Tuesday, June 4, 2013

Cemana tak letih?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-06-2013


Letih selepas BBQ Gathering tak hilang lagi. Kerja hari ini (dan untuk sepanjang minggu ini) adalah sehingga 8.00 malam.

Saya takda mood nak bercerita.

Layan kisah ini sekejap.

Selepas selesai gathering (di mana saya dan Chak & Alia juga bermalam di Musolla Ehsan), kami balik ke rumah menjelang tengahari.

Pada hari yang sama juga, petang itu kami keluar lagi ke BB pulak. Sebagai menunai janji yang dituntut dek bebudak yang nak berjalan dan menonton. Filem yang kami plan adalah KIL. Lokasi, adalah Payvie (GSC, Pavilion). Memang bebudak ni suka betul area ni.

Adehhh memang saya penat sebab sehari sebelum tu berada di gathering (tapi seronok lah!). Lalu sementara Dak AMOI survey web GSC untuk booking tiket secara online, saya tidor 2 jam!

Showing time, 4.20 pm. Filem KIL. Sebuah filem yang lain dari yang lain. Dan... lain kali la jugak saya citer detail.




Rasanya dah lama saya tak masuk area Bukit Bintang.

Selesai menonton, adalah acara release tension. Shopping time...!


Masuk tengok jer. Tak boleh beli pun. Selain harga, fesyen tu tak suai pun utk cuaca di negara kita nih. Okeh... bebudak kemaruk K-Pop ni jamu mata saja lah.

Next, agenda yang memang nak kena buat. Beli kasut.


Dalam Farenheit cukuplah. Tu pun jenoh memilih. Rambang mata.


Yang merah tu saiz saya. Tapi akhirnya beli yang merah tergantung tuh. Ntah kenapa, jika sandal, saya suka merah pulak. Padahal saya mana pernah lawa pun kalu pakai kaler merah...!

Penutup jalan-jalan kami berakhir dengan agenda makan-makan lah!

Mencuba Gimbap Korea. Bebudak kalu dah kemaruk Korea, semua nak ala-ala Korea jugak.



Yee Mee Sizzling Hot Plate, saya punya. Dah lama saya tak makan.

Tayang-tayang (yang dah jadi tabiat buruk si blogger Azie):


Merah itu tetap juga menawan. Antara sebab saya pun ikut tertawan.

Minggu ini kami (saya terlibat) diarah untuk stay sehingga 8.00 malam. Adehh.. Mood nak masak sakan-sakan pun merudum jauh ke dasar laut. Kecepurrr....!




 ~...HISYAM, terimakasih untuk segalanya, thanks untuk rasa cinta, bangga untuk rasa kasihnya dan terharu untuk perhatiannya tetapi paling SERI BULAN tak boleh tahan adalah pedih akan kata-katanya ibarat mertun terketuk di ibu jari tatkala cuba pandai-pandai nak paku dinding ambin nan renggang sejari...~




20 comments:

  1. Tak apalah Kak Azie, kerja bertungkus lumus. Simpan duit manyak2 bila kerja dah kurang sikit boleh jalan2 rehatkan badan rehatkan minda.

    Budak2 ajak gak gi tengok wayang tapi...mak toknya ada bising org tua tu kecik2 ajar anak tengok wayang...alahai...sabar jelah anak2.

    ReplyDelete
  2. bestnya jalan2 shopping..zi kalau masuk kedai kasut, kedai tudung memang lama la..tapi rasa tak syok plak sbb en.suami tunggu kat luar so kita ni macam terkejar2 plak pilih barang hehehe

    best ke kil?

    ReplyDelete
  3. bestnyaa kak
    manalahh x letihh kann ekeke

    ReplyDelete
  4. baca n3 akak ni pun dpt rasa penatnya akak. keje smpai 8 mlm. hurmmmm...capekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis kerja jam 8, sampai rumah mesti dah lewat. Pejam celik tengok dah jam 12 malam. Alahai esok kena kerja lagi. Sekejap aje rasanya masa di rumah. Sebab tu kalau saya perlu balik lewat, paling lewat jam 8. Kalau lebih dari itu, baik rasanya saya bangsal di office sahaja.

      Delete
  5. Bestkan ngan anak2, jln2.hehe byk cerita nantilah....kita tunggu...

    ReplyDelete
  6. Tp kerja penat2 nanti boleh ada acara release tension lagi. Best juga..hehehehehhe

    ReplyDelete
  7. sy suka acara release tension tu...terapi kaum wanita! eheheee

    ReplyDelete
  8. MS pun kalau beli kasut memang suka kaler merah...entah kenape tapi baju tak suka kaler merah hehe and sizzlling yee mee hot plate tu nampak buat saya terliur..one of my paberet

    ReplyDelete
  9. Kak, tak de la kak. Memang tak de!
    Apa nya yang tak de?
    Keyboard putih akak. Tak de pun?
    Eee budak ni, memang nak kena betul la!

    Hehe sorry kak, sorry. t.a.t.a sewel sket ari ni.
    Wei t.a.t.a, menyut betul la kau ni. Geram tau tak! Amik nih!! *Gedebishh.
    Adoii!!

    Kak, saya dah luku kan kepala dia untuk akak. Padan muka dia!
    Bagus, bagus! Terima kasih la tolong akak lukukan kepala dia.
    It's okay. Kalau akak nak saya buatkan lagi, cakap aje ye. Ok.

    t.a.t.a: Adoii.. apsal sakit kepala ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snap pic kasut tu kat rumah sayangggg... Keyboard saya kaler hitam. Yang putih cuma kat opis saja.

      Ehhh belum apa apa dah sekeh kepala sendirik? Memang nak kene budak niiii

      Delete
    2. Kak, saya pun tak tau siapa yang luku kepala saya. Tiba-tiba aje rasa sakit. Ni pun piau lagi ni.

      Mak Esah kot?

      Delete
  10. tak berasaplah dapur akak seminggu ni ek :)

    ReplyDelete
  11. Percaya tak, PAVILION tu saya tak pernah masuk.

    ~hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya sangat! Sebab saya pun tak pernah jejak kaki ke sana. Hahaha juga.

      Delete
  12. Wa pun tk pernah masuk...sebb org cakap ada pesta pamir mempamer, sesuai untuk test mata bg lelaki

    ReplyDelete
  13. Hisyam hnya pandai memaku selain dinding..itu pun Seri yang ajar,sy

    ReplyDelete
  14. memang patut pun letih..hehe
    bershopping tu paling best.. cantik kasut :)

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak p tgk wayang... huhu

    ReplyDelete
  16. Sizzling Hot Platenya memang nampak yummy.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails