Monday, May 4, 2020

AA dan Eat Clean: Suku-Suku-Separuh + Snacking

Monday
04-05-2020

Saya memulakan program Eat Clean, sejak Januari 2020. Ada Big Why kenapa saya terbuka hati join program ini di bawah seliaan coach Haliza @ Eja.

Banyak perkara atau habit saya yang saya harus ubah. Kena ubah. Sejak disahkan ada kencing manis, saya sudah berhenti minum manis. Sudah lebih 3 tahun. Tapi itu tidak cukup. Sebab itu saya ambil keputusan berada dalam dalam komuniti yang sihat ini, yang bermatlamat sama dan saling memberi semangat.

Selain dari itu, banyak persediaan yang harus saya buat. Bukan sahaja bersedia mental. Minda saya harus sentiasa positif dan bersedia untuk menerima cabaran dan perubahan. Itu yang sangat penting.

Dua minggu pertama, agak kelam-kabut kerana saya set minda untuk terikat dengan peraturan dan amalan baru. Pastu minda saya set, saya akan bersalah jika ingkar. Kemudian saya jadi kelam-kabut untuk membuat perubahan. Nak beli barang makan yang sesuai, nak belajar bagaimana nak scan makanan, nak beli bahan mentah dan lain-lain yang diajar. Sebenarnya, saya hanya perlu sesuaikan diri sahaja, selepas itu semuanya menjadi mudah.

Family saya sangat menyokong. Anak-anak saya, dah besar belaka dan kami berkongsi banyak perkara. Beli barang, beli air fryer, microwave baru dan beberapa barang yang sesuai untuk perubahan.

Bila saya sudah berada dalam kelompok yang betul, landasan yang tepat segalanya menjadi mudah. Ilmu yang dipelajari setiap musim dipraktikan semaksima mungkin. Terutama bab penyediaan makanan sihat dan ‘clean’.



Antara rempah ratus yang saya sediakan untuk perapan, samada perap dada ayam atau ikan.


Saya lebih memilih bahan organik seperti Organic Rolled Oats, pasta organik, barli organik, beras perang, Greek Yogurt, dan beberapa bahan lain yang disarankan.

Kerana saya memang bawa bekal ke tempat kerja dan teramat jarang beli makanan luar, penyediaan makanan bukan lagi asing. Senang sangat, bila kita faham apa yang hendak kita masak dan makan. Tak cuba tak tahu. Bila dah cuba dan tahu, ohh... senangnyaaa...

Tayang-tayang:
Ini adalah antara snacking yang diambil pada waktu tertentu antara waktu makan.





Hampir semua snacking saya adalah buah yang dimakan bersama Greek Yogurt, kadang juga bersama kacang kisar kasar yang disangai tanpa minyak (saya beli readymade, kemudian sangai dalam microwave).

Di tempat kerja, saya sediakan snacking saya sebelum waktu kerja bermula. Untung juga tempat kerja saya ada pantri terbuka yang luas, ada peti ais yang besar, juga microwave.




  
Kadang-kadang Keledek Jepun.

  
Kiwi, oren dan buah naga menjadi buah favourite.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah sebahagian sahaja rutin dan perkara yang saya sedang praktikkan. Untuk lebih lanjut, boleh saja tanya dengan coach saya di FB beliau: HALIZA AKMAR ABDUL RAHMAN. Boleh lihat setiap perubahan positif beliau yang banyak memberi inspirasi.


Setelah bertahun-tahun kami tidak bertemu, Februari lalu kami sempat bertemu di Cheras, KL. *Coach saya tinggal dan mengajar di Perak.


Seorang lagi coach yang berjaya, Senior Coach Yatie Nadzli. Banyak kisah kejayaan beliau di FB. Boleh cari, YATIE NADZLI.

Sesuatu yang disebut perubahan, pasti akan ada pengorbanan yang mesti dilalui dan dilakukan. Begitu juga saya. Beberapa pengorbanan adalah demi kebaikan diri saya sendiri. Setiap orang berhak untuk gembira, bahagia dengan diri sendiri. Yang penting, kita berhak untuk sihat. Itu yang sedang saya lakukan. Bukan tidak bersyukur selama ini saya gemuk, tetapi saya tidak mahu diri saya menjadi lemah terlalu awal, atau mungkin berulang-alik ke hospital dengan kos yang tidak kita jangkakan... atau berada di kerusi roda sebelum waktunya (mohon dielakkanlah).

Kita sahaja tahu apa yang diri kita mampu lakukan.



 ~...Kedai Wak Man sentiasa menjadi port terbaik untuk duduk melepak tanpa kepak samada mengopi atau tidak mengopi tetapi SERI BULAN sentiasa suka kerana hanya di sana dia dapat menikmati air botol yang comel bertutup ketat lalu dia boleh pura-pura lemah meminta HISYAM menolong membuka tudung botol dengan penuh gagah dan nampak sangat maskulin...!~



No comments:

Post a Comment

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails