السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
20-11-2014
Masa saya kecik dulu, kawasan rumah sangat luas walaupun banyak pokok. Pokok buah, pokok bunga. Kami main nyorok-nyorok tanpa rasa takut. Main dengan kawan anak jiran-jiran, dengan adik beradik. Ramai. Kadang-kadang main polis sentri, main baling kasut... galah panjang.... Bila hari hujan main main “tangkap tiang” (tiang rumah saya banyak sebab masa tu belum buat rumah dua tingkat), atau main congkak.
Tanpa rasa ragu. Tak cuak pun. Walaupun masa tu saya dan adik pompuan saya pakai gaun. Pakai skirt. Tiada unsur gangguan. Bahasa pun sangat terjaga. Main sambil gaduh pun tak pernah sampai pukul or maki hamun sampai sumpah ke nama mak bapak.
Bagai terbayang, akan tanah bawah rumah yang hitam lembab tempat kami main guli. Tapak yang lama-lama menjadi licin, siap bergaris panjang dan ada lubang khas untuk guli digolek dan di‘tauk’ melepasi garisan. Juga bagai masih terdengar akan bunyi gemercing bising guli yang kami simpan dalam tin susu (dulu biasanya susu tepung jenama Dumex paling popular).
Bila tiba musim menuai padi (kami sebut musim mengerat), dan bila tanah sawah kering dengan longgokan jerami di sana sini, kami main pondok-pondok di sawah. Masak kangkung dalam tin susu. Main ramai-ramai bercampur lelaki pompuan juga. Penuh angan-angan. Sorang jadi emak, sorang jadi ayah, jadi abang, jadi kakak....etc etc.
Jika ada pokok buah yang bermusim, kami ramai-ramai memanjat mengutip. Terutama mangga dan cermai. Di tepi rumah kampung saya memang ada sebatang (hanya itu sebatang) pokok cermai yang sangat besar dan bila berbuah sangatlah lebat. Ada yang memanjat (saya pun) dan menggoncang dahan yang penuh buah, dan kengkawan akan menadah kain batik (kadang tu tadah skirt di badan jer), lalu bila cermai bertaburan jatuh memberikan suasana seronok bercampur jerit manja kerana buah cermai menimpa kepala! Ahhh kenangan!
Tayang-tayang:
Walaupun zaman moden sekarang, semudah nak minum air kelapa dengan hanya beli, buka dan togak (uishh ayattt...!), tapi siapa yang boleh lupa kenangan minum air kelapa dari pokok yang dikait sendiri, takik dan potong, diminum terus dari buah kemudian belah lalu isi muda yang lembut-lemak itu di‘sauk-korek’ menggunakan kepingan kulit kelapa itu sendiri... kan?
Teringin nak ajak anak-anak saya buat balik segala benda tu, tapi kampung sekarang pun sudah banyak yang berubah...
Tanpa rasa ragu. Tak cuak pun. Walaupun masa tu saya dan adik pompuan saya pakai gaun. Pakai skirt. Tiada unsur gangguan. Bahasa pun sangat terjaga. Main sambil gaduh pun tak pernah sampai pukul or maki hamun sampai sumpah ke nama mak bapak.
Bagai terbayang, akan tanah bawah rumah yang hitam lembab tempat kami main guli. Tapak yang lama-lama menjadi licin, siap bergaris panjang dan ada lubang khas untuk guli digolek dan di‘tauk’ melepasi garisan. Juga bagai masih terdengar akan bunyi gemercing bising guli yang kami simpan dalam tin susu (dulu biasanya susu tepung jenama Dumex paling popular).
Bila tiba musim menuai padi (kami sebut musim mengerat), dan bila tanah sawah kering dengan longgokan jerami di sana sini, kami main pondok-pondok di sawah. Masak kangkung dalam tin susu. Main ramai-ramai bercampur lelaki pompuan juga. Penuh angan-angan. Sorang jadi emak, sorang jadi ayah, jadi abang, jadi kakak....etc etc.
Jika ada pokok buah yang bermusim, kami ramai-ramai memanjat mengutip. Terutama mangga dan cermai. Di tepi rumah kampung saya memang ada sebatang (hanya itu sebatang) pokok cermai yang sangat besar dan bila berbuah sangatlah lebat. Ada yang memanjat (saya pun) dan menggoncang dahan yang penuh buah, dan kengkawan akan menadah kain batik (kadang tu tadah skirt di badan jer), lalu bila cermai bertaburan jatuh memberikan suasana seronok bercampur jerit manja kerana buah cermai menimpa kepala! Ahhh kenangan!
Tayang-tayang:
Teringin nak ajak anak-anak saya buat balik segala benda tu, tapi kampung sekarang pun sudah banyak yang berubah...
~...pokok kelapa gading yang menguning-oren walau begitu rendah dan boleh dicapai tangan, sengaja tidak diambil HISYAM walau tahu SERI BULAN sudah lama kepingin, bukan kerana dia tidak pandai, tetapi ingin menunggu rayuan si kawan sehingga ke tahap Gaban, lalu dia akan pula menyakat-sakan dan kemudian bergelak bersama sehingga air kelapa boleh terlupa, isi kelapa terbiar sama dan kemudian berganding jalan ke kedai Seman mencari air lemonad botol yang hanya enak dituntum-minum...~
sedapnya air kelapa.. tp lg win kalu yg original kan kak
ReplyDeletesuka makan kelapa mcam tu, sauk dengan kulit...ada rasa kelainan yg sedap dr aroma kulit kelapa itu..
ReplyDeleteoh.. rindunya suasana tu.. walau kampung saya dulu takde sawah tapi kenangan dulu susah nak dapat pada zaman ni.. anak2 pun dok leka dengan gadjet yang ada.. huhuhu..
ReplyDeleterindunya saat itu!
ReplyDeleteHuu rindu. Masa kecik kita cam tomboy sikit. Kekeke
ReplyDeleteOh, nostalgia sungguh..beruntung kita jadi anak kampung, dapat lalui semua pengalaman tu. Anak-anak kita dah anak-anak bandar, panjat pokok tak pandai, kopek rambutan dgn gigi tk pandai, main hujan sikit dah demam, berenang, masuk hutan mana diorg nak dapat lagi.
ReplyDeleteperghh sedap nye. lama tak minum .
ReplyDeleteZaman saya kecil2, takde pengalaman " kampung " macam tu...sebab masa kecil saya membesar di kampung yang dah jadi moden sikit...adalah sikit pokok2 getah..so petang2 main biji getah dgn kawan2 dulu...Tapi saya takde pengalaman main tarik upih...mandi sungai...terjun bendang...tu semua takde
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteseawal pagi coretan berisi kenangan dimasa kecilnya AA mengundang sekali kenangan kak Ratna sewaktu membesar dengannya Moyang, namun... seringkali bermain sendirian... masih segar diingatan dimana selepas pulang dari sekolah agama, kerjaan seterusnya adalah menyapu sekeliling halaman rumahnya Moyang, ya ampun keringat yang mengalir karena lamannya luas... dan untuk meredakan penat akan memanjat pokoknya duku (terutama sekali sewaktu musimnya buah duku, lamannya Moyang penuh dengan pokok-pokok duku) dimana pohon dahan yang dipilih untuk bertenggek duduk pastinya yang tersorok dan yang tertinggi sekali begitu tiada sesiapapun akan nampak sambil menikmati buahnya duku yang ranum manis sambil itu juga akan bernyanyi perlahan seolah berbisik-bisik yang diselangselikan dengan menghafal-hafaz kembali apa sahaja kalimahsurahayat AlQuran yang telah dipelajari disekolah agama bagi kukuh penghafalannya dan tetiba terdengar sahutan suara Moyang memanggil supaya longgokan dedaun duku yang telah dihimpun-kumpulkan tadi masih tidak lagi dipunggah ketempat longgokan ditepi hujung laman dan terus akur turun dari pokok bagi menyudahkan pekerjaan tersebut... sedikit sebanyak keratan kesan kenangan nan silam...
Gambaran kenangan yang AA alami begitu ceria dan meriah dan malangnya sekarang itu semua semakin pupus bagi generasi baru yang sekurang sekali pun dapat juga merasainya, namun malang semalangnya sedangkan anak-anak sungai kini banyak yang terhapus dimana ecosystem hutan dicerobohi oleh pehak pembangunan yang rakus, akibatnya segala hidupan fauna & flora terhapus dan anak-anak kita lebih kenal tumbuhan alam semesta "fairytales" secara fantasy dari yang nyata...
Cara di kampong seperti AA gambarkan, makan masa tapi 100% tulen, cara kota belanja air kelapa yang berphotoan dikotaknya, yang mana satu lebih bagus?
Salam mesra.
indahnya kenangan lalu utk dikenang.....
ReplyDeletekebanyakkan permaianan akak semasa kecil tu masih wujud lagi ketika zaman saya kecil. bab air kelapa pun pernah panjat sendiri kelapa muda. tak tau nak buka macam mana, balik ajer di dinding konkrit. lepas tu dapat minum.... hehehehe memang seronok ketika itu
ReplyDeleteKenangan yg tak mampu dibeli di mana2 pun kak...tiba2 teringat mak kat kampung, rindu bau selut di bendang!
ReplyDeletesy pun ada kenangan panjat pokok rambutan, mandi sungai, main dlm semak
ReplyDeletedan pastinya anak2 sy xde pengalaman mcm ni
terbayang zaman kecik..boleh senyum sesorang.. =)
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Assalamualaikum sis..saya baru lagi dalam dunia blog ni..jemput singgah ke blog sy yg masih lg baby..:)
ReplyDeletenaniarshad.blogspot.com
Kenangan lalu...air kelapa tu sedap tapi yg packing kotak nie first time tgk
ReplyDelete