السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
07-11-2014
Kisah benar yang terjadi. Insiden di tempat kerja saya.
Yeaaa. Tempat kerja saya ada ramai orang. Sangat ramai. Pelbagai ragam dari kepala hitam tapi hati lain-lain. Lapisan bidang kerja juga pelbagai, lalu pelbagai bangsa dan warna kulit. Sebenarnya itu tidak boleh dijadikan isu untuk menyebut ‘berbeza-beza’. Warna kulit bukan alasan langsung. Kita wajar saling hormat-menghormati.
Isiden yang berlaku ialah bila seorang staf wanita (kerani admin), turun selepas kerja lalu tetiba terlupa dia tertinggal barang di atas. Tingkat 1 saja. Lalu, dia ke guard house, masuk tangan ikut tingkat kaca (sliding window) untuk capai telefon, dengan niat nak interkom kawan di atas.
Tiada minta izin. Tiada perkataan. Lalu ditegur oleh pengawal yang bertugas. Seorang lelaki Pakistan yang sudah bertahun-tahun berkhidmat. Baik. Sangat baik dan bertanggungjawab. Rata-rata semua orang kenal dia, sebab dia jaga semua, terutama bahagian parking kereta staf. Our Top Gun pun sangat sayang dia.
Antara bukti:
Skuter guna kuasa bateri. Digunakan oleh pengawal berkenaan untuk meronda sekeliling bangunan tanpa perlu dia berjalan. Maklum nak berkeliling berjalan kaki, sempat mengah la juga. Walaupun bukan dia seorang saja pengawal bertugas, tapi rata-rata setiap yang bertugas memang sangat komited.
Bila dia menegur staf wanita yang masuk tangan ikut tingkap, berlakulah balah mulut. Yang saya rasa, memang tak patut ‘hulur tangan ikut tingkap’ macam tak respek orang. Maklum saja dalam bilik pengawal tu ada ketika juga terdapat beberapa job dan dokumen. Tentulah menjadi tanggungjawab dia menjaga territory dia.
Yang menjadi kekesalan ialah, bila staf wanita tu bebel pada orang lain, dan menyebut, “Marah saya pulak. Security jer pun!’ Faham maksudnya?
Siapa pun dia, jangan hina kerja dia. Tanpa dia, belum tentu kita dapat mengawal pelbagai urusan di sekitar luar bangunan. Begitu juga dengan cleaner yang ada. Tanpa depa, mahu kah kita jika diarah cuci tandas setiap hari? Kalu diberi jadual bertugas untuk kutip sampah, sapu lantai macam zaman kita sekolah dulu, sanggupkah?
Jadi, sebagai manusia, respek manusia lain.
Tayang-tayang:
Candy Kelapa. Ada kawan beli di Brickfields. Berbeza warna. Tapi tetap memberi rasa enak manis lemak. Begitu juga kita.
Pelbagai warna, tapi tetap memberikan sumbangan yang baik kepada orang lain. Tidak banyak, sedikit. Lalu jika tidak pandai menghargai pun, cukuplah dengan menghormati.
Terimakasih. Ok bai!
~...walau tiada lagi surat berlipat empat di bawah tempurung di hujung tiang ampaian, tapi Mak Utih tahu Pak Utih sedar apa yang menjadi ikatan antara SERI BULAN dan HISYAM ialah hubungan tanpa tali dan bagi SERI BULAN, HISYAM itu sendiri adalah rahsia!...~
Kakcik sebenarnya lebih suka 'berbuat baik' dengan orang bawah dari orang atas... :)
ReplyDeleteguard tu tetap manusia..tak perlu eksen sangat la kan..
ReplyDeletetakde security tu takde la keselamatan cik kak....grrr
ReplyDeletestaff bawahan lebih menghargai perbuatan baik yang kita beri walaupun sedikit.
ReplyDeleteTugas dia menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga bahagiannya, hak dia untuk menegur.
ReplyDeletesetuju sangat.Apa pun pangkat dan tugas hakiki, saling hormat menghormati ,suasana kerja jadi harmoni.Rezeki dirahmati.
ReplyDeleteAlahai dia pun kerani aje pun.
ReplyDeleteEh.. kakak pulak ikut dia (jadi sama tak beretika)
Budi-pekerti tak boleh diajar Azie. Kena lahir dari dlm diri sendiri.
Rindukan ole-ole bandung???
ReplyDeletePre order bagelen @ brownies kartika sari atau brownies amanda
Whatsapp ina 0192633431
Siapa pun dia, apa pun pekerjaannya kita harus hormati.
ReplyDeletemacam2 ragam betul ni.....
ReplyDeleteslm,mohon share di fb saya ya,dan saya juga telah kredit kat blog cik di fb saya melalui ig.apapon terima kasih dgnkata kata tidak pandai menghargai pun, cukuplah dengan menghormati.saya juga bertugas seperti itu,pernah mengalami perkara lebih teruk dari itu....terimakasih atas kata kata ....
ReplyDeleteTeruknye manusia.. kerani jer pun..
ReplyDeleteamboi dia punya bahasa, security jer pun
ReplyDeletehabis awak tu, admin clerk jer pun
tak molek betul buat perangai gitu, kita nak orang hormat kita
kita perlu letakkan diri ditempat yang orang boleh hormat
kalau terasa diri lebih besar, situlah yang biasanya
mengundang masalah di kemudian hari
tak mahu cakap banyak, saya pun customer service jer pun =)
Pada akaklah
ReplyDeleteTak rugi berbaik dgn siapa pun...
Waima pencuci tandas..
Kita saling perlu memerlukan....
saya berharap dia menyesali sebab "terlepas cakap".... semoga dia berubah
ReplyDeleteTanpa mereka adakah kita sanggup melakukan tujuan pembersihan..? Nak2 pulak part toilet.. eemm..
ReplyDeleteHargailah mereka kerana mereka juga manusia..
Assalamualaikum Cik Azie,
ReplyDeleteNak cerita pengalaman saya sikit, ni masa jadi jaga kat satu wisma besar di KL, tempat tu pun besar, berbagai ragam orang yang datang untuk berurusan, kakmah ni jaga jee...bagu2 kad pelawat sambil catat2 nama dan sebagai, termasuk simpan ic dan passport, bezanya orang Malaysia dengan orang luar, orang pangkat besar dengan orang pangkat kecil, Orang luar lebih hormat jaga ni daripada orang tempatan, dan orang besar2 hormat juga sikit jaga2 ni, tapi orang berpangkat tak berapa besar ni dia pandang jaga macam sampah jee...amacam kenkawan...
Belajarlah menghormati orang lain walaupun apa pekerjaan mereka...kerang didalam sesebuah institusi tu semua pekerja adalah saling berkaitan...
lama xmakan candy kelapa ni...
ReplyDeleteTetap buatkan keja2 bawahan - menyapu, mengemop jika staf bawahan bercuti, maklumlah staf tak ramai, pernah juga mencuci tandas sebab klien tersilap 'membuang' sebab saya tau staf saya tak biasa berhadapan dengan situasi begitu.
ReplyDeleteMungkinkah saya terlalu manjakan & mungkinkah sebab menghargai setiap dari mereka sebagai rakan 'team work' tanpa mengira pangkat..
Arwah suami bunda pun security guard jugak... Membesarkan anak2...hingga kemenara gading...
ReplyDeleteJaga pun manusia yang ada hati dan perasaan.
ReplyDeleteSaya agak kasihan dengan mereka2 yang ingat bumi itu tak mungkin tenggelam dan langit tak akan runtuh. Kasihan mereka kerana mereka selamanya hidup dalam khayalan yang dibuat2. Kasihan mereka kerana belum jumpa siapa diri mereka sendiri. Semoga kita semua tidak terbabas dari landasan yang sepatutnya...
ReplyDeleteRespect each other....
ReplyDelete