Sunday, October 31, 2010

Bas Express yang Sudah Tak Boleh Express...

2009 RAWANG: Enam orang termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat yang membawa 32 penumpang itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, 6 orang mati di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila bas milik AB Express yang membawa 32 penumpang dari Changlun, Kedah ke ibu negara dan dipandu Mohamad Fauzi itu, dipercayai gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan.

Akibat rempuhan itu, sebahagian pembahagi jalan daripada besi sepanjang 60 meter terperosok melalui tingkap hadapan bas dan bersimpul di bahagian tempat duduk bawah, lalu terkena mangsa yang maut.

*************


Kejadian pada pukul 4.30 pagi, semua penumpang bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth itu sedang tidur dan hanya sedar setelah bas itu terjunam ke dalam parit dan keadaan menjadi kelam-kabut dengan kebanyakan mangsa terhumban dari kerusi masing-masing.

Kemalangan bas ekspres di KM 229 Lebuhraya UtaraSelatan, di Bukit Gantang dekat sini yang merupakan nahas jalan raya paling buruk dalam sejarah negara itu meragut 20 nyawa, 19 daripadanya mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping.

***

2010, SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

***

Semalam, sebuah bas lagi tergelincir, 7 mati. Penumpang dari Baling Kedah, balik dari Genting Highland. Pemandu bas dikatakan tidak mempunyai lesen memandu. Pemilik syarikat menghilangkan diri.

Ada banyak lagi kes-kes kemalangan yang membawa kepada tragedi bas express berlaku. Ngeri, simpati, marah, takut, geram, fobia, trauma.... macam-macam kita rasa.

Ada banyak punca yang menyebabkan kemalangan samada dari segi teknikal atau human error...

Anak buah aku (dan aku percaya ramai lagi yang sebaya dia) yang belajar di UM, balik ke kampung time cuti pun skang dah tak naik bas express lagi, sebaliknya naik Keretapi Tanah Melayu.

Dah lama juga aku tak naik bas express ni. Kali akhir masa pi Langkawi beberapa bulan dulu. Tapi bas kami tu bas yang baru, pemandu yang cekap, syarikat yang dipercayai. Alhamdulillah.

Untuk ke mana-mana dah jarang aku naik bas express.

Dulu masa tahun 2006-2007, bas express adalah transport utama aku berulang-alik setiap bulan ke Taiping, semasa AMOI di MRSM sana. Pergi pagi, sampai sana petang. Malam bertolak ke KL semula. Syukur tiada kejadian buruk berlaku wpun tiap kali balik, aku mesti ambik bas terakhir dari sana, jam 11 malam dan sampai KL sekitar 4 pagi.

Sekarang semakin ramai dah takut nak naik bas lagi terutama waktu malam. Tapi bagi yang tiada pilihan, terpaksa la juga.

Semoga pihak-pihak tertentu dapat memulihkan keadaan, dan syarikat-syarikat bas express akan lebih menitikberatkan keselamatan penumpang (bawa nyawa tauuu...) supaya tidak lagi banyak nyawa yang terkorban.


~...benar, antara bas dan kereta serta feri atau bot laju, SERI BULAN lebih rela berdayung kolek di sungai asal sahaja HISYAM yang menjaga haluan...~


Karnival Niaga: Meriah tapi Mahal...!

Pergi sekerat hari ke Karnival Niaga anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan, anak, pagi tadi.


Aku tak tau apa nama benda mainan ni, tapi playground@belon besar tempat budak-budak lompat ni RM3 = 15 minit. CHAK masuk 2 kali.

Agak meriah sebab ada banyak gerai tapi kami tak ronda semua pun. Cuaca panas, lebih seronok duduk di kantin dan di bawah khemah depan stage tengok karaoke, pakaian beragam.

Yang tak tahan, makanan yang dijual, adohaiiii... mahal! Mahal kerana tak sepadan dengan benda.

Air dalam cup kecil (kecil sedikit dari yg biasa dari pasar malam jual) = RM1.50 Air botol yg disumbangkan oleh pelajar. (CHAK sumbangkan hotdog, ALIA sumbangkan air gas).

2 senduk Nasi Goreng simple = RM2.50
Nasi Lemak (skit jer) + telur = RM2.00

Semua belian gunakan kupon yg dibeli awal oleh pelajar. CHAK dan ALIA beli RM25 sahaja berkongsi 2 orang. Phiewww!


Apapun tahniah kepada semua guru dan pelajar juga PIBG yg berusaha.



Rumah Hantu, RM3 per entry. Barisan beratus panjang betul, kebanyakan murid lelaki. Kami tak masuk pun, takut CHAK demam lak. ALIA jer masuk dengan kawan dia.

Ada live band, tapi lama tunggu takda pun orang yang main.


Tiba-tiba lak mamat belon ni melonjak. hehehehe

Selain dari gerai makanan, ada juga Takaful buka booth, Besta Kamus, jualan pakaian terpakai, Sand Art, cenderahati termasuk minyak wangi, aromaterapi, muq, buku dll.

Yang mencuri tumpuan dan mencuit hati. Cute!



Piala Malaysia 2010: Akhirnya..!

Tahniah...!

Akhirnya Piala Malaysia 2010 menjadi milik Red Warriors. Selain kerana bermain cemerlang (ini dari penilaian aku), walaupun tak tengok, sudah tentu semangat juang yang tinggi mendorong untuk mereka merebut kembali kekalahan tahun lepas dari juara bertahan hobin Negeri Sembilan.

Dengan keputusan 2-1, menjadikan kemenangan pertama dalam sejarah Piala Malaysia sejak 1921-2010.

Dan, akhirnya juga, hari ini Ahad, seluruh Kelantan mendapat cuti umum.


*Dari berita TV sekejap tadi, rupanya N9 yang score dulu ek, penalti di minit ke-14.


**Aku tak tengok, tidur seawal 9 malam tadi. Dalam rumah langsung tak tune bola malam tadi (sebab yang lelaki takda di rumah). Sms kepada kawan baik SERI BULAN supaya smskan keputusannya lewat tengah malam (tapi hampehhh...!). Result ini aku tengok dalam web berita.




Saturday, October 30, 2010

Masam-Masam Manis...

Dah nak dekat hujung tahun. Lagi 2,3 minggu dah cuti sekolah.

Sepanjang tahun, alam pekerjaan yang penuh dengan pelbagai peristiwa.

Masam Manis Kehidupan... (tajaan sahabat/blogger BLACK CANARY)

Sekarang ni masing-masing bersiap-siap nak pergi bercuti.

Dengar citer, my boss nak pergi China.

Sorang kawan dah siap booking, Disember nak bercuti ke London.

Sorang lagi kawan memang suka ke pulau.

Aku? Dapat balik kampung pun dah kira besttt...!


~...bila salah seorang berwajah Masam kelat kerana tak tahan sakat, seorang SERI BULAN terpaksa meManiskan muka walau tak pernah minat Gula-Gula...~



Piala Malaysia 2010: Red Warriors Terus Menjadi Tumpuan...

Baca tajuk semula, apakah tumpuan yang sebenarnya?

Masih ingat? 7 November 2009, kerana sudah ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, beberapa orang penyokong Kelantan telah bertindak membakar kain rentang dan kerusi stadium kemudian melempar dengan botol air pula kepada orang yang sedang berusaha nak padamkan api tersebut.


Dalam kejadian yang hampir menyerupai “rusuhan” itu (bolehkah dipanggil rusuhan??), seorang wartawan cedera di leher terkena mercun. Akhlak yang dibawa dari negeri yang digelar sebagai serambi Mekah?

Sungguh IRONIK sekali... Sungguh IRONIK sekali...

Tapi itu tahun lepas. Ini yang tahun ini, dan kata Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang dan kedua, jangan ada keganasan. Walaupun mengganas di padang bola ia akan memalukan negeri Kelantan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.”

“Saya mahu penyokong Kelantan pergi dengan semangat kesukanan, suasana dan akhlak kena jaga. Nak sorak, soraklah tapi jangan sampai lempar botol. Itu budaya orang Eropah, mereka tidak ada akhlak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.


Seorang aku tak begitu minat bola, dan jujur juga aku nak tulis, anak-anak aku gila bola tapi lebih kepada bola antarabangsa. Bola tempatan? Cuma TOKLAKI jer lah yang rajin layan.

Piala Malaysia kali ini, lebih seronok nak tengok persediaan, kemeriahan, tengok orang berebut beli tiket (yang mahal nak sama rega aku makan Nasi Campur utk seminggu), juga pelbagai pihak yang meramal itu ini. Judi ada takkk??

Semoga permainan akan lebih baik kualiti, lebih bersih -- bukan bersih baju, sebab KL dah 2 hari ujan lebat -- semoga lebih cemerlang dan tiada sebarang kejadian MEMALUKAN berlaku, yang kelak disebut orang bertahun-tahun...

Errmmmm... sepatah kata IKA, “Mana-mana yang menang pun, sama jer, sebab players ramai bukan jati dari negeri tu pun.”

Lagi satu Dato' Nik Aziz kata, “Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini.”


*Kalu dapat berniaga Air Cincau dengan Burger, best tuh. Makcik Kayo! Makcik Kayo!




Friday, October 29, 2010

Di Manakan Ku Cari Ganti...

Rasanya agak terlambat untuk aku menulis tentang Bulan Oktober: Bulan Mengenang P.Ramlee, seniman Agung yang bergelar Tan Sri. Sepanjang bulan Oktober, banyak cara dan usaha yg dilakukan dan terus berlangsung, bagi mengenang kembali seniman agung tersebut. Banyak yang kita lihat, samada thru filem, lagu-lagunya, konsert (malam ini di Astro, kan?), juga pameran...etc etc.

Dari sekecil anak, apatah lagi yang lahir di zaman beliau, cukup kenal dengan dia yang satu ini. Samada menyukai lakunannya yang berkesan dari lakunan pertama Penarek Beca (ada watak Azizah tauuu...), sehingga ke Do Re Mi yang lawak (paling best bila layan gerak tari dan putar pelit PAK MAUN yang kemaruk ndak pegi Pesta Muda Mudi...!

kelakar tak hengat semasa screen test utk menjadi Seniman Bujang Lapok sampai kena halau “nampak pintu besar itu tidak? dengan perintah aku, get outtt!”..

dan menangis bersama ketika dihina dan dipinggirkan serta dipisahkan dengan isteri dan anak sendiri oleh Ibu Mertuaku tetapi kemudian merayu “Maafkan mak Kasiiimmmmm!”

tapi, rasa nak golek juga macam Sarimah bila dengar lagu dia di radio “...andai dinda pergi, dakuuuu teman tiadaaaa....” dari filem yang sama,

juga teringat-ingat dialognya semasa berkompromi dengan ayah mertua sendiri, “Ayahanda marah takkkk?” thru Tiga Abdul,

terbuai dengan irama saksofonnya melalui filem Ibu...

..dan teringin nak buat remos macam dia bila tonton Masam-Masam Manis...

hmm... mungkin nak jadi sesetia cintanya terhadap Engku Zaleha, masa tengok Antara Dua Darjat...

kemudian tak ingat berapa kali terguling gelak bila siri Bujang Lapok, siri Labu Labi yang mimpi tak abih-abih, siri Do Re Mi...

bila selalu diputar tidak pernah jemu walau sedikit, dan aku selalu bercerita balik dengan anak-anak, siapa pelakun itu, sekarang dia yang mana (ada yang terkejut tengok Mariani dalam Tiga Abdul dan Labu Labi bila banding Mariani hari ini...)

Pasti ramai masih ingat filem-filem P.Ramlee ada trade mark muzik tersendiri samada semasa suspens sedih, atau pun semasa lucu. Masih ingat irama khas masa Labu Labi kena denda ketuk ketampi? (Aku pernah rakam buat ring tone...), dan banyak filem beliau menggunakan irama itu berkali-kali.

Itu belum lagi kalu dia cakap merapu marahkan “orang sebelah”, macam dia sorang jer sekolah German. Hehehehehe.

Oktober, KRU sekali membanggakan kita apabila membuat usaha album P. RAMLEE… DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI yang menggabungkan begitu ramai penyanyi hebat, memberikan nafas baru kepada lagu-lagu allahyarham Tan Sri.

Aku sangat terkesan kerana dua perkara besar; iaitu nama KRU dan P. RAMLEE itu sendiri, serta beberapa perkara lain iaitu ramai penyanyi hebat bergabung dalam album ini.

Yang paling aku suka tentulah lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti itu, yang dinyanyikan oleh (antaranya) ada Ning Baizura, Ella, Sahir, KRU sendiri, Stacy, Jacklyn Victor, Aizat, Hujan, Dayang Nurfaizah...mmm lagi sapa? Tapi memang best lagu yang sedia best ini. Tabikkkk...!

Selain itu aku juga suka gaya dan suara Azlan & The Typewriter. Suara dia sangat berbeza...!

Lain-lain adalah:
P. RAMLEE… DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI
Azlan & The Typewriter [feat AG & Co] • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
Hujan • Tunggu Sekejap – dari filem Sarjan Hassan (1955)
Meet Uncle Hussain • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)
Pesawat • Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
The Ramlees (A supergroup of sort featuring Yuna, Liyana Fizi [of Estrella fame], Amirah [of the band TILU] and a special guest) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
Altimet • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)


Ada banyak, terlalu banyak sebenarnya lagu-lagunya yang hebat dan tidak jemu di dengar. Selain di atas, aku juga suka lagu Senjakala (pernah dinyanyi semula oleh Shidee), mendayu jerrrrr....

Sedikit info:
P RAMLEE atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada pagi Aidilfitri pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 44 tahun pada 29 Mei 1973 kerana sakit jantung, dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pernah berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris (isteri pertama) 1950, kemudian dengan Norizan Mohd Noor (kedua) 1955 dan Saloma pada tahun 1961. Mempunyai ramai anak angkat yang dijaganya tetapi anak kandung hanya dua - Mohd Nasir dan Arfan hasil perkahwinan dengan Junaidah. Manakala anak angkat dan anak tiri adalah Sazali, Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak norizan), Armali (anak kepada Saloma dengan AR Tompel), Betty, Zakiah, Sabaruddin dan Dian.



~...tanpa lagu, pincanglah irama, tanpa jari lentik pandai petik gitar, boleh putus tali, andai begitu, jawablah tanya ku ini, adakah sama juga keadaannya antara SERI BULAN dan HISYAM...~






Beca Tunda yang Penuh Muatan...

Sekadar menurunkan beberapa “penumpang” yang penuh dalam Beca Tunda...

Sekitar Gathering with Geng dalam Program MENTANGLING: 15 Oktober.

Terimakasih kepada DJ Nik Aida dan penerbit, Noraini Ibu @ Kak Anoy.









Terimakasih kepada sekian ramai sahabat yang sudi menyokong.

****

Selepas menghantar IKA ke Shah Alam, for her ID’s interview, meronda ke serata Plaza Alam Sentral & PJ.

Ada orang nak cari gitar bass dan topi keledar canggih (utk motor canggih lah, of course...).



Tapi seorang aku, lebih seronok melayan Cendol yang sedapppppp bangat di tepi jalan berhampiran Taman Medan.

****



Majlis walimatulurus yang bertema PURPLE, sehingga terpesona melihatnya, dan telinga dihidang lagu dari live band. Selain menunya yang enak berserta Rojak Buah dan Cendol lazat....!

****



Menyertai “orang-orang lelaki” yang bergebang pasal paperwork + tender, tapi sekali lagi, seorang aku lebih faham tentang Nasi Beriyani Lauk Ayam dan Sate Mas di R&R Bukit Dukong... Layannnn.!



~...menjadi orang yang terbelakang bukan bererti tidak mendengar loceng tanda waktu berakhir, malah bisik Minah(s) Kepoh kat depan pun jelas di telinga...~






Thursday, October 28, 2010

Tekaan Betul Tetapi Tiada Hadiah...



Terimakasih...! Terimakasih...! Terimakasih...!

kerana

sudi bertanya khabar, sudi meneka-neki-nekuk.

tak sangka, ada juga yang dapat meneka dengan betul, but SORI BERLORI, tiada hadiah lerrrr....




~...SERI BULAN akan terus menyusuri semua jalan-jalan yang ditinggalkan tempohari, andai ada rumput yang panjang, pasti akan dicuba mencabut dengan tangannya yang halus mulus... Ahaks!~






Bila Rindu...



Bila rindu, pasti ingin mengunjung tempat biasa...

Dan,

melepak dengan teman-teman biasa yang lain... kan?

So, tungguuuu...!

Orderkan Teh Tarik Kurang Manis, yeahh!



~...SERI BULAN sudah kembali dari percutian nan panjang...~




Tuesday, October 26, 2010

Salam,

Lama tidak menulis di sini kerana sibuk menulis di sanaaaaaa...!


~HISYAM, Seri Bulan pun rindu awak..! Ahaks!





Monday, October 11, 2010

Jumpa Mata Air? Chill laaarrrr....!

Malam tadi aku sekeluarga hadir di majlis raya “Majlis Penutup Aidilfitri 2010” anjuran komuniti penduduk di kawasan perumahan aku.

Ini merupakan majlis Fasa Kedua, majlis pertama (Fasa Pertama) telah dibuat pada malam Jumaat lalu di dataran lain, tapi agak jauh dari rumah aku. Kerana ramainya penduduk, majlis diadakan 2 peringkat.

Majlis malam tadi meriah dan sungguh happening! Khemah merah-putih yang cantik, meja penuh dengan tetamu. Makanan pun banyak. Ada Nasi Hujan Panas lengkap dengan lauk-pauknya, ada Laksa, ada Mee Rebus, ada Char Kuey Teow (goreng di situ), ada Cucur Udang, ada Ketupat Lemang Rendang, Kuih-Muih, ada pula yang buat Roti Canai, Air Sirap, Air Bandung dan yang paling terangkat adalah Cendol...! (sempat ambil semangkuk jer, sbb cepat habis)

Perhhh makan puas. Pastu duduk-duduk borak dengan jiran-jiran, kenalan setaman. Tetamu VIP adalah Dato’ Mat Aris — tak ingat apa jawatan dia sekarang (dulu memang Wakil Rakyat). Gitulah bila aku tidak ambil pot pasal politik. Malah wajah dia pun aku tak kenal, sehingga terpaksa tanya orang, siapa VIP tu.. hehehehe.

Dalam borak-borak semalam, seorang “kakak” yang aku kenal lama juga, menyingkap kisah lama, kerana kami sama-sama orang lama yang tinggal di sini. Pendekata kami antara penduduk terawal, sejak lebih 20 tahun dulu.

Sempat juga dia mengusik, “dulu masa awak anak dara duduk sini, sapa tak kenal awak. Tapi tak sangka, berkawan dengan orang lain bagai nak rak, tup-tup kahwin dengan orang lain.” Hahahahahaha! Tergolak bosa den..!

Dia tak tau “wanita” yang menyebabkan aku tak jadi kahwin dengan “mata air” pertama aku tu pun ada kat majlis yang sama. Kat meja sebelah jerrr..

...and seperti biasanya bila tertembung dalam mana-mana majlis/program di taman, dia mesti pandang aku semacam, jeling macam nak telan.

...and seperti biasanya juga, aku tetap selamba senyum manis semanis-manisnya pada dia, membuktikan aku sedikit pun tidak rasa tergugat atau ingin menggugat dia. “Chill laaarrrr...!” bak kata anak-anak aku.

Hikhikhikhik! sekali sekala tersenyum sendiri, sudah lebih 20 tahun, tidakkah dia boleh melupakan sesuatu yang hanya berlangsung selama 2 tahun antara aku dan suaminya, dulu?



~...betapa hebat dan bagus pun mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup SERI BULAN, tiada siapa dapat dibandingkan dengan kerendahan budi, kemuliaan hati dan kenakalan jati seorang lelaki bernama HISYAM...~


Saturday, October 9, 2010

Rumah PENA: “Memerdekakan Sejarah”, NATRAHlah yang Membangkitkan Beribu Kita...

*Entri ini mungkin akan menjadi panjang, dan mungkin tidak ramai yang akan faham, atau juga mungkin ada yang tidak langsung faham. Tidak mengapa, aku mengerti.
**Catatan ini adalah peribadi aku semata-mata, tidak mewakili mana-mana, sekiranya ada fakta yang tidak benar, maaf itu adalah tidak disengajakan.

Seperti biasanya rutin Malam Baca Puisi PENA yang jatuh setiap Jumaat pertama setiap bulan berlangsung lagi. Kerana Jumaat pertama adalah minggu lepas masih suasana beraya, maka Malam Baca Puisi ditunda ke malam tadi.

Seperti biasanya juga, beberapa penggiat sastera dijemput khas dan ramai juga peminat seni sastera yang hadir memeriahkan program dan memberi sokongan, termasuklah aku yang kalu boleh setiap bulan nak pegi tengok.

Lama sungguh aku tidak pergi, sudah 2,3 kali program aku terlepas. Program terakhir sebelum puasa, aku sepatutnya ikut bersajak tetapi tak ingat kerana apa aku tak hadir.

Bersekali untuk release tension semalam aku hadir juga bersama My TOKLAKI (yg seperti biasa duduk di belakang saja) walaupun si kembar aku yang di Putrajaya tidak dapat join, juga blogger AA yang lagi seorang itu (klik SINI utk blognya) kerana sidang kesnya berlarutan hingga ke senja.

Ramai juga wajah-wajah biasa yang aku temui, dari ahli Rumah PENA sendiri, Presidennya, Setiausaha Agungnya, wartawan, penulis dan penggiat sastera yang, biasanya wajah memang aku kenal, nama memang aku tahu tapi teramat jarang kami berbual, cukup sekadar tegur sapa. (Yang sebenarnya aku malu lagi segan nak duduk sekali, cukup sekadar menonton dari jauh).

Dengan tetamu khas Datin Fatini Yaacob, pelajar-pelajar dari UPSI (yang ini saat akhir tidak hadir) dan Persatuan Guru-Guru Indonesia.

Seronok betul menghayati puisi-puisi yang bernada pelbagai. Ada yang sinikal, penuh prasa menyindir, yang bergurau yang berterus terang...

Ayahanda Dr Ahmad Razali selaku pengacara awal sementara menanti pengacara tetap Ayahanda Dr Ibrahim Ghafar yang lewat kerana jem, membacakan 5 puisi dari Antologi Cafe by Lotfi. SM ZAKIR membaca puisi: Taman Jasmin dan sebuah sajak bernada politik bertajuk Liberal.

Sdr Salman al-Faroukhi dengan puisi Akhirat Destinasi Sebenarnya Manusia. Bergegar suaranya lantang dan sungguh terpaku mendengar bait yang menyebut betapa manusia semakin lupakan Tuhan, lupakan Akhirat.

Lotfi juga membacakan beberapa puisi dari Antologi Cafenya yang banyak berbau sinikal tentang arena politik negara masakini.

Antara yang sempat aku rakamkan adalah puisi dari Ayahanda Dr Ibrahim:
...kemunafikan intelektual
mengilmiahkan pembohongan menjadi sangka
mentafsir merdeka mungkir akar dan pangkal
segala kata sekadar menjadi
tidak lagi benar demi kebenarannya...

Sdr Salleh Rahmat dijemput memberikan sedikit ucapan ekoran dari pemilihannya sebagai Presiden PENA yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung PENA minggu lalu. Ya, pimpinan baru yang berharap dapat lebih memarakkan sastera tanahair khasnya di PENA sendiri.

Wak Ismas Saring juga dijemput (lama tul tak jumpa Wak ni...) dan membacakan puisi yang kelakar walaupun sinis, bertajuk Pantun Rayau Raya.

Lain-lain lagi adalah Sdr Arif Ahmad, salah seorang pengajar di UPSI, Dato’ Dr Prof Mansur Abdullah (seorang bekas Dekan IPTA) dengan puisi Bila Bendera Menginjak Bendera. Sdr Daeng Ramli Akil (pensyarah dari Kuantan) dengan puisi makrifat Aku Tiga dan juga membacakan puisi Natrah dalam versinya yang tersendiri — prolog, monolog dan epilog.

Acara kemuncak pastilah mendengar sendiri dari Datin Fatini Yaacob tentang tulisannya mengenai “NATRAH: Cinta, Rusuhan & Airmata”.


Ya ada banyak cerita dan liputan tentang buku ini, tentang kajian ini dan segala jenis medium membincangkan tentang buku ini dan juga teaternya. Tetapi yang aku tulis ini adalah dari kacamata aku, dari rakaman aku sendiri. (Yang disebut oleh Ayahanda Dr Ibrahim sebagai “memerdekakan sejarah”)



NATRAH adalah kebangkitan besar rakyat Melayu, mempertahankan agama. Puluhan ribu yang merusuh dan hadir semasa perbicaraan NATRAH. Perpaduan menjadi sungguh kukuh dan kuat ketika itu. Menurut Datin Fatini, takdir ini sungguh cantik untuk Melayu.



Ada banyak kisah tentang NATRAH ini ditulis dan anda boleh baca sendiri, juga boleh beli buku tersebut secara online di SINI:


Terakhir sekali, Datin Fatini menyanyikan lagu khas tentang NATRAH yang liriknya dihasilkannya bersama penyanyi puisi Sdr Ahmad Ramli. (Penyanyi puisi ini aku kenali namanya sudah lama, dan pernah menjadi fenomena kepada kami Sahabat KLfm bilamana DJ bersuara emas Tuan Haji Manan Selamat (kini penerbit) menjadikan beberapa lagu puisi sebagai “wajib pasang” beberapa tahun dulu. Ada yang masih ingat?

Kerana Sdr Ahmad Ramli tidak dapat hadir, Datin Fatini menyanyikan lagu tersebut bersama anak-anak beliau. Menurutnya, 2 rangkap pertama “disedihkan” lagi oleh Sdr Ahmad Ramli. Dan, ya benar... memang sedih rangkap itu bersama melodinya yang mendayu dan membuai perasaan.



Terpaku, kagum dan terkedu kami di kerusi masing-masing dan aku sempat rakamkan lagu tersebut thru video hanfon.


Cintamu Natrah
Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi

Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati

Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi

Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.

Puisi: Fatini & Ahmad
Lagu: Ahmad Ramli

Selesai sesi Datin Fatini aku terus bergerak pulang walaupun program belum selesai sebab dah lewat masa. Ada Ijamala (ya, lama kita tak jumpa), ada Nadzmi, juga ada Wak Khalid Salleh (tak sempat dengar dia bersajak).


Besttttt....! Terbaekkkk...! Tidak rugi aku hadir malam tadi dan....sungguh release tension!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails