Saturday, June 12, 2010

Macam Zaman Dolu-Dolu... Tak Muda Tapi Belum Tua: Sebuah Entri Riak lagi Emosi (Campur Ego)

Projek urgent. Mesti siap dalam masa 2 hari atau sehari jika boleh. Aku angguk macam burung tekukur lapar. Takkan nak melawan. Suara dia lagi tegas dari suara aku.

Seriau sebab merasa ini cabaran. Dah lama tak kena macam ni. Dah lama tak kerah diri atau kaki tangan macam rasa nak tambah lagi dua.

Selepas itu baru aku diberitahu, projek itu menjadi rebutan juga rupanya. Sebagai orang yang terpilih, haruslah bangga tapi di sebalik itu aku tidak lepas juga memikir bahawa ini bukan saja-saja, tapi mungkin suatu ujian. Okey, sila terima sebagai cabaran pertama. (sambil bangga kerana dipilih) hehehehe.

Lalu sehari ini wpun dipanggil setengah, aku pun pulun sakan sampai rasa nak ajak kaki pun ikut buat kerja sama. Well, lebih manis bila ada client (request) bercakap sendiri dengan aku, menyatakan betapa sukanya dia kerana menerima hasil kerja yang sungguh lain dari yang lain (berbeza dari yang diterima sebelum ini). Okey, take it as a compliments...

Sharp 6 petang, baru sampai rumah. Lelah tapi tak mengah. Paling best, sebab tidak perlu menyambung di hari Ahad. Permintaan awal, memang disuruh kerja hingga ke Ahad. Oh tidakkkkk... Aku ada komitment lain dengan YKS esok. (Pssstttt.. Dato', kalu esok saya mari bikin itu kerja, kasi belanja saya makan Ikan Bakar di Bellamy yaaaaa....! Ahaks!)

Aku semakin menyerap nada dan suasana ini ke dalam diri bermula dari otak, ke akal dan hati sehingga ke kaki. Ikhlas, aku tidak kisah tidak marah tidak merasa diperah. Kerana ada sesuatu yang manis sudah menanti. Yessss....!

*Antara cara-cara aku memujuk hati bila stress, mengelak tekanan, meningkat motivasi sendiri. Pakai aksesori kegemaran yang bukan-bukan... (dan maid Indon tu dah mula pandai jeling-jeling)

Ya, entri kali ini memang ada bau-bau ego, berbaur emosi, tapi tetap juga nak kongsi. Sebab? Sebab aku degil.....! hikhikhik!

Ada orang perasan hebat, jadi biarlah kali ini aku perasan rajin.


~...SERI BULAN ingin sekali makan Pengat Durian bersulam Roti Kapai...~



16 comments:

  1. slim jari2 tu, berkat ketuk keyboard hari2...hehehe..bersenam jari!

    ReplyDelete
  2. pakai lah semnetara boleh pakai...
    pedulikan orang lain kan azie..

    ReplyDelete
  3. Kak KUJIE > Setakat jari jer slim, badan tak ikut sama, nampak pelik KAK...hikhikhik!


    CIKGU NORMAH > betul, itu lah dok buat selalu pun. :)

    ReplyDelete
  4. besor nye bunga kat jari tu..
    boley lawan ct nurhaliza nie..hehehehe

    ReplyDelete
  5. mane pegi org kaya tu...sepi jek ;(

    acu >> azie skrg kena pakai cincin beso sbb dah mula pandai minta datuk belanja bah...!

    ReplyDelete
  6. ari ahad pn bukak ker kt jln bellamy?

    ReplyDelete
  7. cantik jari (smbl jeling2 cincin)hihihi...bila keja dah siap mst seronk kan,pulak tu dpt pujian...ida ni tgh nk buat ot td lari balik kg...isnin nnti jwb le dgn bos....

    ReplyDelete
  8. ACU > SITI tu pakai cincin besar ker? Ingatkan dia pakai cincin kilat silau mata memandang jerrr...:)


    ECHAH > Itu orang kaya sedang kira duit tak kuar bilik dah seminggu.

    Itu Dato', tak belanja kalu, aku tak mo kawan dia lagik!

    ReplyDelete
  9. EELOBOR > Lupa plak esok (today) Ahad).


    IDA > Saya dah bertahun-tahun lupa bab OT ni.. Nak mula balik ni rasa seronok plak.

    ReplyDelete
  10. Sesekali memang ego dan 'perasan' itu akan menjelma dalam diri kita. Selagi tak menyusahkan orang lain ... peduli apa?, kan? :)

    ReplyDelete
  11. azie,
    pengalaman kerja azie mmg superb... boleh buat punyer.. dtglah apa cabarannya.. mesti azie boleh lakukan... azie boleh....

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. CKLAH > yang terbuku tu lum keras ok lagi... Kalu dah kematu? hikhikhik!


    KAKCIK > Saya rela berterus terang dari berpura-pura.

    ReplyDelete
  14. AKAK > macam tahu lak yer. Saya anggap itu pandangan mata dan anggapan baik dari orang yang lebih banyak pengalaman dari saya... Tq

    ReplyDelete
  15. pengat durian dengan roti kapai?
    mcm mn rasanya agaknya...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails