Friday, April 10, 2015

Malam Tautan Kasih Sahabat KLFM 2015: tidak tahu mahu mengulas apa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-04-2015


Saya dijemput menjadi emcee untuk majlis makan malam Tautan kasih Sahabat KLFM sempena 11 tahun penubuhannya. Sebagai seorang sahabat radio KLFM sejak 2004 saya berbesar hati menerima.

Selepas beberapa siri perbincangan dan usaha keras AJK rasmi, malam yang dinanti akhirnya tiba.


Perbincangan di hujung minggu. Saya sempat 2 kali meeting sahaja.

04-04-2015, bertempat di Dewan Okid, Royal Hotel KL. Depan tempat keja lama saya di Walter Grenier dulu.

Kira-kira 70 orang hadir pada malam itu yang berkonsep santai. Tiada tema tertentu, tiada warna yang di-tema-kan juga...





Majlis bermula dengan bacaan doa dan Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada termasuk pakar IT DAPAT Vista, arwah En Azli Paat. Doa diketuai oleh tetamu khas Ustaz Zul Hamat.



Dengan bayaran RM50 seorang, setiap yang berdaftar menikmati bufet makan malam berserta goodie bag eksklusif yang istimewa ini.



Meja VIP. Mantan Pengurus KLFM, Tengku Idris yang sudi hadir bersama para DJs KLFM yang sudah menjadi seperti keluarga kepada sekian ramai para sahabat KLFM. DJ Noraini Ibnu sendiri sudah menjadi kawan rapat malah kami pernah bercuti bersama dan sebilik pula.


Puan Fadilah, balu arwah Azli Paat.

Mengenali mereka bertahun-tahun, yang lama yang baru, dari yang belum kahwin sampailah ada yang sudah beranak pinak... tetapi amat jarang berjumpa, bila dapat berkumpul ramai begitu ada yang sampai menitiskan airmata terharu. Kerana ada sahabat yang sanggup datang dari Kampar dan Ipoh.




Antara menu yang saya tayang dari barisan jenis menu malam itu. Sekian banyak makanan malam itu tapi yang terdaya oleh saya hanyalah buah dan spagheti cabonara sahaja. Hilang selera bila tumpuan harus kepada kerja dan tanggungjawab. (macamlah aku rajin sangat)




Beberapa persembahan dari Nizam kumpulan Laksamana yang turut mempromosi lagu terbaru. Ustaz Zul juga menyanyi sebuah lagu ketuhanan dari lagu asal Ramli Sarip.


Kumpulan rock popular retro, Terrarosa yang menyanyikan beberapa lagu popular mereka termasuklah lagu yang saya sebut "lagu penyengat" Bunga Angkasa.







Saya secara peribadi, mengharapkan setiap mereka yang hadir akan berpuas hati dengan setiap perkara sepanjang majlis makan malam itu. Untuk mengulangi sesuatu yang baik adalah harapan setiap orang tetapi untuk melaksanakannya, kita hanya mampu merancang.

Moga akan ada lagi siri pertemuan dan perkumpulan seperti ini. Ukhwah yang terjalin ikhlas akan menjadi kenangan sepanjang hayat....



 ~...sukarnya melepas diri dan hati dari tidak mengingati HISYAM setiap hari sehingga hampir sahaja SERI BULAN ingin menulis lagi beberapa nota halus berlipat empat untuk diletak di bawah tempurung di hujung ampaian....~




4 comments:

  1. Assalam azie...lama tak menjengah sini.....aemoga Azie sihat selalu

    ReplyDelete
  2. SA langsung x berkesempatan berjumpa ngan kawan2 sekolah...memang masing2 semua dah bekeluarga dan susah nak berjumpa...

    ReplyDelete
  3. Salam kenalan kak...
    Nampak mcm best jer....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails