Rabu
13-05-2020
Semakin jauh dari dunia blog, semakin saya sedar, rakan blogger juga semakin kurang. Yang aktif sekarang sudah tentu rakan blogger yang saya tidak kenal. Geng lama dulu, seolah-olah berfikir sama. Makin perlahan. Mungkin sibuk atau mungkin juga rancak di medan lain.
Rindu pulak zaman aktif blog dulu. Banyak aktiviti yang dibuat. Paling best gathering blogger. Kadang-kadang hanya untuk sarapan pagi, kadang minum petang, kadang BBQ. Dan paling best Gathering bertema Raya. Ala-ala open house konsep potluck. Meriah betul waktu tu. Entah bila nak repeat lagi. Geng pun dah ramai yang senyap.
Imbas kenangan:
Banyak siri seterusnya melibatkan pertemuan di majlis-majlis walimatulurus. Kadang-kadang singgah ziarah dan minum petang.
Silaturrahim terjalin lebih 10 tahun ini terpelihara baik bilamana masing-masing menghormati dan memahami.
Saya berhasrat, lepas negara kembali pulih dari COV19, saya cuba nak organise satu majlis gathering lagi seperti ini. Lama tak lepak dengan geng blogger otai-otai yang masih berbisa. Rindu.
Ada sambutan tak agaknya?

Anjuran Sdr Mazidul Akmal Sidik, Rawang. Disember 2009.
Mac, 2010. Commonwealth Resort, Rawang.
Disember, 2010. ICEROOM, Kota Damansara. Rasanya dah takda cafe ni sekarang. Masa ni ada ramai blogger femes yang join. Antaranya, Lord Zara from Johor.
Oktober 2011.
Lokasi di rumah blogger Kakcik Seroja. Masa ni ramai blogger turun. Antaranya, Dr. K, Bujal yang sekarang sudah kurus, Acik Yan yang datang dari Kuantan.
Disember 2011.
Bertempat di Bandar Baru Bangi, Musolla Ehsan kediaman rasmi Dato’ Abdullah al-Hadi.
Sarapan pagi potluck di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Mei, 2012.
2012 juga. Banyak siri gathering seterusnya bertempat di Musolla Ehsan, BBBangi.
Jun, 2013. Lokasi Musollah Ehsan lagi.
Ogos 2015, majlis raya di kediaman Pakcik Lee & Mama Diana.
Gathering Durian Blogger, Julai 2018, di kediaman rasmi Datin Azilah.
Banyak siri seterusnya melibatkan pertemuan di majlis-majlis walimatulurus. Kadang-kadang singgah ziarah dan minum petang.
Silaturrahim terjalin lebih 10 tahun ini terpelihara baik bilamana masing-masing menghormati dan memahami.
Saya berhasrat, lepas negara kembali pulih dari COV19, saya cuba nak organise satu majlis gathering lagi seperti ini. Lama tak lepak dengan geng blogger otai-otai yang masih berbisa. Rindu.
Ada sambutan tak agaknya?
~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia...~
Betul tu. Blogger masakan pun ramai yang menyepikan diri. Terfikir juga untuk undur diri, tapi dua kali fikir ini sahajalah hobi santai yang boleh dilakukan di rumah, dan mampu hilangkan stress, jadi saya teruskan walaupun sudah banyak kehilangan teman blogger untuk saling berkunjungan dan bertukar fikiran. Sekurang-kurangnya ada juga tempat berkongsi resipi untuk rujukan anak cucu dan generasi akan datang.
ReplyDeleteYa Amie. Saya rajin juga jalan-jalan ke blog masakan. Tengok resipi. Ada juga yang saya cuba. Sangat berfaedah. Teruskan menulis, moga ada manafaatnya...
DeleteBila dah menulis blog semula, dah jadi seronok dah sekarang ni :)
ReplyDeleteBanyak kisah tersimpan. Saya berpandukan gambar2 di FB, boleh tulis entri mengikut peristiwa.
DeleteSambung la menulis azie, sesekali boleh juga singgah. Mck pun lama sepi, tapi bila baca balik entry2 lama.... Rasa rindu nak update walau ringkas
ReplyDeleteSedang sambung menulis pelan-pelan sekarang ni Makcik. Seronok gak baca entri lama-lama.
Deleteramai blogger dah pencen.. penat kot, hihi
ReplyDeleteLebih nak yang ringkas jer sekarang ni. 1 or lebih gambar, text pendek. FB la yang sesuai.
Delete