Showing posts with label AA eat clean. Show all posts
Showing posts with label AA eat clean. Show all posts

Friday, July 3, 2020

Situasi sebenar ialah....

FRIDAY
03-07-2020

Sudah lebih dua minggu saya kembali masuk ofis. Sebahagian dari kami (juga dari department lain), masih ada yang meneruskan kerja dari rumah.

Last Monday, beberapa keputusan telah dibuat selepas beberapa meeting. Akan ada beberapa pasukan dibentuk — Team ofis & Team WFH. Kami bebas memilih untuk berada dalam keadaan mana. Dua pasukan akan bergilir selang bekerja dua minggu.

Saya menjadi orang terawal memilih untuk berada di ofis. Malah saya menolak juga untuk diberi giliran. Dalam erti kata lain, saya memilih untuk kekal. Permanent. Waktu bekerja saya hanya ingin berada di pejabat sahaja. No more WFH for me. Ya, pasukan kekal juga dibentuk kerana ada beberapa orang juga sependapat dengan saya.

Alasan:
Saya mudah stress bila kerja masuk tidak mengira waktu. Rutin kehidupan saya menjadi berselerak. Sepanjang WFH banyak yang saya korbankan. Rela demi menjaga kerjaya. Membantu syarikat bermakna membantu diri sendiri. Kerja tidak tentu masa. Malah saya harus ke pasar seawal jam 6.30 pagi untuk memberi ruang kepada kerja seawal jam 8 pagi.

Malah, pernah juga bersengkang malam hari untuk menyiapkan kerja ketika kerja masuk selepas jam 5 petang. Lalu saya merasa kehidupan saya mulai huru-hara. Masa untuk bersosial jadi tersekat. Untuk keluar pun sudah menjadi kelam kabut kerana bimbangkan kerja yang menanti di rumah.

Dan merasa kehidupan saya semakin kalut. Tidak bersistem. Penat. Stress otak. Persekitaran tidak membantu untuk menjana semangat bekerja. Komunikasi selalu tak cantik bila bercakap tentang kerja. Info jadi tidak tepat. Aduhh...

Itu saya. Bagi mereka yang suka, silakan. Saya tidak. Itu bukan saya.

Dan, saya berasa lebih teratur bila kembali ke pejabat. Selepas kerja, saya bebas ke mana. Boleh singgah mall, boleh shopping, boleh ngeteh. Masak tanpa kelam kabut. Makan dengan tenang.

Ini ruang lobby ofis saya di mana hanya pintu utama sahaja dibuka untuk keluar masuk. Seawal pagi, abang guard tolong tembak dahi early bird stafs.

Lain senarai, lain department.
Ada beberapa meja disediakan, setiap orang lepas kena ‘tembak dahi’ isi sendiri suhu depa, dan sign.

Selepas jam 7.30 pagi, ada staf khas ditugaskan jaga suhu setiap yang keluar masuk. Semua orang wajib check suhu ketika masuk pagi, dan sebelum balik (sebelum 4.30 petang). Setiap hari.

Topeng muka diberi percuma, setiap orang. Setiap hari dapat satu topeng yang baru. Sanitizer setiap sudut.

Alhamdulillah. Kita jaga kita.

Okeh... tayang-tayang menu eat clean saya:

Nasi putih berulam bawang putih stim, ayam bakar bersama sedikit madu & herbs, salad & tomato ceri.

Sebelum.

Selepas. Ikan siakap kukus limau. Bersama sawi park choy.




 ~...HISYAM pernah berkata seperti berikrar; tiada siapa dapat menggantikan SERI BULAN di hatinya, walaupun dia berdampingan dengan ramai gadis lain termasuk anak dara Pak Imam dengan alasan apa yang ada pada sahabat baiknya itu tidak terdapat pada gadis lain termasuk perangainya yang bila merajuk suka melangut merenung sarang tempua bergayut rendah...~



Tuesday, June 23, 2020

Journey AA: #11 – Ketagihan bila kau rasa kesan ketagih itu...

Selasa
23-06-2020


Sejak PKPP bermula 10 Jun lalu, pergerakan kita semakin rancak, perjalanan semakin luas, aktiviti semakin banyak.

Saya sudah memulakan rutin beriadah (briskwalk dan berlari anak) pada setiap Sabtu & Ahad sebaik sahaja PKPP bermula. Sebelum PKP dulu saya sering berulang ke Taman Pudu Ulu. Kawasan riadah yang paling dekat dengan rumah saya.

Kemudian bila saya mencuba Taman Tasik Permaisuri (dulu selalu juga ke sini, bertahun dah tak datang sini), saya rasa semakin seronok kerana lebih luas dan banyak pokok. Tasiknya ada banyak ikan yang sengaja dibela bebas dan ramai orang datang membawa keluarga, berjalan sambil memberi ikan-ikan di tasik makan roti dan melihat ikan-ikan melompat. Seronok juga perhatikan depa.

Aktiviti lain juga rancak selain jogging. Ada banyak kumpulan tai-chi dan yoga. Setiap minggu memang ramai orang datang bersama keluarga dan geng. Kerana kawasan taman tasik ini luas, kita tidak akan terasa kesesakan kerana setiap orang bergerak aktif dan tidak berkumpul. Hanya beberapa kumpulan kecil (family) yang duduk di tepi tasik, bentang tikar, buka bakul dan bekas lalu depa bersarapan di situ.


Wajib bersarapan sebelum memulakan sebarang senaman.
Shake paling mudah. Sebelum dan sesudah.

     

       
Beberapa siri larian & briskwalk saya.

Ada larian yang saya rekod, for submit kepada penganjur larian. Saya join virtual run 7km. Saya buat dua kali larian untuk melengkapkan 7km saya.

Bila sesuatu aktiviti yang menyeronokkan, ianya menjadi suatu ketagihan dan keinginan yang sukar dilepaskan dari rutin harian.

Bagi setengah orang, untuk aktiviti sebegini selalu nak ikut orang, nak orang ikut dia as teman or geng. Bagi saya, walaupun kadangkala Dak Alia selalu ikut, kami tidak lari bersama. Saya lebih suka sendiri, pasang lagu di telinga dan layan. Sedar-sedar 2 round. Tahu-tahu dah 3 round.

Tayang-tayang antara menu eat clean saya:

Asam pedas siakap, buncis tumis dengan isi ayam (guna minyak kelapa), nasi putih berulam bawang putih stim.

Laksa Johor versi sihat.



 ~...sawah bendang sudah mulai kering dan berdebu, seperti lazimnya tahunan warga Kampung Separuh Desa akan mula merancang menarik layang-layang besar kecil bercampur anak-anak tinggi rendah tidak terkecuali HISYAM yang sering diangkat menjadi peneraju layang-layang besar paling gagah dan SERI BULAN menjadi pemegang tali layang-layang paling cantik...~



Friday, June 12, 2020

PKPP: Perjuangan yang belum selesai....

Friday
12-06-2020

Selepas 84 hari bekerja dari rumah, saya akhirnya kembali bertugas bekerja di ofis. Ada banyak tugasan menanti. Walau kami terus bekerja tidak tentu masa sepanjang WFH, bekerja di ofis, di work station sendiri, amat berbeza.

Dengan persekitaran yang  mendorong dan komunikasi lebih teratur, saya lebih memilih untuk segera kembali ke pejabat. Lagipun ada banyak projek tender yang sedang diusahakan. Dalam keadaan sekarang, pelbagai usaha harus digiatkan lagi.

Dari hari ke hari, mendengar berita baik dan semakin positif tentang perkembangan COV19 negara, sangatlah memberangsangkan. Dan, apabila sekatan rentas negeri ditarik balik, seluruh rakyat melompat. Saya, apabila sudah mula kembali rutin ulangalik ke pejabat, akan mengambil masa untuk menyusun semula jadual kehidupan. Buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi bila waktu sesuai untuk kami rentas negeri. Seronok juga kalu dapat sama-sama bersaing di lebuh raya. Ke sana, ke sini, kan?

Ternyata apabila kembali ke rutin lama, kesibukan itu akan kembali dan saya dapat rasa masa untuk saya graf rancak berblogging akan kembali menurun.

Masuk hari pertama Rabu lalu, orang pertama menegur saya ialah, kakak cleaner. Kami biasanya memang menjadi staf early bird. Dia orang terawal yang saya jumpa di lobi. Terus menegur, “Kak Azie dah kurus! Pipi dah kecik.” Katanya dalam slang Indon.

Hahaha... setidak-tidaknya, itu menjadi suntikan semangat di hari pertama. Dan buat saya rasa lebih seronok dan bahagia.

Perjuangan menghentikan rantaian COV19 harus diteruskan, dan begitu juga perjuangan saya untuk meneruskan komitmen menjadikan amalan eat clean sebagai amalan hidup saya.

Tayang-tayang antara menu eat clean saya:

Seperti biasa, sarapan simple lagi mudah, tapi berkhasiat

Lunch hari pertama kembali ke ofis. Nasi beras perang, bawal emas grill dan sayur rebus.

Snacking. Sebiji oren bersama Greek yogurt. Ini memang paberet saya. Sedap!

Lunch pada hari kedua, semalam. Organic macaroni goreng bersama cendawan, isi ayam dan sayur. Makan bersama ayam bakar AF.

Sesuatu yang berubah ialah, masa bekerja kami sudah menjadi pendek bilamana kami tidak lagi ada kerja lebih masa. No OT sehingga diberitahu.

Seronok betul bila dapat balik kerja ketika matahari masih terang dan boleh sampai rumah sebelum maghrib.



 ~...setiap kali ada rindu menyinggah serambi Teratak Nyatuh, SERI BULAN amat tahu HISYAM pasti melintas laman, pantas sahaja dia menerpa menunjuk wajah sambil menunjuk hidung tak mancung, tapi semakin menebal pula dendamnya bila jejaka idaman Kampung Separuh Desa itu hanya menunduk muka walau mata nampak mengerling...~



Tuesday, June 9, 2020

Journey AA: #10 – Cabaran melawan diri sendiri...

Tueday
09-06-2020

Mengamalkan Eat Clean tidaklah susah. Bak kata coach saya, senang untuk buat, tetapi lebih senang untuk tidak buat.

Bukan tidak ada cabaran. Bukan tidak ada godaan. Secara peribadi, saya hanya hadapi cabaran diri sendiri sahaja. Setakat ini, bab halangan langsung tiada. Saya bebas untuk buat eat clean pada bila-bila masa dan di mana saja. My support system kat rumah, tidak pernah memberikan masalah, malah depa sentiasa support.

Dalam sesuatu musim, akan ada suatu tempoh khas yang disebut Detox Day. Bagaimana ianya dilakukan? Boleh pm tepi. Ahaks.

Apa saya makan dalam tempoh itu? Yaaa... Bukan solid food. Jadi di situlah cabarannya.

Antaranya:

Dah terbiasa, jika saya buat Projek Keripop, mesti banyak. Kali ini: 3kg kentang + 1.5kg tepung gandum = 120++ pcs karipop frozen.

Saya sedekah sedikit Keripop pada kawan di Ampang, lalu disedekahkan pula mangga dari pokok di laman rumahnya.

Lalu saya buat Kerabu Mangga. Paberet anak-anak ni.

Di hari berikutnya pula, saya buat projek Popia Frozen pula. 100 pcs. Simpan beku untuk stok anak-anak. Ada juga yang sudah sedekah pada beberapa orang jiran dan parents kawan anak-anak.



Cabaran bagi orang yang mahu kekalkan amalan Eat Clean, ialah disiplin diri sendiri. Sejauh mana hati kuat untuk tidak tergoda makanan sedap dalam rumah sendiri, dan hasil karya sendiri. Sekuat mana pula semangat diri untuk tidak melanggar ‘peraturan’ Eat Clean. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu bagaimana mengendalikannya. Only U know how to handle.

Tidak ada istilah terlewat apatah lagi bila menyedari diri sendiri sudah ada penyakit. Kita tidak boleh lagi menunggu orang memberi nasihat atau mendesak kita melainkan diri sendiri mendesak usaha sendiri untuk mengubah sesuatu.

Saya sedang mengubah sesuatu.

Tayang-tayang:

Lagi antara menu eat clean saya: Nasi putih berulam bawang putih stim, Bawal Emas grill AF, Asparagus goreng bersama Udang.

Simpan sini. Before & after. Pic terkini itu diambil pada 06-06-2020.

Saya akan terus menyimpan rekod setiap perubahan, di sini. Untuk rujukan dan pendorong semangat sendiri. Atau mungkin anda di luar sana.

Ayuh...!


 ~...memang sudah menjadi hasrat dan impian SERI BULAN untuk menjadi kekasih yang unggul kepada seorang lelaki yang sedap mata memandang bernama HISYAM, tetapi bila lelaki itu sering mengingatkan janji “platonik” maka hasrat itu terpaksa disimpan di gudang belakang yang sekelilingnya penuh rumput dan lalang...!~



Thursday, June 4, 2020

Journey AA: #09 – Puasa 6, bukan sebarang puasa...

Khamis
04-06-2020

“Ulamak Mazhab Syafie menyatakan: Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Aidil Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, (misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal) atau melewatkannya hingga ke hujung bulan, maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi) kerana ia benar-benar berniat untuk menyambung enam hari di Bulan Syawal.
Ulamak berkata: Dan amalan ini bersamaan berpuasa selama setahun kerana setiap kebaikan itu akan diganjari 10 kali ganda, maka puasa Ramadan bersamaan 10 bulan, dan 6 hari Syawal bersamaan 2 bulan.”


Saya mulakan Puasa 6 pada Syawal 4. Tiga hari sebelumnya, bermula dari Hari Raya Pertama, merupakan hari Cheat Day saya selepas melalui Detox Day selama 3 hari.

Menu saya pada Puasa 6 Day 1
Quinoa Goreng (seperti nasi goreng), bersama sayuran dan ikan mackerel grill AF.


Puasa 6 Day 2
Nasi Lemak. Saya masak bersama susu segar dan sedikit santan.
Seketul ayam masak merah, ayam bakar, telur rebus.

Puasa 6 Day 3
Nasi putih bersama kari bawal emas bersama karot dan bendi.
Asparagus goreng (dengan minyak kelapa) bersama bawang putih dan udang.
Saya suka asparagus. Rangup dan lazat.

Puasa 6 Day 4
Sup Suhuun bersama bebola ayam. Saya buat sendiri bebola ayam.

Juga buat Bergedil Quinoa. Baki quiona haritu yang saya simpan beku.

Idea bergedil quiona ni dapat dari rancangan masak-masak di channel TLC (Astro 707).
Ada mat saleh masak burger guna quinoa + kentang. Saya olah menjadikan ianya bergedil.

Bakar guna AF saja. No minyak at all.

Makan bersama Sup Suhuun, memang kenyang.

Puasa 6 Day 5
Nasi putih bersama ayam bakar. Sayur rebus & sayur mentah.
Sambal sihat (sentiasa ada stok – tumis dengan minyak kelapa + garam bukit)


 


Sebelum memulakan meal, saya mulakan iftar dengan shake dan vitamin. Ada ketikanya, saya mulakan shake sahaja dan makan berat selepas solat maghrib. Ada ketika, sekali jalan semua sekali.

Cendol itu saya olah dengan mencampurkan shake. Tidak perlu pening nak masak air gula melaka or santan segala.

Untuk bersahur, saya tak pernah ambil meal. Cukup hanya dengan shake + kurma atau kadangkala bersama rolled oats.

Alhamdulillah, Puasa 6 saya selesai dengan jayanya.

Pada hari ke-6, anak-anak belanja Ayam Goreng KFC.

Nampak tak ketamakan di situ. Pastu, makan seketul, dah mengah.

Antara perubahan yang baru saya rasai sekarang ialah, portion makanan. Bila sudah terdidik untuk Suku-Suku-Separuh, automatik rasa kenyang walaupun nasi hanya segenggam. Dan ayam goreng sebesar itu sudah cukup buat saya rasa terlalu banyak.

Alhamdulillah.

‘Sapa buat, dia dapat.’



 ~...mengharapkan HISYAM untuk belanja segala menu orang puteh memang akan menjadi suatu harapan kosong kerana dia beralasan SERI BULAN tidak cukup putih untuk melayan segala barangan import...!~



Tuesday, June 2, 2020

Journey AA: #07 – Nasi Lemak saya, dasat tak dasat...

Selasa
02-06-2020

Segala yang adik-beradik mee kuning, mihun putih, mee sanggul or yeemee, saya belum sentuh sepanjang tahun 2020 ini.

Nasi lemak, rasanya baru 2 kali. Itupun yang masak sendiri. Yang beli sudah stop buat masa ini. Dulu, sebelum mengamalkan eat clean, setiap pagi seawal 7 pagi, saya akan singgah suatu gerai di laluan ofis. Beli sarapan bersekali dengan makanan lunch jika tak sempat masak untuk bekal.

Dan bila di gerai sebegitu, tentulah segala jenis mee or mihun or nasi lemak pasti tak mampu dilepaskan. Sedap pulak tu.

Well... jika dikira menu sedap selain mee or nasi lemak, ada banyak menu lain yang saya suka makan. Yee mee, steak, sate, chicken chop dan lain-lain yang saya selalu makan. Suka makan. Sangat mudah nak cari pulak. Malah setiap bulan pasti akan ada agenda makan luar sekurang-kurangnya sekali.

Malah dengan rutin kerja saya yang sering balik selepas maghrib dan tiba di area rumah pada waktu cantik untuk dinner... maka kedai or restoren lah tempat lepak selalu. Lalu makanan pun boleh order ikut tekak dan tahap kelaparan perut.

Mee Goreng Mamak. Memang sedap. Sebenarnya, Mee Goreng Mamak yang eat clean pun ada. Buat sendiri.

ABC & Yee Mee Sizzling. Yang ini, sedapnya takleh bawak bincang. Nak makan kena pegi kedai, buat sendiri tak reti. Tak rajin nak belajar.

Chicken Chop and Fish&Chips. Paberet. Kebetulan medan selera depan rumah, ada gerai jual menu ni yang semurah RM10.00 dan sedap. Tentulah rajin dok ulang.

Nasi Lemak saya sebelum ini. Dasat tak dasat?

Bila lepak di restoren mamak depan rumah yang menjadi port paberet saya & MyToklaki, kadang-kadang order Cheese Nan dan Air Tembikai.

Bila makan di luar, selalu pulak order pasta.

Saya peminat ayam goreng KFC. Ini pic tahun lepas Jun. Selepas itu dah rehat sekejap dari makan ayam goreng. Bila saya amalkan eat clean, belum lagi order KFC. Hanya pernah order Mekdi sekali, semasa Cheat Day.

Ohh... insaf now. Dah jenuh selama ni, kan. So, sekarang bukan lagi masa untuk makan suka hati tanpa scan. Boleh order. Kedai tidak salah. Menu tidak salah. Yang salah bila kita tidak pandai menilai apa yang sesuai dengan diri. Maka, dengan ilmu yang saya belajar dari program IBC Diet ini, banyak perkara yang saya perhatikan. InsyaAllah, berkesan setakat ini. Tak susah mana pun.

Nak scan makanan, kena ada ilmu. Penilaian dari orang yang berpengalaman itu sangat berguna. Malah kita dapat enjoy makanan itu sama seperti sebelumnya.

Ini contoh kebanyakan menu saya sekarang. Bawal Emas tu memang paberet, samada kukus dengan cendawan atau hanya grill guna AF atau bakar sahaja dalam microwave. Sayur-sayur sebegitu hanya rebus sekejap. Nasi beras perang. Sambal sihat (tumis dengan minyak kelapa tanpa gula hanya garam bukit). Nampak macam sikit, tapi percayalah ianya cukup kenyang.

Sebenarnya, kita semua mampu untuk olah apa saja menu kesukaan kita itu menjadi menu eat clean bila kita tahu caranya.

Percayalah.


 ~...belajar di kelas memasak tidak sama kena marah di dapur kayu Mak Utih, kena jentik tangan kerana tidak dapat menahan selera kepingin Sambal Tempoyak juga tidak terasa, tapi malu kerana tidak kenal Ulam Madu Tiga, buatkan SERI BULAN rasa nak sorok muka di bawah atang dapur dan HISYAM tidak lagi rasa simpati...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails