi setiap orang. Ustaz Ebit pun sebut, naik pangkat pun bahagia. Tolong orang itu pun boleh buat kita rasa bahagia. Ada banyak contoh. Dan seronoknya dengar Ustaz Ebit memberikan beberapa contoh keinsafan dan kesedaran beberapa kawan beliau, yang dari ‘jahil-jahat’ menjadi sebaik-baik dan semulia insan.
Salah satu contoh mendapat bahagia yang paling mudah disebut ialah berbakti kepada orang tua. Kepada ibubapa sendiri. Bagaimana seorang anak muda yang menjadi penagih dadah yang hidupnya sangat teruk, dipinggir keluarga, dihalau dari rumah akhirnya kembali ke rumah itu dengan niat untuk berbakti kepada ibubapa. Dan diceritakan bagaimana lelaki itu menjaga ibunya yang sudah tua. Ketika ibunya muntah, dia menadah muntah ibunya dengan jubah putihnya sambil berzikir. Dan kemudian, bila mencuci ibunya yang buang air dalam pampers, dia dengan ikhlas membersihkan ibunya sambil menyebut, “Inilah syurga bagiku...inilah syurga bagiku.”
Ohhh sungguh sayu dan insaf mendengar kisah benar itu. Dengan cara Ustaz Ebit bercerita, kita boleh terbuai, dan saya pasti memang ada yang turut menangis sama ketika mendengar kisah itu, kan?
Di akhir slot program itu, Ustaz Ebit membacakan doa panjang untuk semua orang, semua kita. Memohon maaf dan ampun berkali-kali. ‘Tuhan, maafkan kami. Maafkan ibubapa kami...” Arhhhh sapa yang tak tersentuh hatinya....
Saya mencari di Google tentang siapa Ustaz Ebit ini. Lalu terjumpa kisah ini. “Siapa USTAZ EBIT LEW?”
Yea... benar. Sesiapa yang berbakti kepada ibubapa, tidak kiralah bagaimana cara berbakti itu, hidupnya akan diberkati, InsyaAllah. Hidupnya akan dipermudahkan, rezekinya akan dilimpahkan.
Saya rasa sangat beruntung bagi sesiapa yang berpeluang berada hampir dan dekat dengan ibubapanya, dapat menjaga mereka kala sihat-sakit-demam mereka juga sama-sama berkongsi kegembiraan atau kekayaan kehidupan.
Tayang-tayang:
Sarapan saya pagi tadi. Bingka Roti. Beli, bukan buat. Nak harap buat, resipi pun saya tak tahu. Saya bukan penggemar roti sangat pun.
~...bukan SERI BULAN tidak tahu tidak sedar berapa ramai yang tertanya-tanya kenapa HISYAM sering berkunjung datang ke Teratak Nytauh walaupun musim tengkujuh belum musim buah luruh tetapi SERI BULAN tetap mahu HISYAM hadir selalu tanpa memerlukan sebarang alasan untuk datang walau ada ketika SERI BULAN meragam macam kucing bunting selongkar kotak!...~
saya tak mendengar, ruginya
ReplyDeleteklik pautan yang disediakan, rupanya dia seorang mualaf
Kak azie; baca entri akak pun dah meleleh..apa lagi dengar ustaz...tapi betul bicara ustaz ebit mmg lembut...sila follow fb dia:-)
ReplyDeleteBeliau mmg penceramah kegemaran saya
ReplyDeleteSeboleh daya Aina akan penuhi semua permintaan mak.
ReplyDeleteRugi kak zai tak dengar, tapi pernah tengok ceramah beliau.
ReplyDeletepernah dengar ceramah ustaz ni masa dijemput membuat ceramah perdana di office :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam kak azie,
ReplyDeletelama x singgah sini. ustaz ebit liew sgt berlemah lembut dan berhikmah dlm pendekatan dakwahnya. kata2 dia sungguh merendah diri dan menusuk kalbu. dia ada fb, bleh follow fb dia. dan klu akak suka boleh tune in radio IKIM.fm 91.5... radio tak popular sbb xde lagu2 sgt... tapi sgt sarat dgn pengisian yg buat hati kita sentiasa basah. jumaat ada siaran usrah nurani, last week ustaz ebit liew yg jadi naqibnya. x pasti klu this wk masih ust. ebit atau kembali ke tgn ust. zul ramli. moga ada kebaikan yg diperolehi.
tercari-cari saya video dia bila baca entri akak nie....
ReplyDeleteSalam Singgah - mata saya lebih kepada bingka roti tu... sedapnya kalau makan ngan susu pekat
ReplyDeletetak dengar ler semalam....hati saya macam tisu kalau dengar kisah-kisah begini....huhu
ReplyDeleteade dengar tapi sekejap je sebab dah sampai office time tuh terus terlupa nak sambung dengar balik
ReplyDelete