Friday, June 7, 2013

Awan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
07-06-2013


Salam Jumaat.

Saya yang terasa lelah lagi letih, tapi tak sesuai untuk merintih.

Berapa kali saya nak mintak Sori Berlori, pun tak wajar jugak, kan?

Apapun memang tak sempat saya nak BW, or membalas komen di entri BBQ Gathering sebelum ini. Memang masa sangat cemburu > cehhh ayat klise!

Semoga hari-hari anda, terus ceria dan bermakna.


Subhanallah..! Saya sempat snap pic ini di kawasan parking keta area semasa nak balik keja. Kira-kira jam 7.05pm, Jumaat lalu. Hujan lebat baru saja berhenti.

Ternampak kepulan awan yang besar seperti ‘kelambu’ melitupi kawasan kami, bergerak perlahan ke arah bukit sebelah sana. Cepat-cepat saya snap!



Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya kerana DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tidak dapat menerimanya dengan terbaik juga. Jangan disesal apa sahaja takdir yang menimpa, baik buruk ada sebabnya. Lalu begitu juga, jika jodoh pertemuan tidak berlangsung tidak berlaku dengan jayanya, ingatlah suatu hari nanti kita akan rasa nikmat hidup itu adalah sangat manis...! Setuju?


****


Tayang-tayang hasil kerja tangan saya yang keras itu:


Sarapan pagi semalam. Cucur Jagung.




 ~...ketika hujan mulai renyai menitis memberi irama lembut perlahan di bumbung zink Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah mula bersimpuh di ambin menanti jejaka idaman Kampung Separuh Desa itu berlari anak pulang mengelak hujan rembas, bagai terpandang HISYAM melompat tiga anak tangga meninggalkan seliper di sepelaung kemudian duduk di muka pintu menarik nafas macam tak cukup hidung!...~




42 comments:

  1. susah nak snap gambar time cenggini sebab takde pemandu kedua.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum masuk keta lagi. Baru keluar pintu.

      Delete
  2. ayu kalau nampak awan y mcm tu kompom cepat2 snap. DIA MAHA KUASA

    kak.. nak cucur jagung!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur masa tu Kak Azie pegang hp, sempat la snap.

      Jagung susu sangat sedap buat cucur Ayu.

      Delete
  3. Takut tengok awan macam tu terasa spt langit mahu runtuh.

    Kerja kuat2 nanti kita gi cuti2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami terkejut tengok awan hitam yang besar macam tu. Takjub seketika!

      Kerja memang kuat sejak dulu. Tapi kali in, stayback semua kerana mengikut arahan dan komitmen yang besar. Lain padang, kata orang...

      Delete
  4. ALLAHU AKBAR... takut gak kan tgk macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takut. Serasa gelap alam sekeliling waktu itu. Tapi di sebelah sana cerah terang benderang.

      Delete
  5. Kakcik suka sangat menatap awan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutama bila kita berada dalam pesawat, kan? Tu yang snap banyak kali awan di bawah tu.

      Delete
  6. Kak Azieee.....terliur juga dengan cucur jagung tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... senang jer nak buat tu. Macam buat cucur bawang la jugok.

      Delete
  7. haaaa? cucur jagung? jagung parut yang fresh dr buah atau jangung dlm tin? ajar, ajar, ajar.


    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yang sebenarnya tu jagung lebihan masa BBQ hari tu. Parut dan bancuh. Then goreng.

      Actually, buat cucur jagung memang sedap guna jagung fresh. Kalu yg dalam tin tu, manis sangat kot. Kami suka cucur jagung yang masin-masin sket.

      Delete
  8. pernha tgk awan gini.. gerun rasa... subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menggerunkan. Gelap seluruh kawasan.

      Delete
  9. Ya Allah, takut bila awan gelap macam tuh...

    cucur jagung...sedap ni

    ReplyDelete
  10. gambar awan itu... Subhanallah...

    ReplyDelete
  11. a awaa awan mendung ujanntak jadi, bila hujan basah, masatu Hisyam dah mimpi ehmman mendungAd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jaga ejaan tak pakcik? Banyak sangat salah ejaan tuh.

      Delete
  12. keindahan itu ciptaan tuhan....mata kita tengok rasa takut, tapi itulah hakikatnya, DIA yang maha berkuasa atas segala kejadian....Allahuakbar!

    eh!...dah lama tak makan cucur jagung tu.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melihat ketakjuban tu, buat kita rasa insaf...

      Delete
  13. tu dia Kak Azie berfalsafah hehehe :). Apa yang kak Azie cakap tu memang betol. Tapi walaupun cuba jadi seteguh karang di dasar lautan, adakalanya rapuh jua dipukul arus deras dibawahnya... Hanya keimanan saja yang masih bertahan dan terus bertahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu karang sekarang ni pun dah mudah patah. Laut bergelora pun dah macam tsunami. Kalu tak cukup cekal memang tewas dan lemas.

      Delete
  14. Sangat setuju dengan falsafah Azie ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersederhana dalam segala hal. Kemudian berbalik kepada DIA.

      Delete
  15. kalau awan itu sifatnya berat , pasti ramai hamba Allah yang pergi ... subhanallah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu lah kita boleh berpijak dan berjalan di atasnya...

      Delete
  16. Hi Azieazah, hari ni da tengok tiga blog gambar awan, or thunderstorm.
    Very nice pic, taken at the right moment.
    I love that cucur jagung, da lupa bila saya makan, maybe 30 years ago.
    Looks really nice.
    Have a fun weekend, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh UNCLE. 30 years ago? So kesian. U should try UNCLE. Its easy to make, as easy to eat. hehehe

      Delete
  17. Bagi saya kalau masa lelah dan letih, kita merintih, kita rasa lagi letih. Masa letih tu cuba tarik nafas panjang-panjang dan senyum! Niat kan ikhlas kerana Allah beri kita orang-orang yang kita sayang yang buatkan kita letih. Kan? Menunjukkan yang kita ni masih diperlukan. Hehehe.

    Alaa kak, akak balas ke tak balas ke komen saya - saya punya aje, yang pengkomen lain saya tak tau - saya tetap datang rumah akak, selagi rumah akak dibuka untuk orang ramai. Mwahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih, segar, marah sedih tu dah jadi lumrah untuk kita rungutkan bila dah hujung hari. Keletihan yang terhimpun sepanjang minggu. Itulah kita ada saja nak dibebelkan. Dah nama pun manusia. Then terlupa, berapa ramai yang tunggu kita, dan perlukan kita.

      Delete
  18. Tapi tak de pun gambar keyboard kak?

    ReplyDelete
  19. agaknya awan tebal tu membawa hujan yang lebat pagi tadi (sabtu) kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tiap-tiap hari hujan sekarang ni. Tak pagi, petang pula hujan.

      Delete
  20. setuju kak.... DIA maha mengetahui apa yg terbaik.

    ReplyDelete
  21. Gambar cucur tu disnap di meja makan tempat kerja. So of course la jauh dari keyboard. Kami tidak dibenarkan makan di work station. Jika bersama keyboard putih tu, saya curi-curi snap jer. Snap utk blog kununnya. Hehehe gigih sungguh!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails