Wednesday, June 17, 2020

Raya TwentyTwenty cara kita...

Wednesday
17-06-2020

Sempadan negeri sudah dibuka di seluruh negara. Dipaparkan sejak minggu lalu, hari Sabtu dan Ahad menjadi hari yang sibuk. Jalan raya penuh kereta bilamana rakyat mula keluar beraya dan lebuh raya juga menjadi medan sambung raya. Pulang ke kampung menjadi agenda utama warga kota sejak 10 Jun lalu. Kami, belum lagi.

Minggu lalu, saya menyertai MyToklaki dan beberapa orang kawan sejiranan (plan 7 orang sahaja), berkongsi bergotong-royong membakar lemang. Makan sendiri. Masa raya haritu, susah nak nampak orang jual lemang. Well, masak sendiri itu lebih memuaskan.

Perancangan dalam masa seminggu. Tempah buluh di tempat biasa, kampung orang asli di Hulu Langat. 100 batang.


Usahasama sebegini sudah selalu dibuat. Tahun lepas kami buat lebih banyak lagi dalam program lebih rasmi, Majlis Raya. Kali ini santai dan tidak hebahan. Mana-mana jiran rapat yang singgah, ada rezeki untuk dapat sedekah. Syukur juga petang Sabtu itu, cuaca baik sekali, redup dan berangin. Risau kerana sehari sebelumnya, hujan sejak tengahari sehingga malam.




Selain lemang biasa, depa juga buat Lemang Durian. Isi durian dicampur bersama santan dan dibakar bersama pulut lemang. Bagi orang diabetic macam saya, pulut pun tak boleh makan, apatah lagi durian. So kita ambik bau saja.

Esoknya, Ahad saya bersama MyKakak yang datang dari kampung (beraya dengan anak-anaknya di KL), pergi beraya di rumah abang sulung kami di Sg Kantan, Kajang.


        


Walaupun tidak ramai, cukup menjadikan majlis ini majlis beraya pertama saya yang meriah.


Kami potluck sebenarnya. My anak menakan seorang chef di Hotel Kloe masakkan mihun goreng yang sedap. Kakak ipar sediakan Roti Jala, Rojak Ayam dan Serunding untuk digandingkan dengan lemang yang saya bawa. Saya bawa Karipap. Padat bukan karipap angin. Depa kata sedap. Heh heh heh.


Kerana saya tak boleh makan pulut, tidak juga makan mihun goreng, saya masih boleh merasa nikmat sedap dan kenyang dengan memilih Rojak Ayam, tanpa kulit bersama telur rebus, timun, sengkuang & tahu.

Harapan, agar akan ada lagi sesi beraya yang lain selepas ini.


 ~...bila saja ada gotong-royong, HISYAM paling teruja hendak sertai walaupun masih tidak kenal mana alang mana palang, mana jendul mana bendul tetapi dia tidak akan pernah lupa Emping Lemak diratah bersama kelapa muda sehingga SERI BULAN mengadu Lempeng Kelapa Garing tidak lagi mendapat Kepujian Kelas Pertama...!~



7 comments:

  1. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  2. baru rasa meriah...bila ada lemang...buat sendiri plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Meriah bila ada geng sesama nak masak. Setiap tahun sebenarnya memang kami masak sendiri jer, cuma tahun ni programnya terpaksa delay dan tidak rasmi.

      Delete
  3. Banyaknya lemang.. terasa nak makan lemang durian

    ReplyDelete
  4. Isi durian dicampur dengan santan dan dituang ke dalam buluh lemang. Bakar sekali. Memang kuat bau duriannya bila lemang dah masak.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak..
    jika ade masalah dgn kereta boleh visit this page
    bengkel kereta
    workshop near me
    mekanik
    minyak hitam

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails