Tuesday, June 15, 2010

Nak Naik Popular Terkenal Tidak Susah Juga, Tapi Nak Jatuh Paling Mudah...

Berita di hari Ahad lalu, dikaburkan wajah di kaca tv (mungkin baru disyaki) tapi tidak susah untuk mengenal siapa empunya wajah apatah lagi imej rambutnya mudah dikenali. SAIFUL Apek, 41, ditangkap bersama 5 rakan disyaki dadah. Nak syak apa lagi, ujian air kencing, positif. (Harian Metro hari ini sebut "berpesta dadah").

Apapun istilah diberi, sayang sekali bilamana reputasi dijatuh dengan begitu mudah, begitu cepat. Untuk menjadi terkenal, popular (seiring dgn pendapatan banyak) tidak susah sangat jika berbakat besar, gigih tetapi untuk jatuh merudum, paling mudah sebenarnya. Samada sendiri punya salah, atau disabotaj, jatuh tetap jatuh. Kesian anak-anak dia...

Itu suatu contoh. Ada banyak lagi kes artis terlibat najis dadah. Banyak. Tiap tahun ada. Tak sayang diri, tak sayang duit. Penat-penat kerja, berlakun sana sini sampai pagi, menyanyi melalak, berjuang pasal bayaran, tapi duit beli dadah. Bodoh punya orang...!

Kalu nak jawab aku, mesti bagi alasan macam-macam, kan? Tekanan lah, stress lah itu lah... ini lah. Abih, tak jadi artis takda tekanan tak stress? Pengedar pun bijak gak, mesti nak cari artis. Depa tau artis banyak duit, sentiasa tertekan so offer ler ubat itu pil ini. (Btw, betul ker artis banyak duit? hehehehehe)

Orang biasa macam kita pun, sebenarnya boleh jer nak jadi popular terkenal. Tapi dalam dunia kita, cara kita. Dan kemungkinan untuk jatuh juga ada, antaranya kena sabotaj. Secara peribadi, aku bukan orang popular, jauh sekali glamer tetapi setiap kita dikenali dalam dunia dan cara kita yang tersendiri. Dikenali oleh beberapa sebab samada dalam perkara kecil juga perkara yang besar.

Aku, tidak pernah merasa popular kerana aku masih bebas jer nak makan tepi jalan, gerai mana pun, bebas jer naik bas turun bas ke mana-mana pun. Sekadar dikenali oleh orang yang mengenali tidak sama keadaannya dengan orang yang dikenali ramai tidak kira samada kita kenal atau tak kenal. Dikenali di alam maya jauh lebih baik dari terkenal di mana-mana... dan juga sangat jauh lebih baik dari langsung tidak dikenali kerana menggunakan nick yang ntah apa-apa, menyamar jadi ntah apa-apa, berlakun menjadi ntah apa-apa... malah berpura-pura dan lebih malang lagi, langsung tidak mahu dikenali kerana takut dengan persepsi. Bagi aku, orang itu adalah pengecut!

Mendedahkan diri sendiri walaupun bukan untuk dipampang muka, walaupun bukan memaparkan seluruh privacy, tidak langsung bersalahan selagi pandai membeza apa yang penting orang ketahui, dan tahu meletak batasan di mana dan perkara apa yang orang luar tidak patut ketahui tentang diri kita.

Salah satu cara aku mengelak stress atau tekanan, adalah melayan diri sendiri dengan menu kegemaran, samada Alone or Not Alone...

*Aku terlalu letih minda. Minggu ini penuh dengan mesyuarat, brainstorming, kertas kerja, laporan, susulan etc...etc.


~...kita tidak perlu mengubah hari ini menjadi kurang atau lebih dari semalam, kerana itu bukan jaminan kita akan merasa lebih bahagia...~




14 comments:

  1. ahhh tidak.. ada makanan tu.. lapar...grrr

    Btw kisah apek dengan ganjanya, menunjukkan beliau ini masih tidak insaf.Memang benarlah apa yang dikatakan oleh kerajaan selama ini bahawa dadah adalah musuh negara no 1.Dadah jugalah pemusnah bangsa

    Wslm

    ReplyDelete
  2. AYIE > belum tido? Yg sebenarnya, saya masih tidak tau nak boh html utk iklan Nuffnang dalam default template saya. Hanya tahu buh HTML masa add gadget kat site situ. Betul ker? Macam tak betul jerrrr...

    ReplyDelete
  3. teringat mak aku pesan kat kami masa aku kecik dulu~jangan ambek dadah kalau nak selamat seumor hidup!

    sedangkan masa tu mak aku surirumah sepenuh masa.alhamdulilah kami semua adik beradik aku jadi manusia yg berguna kpd bangsa,agama dan negara.alhamdulilah ;)

    mak aku mmg hebat.tabik spring kat dia!

    ReplyDelete
  4. Apa2pun.. kita adalah diri kita.. buruk atau baik kita sendiri yang memacunya...Janganlah hendaknya kita memilih jalan yang salah untuk 'berlari'...

    ReplyDelete
  5. jika di beri peluang utk menjadi terkenal & glamer, 100% tolak ke tepi. Suka dengan cara skrg. setuju dgn kata2 kaka azie, kita hidup dalam dunia & cara kita tersendiri mengikut acuan masing2. di kenali dgn cara yg tersendiri.

    ReplyDelete
  6. tersilap langkah memang buruk padahnya

    kita harap tangkapan itu sebagai rahmat bagi beliau untuk menukar cara hidup, umur pun dah 41, mungkin Allah nak berpesan supaya cepat-cepat beringat

    ReplyDelete
  7. semua orang tahu Dadah itu perosak. semua orang tahu Dadah itu musuh.

    tapi masiihhh juga nak libatkan diri.
    tak kira lah tak hisap pun..kalau dah bersama-sama dengan orang yang hisap dadah..mmg cari pasal lah tu.

    seperti yang berlaku pada artis2 lain, kesian pada ahli keluargnya.

    ReplyDelete
  8. ckLah hanya terkenal di kalangan anak murid je Azie....he..he..he.. (itupun banyak peri laku kena dijaga...kerana mereka sentiasa memerhati!)



    ...jom, makan sama-sama. ckLah masak nasi lemak kat kampung pagi ni!

    ReplyDelete
  9. biar orang tak kenal kita jangan kita tak kenal orang !

    ReplyDelete
  10. Mok Yang,

    Tidak popular, tidak menjadi masalah, yang penting ramai kawan-kawan. 1 Malaysia.


    p/s: FM tu mestilah ada...kalau lupa sah sah aku kena kejar keliling kampung nanti dengan Mok Yang ha ha ha

    ReplyDelete
  11. aku keja kat kompeni sokkaba lama ni selalu gak terserempak dengan geng artis ni dalam lif atau di cafe, tapi aku memang tak pernah angkat pot dengan artis, lagi satu aku paling menyampah ada pihak mengangkat artis macam IKON..errrrrr!pernah aku terjumpa sorang artis yg sangat terkenal, laaaaaaaaaaa bawak keta proton buruk tu je, pakai baju sikit punya glamke, aku rasa macam nak gelak guling2 je!tapiiiiiiiii kalau aku terserempak dengan mana2 ahli korporat dalam lif memang aku buat muka tak malu je tegur depa, senyum2..pernah aku terserempak dengan 'syed******* al bukhari' tu aku buat muka tembok je senyum dan sembang hik hik

    ReplyDelete
  12. heee teringat prof. haron din ketika buat conclusion tentang perlawanan tinju: ooo rupanya manusia ni suka melihat manusia lain jatuh atau dijatuhkan, mereka bersorak dan bertepuk tangan...

    ReplyDelete
  13. salam azie..
    apapun, kita berbalik pada Yang Satu. Kenapa cari ketenangan selain dariNYa?.. Inilah bahananya bila fikiran dah tak betul.. mencari ketenangan dengan dadah..

    ReplyDelete
  14. Moga kita semua dijauhi dari perkara2 seperti ini, amin.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails