Tuesday, June 11, 2013

Pelalau: Nasi ke nasi, jangan sampai menjadi bubur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
11-06-2013


Seorang teman pernah bercerita, dia mendapat jodoh agak lewat kerana ‘pelalau’. Saya dok heran, apa ke bendanya ‘pelalau’ nih? Saya tak pernah dengar pun perkataan tu sebelum ni.

Rupanya, ‘pelalau’ ni lebih kurang macam badi or berat jodoh. Lalu berubatlah dia dulu dengan seorang ustaz. Beberapa usaha berubat termasuk mandi bunga untuk menaikkan seri juga pernah dibuatnya. Bab-bab sebegitu saya tak heran sangat, selalu saya baca, dengar cuma saya tak pernah tengok depan mata. Kat tv tu biasa laa.

Sungguh, saya tak pernah pergi jumpa mana-mana bomoh seumur hidup saya. Saya tak pernah tengok orang mandi bunga, tak pernah pun tengok depan mata cemana bomoh yang rumahnya suram kelam dek lilin kemudian perun api kemenyan sampai kelabu pemandangan... or potong limau dalam mangkuk air kacau dengan hujung pisau dan jarinya penuh dengan cincin batu besor-besor!... uishhh macam kat tv tu laaa!

Yang saya dok suka tengok, si ‘bomoh temberang’ yang janggut putih panjang ketuk lantai sampai bernyanyi “cepat cepat, rezeki kita sudah sampai!’ dan pinggan tangkal keluar dari tabir belakang dihulur dek si Do! Lalu si Komeng pun terpedaya tangkal tu boleh melembutkan hati si Nora yang digilainya! hahahaha...

Saya tidak pernah berdepan dengan situasi ahli keluarga yang terpaksa jumpa bomoh dek kerana jodoh lambat. Tapi saya ada beberapa orang kawan yang berkahwin lewat (belum kahwin) tetapi depa tak pulak pegi jumpa bomoh pun! Sebab saya tahu, mereka sentiasa yakin jodoh itu rahsiaNYA, siapa kita untuk mempertikaikannya. Yang penting, berusaha memperbaiki diri dan redha dengan apa yang dilalui hari ini dan hari esok.

*****

Okeh... cerita lain dari pelalau.



Sarapan saya Sabtuday lepas. Bila hari Sabtu, or cuti sekolah kami ada banyak masa untuk meronda pepagi ke beberapa tempat sekitar ofis mencari makan-makan yang best! Ya, Selera Pantai Timur di area KD ni selalu menjadi pilihan. Okeh, Nasi Kerabu yang lengkap setnya ini walaupun harganya RM7.00 tapi puas! Kenyang sampai petang > sila percaya...



Ini Nasi Dage (Dagang) yang saya kirim dengan seorang kawan, sebuah gerai di Ampang. Boleh tahan, tapi kalu dah nasinya cuma banyak itu, mana nak puas makan. Ye dak?







 ~...bukan sorang dua makcik-makcik kepoh kecoh bercakap sesama mereka dalam kumpulan potong bawang dan hiris daging tentang jejaka pendatang bernama HISYAM yang dilihat sudah seperti terlajak umur tetapi terus membujang seolah menanti puteri turun dari kayangan dan si SERI BULAN yang mendengar terpaksa membiarkan telinganya seperti bernanah kerana untuk membela si teman sejati bagaikan tidak kena gaya kerana orang Kampung Separuh Desa sudah ramai beratur nama hendak meminang si bujang senang...~




Monday, June 10, 2013

Udang sama udang, mana sama anak tenggiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-06-2013


Di kesibukan tempat kija saya: yang mana kerja sentiasa kuar-masuk dan turun-naik (tangga & lift), bergabung dengan kesibukan sekeliling yang begitu komited ke arah nak senaraikan syarikat di Bursa Saham.

Walaupun banyak urusan tu langsung tak melibatkan saya, tapi sedikit sebanyak tekanan turut dilambak di bahagian kami. Terima saja.

Lately, dalam seminggu dua ni sudah heboh cerita berjalan dari satu mulut ke satu mulut tentang seorang kawan sekerja yang ‘sedikit sakit’. Susah saya nak describe cemana, tapi dia ni (lets call dia Miss Y) memang pelik.

Actually tak ramai yang tahu pun, saya dah kenal Miss Y ni sejak 15 tahun dulu lagi. Masa saya kerja di publishing company lama area Jln Loke Yew. Ketika tu, dia masuk sebagai rakan sekerja saya kira-kira setahun saja. Semasa dulu pun dia berkarakter pelik jugak. Pendiam, perengus, suka merungut dan paling tak tahan dia suka prasangka dengan orang keliling.

Pernah dulu, waktu beberapa orang borak and gelak-gelak sesama depa, dia datang terjah lalu jerit, “Korang mengata saya? Suka ya dapat mengata saya?” Itu lah yang selalu dia sebut. Dia selalu kata, orang keliling mengata dia. Kata apa? ntah la...!

Bila saya masuk kerja di company yang sekarang, saya terkejut juga sebab berjumpa Miss Y ni di sini. Dia dah join this company hampir 13 tahun. Lama tuuu. Saya tabik lah. Tapi saya tak buka cerita pun yang saya kenal dia sebelum ni. Kami bertegur sekali sekala saja, sementelah dia memang pendiam dan buat hal sendiri saja. Waktu lunch, dia akan balik ke rumah. Waktu kerja dia hanya duduk buat kerja. Tak pernah saya nampak dia nak borak borak or gelak-gelak (macam saya).

Tetapi dia suka pergi diam-diam pada beberapa orang dan mengadu si A mengata dia, or si B mengutuk dia atau si C perli dia, kadang-kadang dia sebut si D pula sindir dia. Sedangkan perkara tu tak pernah berlaku sebab orang memang tak pernah kisahkan dia pun. Lagipun di floor saya tu terlalu ramai staf, sampai tak sempat nak tegur semua orang pun. Kadang-kadang kalu sorang staf tak datang pun, boleh tak perasan.

Bila kerap sangat Miss Y ni bercakap tuduh-menuduh begitu, cerita tu semakin pecah dan merebak. Semua orang heran, meluat dan jadi marah. Pernah pula dia sanggup kejar sorang staf masuk lift dan tuduh orang tu selama ni mengata dia. Mujur tak bergaduh dalam lift.

And minggu lepas, dia taip surat layang dan letak di atas meja sorang staf, kononnya staf ni cerita pasal rumah dia yang salah kiblat. Staf sorang ni memanglah pernah singgah rumah dan tumpang solat. Tapi itu kisah 4 tahun dulu. Sekarang pun nak ungkit lagi? Pelik sungguh laa.

Ramai orang kata, dia selalu dengar suara berbisik dalam kepala dia yang menyebut orang keliling kutuk dia, hina dia. Bukan takda orang nasihatkan dia supaya istigfar, itu bisikan syaitan dan cuma halusinasi semata.

Kerana saya dah tahu ‘penyakit’ dia sejak dulu, saya malas nak pot. Bagi saya, dia sapa saya nak kisah? Macam takda keja lain? Baik saya fikir pasal kerja saya, pasal famili saya or paling tidak fikirkan pasal diri saya sendiri.

Memang pun. Orang takda masa lah nak fikir pasal dia. Ada ketika bila saya fikir, saya jadi kesian tapi saya malas nak cari pasal.

Jika tiba-tiba suatu hari dia datang serang saya pula, saya akan kata, “Awak sapa yang saya nak peduli? Baik saya jaga diri saya baik-baik daripada nak fikir pasal orang yang takda kena-mengena dengan hidup saya.”

Yang penting, jika kita rasa orang keliling mengata kita, perbaiki diri, improve communication dengan orang keliling. Kita tak boleh kawal orang mengata kita, tapi kita boleh kawal diri kita untuk tidak mengata orang.

Tayang-tayang:

Bekal saya. Udang Masak Gulai Kuning dengan Peria.







 ~...air hujan sudah mulai melimpah sehingga tebing Sungai Menghijau Lumut tetapi buaian masih terbuai lemah di dahan rendang lama tidak diduduki orang kerana baik SERI BULAN mahupun HISYAM kembali sibuk dengan suasana Kampung Separuh Desa yang mula ceria dan mesra dengan teknologi dan pembangunan sehingga untuk mencari ruang senggang antara mereka berdua pun semakin sukar lalu dibimbangi oleh Mak Utih hubungan serasi itu akan merenggang dan menjarang lalu berubah menjadi kadang-kadang...~




Bila dah jauh rasa rindu. Adat lah tu, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
09-06-2013


Musim cuti skulah dah berhujung. Terasa sangat cepat masa berlalu. Cuti skulah yang ala kadar saja. Sebab saya tak boleh bercuti lalu agenda jalan-jalan hanya kawasan sekitar, dan di hujung minggu saja.

Sabtuday lepas, after work (yea... saya kerja dan juga OT setiap Sabtu skang nih) saya menyertai anak-anak dara saya jenjalan di kompleks yang sepelaung dari tempat kerja lama saya.

Saya ajak masuk Black Canyon. Ini menjadi kali kedua saya masuk. Sedangkan dulu saya kerja area sini selama 3 tahun, dan sepanjang tempoh itu saya cuma masuk baru sekali padahal hampir tiap hari melintas di situ. Bila dah berpisah dan pindah tempat kerja jauh, terasa rindu pula nak masuk melepak di situ.

Strawberry Delight untuk CHAK (share with me), dan yang putih tu pilihan IKA. Jus nenas + coconus shake.


Pad Thai (Thai Style Fried Noodle with Prawn) pilihan IKA. Pilihan yang tepat, sebab memang sedap! Saya dah pernah mencuba Fettuccini Chicken Green Curry sebelum ini (no bad). Kali ini saya pilih Spicy Stir-fried Fettuccini with Seafood and Hot Basil. Sedap juga. Alia pilih Nasi Goreng. Portion banyak, tapi tak berapa sedap. Tak cukup rasa.

 CHAK pilih menu ayam goreng. Dah paberet. Ayam Goreng with bread crumbs.

Satu-satunya yang saya rekmen ialah The Golden Purse nih. Memang sedap. Macam popia bulat, diikat dengan daun kucai, digoreng garing. Inti daging. Yang ini paling sedap!


Last, puan tapak. Yang letih tapi happy. Abaikan jerawat yang baru nak muncul tuh. Mencik...!

*****

Selingan:
Menjawab soklan seorang pembaca di entri lama saya “Korea: Naminara Island selepas 11 tahun Winter Sonata” >


Boleh berhubung terus dengan Zulaika di email: jericle@hotmail.com





 ~...bila sudah beberapa hari HISYAM tidak lagi melintas merentas laman Teratak Nyatuh dan Mak Utih semakin bimbang tiada siapa menghabiskan kopi nan seteko nya saban petang, Pak Utih mula risau akan rajuk si bujang teruna tetapi SERI BULAN mula sedar ada konfrontasi akan bermula, ada gossip mula meliar dan ada pukat akan mula dipasang di pergentingan...~




Friday, June 7, 2013

Awan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
07-06-2013


Salam Jumaat.

Saya yang terasa lelah lagi letih, tapi tak sesuai untuk merintih.

Berapa kali saya nak mintak Sori Berlori, pun tak wajar jugak, kan?

Apapun memang tak sempat saya nak BW, or membalas komen di entri BBQ Gathering sebelum ini. Memang masa sangat cemburu > cehhh ayat klise!

Semoga hari-hari anda, terus ceria dan bermakna.


Subhanallah..! Saya sempat snap pic ini di kawasan parking keta area semasa nak balik keja. Kira-kira jam 7.05pm, Jumaat lalu. Hujan lebat baru saja berhenti.

Ternampak kepulan awan yang besar seperti ‘kelambu’ melitupi kawasan kami, bergerak perlahan ke arah bukit sebelah sana. Cepat-cepat saya snap!



Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya kerana DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tidak dapat menerimanya dengan terbaik juga. Jangan disesal apa sahaja takdir yang menimpa, baik buruk ada sebabnya. Lalu begitu juga, jika jodoh pertemuan tidak berlangsung tidak berlaku dengan jayanya, ingatlah suatu hari nanti kita akan rasa nikmat hidup itu adalah sangat manis...! Setuju?


****


Tayang-tayang hasil kerja tangan saya yang keras itu:


Sarapan pagi semalam. Cucur Jagung.




 ~...ketika hujan mulai renyai menitis memberi irama lembut perlahan di bumbung zink Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah mula bersimpuh di ambin menanti jejaka idaman Kampung Separuh Desa itu berlari anak pulang mengelak hujan rembas, bagai terpandang HISYAM melompat tiga anak tangga meninggalkan seliper di sepelaung kemudian duduk di muka pintu menarik nafas macam tak cukup hidung!...~




BBQ Gathering Blogger: meriah macam biasa dan agenda luar biasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-06-2013


BBQ Gathering Blogger yang dirancang beberapa bulan sebelum, akhirnya berlangsung pada Sabtu 1 Jun lalu. Setelah menukar tarikh (sepatutnya 04-05) yang terpaksa ditunda kerana PRU13 tempohari.

Usaha berbincang, macam biasa di forum KKA. Tiada AJK khas pun. Masing-masing terlibat, tetapi setinggi penghargaan utama adalah kepada tuan rumah, empunya lokasi yang diberi nama Musolla Ehsan, di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, pasangan Dato’ Abdullah & Datin Aisyah sangat-sangat penyayang, rendah diri, mesra dan... oh depa memang sporting.

Saya dan beberapa orang blogger datang lebih awal ke Musolla Ehsan untuk beberapa persiapan awal.


Buat dapur orang macam dapur sendiri.
*Blogger Iyra si Riben Merah dari Gombak dan Pena Rozie dari Kuala Terengganu. Tabik spring, Rozie memandu dengan anak-anak dari Kuala Terengganu ke KL untuk bercuti dan juga bergathering.


Ayam (chicken wing) tajaan Iyra. Diperap seawal jam 11.00 pagi. Resipi Iyra sendiri. Terbaik...!

Selesai beberapa persiapan, lunch time!


Cadangan saya: Tat Nasi Ayam. Seksyen 15 tidak jauh dari Tol Bangi.

Balik ke Musolla Ehsan, berehat sementara menanti acara BBQ sebelah petang. Dapatlah saya lelap mata barang sejam dua! — terbabas sampai jam 4.00 petang! Kengkawan blogger dah ramai yang sampai, saya masih mimpi lagi. Cehhh...!

Okeh, mari layan gambar-gambar yang banyak saya upload sepanjang hari gathering. Jangan jemu la ya.


Seperti yang dijanji, Jagung Bakar. Saya beli di Pasar Pudu. Guna resipi sorang kawan dari AnakPerlis.com. Jagung celup santan lemak, then baru bakar. Bagi saya, sedap lah!

Next:


Sebenarnya, untuk bergathering dan menghimpun ramai blogger serentak adalah sangat susah. Pengalaman bergathering sebelum ini, semua dapat menjangka akan ada orang tidak akan berjumpa sesama sendiri. Sementelah kali ini gathering berlangsung pada cuti sekolah, jemputan kahwin merata pula ramai blogger yang singgah hanya sebentar. Tak sempat makan pun ada.

Apapun kehadiran walaupun cuma sejam, setengah jam sangatlah bermakna dan dihargai. Saya kira jumlah kehadiran memang ramai, cuma tidak serentak. Para blogger datang secara berperingkat. Masa yang kami peruntukan adalah sehingga ke malam. Sebab itu selaku kaki sibuk @ kaki makan, saya berada dari pagi sehingga petang... dan hingga ke malam.



Ada yang baru pertama kali join. Sori Berlori, tak sempat pun nak sembang panjang. Maklum sibuk ke hulu hilir nak duduk gebang pun tak dan. Tahu-tahu ada yang dah balik.


Para blogger, dan suami kepada blogger yang hadir. Terimakasih kerana sentiasa memberikan sokongan.


Kalu ramai yang datang serentak, harus bergambar begini lebih sendat lagi. Dah tinggal setengah baru sempat saya bergambar.


Selepas maghrib, ada lagi 2 keluarga blogger yang singgah bercampur dengan beberapa blogger yang masih tinggal.


Kemeriahan berterusan...!


Sebab dah malam, berkain batik sarung macam kat rumah sendirik, adalah sangat best...! Abaikan kaki ayam saya yang tak boleh dibuat BBQ pun.

Next:
gambar-gambar makanan yang sempat saya snap. Kali ini tak banyak gambar sebab memang tak sempat. Walaupun agenda BBQ kali ini sudah membincangkan tajaan menu, tetapi macam biasa Potluck makanan tetap menjadi pilihan ramai.

 Keropok Lekor tajaan Pena Rozie dari Kuala Terengganu.


Cheese Blueberry Tart. Saya tak pasti sapa yang bawa. Blogger EJA kah? Saya tak rasa, then dah habis.


Kuih Seri Muka yang ini saya sempat rasa seketul saja. Ohh memang sedap! Siapa bawak? JUNAINA kah? Saya tak ingat.


 Yang beriben cantik ni apa eh? Lupa plak. Tart juga kan? Ini dibawa oleh blogger Eja Escobart, yang datang khas dari Parit Buntar, Perak. Selain bercuti, juga datang nak ambil novel-novel yang saya belikan di Pesta Buku tempohari.


Muffin Coklat berbadam ni hasil buatan blogger Nor Azian Iskandar yang datang dari Jengka, Kuantan Pahang.


Pizza buatan sendiri. Tajaan blogger Mama Wana @ Kak Azwa Kamar. Katanya, tak lengkap bahan, tapi bagi saya itu pun dah sedap sangat dah...!

Itu saja gambar makanan yang sempat saya snap. Ada banyak lagi tapi tak menang tangan la.

Blogger Anyss menaja Char Kuey Teow yang dimasak gigih oleh Abe Zam suami blogger Ayu dari Shah Alam. Ohh terbaekkk...!

Siap bawak dapur sendirik lagi...! Tak berenti tangan menggoreng.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Saya dan beberapa blogger yang datang dari jauh menginap tidur di Musolla Ehsan. Sesungguhnya, tuan rumah yang baik budi ini sentiasa berbesar hati kami meriuhkan rumahnya. Apatah lagi masing-masing bawa anak-anak yang masih kecil. Saya pun bawak CHAK dan ALIA tidur di sana bersama saya.

*SORI BERLORI  saya tak sempat nak cari link bagi blogger-blogger yang saya sebutkan nama di atas.


Next day:

Sarapan pagi pun macam gathering juga. Sebelum Musolla Ehsan memulakan Kelas Pengajian untuk sesi pagi itu.

Sebelum berpisah, agenda makan-makan disambung dengan Mencendol dan Merojak.  Tak sah ke Bangi jika tak duduk pekena Cendol depan Hitachi.



Masih kenyang dek sarapan, saya order Rojak Sotong saja. Next time saya nak try Laksa Utara di sini. Sedap betul baunya...!

Akhir sekali, saya secara peribadi nak ucapkan setinggi terimakasih kepada mereka semua yang terlibat dalam gathering kali ini.

Juga, kepada mereka yang setiasa menyokong dari jauh dan dekat. Walaupun tidak berkesempatan hadir dek komitmen lain dan juga jarak yang memisahkan, saya sentiasa hargai budi baik anda.

Next gathering? Ohh tunggu habis edah dulu. Jika ikut rekod, next tentulah Gathering Raya.






 ~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia....~




Wednesday, June 5, 2013

Saya diculik waktu keluar lunch...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-06-2013


Atas beberapa urusan, saya buat janji dengan beberapa kawan bersekali untuk lunch bersama di area tempat keja saya.

Plan saya ialah nak mencuba di sekitar belakang spital swasta tuh, yang disebut orang sedap walaupun sedikit mahal. Takpa, cuba dulu.

Berkira-kira, sambil tarik tali nyaris merajuk tak jadi sebab kawan-kawan saya sarankan satu tempat lain,  kebetulan ada aircond yang meragam — akhirnya tepat jam 1.00 kami bergerak dari tempat kerja saya. Saya jadi juru pandu.

“Berapa jauh dari sini?” Merujuk tempat makan.

“Dekat saja, 5 minit memandu.”

Rupanya, hala jalan yang saya tunjuk sehala dengan tempat makan yang depa nak pegi. Tup-tup kami melepasi port yang dirancang. Terjerit juga saya sekejap.

“Kita nak pegi mana nih?”

Dan saya terus diculik pergi!

Pinggiran Subang. Restoren Mak Uda Selera Timur. Ikan Bakarnya selalu menjadi sebutan beberapa orang kawan saya sejak dulu lagi. Cuma baru ini saya berpeluang ‘diculik pergi’. Sebagai bukti kepada saya yang sebelum ini antara percaya tak percaya saja akan keenakan Anak Tuka Bakar di sini.


Okeh no hal. Tak rugi mencuba. Sampai jer, peak hour, kan? Orang beratur. Terutama di bahagian lauk. Bahagian bakar ikan depan kedai. So, pilih jangan tak pilih.

Ada Ayam Goreng Berempah yang digoreng di sebelah ikan bakar. Wangi sampai dalam kedai. Tergoda engkau..!


Saya ambik Kerabu Mangga. Lemak enak. Ikan Talapia Bakar. Puyuh Goreng garing yang memang jadi habuan saya meratah saja.

Anak Tuka (sebenarnya kita sebut Ikan Pari, tapi yang ini jenis yang sedikit kecil, lembut dan sedap) wajib diambil dan ohh... saya patut berterimakasih bebanyak pada para penculik saya hari itu!

Dah lama saya tak order air paberet; Tembikai Laici. So kali ini balas dendam sungguh-sungguh!



Ya. Memang lah sedap. Enak lazat dan puas hati. Bak kata orang, “makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang!” Hahahaha!

Sampaikan terlupa nk ambil alamat penuh kedai Kelantan ini. Ia terletak tak jauh dari mercu tanda KFC yg besar dekat tepi jalan hiway menuju Pinggiran Subang tuh. Harus ramai yang tahu. Saya siap tapau Kuih Akuk lagi.

Oh ya... lagi satu nak habaq mai. Restoren ni juga bersedekah air percuma setiap hari Jumaat. Bukan sebarang air or just air sirap tau. Tapi kita boleh order air apa saja. Termasuklah jus buah ker, teh tarik gelas besar ker... apa saja jenis air adalah FREE pada setiap Jumaat. Agaknya itulah sebabnya kedai ini tak putus orang datang memberikan rezeki.

Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita. Bila nak culik saya lagi? Culik laaa... culik laaa....!







 ~...setiap kali ada tetamu datang dalam bentuk berbondong dan berombong, HISYAM cuak bagai melihat suasana jelak kerana dari bawah ambin dia memasang telinga di belakang kepala untuk mendengar risik-tanya tentang seorang gadis yang sekian lama kunun disimpan-jaga oleh Pak Utih untuk diuji pula samada boleh dibawa menjadi warga di bawah bumbung genting merah yang nampak mewah tanpa mereka tahu SERI BULAN sendiri lahir di bawah bumbung yang ada tenaga solar...~




Tuesday, June 4, 2013

Cemana tak letih?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-06-2013


Letih selepas BBQ Gathering tak hilang lagi. Kerja hari ini (dan untuk sepanjang minggu ini) adalah sehingga 8.00 malam.

Saya takda mood nak bercerita.

Layan kisah ini sekejap.

Selepas selesai gathering (di mana saya dan Chak & Alia juga bermalam di Musolla Ehsan), kami balik ke rumah menjelang tengahari.

Pada hari yang sama juga, petang itu kami keluar lagi ke BB pulak. Sebagai menunai janji yang dituntut dek bebudak yang nak berjalan dan menonton. Filem yang kami plan adalah KIL. Lokasi, adalah Payvie (GSC, Pavilion). Memang bebudak ni suka betul area ni.

Adehhh memang saya penat sebab sehari sebelum tu berada di gathering (tapi seronok lah!). Lalu sementara Dak AMOI survey web GSC untuk booking tiket secara online, saya tidor 2 jam!

Showing time, 4.20 pm. Filem KIL. Sebuah filem yang lain dari yang lain. Dan... lain kali la jugak saya citer detail.




Rasanya dah lama saya tak masuk area Bukit Bintang.

Selesai menonton, adalah acara release tension. Shopping time...!


Masuk tengok jer. Tak boleh beli pun. Selain harga, fesyen tu tak suai pun utk cuaca di negara kita nih. Okeh... bebudak kemaruk K-Pop ni jamu mata saja lah.

Next, agenda yang memang nak kena buat. Beli kasut.


Dalam Farenheit cukuplah. Tu pun jenoh memilih. Rambang mata.


Yang merah tu saiz saya. Tapi akhirnya beli yang merah tergantung tuh. Ntah kenapa, jika sandal, saya suka merah pulak. Padahal saya mana pernah lawa pun kalu pakai kaler merah...!

Penutup jalan-jalan kami berakhir dengan agenda makan-makan lah!

Mencuba Gimbap Korea. Bebudak kalu dah kemaruk Korea, semua nak ala-ala Korea jugak.



Yee Mee Sizzling Hot Plate, saya punya. Dah lama saya tak makan.

Tayang-tayang (yang dah jadi tabiat buruk si blogger Azie):


Merah itu tetap juga menawan. Antara sebab saya pun ikut tertawan.

Minggu ini kami (saya terlibat) diarah untuk stay sehingga 8.00 malam. Adehh.. Mood nak masak sakan-sakan pun merudum jauh ke dasar laut. Kecepurrr....!




 ~...HISYAM, terimakasih untuk segalanya, thanks untuk rasa cinta, bangga untuk rasa kasihnya dan terharu untuk perhatiannya tetapi paling SERI BULAN tak boleh tahan adalah pedih akan kata-katanya ibarat mertun terketuk di ibu jari tatkala cuba pandai-pandai nak paku dinding ambin nan renggang sejari...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails