Monday, May 11, 2020

Bila saya mula rasa ada orang follow belakang....

Monday
11-05-2020

Saya mula jadi blogger 2009. Mula ada akaun Facebook sejak 2008.

Jadi ada ramai kawan. Ada ramai geng. Semakin memahami dan berpengalaman menilai kawan atau orang yang sengaja jadi kawan untuk menilai kita pulak. Pun begitu, sebenarnya saya tak minat nak fikir.

Selepas hampir 2 tahun berehat blogging, saya kembali menulis. Tentang kehidupan, tentang persekitaran dan tentu tentang perasaan saya.

Lately ni, saya dapat rasa ada orang follow belakang dan buat komen tak best. Saya rasa tak selesa dan terasa ayat komen seperti perli. Macam ungkit kisah lama yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Macam dah takda kerja. Banyak masa lapang sangatkah?

Sori Berlori, saya busy. Kerja ofis saya banyak. Walau WFH tu melibatkan kerja ofis, tapi saya juga buat pada bukan waktu pejabat. Kadang-kadang malam, biasanya lepas Subuh. Dengan umur yang semakin tak muda, saya malas dah nak fikir. Saya nak hidup tenang-tenang jer. Mungkin lebih baik saya block saja nama-nama orang yang saya tak selesa tu.


~~~

Kali ini saya nak tulis tentang saya & ikan salmon. Dalam mempraktikkan Eat Clean, ikan salmon adalah ikan yang disarankan.

Ada beberapa jenis ikan yang harus saya elakkan, ikan keli, patin – dulu ikan ini yang menjadi favourite. Sekarang harus lebih bijak memilih ikan yang kurang lemak seperti ikan tenggiri, siakap, talapia, ikan kembung atau salmon.

Ada orang kata ikan salmon mahal. Saya tidak tahu nak kategorikan mahal ke murah. Biasanya saya beli, sekeping kira-kira RM8–9.

Biasanya, saya perap dalam bekas begini. Perap dengan Smoked Paprika, garam bukit & Rosemary.

Panggang dalam microwave

Atau grill dalam airfryer.

Makan dengan apa saja. Nasi beras perang.


Atau dengan nasi goreng.




Ianya lebih sedap digrill garing. Wangi dan isinya gebu.



 ~...ketika Pak Utih ke baruh dengan jala dan pulang dengan raga, Mak Utih segera memesan agar HISYAM dijemput datang kerana ikan baung enak digulai dengan pucuk cemperai dalam belanga tanah, bersama nasi beras baru di atas bara tempurung dan ketika itu SERI BULAN mula rasa tersisih seperti hendak meraung...~



2 comments:

  1. Samalah ngn bunda, tahun 2008 dah mula berfacebook..tahun 2012 mula tulis blog. ..dari tahun 2018, stop menulis blog sekejap. 2020 dah mula comeback berblog.Lepas ni tak tahu kemana tuju hala blog bunda yg suam2 ni..
    Salam ukhwah dari bunda..💕😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah juga Bunda. Sepanjang PKP ni, kami kerja dari rumah, lalu ada extra masa untuk menulis. Lepas ni, maybe akan sibuk semula....

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails