Sunday, October 31, 2010

Bas Express yang Sudah Tak Boleh Express...

2009 RAWANG: Enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat yang membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, 6 orang mati di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila bas milik AB Express yang membawa 32 penumpang dari Changlun, Kedah ke ibu negara dan dipandu Mohamad Fauzi itu, dipercayai gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan.

Akibat rempuhan itu, sebahagian pembahagi jalan daripada besi sepanjang 60 meter terperosok melalui tingkap hadapan bas dan bersimpul di bahagian tempat duduk bawah, lalu terkena mangsa yang maut.

*************


Kejadian pada pukul 4.30 pagi, semua penumpang bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth itu sedang tidur dan hanya sedar setelah bas itu terjunam ke dalam parit dan keadaan menjadi kelam-kabut dengan kebanyakan mangsa terhumban dari kerusi masing-masing.

Kemalangan bas ekspres di KM 229 Lebuhraya UtaraSelatan, di Bukit Gantang dekat sini yang merupakan nahas jalan raya paling buruk dalam sejarah negara itu meragut 20 nyawa, 19 daripadanya mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping.

***

2010, SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

***

Semalam, sebuah bas lagi tergelincir, 7 mati. Penumpang dari Baling Kedah, balik dari Genting Highland. Pemandu bas dikatakan tidak mempunyai lesen memandu. Pemilik syarikat menghilangkan diri.

Ada banyak lagi kes-kes kemalangan yang membawa kepada tragedi bas express berlaku. Ngeri, simpati, marah, takut, geram, fobia, trauma.... macam-macam kita rasa.

Ada banyak punca yang menyebabkan kemalangan samada dari segi teknikal atau human error...

Anak buah aku (dan aku percaya ramai lagi yang sebaya dia) yang belajar di UM, balik ke kampung time cuti pun skang dah tak naik bas express lagi, sebaliknya naik Keretapi Tanah Melayu.

Dah lama juga aku tak naik bas express ni. Kali akhir masa pi Langkawi beberapa bulan dulu. Tapi bas kami tu bas yang baru, pemandu yang cekap, syarikat yang dipercayai. Alhamdulillah.

Untuk ke mana-mana dah jarang aku naik bas express.

Dulu masa tahun 2006-2007, bas express adalah transport utama aku berulang-alik setiap bulan ke Taiping, semasa AMOI di MRSM sana. Pergi pagi, sampai sana petang. Malam bertolak ke KL semula. Syukur tiada kejadian buruk berlaku wpun tiap kali balik, aku mesti ambik bas terakhir dari sana, jam 11 malam dan sampai KL sekitar 4 pagi.

Sekarang semakin ramai dah takut nak naik bas lagi terutama waktu malam. Tapi bagi yang tiada pilihan, terpaksa la juga.

Semoga pihak-pihak tertentu dapat memulihkan keadaan, dan syarikat-syarikat bas express akan lebih menitikberatkan keselamatan penumpang (bawa nyawa tauuu...) supaya tidak lagi banyak nyawa yang terkorban.


~...benar, antara bas dan kereta serta feri atau bot laju, SERI BULAN lebih rela berdayung kolek di sungai asal sahaja HISYAM yang menjaga haluan...~


30 comments:

  1. salam kak azie..

    sepupu ayu yang study jauh-jauh pakat balik sem nie naik keretaapi...

    tapikan, kes bas ekspress yang tak berapa nak ekspress dah jadi macam musim pulak...lepas 1...1......

    ReplyDelete
  2. btoi2... sy pon balik naik ketapi ja...
    nak kata mlm2 bahaya, siang pon pecut lelaju~

    ReplyDelete
  3. btoi2... sy pon balik naik ketapi ja...
    nak kata mlm2 bahaya, siang pon pecut lelaju~

    ReplyDelete
  4. serius, saya selalu memandu malam jika balik ke KB dan perjalanan menuju kesana yg mengambil masa 7-8 jam memang meletihkan di samping jalan yg bukan bertaraf hiway. namun saya akan memastikan jadual perjalanan saya tidak akan seiring dengan waktu bas ekpress iaitu lingkungan jam 8pm - 10pm. sya akan pilih awal sebelum jam 8 atau melepas jam 12am kerana pemandu2 bas ekpress sangat laju & tidak cermat cara pemanduannya. takut

    ReplyDelete
  5. AYU > Ramai orang sudah fobia dengan bas express, kan?


    SITI MASHITAH > Yang penting semua orang perlu lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  6. EELOBOR > Jika selalu gunakan jalan hiway atau separuh hiway, wajar study corak laluan juga kan? Bagus jika kita tahu sedikit sebanyak waktu yg sesuai..

    Ingat orang tersayang..

    ReplyDelete
  7. Azie,
    Dulu pahlawan gugur dimedan perang,tetapi sekarang anak muda /siapa saja terkorban di Jalanraya.
    Setiap kali menaiki kenderaan,rasa macam pergi berjuang.
    Balikkah dengan selamat?Atau itu perjalanan yang terakhir....

    ReplyDelete
  8. Setiap kali kemalangan membabitkan bas express hati kak Zai selalu risau.Mana tidaknya anak kak Zai selalu menggunakan khidmat bas express.Kak Zai dah tak bagi anak menaiki bas express Delima sebab sebelum kejadian pun anak kak Zai selalu komplain bas tu dipanda laju.

    ReplyDelete
  9. Naik kereta api lebih best sebenarnya. Jarang sangat naik bas ekspres kecuali semasa di MRSM dulu bila balik bercuti semester. Selain daripada tu bila perjalanan jauh, naik KTM je. Tak apa tempoh perjalanan yang panjang. Ramai awek yang sudi bertukar alamat rumah masa tu (time tu belum ada alamat emel... eheks...!)

    Maceh sebab bagi idea ni untuk beta blog. Tak apa ya cedok idea ni?

    ReplyDelete
  10. MOKJADEANDELL > Makcik, betullah, saya pun selalu terfikir dan suspens sendiri. Tiap kali berpergian mana2 cukup takut kalu terjadi kemalangan.



    ZAITUN > Kak Zai, sekarang ni dah tak kira sangat brand bas nyer, selagi yg pandu tu pemandu yang gopoh, gelojoh, risiko kemalangan memang tinggi.

    ReplyDelete
  11. KHAYALKHAYAL > Bro, I tau U memang suka dgn keretapi. Kita sama. Dulu itu memang antara cara orang dapat kenalan/awek/pakwe. hahahahaha teringat terus.

    Cedok idea? I pun cedok gak sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. salam azie..betul dan tersangatlah betul..pemandu bas express ni bawa bas macam dia sorang je atas jalan..dipecutnya laju..takut..kalau dulu makcik juga naik bas ke JB,jenguk kakak diSTF,dulu rasanya accident tak adalah berlaku maacam sekarang.Anak makcik pun dah takut nak balik dgn bas,l/baik naik train atau k/terbang..rasanya lebih confident.

    ReplyDelete
  13. ana pun dh lama x naik bas..last naik masa belajar dulu la. dh dekat 10 tahun rasa...

    ReplyDelete
  14. aku memang takut naik bas ekspres ni beb,apatah lagi aku nampak drebar bas yg tak pakai uniform,baju serebeh,rambut tak terurus dan pandang orang macam nak telan je.ish2...

    keretapi tetap pilihan nombor satu walaupun lambat sampai.

    tapi bas transnasional dan satu lagi aku dah lupa nama dia (mara)boleh dipercayai kerana aku nampak pemandu dia kemas beruniform dan ada budi bahasa.

    ReplyDelete
  15. naik keretapi syok! tapi tu lah, tak semua bandar ada stesen...

    ReplyDelete
  16. Kat sana bas express memang laju macam roket kan? Masa saya kat sana pernah tengok. Tak berani nak naik bas express kat sana lagi.

    ReplyDelete
  17. tu la kak..
    acu nak blk kg mggu nie..
    dok pikir nak naik bas ke nak drive sendiri...risau pun ada nie..

    ReplyDelete
  18. nauzubillah....... :(

    al-fatihah buat mangsa dan takziah buat mereka yang kehilangan

    p/s: sy rasa darh o elok bykkan intake sayur dan protin putih dlm diet harian :)

    ReplyDelete
  19. salam..

    amy dah fobia nak naik bas, en.hubby pun dah mula x izinkan naik bas..bahaya la sekarang nie

    ReplyDelete
  20. dah lame tak naik bas...kalau naik mesti fobia rasenye...mcm2 citer ngeri...

    ReplyDelete
  21. kalau saya terpaksa travel naik bas, saya cuma akan naik transnasional atau plusliner sahaja. dulu masa belajar 5 tahun saya balik kg pakai bas itu sahaja. bas lain mmg tak percaya la...

    ReplyDelete
  22. azie..
    kisah bas ekspress ni sampai bila2 pun tak akan selesai sebab sifat tamak pemandu yg berlumba-lumba kejar trip...
    tokey bas pun kena timbangrasa...
    jpj/polis kena selalu pantau kelajuan bas di lebuhraya
    banyak pihak terlibat dalam menentukan kemalangan sifar...

    ReplyDelete
  23. MAKCIK MERIAM > Tak pasal2 kita orang awam yg rasa takut. Bukankah itu suatu yang merugikan syarikat pengangkutan awam?



    ANA > Elok lah kalu dapat ke mana-mana sendiri tanpa pengangkutan awam. Tapi gitu lah, ada orang terpaksa juga...

    ReplyDelete
  24. ECHAH > semakin banyak kes, semakin teruk reputasi bas express di Malaysia ni.

    Ya, bas Transnasional memang pakai uniform, kalu yg mara tu rasanya Mara Liner. Kalu student MARA, dapat diskaun 20% rasanya kalu tunjuk kad pelajar utk bas ini.

    ReplyDelete
  25. KOG > Betul. Kena tunggu keretapi laju yg sedang dibina tu ler gamaknya.



    ZEZEBEL > Kesian orang sini kan? hehehehe. Tapi Kak Azie yakin, TAK SEMUA pemandu bas express begitu. Ada juga yang begitu cekap, effision dan berhati-hati.

    ReplyDelete
  26. ACU > Kalu berteman, baik drive jer. Tapi kalu sorang, boleh pilih ketapi, atau flight jer...



    MAKSU > Ya, kita tumpang simpati.
    Terimakasih, info utk orang berdarah O macam saya. Saya suka makan sayur.

    ReplyDelete
  27. AMY > Tak semua yang begitu, ada juga yang bagus. Kena buat pilihan yang tepat. Ada kalanya, nasib.


    AIN NORAINI > Kalu fobia, tak yah la. Harap2 keadaan akan berubah lepas banyak kejadian gini.

    ReplyDelete
  28. GB > Kalu kita travel chartered bas, sangat ok. Tapi bas express, so far Kak Azie juga percaya pada Transnasional, dan Mara Liner. Dulu selalu naik Konsortium tp skang dengar citer syarikat ni mcm merudum, susah nak dapat dan banyak tempat dia tak pegi.

    ReplyDelete
  29. AKAK > Untuk sifar seperti mustahil, tetapi kita kena sama-sama menyokong dan berusaha supaya minimumkan kemalangan. Syarikat bas kena lebih faham tentang tanggungjawab sosial...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails