Friday, May 15, 2020

Journey AA: #02 – bila kau dah pandai scan...

Khamis
15-05-2020

Apalah ertinya ilmu jika tidak mengamalkannya, kan?

Jadi, seboleh mungkin saya mempraktikkan apa sahaja ilmu yang saya belajar dari program Eat Clean.

Saya berasa bertuah berada dalam persekitaran yang positif walaupun secara maya, tetapi setiap ahli bermatlamat yang serupa. Mahu sihat, mahu ceria, mahu kurus dan positif untuk sepanjang hayat. Kita akan lebih rasa hidup bermakna bila kita ada matlamat yang baik, cara mengendalikannya dengan positif dan disokong oleh orang-orang di sekeliling kita.

Saya suka travel. Suka pegi kenduri. Selain menjaga silaturrahim, saya cuba menunaikan hajat setiap orang yang menjemput kami ke majlis. Dan majlis tanpa makan, adalah janggal. Dan makan mestilah semuanya sedap. Sedap di mata dan tentu sedap di tekak.

Bagi orang yang tidak cerewet seperti saya, apa sahaja yang terhidang pasti akan dicuba. Dari nasi yang pelbagai, lauk yang menggoda nafsu – sanggup tu kosongkan perut sebelum pegi kenduri (kann...?) – hanya nak jamu kenyang-kenyang di majlis orang. Itu belum masuk bab side dish seperti cendol, laksa, bihun sup, kuih-muih dan lain-lain yang sangat-sangat meriah di majlis orang. Betoi dak?

Apatah lagi kalu pegi travel. Makanan di negara orang, seboleh mungkin hendak dicuba semua.

Ternyata, itulah kesilapan saya. Kita semua juga, mungkin. Jika ada yang tidak setuju (kerana metabolisma depa tinggi, makan berpinggan pun tak gemuk, ok teruskan), saya harap itu bukan suatu penilaian yang melulu.

Apa yang saya belajar ialah, belajar scan makanan. Kenalpasti apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Jangan sangka, makanan yang dihidang itu tidak elok. No. Semua makanan adalah baik, tetapi belum tentu baik untuk badan setiap orang. Sebab itu kita kena kenal diri kita, badan kita. Kemudian kita akan tahu, apa yang terbaik nak disuap. Sedap belum tentu ada khasiat.



Contoh: walau saya ditempatkan semeja dengan pengantin yang sudah tentu lauk-pauknya sangat indah lagi menggoda, saya hanya makan nasi dengan ikan. Seekor udang. Untuk menjaga kalori, daging adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Bila makan di luar, boleh pilih menu yang lebih sayur. Tetap sedap dan kenyang.

Ini antara menu yang tidak boleh disentuh jika mahukan hasil EatClean yang cemerlang. Lagipun selama hayat ni, dah banyak dah makan makanan bergula manis camtu. Gituuu....

Semangat dan dorongan dari kawan sealiran adalah penting untuk mengekalkan momentum dan istiqomah. Tidak akan berhasil suatu matlamat tanpa usaha dan dorongan.

Nanti saya akan tulis tentang air pulak.

Air apa yang paling sedap agaknya bagi orang yang amalkan Eat Clean?

*Bersambung.


 ~...setiap kali pulang dari kelas atau sawah berbatas, HISYAM selalu berangan hendak makan tengahari bersama SERI BULAN di bawah pokok kuinin yang rendang, ditiup angin tengahari membawa bau wangi buah kuinin yang sedang meranum di pokok tetapi bila tiba masa SERI BULAN mengelak HISYAM seperti hendak menolaknya jatuh ke telaga buruk...~



2 comments:

  1. Betul kalau persekitaran positif, kita pun akan jadi positif dan bersemangat dalam melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudian, kita akan rasa lebih yakin pula untuk terus konsisten.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails