Thursday, August 7, 2014

Nuffnang: bolehlah bercuti hujung tahun...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-08-2014


Lately beberapa kempen Nuffnang rancak di blog kita, kan?

Wahhh seronok lah juga tengok. Saya baru pernah cash-out sekali saja selama saya jadi blogger. Hmmm tak banyak tapi happy lah bila dapat cek.


Next, belum rasa nak cash-out lagi. Tunggu sikit hari lagi kot... kalu boleh biarlah cek tu diterima sebelum hujung tahun.


...boleh pegi vacation, kan?







 ~...apabila HISYAM terasa semakin jarang datang, SERI BULAN mula rasa bulan tu ntah bila akan mengambang...~




Wednesday, August 6, 2014

Beraya di Kampung Saya #03: menu Raya ~ sapa dengar Sinarfm pagi tadi tentang Kepala Hidang...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-08-2014


Sudah menjadi tradisi kami, menu Raya biasanya diagih-agih antara adik beradik pompuan (or ipar duai pompuan). Biasanya, masing-masing akan ‘chop’ menu masakan yang depa pakar. Untuk menu utama (memu umum yang dimasak secara beramai), kutipan dibuat mengikut kadar yang tidak ditetapkan. Apapun semua faham tanpa perlu diberitahu. (Dalam kata lain, kalu kita balik sekeluarga takkan lah tidak menyumbang kepada ‘tuan rumah’ untuk makan minum kita selama berada di kampung).

Tahun ini:




MyAdik dari Penang masak Nasi Ayam yang sedap. Ayam Roasted & Ayam Goreng Madu. Perhhh.... saya dapat seketul jer. Tak cukup aarrr...!




Saya tak tahu sapa bawak yang mana, tahu-tahu penuh meja. Dan Sagun yang berbungkus belang-belang ni mengingatkan saya pada zaman kami kecik dulu. MyKakak-Kakak akan goreng tepung + kelapa parut untuk dibuat sagun ni sendiri. Wahhh berjam-jam menggoreng kering. Tapi nikmat youuu...!



Saya tak plan pun nak buat Pulut Kuning, tapi bila lemang yang dibeli tak cukup, dan MyBonda dok sebut-sebut pasal Pulut Kuning, haruslah si pakar ni nak tunjuk terer, kan? Hahahaha... pun tak cukup. Sambal Bilis tak snap pun. Menu lain tugasan saya ialah Laksa Kedah (yang dah banyak kali saya tulis entri tentangnya). Tak snap pun, sebab dah biasa sangat.



Raya zaman dulu, makanan dijamu berhidang, lengkap dengan talam dan air basuh tangan. Zaman sekarang, secara buffet lebih mudah. Malah kami lebih banyak menggunakan pinggan/gelas kertas saja. Memudahkan tetamu juga tuan rumah. Saya rasa ini pemandangan biasa.

Oh ya... sapa ada dengar radio Sinar.fm pagi tadi bersama Kak BED. Segmen throwback cara beraya dulu yang sudah tidak lagi kita lihat, tidak lagi dipraktikkan. Ada dengar pendengar sorang yang mesra-alam-terlebih (Kak Bed kata macam kengkawan pulak), bercerita tentang “Kepala Hidang” tak? Agak-agak sapa pendengar yang tetiba rajin call konti tuh? Ahaks!

Yeaaa memang zaman saya kecik dulu, “Kepala Hidang” menjadi suatu benda mesti ada di atas meja hampir semua rumah di kampung. Zaman tu laaa. Kepala Hidang tu samada Bahulu paling besar (bentuk ikan emas paling popular), Kek paling tinggi, or Pulut Kuning paling cantik berhias telur puyuh.... dijadikan hiasan atas meja sepanjang hari Raya.

dan biasanya Kepala Hidang ni memang tak berani disentuh pun oleh tetamu. Kerana tuan rumah akan “rasmikan” Kepala Hidang ni jika ada tetamu istimewa, atau dijamu anak-beranak.

MyBonda pernah citer, MyArwah Ayah pernah belah Kek Kepala Hidang di rumah seorang ipar dia dan si tuan rumah mengamuk sakan kat dapur. Hahahahah lawak betul.

Zaman sekarang orang dah tak amalkan “Kepala Hidang” ni. Sebab benda makan, memang untuk dimakan, takkan nak tengok saja, kan?

Terkenang: zaman buat kuih raya sendiri bersama kakak-kakak. Tumbuk gula, tumbuk tepung guna lesung kayu. Pukul telur itik dalam pasu dari sahur hingga time berbuka, nak buat bahulu acuan ikan emas...!




 ~...samada SERI BULAN yang meroyan atau HISYAM yang kerinduan sakan, sebaik sahaja selesai majlis di rumah Tok Ketua, mereka bagai ingin berlarian pulang segera ke Teratak Nyatuh untuk menyambung cerita yang terhenti sekian lama, sambil cuba mencari idea menyakat mengutuk mana bahagian yang ada ruangan, mengkritik mana bahagian yang boleh dijentik juga mengumpat mana ruang yang tidak mampat...~




Tuesday, August 5, 2014

Beraya di Kampung Saya #03: hari Raya hari yang mulia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-08-2014


Menyambung kisah orang kampung, yang balik kampung, beraya di kampung dan ingin terus mengekalkan tradisi kampung-kampung....dan berazam menjadikan jati diri orang kampung terus kekal dalam jiwa. “Gua orang kampung, beb!”

Suasana pagi Raya kami. Hampir la sama dengan setiap orang lain juga. Tradisi harus diteruskan. Apatah lagi kita bukan muda lagi. Seharusnya kita terus menjadi contoh yang baik kepada anak-cucu kita, kepada generasi kita.


Orang lelaki bersolat sunat Aidilfitri di masjid, tetapi kami memilih untuk bersolat sunat di rumah.

Bersambung dengan sesi mengadap orang yang lebih tua. Menghulur tangan memohon ampun dan maaf segala kesilapan dan kekasaran bahasa, juga membersihkan hati yang lemah, yang ada ketika tewas oleh rasa amarah dan cemburu... juga rasa ketidakpuasan. Lalu pagi Raya yang mulia, segala dosa sesama insan mohon diampunkan..








Bukan lakunan, segalanya spontan.



Saya suka suasana sebegini. Walaupun dalam esakan pilu dan sayu, sayalah orang yang paling suka ‘menongkah arus’ mengusik dan membawa gelak, sedangkan air mata sendiri pun belum kering.



Ni drama apa ntah...!

Memang kami jarang berjumpa, apatah lagi sejak rumah asal lama tidak didiami, tetapi peluang berhimpun bukan sahaja seronok makan beramai-ramai selepas penat bergotong-royong memasak bagai nak rak, juga seronok membuka kisah lalu juga cerita hari ini... yang kemudian akan diulang lagi pada hari-hari akan datang. Siapa yang boleh menolak kenangan?

Dan,

sapa yang balik kampung tak main bunga api... memang rugi!






Yeaaayyyy!!!





 ~....tanpa dirancang jauh sekali mengatur jadual, HISYAM kembali dari tanah leluhur sama detiknya dengan pulangnya SERI BULAN membuatkan lelaki itu merah mukanya terjemuh gadis kerinduannya di jenang pintu Teratak Nyatuh sambil mulut Mak Utih riuh bertanya itu ini mujur HISYAM tidak lagi pandai merasa rimas mungkin rindu itu yang buatkan dia hampir lemas...~...~




Monday, August 4, 2014

Beraya di Kampung Saya #02: laman leluhur, bukan di Johor....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-08-2014


Hari ini seperti yang kita semua jangka, semua tempat semua keadaan, akan kembali meriah seperti dulu. Ada ker yang masih menyambung cuti atau baru nak amik cuti?

Tempat kija saya, hari ini merupakan hari ‘wajib’ semua staf kena masuk kija kerana cuti hanya diberi limit sehingga Ahad semalam sahaja — sama macam cuti sekolah. Selamat bergawian lah kita semua.

Cerita Raya? Ada banyak. Bagi saya tidaklah sepenuhnya untuk tatapan or bacaan semua orang, tetapi saya lebih cenderung untuk menyimpan beberapa kenangan dan foto sebagai rekod peribadi. Lain orang lain cara, lain tempat lain padang. Tapi saya yakin semuanya menjadi kenangan dan catatan best bagi setiap orang. Dengan cara tersendiri, kan?

Pemandangan keliling rumah. Sebenarnya usaha baikpulih oleh kakak saya suami isteri sudah bermula sejak awal tahun ketika mereka pindah masuk semula ke rumah ini serta bersama MyBonda. Usaha baikpulih terus berlangsung dan juga beberapa usaha meningkatkan beberapa bahagian rumah sebenanya sangat menggembirakan hati kami semua.



Bahagian tepi rumah ini dulu adalah parit memanjang sehingga ke bendang di belakang sana, juga bersambung dengan parit di tepi jalan besar. Dulu parit ini (kami panggil telaga) menjadi tempat mandi kami masa kecil ketika air paip belum masuk. Di tepi telaga ini dulu, ada sebatang pokok cermai yang besar (satu-satunya pokok cermai yang kami ada), yang ketika lebat berbuah sangat meriah malah saya sendiri pernah beberapa kali jadi ‘terer’ juga memanjat.



Beberapa longgok tanah merah (1 longgok = 1 lori) dan pasir serta batu untuk memulihkan semula laman rumah yang luas tetapi telah rosak. Dulu laman luas kami menjadi gelanggang kami main badminton, galah panjang dan bola rounders.



Kakak saya yang sorang ni  memang ‘tangan sejuk’. Minat dan pandai tanam bunga. Nak harap saya, tengok bunga pandai lah.



Pada hari Raya ke-2, traktor (jentolak) ni tiba untuk meratakan tanah merah.




Selepas. Kini lapang sehingga boleh nampak sawah dan kebun kelapa sawit di belakang sinun.


Menurut kakak saya, dia plan nak buat reban ayam, reban arnab dan kebun sayur di bahagian belakang sana. Serta wakaf untuk kami berlepak bila adik beradik berkumpul. Boleh lah tahun depan ber-BBQ pula.


Uncle pemandu jentolak ni suka pulak bila saya asyik amik gambar dia. Sporting betul. Kenapa saya kata dia sporting?


Sebab dia bagi saya naik atas jentolak ni dan cuba eksyen nak tolak tanah tu sendiri. Hahahaha!





 ~...oh bulan mana bintang, oh bintang mana HISYAM...~




Friday, August 1, 2014

Beraya di Kampung Saya #01: kembali kija...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
01-08-2014


Dah Ogos.

Saya dah kembali bertugas hari ini. Suasana sangatlah lengang, wpun sudah ada yang juga kembali bertugas sejak semalam. Boleh kira dengan jari.

Balik dari kampung pada Rabu hari tu. Plan Khamis semalam berehat dan nak ke JPN buat MyKad untuk Chak, dan saya juga nak tukar MyKad yang baru... tapi huh.! Macam orang jetlag pulak. Masing-masing melepek penat. Hingga pagi ni, kain baju bersih masih berlipat bergulung dalam luggage belum berpunggah. Baju kotor jer yang diuruskan semalam.

Mood Raya masih melingkup kepala nih. Alahai... nak kija pun rasa berat nak angkat kaki tangan dan kepala. Apapun memang saya tak ambil cuti extra walaupun syarikat memberi cuti sepanjang minggu ini (sama macam cuti sekolah). Saya simpan cuti untuk beberapa program lain termasuk Raya Haji nanti.

Cerita Raya di sana sini. Paling ketara adalah selfie bersama keluarga tercinta walau di mana saja. Seronoknya tengok.

Gambar selfie saya?

Nahhhh....!


Dan,


Suasana malam Raya.





 ~...untuk mengusir kucing jantan sesat tidaklah susah malah sangat mudah hanya dengan memegang penyapu lidi yang keras bak besi, tetapi mengusir rasa rindu teramat terhadap lelaki itu sangatlah payah walaupun hampir saban hari HISYAM sering berkunjung datang ke Teratak Nyatuh demi kopi nan secawan, ubi kayu nan sebuku dan pulut tanak nan sepiring tetapi kesimpulannya dia ingin sangat melihat mata SERI BULAN nan sepasang...~




Friday, July 25, 2014

Baju Raya tak siap: ko rasa?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-07-2014


Ini mungkin menjadi entri terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Juga menjadi hari terakhir saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya.

Sedikit tension semalam.

Minggu lepas, tailor (yang saya dah jadi customer setia dia dah lebih 2 tahun) hantar baju Raya anak-anak dara saya. Happy la saya dan bebudak tu sebab kain tu saya hantar agak lewat, dah menjelang Ramadan hari tu, tapi boleh siap cepat.

Apapun, kemudian Kakak Tailor whatsapp minta sori sebab baju Raya saya tak siap lagi. Minta tempoh sampai Jumaat ini (which is, hari ini). Ok lah kan?

Semalam saya buat follow-up. Dan... dia boleh kata, ‘jangan la marah Zie. Baju U tak sempat siap lah.’

Ko rasa? Ko rasa?

Nak meroyan tak? Tension sekejap. Sebab saya hantar lebih awal, dengan jangkaan dan harapan boleh la siap. Masa saya baru balik dari Vietnam ritu. Kain dari sana.




Bukanlah saya kata tanpa baju Raya tu saya tak boleh Raya. Tanpa baju baru saya tak balik kampung pulak. Atau bukanlah tanpa baju Raya saya akan nangis sembam muka kat tilam dan mengongoi macam orang mati laki. Tidak.

Tapi peringkat awal dulu, saya dijanjikan. Malah pernah di‘minta tolong’ hebahkan lah tentang Kakak Tailor ni boleh terima tempahan. (Dia baru habis belajar menjahit secara mahir, dulu buat sambilan sekarang tailor sepenuh masa). Kerana saya anak-beranak memang pelanggan setia sejak 2,3 tahun, saya tidak jangka langsung yang saya ‘sampai hati dijadikan sebegini’.

Frust? Tentulah. Saya ada perasaan, kan?

Bengang? Tentu. Sebab kemudian, bila saya menyatakan kekecewaan saya, Kakak Tailor terus nak potong kain saya serta-merta dan ketepikan kain mak mertua dia dan anak-anak dia. Ko rasa? Rasa bersalah laaaahhh!

Sesungguhnya bukan sifat saya nak membebankan dan menyusahkan orang. Tidak sama sekali. Jika 3 pasang baju kurung saya itu (baju kurung jer pun, bukan soh bubuh labuci renda segala) itu menjadi susah, menjadi beban sehingga terpaksa mengenepikan baju raya anak-anak si tukang jahit, saya rela tak hantar. Takpa la saya cari tailor lain. Ramai ada. Even kat tempat kerja saya ni pun ada 5,6 orang tukang jahit yang mahir. Tapi... ya lah. Kita ni kunun nak tolong bisnes orang. Kesetiaan sebagai pelanggan setia. Dah biasa dan sedap pakai.

Dah nasib ko la Zie...

Tayangan sempena nak sambut Raya:

Duit Raya (not baru) yang Dak AMOI saya tukarkan.


Pengakhiran:

SAYA, mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri dan mohon ampun maaf Zahir dan Batin, sepanjang kita saling mengenali sebagai blogger dan teman maya.




 ~....Hari Raya bakal menjadi satu lagi hari yang indah buat SERI BULAN dan HISYAM kerana itu menandakan tempoh mereka menjadi sejati sejiwa sudah melepasi satu lagi tahun lebaran dan SERI BULAN akan mengulangi kisah gelak tawa tergolek-terguling bila HISYAM dipaksa-manja oleh Pak Utih menangkap ayam di pokok ciku..~




Thursday, July 24, 2014

Nostalgia kampung halaman: terimakasih KHAIRI MALIK...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Day?
00-07-2014


Sudah agak lama saya simpan gambar-gambar berikut. Di-copy dari photo upload, seorang kawan sekampung, kawan sekolah, kawan bergaduh.... zaman dulu.

Kebetulan dia berada di kampung ketika itu, dan merakam beberapa gambar indah ini. Dengan izin, saya menyimpannya untuk koleksi peribadi, lalu saya simpan pula di sini.


Sawah padi menjadi pemandangan di mata kami, sejak lahir sehingga merantau meninggalkan kampung.

Parit taliair (yang membekalkan air ke bendang), pernah juga menjadi tempat berkubang saya. Kerana saya perempuan, peluang berkubang sebegitu cuma sekali dua sahaja. Itupun secara sembunyi-sembunyi.



Di musim air mencetek, pernah juga saya dan kakak-kakak ikut turun ke bendang ‘menangguk’ anak-anak ikan sepat ronggeng.

Pernah juga saya membayangkan air bendang yang tenang jernih (tapi di bawahnya warna coklat), beriak lembut di tiup angin itu seperti air laut yang boleh saya berenang ke tepi ke tengah. Seronoknya berangan-angan. Kemudian berlari-lari di dalam air bendang yang cuma setakat lutut. Lari sana sini tanpa tujuan tapi seronoknya tak terkata...!

Agak sedih sebab hampir semua saya dan adik beradik saya memang tak pandai langsung nak bersawah. Kata orang, ‘tak reti buat bendang’. MyArwah Ayah dan MyBonda lebih suka kami duk rumah belajar, dan pegi sekolah jadi orang pandai.



Walaupun kami bukan nelayan, tetapi sebahagian besar penduduk kampung saya juga adalah nelayan. Sebab kami sangat dekat dengan laut. Ramai juga kawan-kawan sekolah saya merupakan anak nelayan.



Kawan saya Khairi Malik, juga snap beberapa gambar Ban Pecah. Ban bermaksud batas. Menjadi pemisah antara laut dengan kawasan kampung. MyBonda pernah kata, “kalu runtuh ban tu, banjir lah seluruh kampung ni.”

Sejak saya kecil lagi, Ban Pecah ni popular terhad kerana ramai orang kampung yang turun ke sini memancing, cari kerang or siput. Ketika itu Ban Pecah tidak termasuk dalam senarai tempat untuk dilawati. Pendekata tak popular langsung.

Beberapa puluh tahun kemudian barulah Ban Pecah dibaikpulih dan ditambah batubata sebagai penambah untuk mengukuhkan lagi strukturnya. Dan Ban Pecah menjadi unik dan indah dengan sendirinya, walaupun tidak langsung sesuai untuk mandi manda. Kerana lumpur dan selutnya.



Hari ini, Ban Pecah popular meluas kerana ramai kaki pancing dari luar juga turut yang datang memancing, juga ramai orang datang berkunjung sambil makan-minum (banyak sudah kedai-kedai makan di sini sehingga ke pagi hari) sambil berehat, menikmati pemandangan....

Arhhhh... kampungku.

Kenangan lain terus menjadi suatu keindahan di hati dan jiwa saya. Jiwa orang kampung.


Batu 10 1/2, Sg Baru, Tanjong Piandang, Perak.


Ehhh jemput datang ke kampung saya! Saya akan berada di sana bermula Raya Pertama sehingga Rabu. Jemput laaaaa...! Kita makan Laksa, mahu?






 ~...Kampung Separuh Desa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan SERI BULAN dan HISYAM sejak hari pertama lagi, dan walaupun ampaian sudah hampir reput tiangnnya, buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut sudah lusuh talinya, tetapi rasa kasih terhadap seluruh warga kampung menjadi mereka berdua sudah ingin ke mana-mana lagi, walaupun HISYAM pernah kata, kita tidak akan selamanya berada di sini...~




Wednesday, July 23, 2014

Persepsi saya bila tengok lelaki bawak handbag girlfren: silap or sikap?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-07-2014


No pic sesuai untuk jadikan WW. Lately saya dah tak berapa nak rajin nak snap itu ini. Tunggu Raya ler kot.

Pernah tak korang jumpa/tengok lelaki dan pompuan yang kuar dating, or kuar jalan-jalan shopping naik public transport... contoh naik LRT.

Saya pernah terjumpa sepasang couple, naik bersama. Duduk sopan. Cakap pun pelan-pelan. Bisik-bisik.

Tapi sejak masuk, duduk bertentang dengan saya, terus mata ni tertangkap (wpun bukan sifat saya nak merenung orang — bagi saya itu tidak sopan), tertangkap kepada bahu lelaki itu. Elok jer dia kendong (kendong ker?) beg tangan girlfren dia.

Hmmm... saya sebenarnya tak berapa berkenan kaum lelaki merendah diri ‘baik tak kena tempat’ sehingga sanggup bawakkan handbag orang pompuan. Saya faham, niatnya baik untuk melindungi. Protective. Tanggungjawab. Tapi mengkelek (mengkelek?) beg tangan orang pompuan yang cantik lawa tu, bagi saya seperti ‘potong’ sifat maskulin seorang lelaki. Alahaiii.... (Tolong pegang sekejap dengan tolong bawak, membawa 2 keadaan berbeza). *lelaki boipren belum jadi suami.

Jangan lah nak jadi macam artis lelaki kontroversi nan seorang tu. Orang pompuan pakai celak dia pun nak pakai. Orang pompuan pakai cekak rambut, dia pun. Itu belum lagi termasuk dia memang dok bawak handbag orang pompuan menjadi sebahagian kelengkapan imej dia. Baru-baru ni dia pakai selendang pulakkk... Sempena Ramadan ler kot?

Fitrah fizikal lelaki memang kena nampak gagah. Kelembutan ada, tapi terselindung dalam cara tersendiri. Fitrah fizikal lelaki juga harus nampak berani, bukan berani menongkah arus.

Yeahh... masing-masing kita ada anak lelaki. Mohon dijauhkan mereka bersikap menyimpang dari fizikal azali.

Mata kita memberikan persepsi berbeza. Bergantung bagaimana kita menerimanya. Jangan lupa, orang lama pernah berpepatah: ‘Dari mata turun ke hati’.

Satu lagi kepantangan saya: Lelaki pakai rantai. Aduhai... annoying beb!




“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki” — hadis riwayat Al-Bukhari.



 ~...bukan tidak pernah SERI BULAN tersilap tafsir akan erti senyuman HISYAM ketika mereka rajin mengadap Mak Utih yang tidak pernah letih membuka cerita lama ibarat penglibur lara menunjuk bakat, kerana dia tersangka HISYAM senyum kerana gumbira sebalik senyuman itu bagai sinis pisau menghiris, lalu bila HISYAM tidak pernah teragak untuk berterus-terang bahawa dia sengaja menunjuk jati diri yang bukan sahaja berani tetapi juga berani berperi...~




Tuesday, July 22, 2014

Gagal hadir iftar keluarga ipar: sememangnya saya rasa bersalah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-07-2014


Sudah bermula agenda count down.
  1. Countdown, esok hari ‘pukul gong’ di Bursa Saham berkaitan pelancaran saham tempat kija di papan utama
  2. Suspen menunggu 23hb (seperti yang dijanjikan) berkaitan ‘bonus sakan’ Raya. Gaji pun lum dapat nih.
  3. Nak bercuti Raya then nak balik kampung
Sepanjang Ramadan, terlalu sedikit masa saya bersama adik beradik (juga kawan-kawan) berbanding tahun-tahun sebelum. Lalu gathering iftar tahun ini, saya terpaksa cicirkan diri saya. Bukan saja lokasi tahun ini agak jauh dari rumah, tetapi tuntutan kerja yang.... kalu saya citer pun mungkin ramai tak faham.

MyAdik Ipar said, ‘off la Sabtu’. My Kakak Ipar said, ‘kerja sampai bila pun tak habis.’

Benar, tapi menjelang nak Raya, kerja banyak yang perlu disiapkan sebelum masing-masing nak bercuti panjang nanti. Dalam situasi ini, khususnya saya sendiri yang baru mencari tapak di sini, reputasi kerja harus berada di momentum yang konsisten, kepercayaan baru hendak dipupuk, kesungguhan baru mendaki graf... jadi banyak pengorbanan yang harus dilakukan di peringkat awal ini.

Dan bukan sedikit rasa bersalah, bila iftar bersama keluarga ipar-duai saya Sabtu lalu, saya tidak upaya untuk hadir.

Sudah 2x Sabtu, kami terpaksa bekerja sehingga 6:00pm.

Dan masa yang agak suntuk saya berkejar pulang, lalu saya dan beberapa teman sekerja berbuka di luar.

One Utama:


Cari tempat makan sesuai, agak mencabar. Lalu jumpa yang ini, redah sajalah. Little Craving, New Wing OneU. Saya kurang selesa, sebab sempit, sendat, kerusi meja kecik. Tapi, masa dah suntuk masa tu, syukur saja la.



Lihat resit. ABC sebegitu RM5.00. Mujur berbaloi.



Nasi Ayam = RM10.85. Hmmmm... syukur sajalah. Tapi saya tak rekmen.



Rakan-rakan yang lain order Nasi Lemak with Ayam Rendang. Pun saya tak rekmen.






 ~...hari lebaran yang bakal menjelang tiba, membuatkan Mak Utih tertanya Pak Utih ingin juga menyapa kenapa SERI BULAN tidak kisah tentang kampung halaman, malahan HISYAM langsung tidak menunjuk riak orang yang rindukan laman leluhur, kemudian SERI BULAN membuka cerita bahawa mereka sudah lama kehilangan sesuatu yang dipanggil tempat tanah tumpah darah apabila hati sudah berikar akan berada bersama walau jauh dari jangkauan rindu asal sahaja mereka boleh melihat kelibat masing-masing sejak hari pertama sehingga bila-bila...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails