Tuesday, January 27, 2015

Percutian terus dirancang: mana negara lagi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-01-2015


Sedar tak sedar dah nak masuk Februari. Selepas 3,4 bulan bersilat bergelut balik kija 8:00 malam setiap hari bekerja, setiap kali tengok kalendar semangat nak cuti adalah suatu keterujaan yang best.

Saya tidak berhasrat nak cuti panjang (terlalu awal untuk trip percutian pun) so buat masa ini saya hanya tunggu setiap cuti umum saja. Terdekat adalah cuti hari Thaipusam minggu depan. Ramai yang rebut cuti on Monday 2nd Feb tu sebab Hari Wilayah berganjak ke hari Isnin (kami Selangor). Saya tak apply pun. Nak jimat cuti kunun. Ada banyak plan di bulan-bulan mendatang.

Kemudian kita juga akan meraikan Tahun Baru Cina yang bakal jatuh pada 19 & 20hb. Khamis dan Jumaat. Saya bakal dapat 4 hari sebab Sabtuday tu adalah hari off-day saya. Bagi grup yang kena kija Sabtuday tu sangat-sangat harap akan ada pengumuman "block-leave". Nak ke mana 4 hari?

Buat masa ini, plan balik kampung ada perancangan terbaik yang boleh dirancang.

Tayang-tayang:


Kad raya Tahun Baru Cina terbaru dari company tempat kija saya. Setiap staf diberikan beberapa keping. Selain warna merah garang tu, saya juga suka akan emboss keemasan tuh..!

Tahun ini merupakan Tahun Kambing. Dan mengikut kalendar Cina, saya lahir Tahun Kambing. MyToklaki pula lahir Tahun Harimau. Hahhh elok Harimau makan Kambing...!

*Yesss! Pengumuman bonus sudah dibuat tadi petang. Ahaks!



 ~...duhai HISYAM teman sejati yag selalu di hati, andai esok-esok hari akan pompuan lain yang mampir menggedik hendak mengajak menonton tarian bertanjak, silalah pergi usah ditunggu SERI BULAN yang kadang tenang kadang bengang...~




6 comments:

  1. saya x pernah check saya lahir tahun apa...tahun panda kot...hahaha
    sejak anak saya mula bersekolah ni,makanya percutian saya haruslah follow takwim cuti sekolah...hahaaha

    ReplyDelete
  2. bestlah dapat angpau..
    Pasni mesti dapat banyak limau mandarin pulak...

    ReplyDelete
  3. Duit bonus boleh booking tiket melancong huhu....

    ReplyDelete
  4. Bulan dua nanti banyak cuti umum so boleh jimat sikit cuti rehat rasanya.. ;)

    ReplyDelete
  5. Wah....beraya sakan ler dapat bonus....hihi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails