Sunday, February 6, 2011

Akulah Kekasihmu: 33 Tahun Keunggulan...

Salam
05-02-2011, malam.


Tadi di berita ada ditayangkan tentang konsert penyanyi Francissca Peter yang mendapat sambutan hebat dari peminat setianya yang mengikuti beliau sejak di zaman kegemilangannya dahulu.

Aku kenal dengan lagu-lagunya sejak di bangku sekolah menengah. Ketika zaman kaset dan radio masih lagi guna bateri, kemudian guna elektrik. Ketika CD belum pernah terfikir orang nak cipta, agaknya...

Francissca Peter ini memang sangat terkenal, sebaris dengan arwah Sudir ketika itu, Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Dato’ Shake, Endang S Taurina, Syed Sobrie... dan ramai lagi.

Sempena meraikan artis ternama tanahair itu, yang bertahan sekian lama dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter”. Gelaran “Vokal Terbaik Wanita” 5 tahun berturut-turut pernah menjadi miliknya.



“Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter” ini pasti akan mengingatkan kita kembali zaman kegemilangan satu-satunya artis bukan Melayu yang telah berjaya membawa lagu-lagu Melayu ke tahap antarabangsa dan bertahan sehingga kini. Ianya juga pasti menjadi detik kemuncak penantian bagi sekian ramai peminat Fran yang tentu tidak menyangka untuk persembahan beliau di pentas berprestij ini. Pengalaman selama 33 tahun, Fran akan memberikan persembahan terbaik dengan membawa 33 buah lagu-lagu hit beliau sebagai artis, dengan iringan 33 pemain orkestra pimpinan pengarah muzik yang hebat, iaitu Dato’ Haji Ramli MS.


****

Sedikit info: Luciana Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Francissca Peter sahaja adalah penyanyi keturunan Serani campuran Ceylon-Scotland dan Cina yang mencipta nama pada tahun 1982 dengan Royston Sta Maria dengan lagu duet Siapa Dia Sebelum Daku, disusuli oleh lagu Bersama Pertemuan Ini pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, Francissca Peter menyanyi solo dan mengeluarkan album Komputer Muzik pada tahun 1984, diikuti dengan lagu Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1986. Lagu lagu yang menaikkan nama Fran ke dunia seni hiburan tanah air ialah Sekadar Di Pinggiran, Aku Hanya Pendatang, Kerna Terpaksa, Diri Ku Terbelenggu dan banyak lagi. Artis pertama di Malaysia menang di Asean Song Festival. Artis pertama Malaysia di jemput merakam di America Syarikat berduet bersama Jazz saxophonist Cal Bennett.

Francissca Peter telah mengambil masa di tengah kerjayanya untuk mendalami bidang nyanyian di Amerika Syarikat dan juga di Eropah, China dan Hong Kong di merata rata tempat mulai daripada tahun akhir 1986. Francissca juga adalah Duta untuk Oganasasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia (International Aid Organisation World Vision) selama 6 tahun 2006-2011.

Sejak 2 minggu lalu lagi aku sudah mendengar promosi tentang konsert ini, sehingga ada beberapa pendengar radio yang bertuah mendapat tiket VIP percuma.

Di radio “hangat” pernah membuat segmen khas dan Fran dijemput ke konti berkongsi pengalaman dan menjawab beberapa soalan dari peminat. Malah isu namanya juga menjadi perbualan. DJs begitu particular, membetulkan panggilan nama FRAN harus lah disebut Francissca Peter bukan PETERS. Berkali juga Farah Fauzana sebut “no S yaaa...” Sebab ramai yang keliru.

Cuma kelakar pula bila 2,3 hari selepas itu, stesen Sinar pula buat segmen yang hampir sama. Dan kalu tak silap ketiga-tiga DJ pagi itu semua sebut PETERS... aduhhh. Fran tidak pula membetulkan, mungkin dia sudah lali kesilapan sebegitu.

Apapun, zaman remaja aku, memang berkembang selaras dengan lagu-lagu beliau. Banyak lagu-lagunya yang aku dulu sangat hafal lirik, boleh menyiulkannya, berdendang kala masak atau ber-emmm.. emmm kala sunyi.

Masih ingat dulu, zaman Muzik-Muzik (dulu host antaranya Azwan Ali, Charmine Agustine, Aidil Abd. Ghafar, Zalina Azman — sekadar menyebut beberapa nama), lagu-lagu FRAN ini memang sentiasa berada di carta teratas, dan sering menang!

Dan Muzik-Muzik kali pertama (1986) dipelopori oleh lagu FRAN: Sekadar di Pinggiran, gubahan: Manan Ngah lirik oleh Habsah Hassan. Ketika itu, nama FRAN dan Manan Ngah serta Habsah Hassan dilihat sebagai suatu team yang sangat cemerlang...! Aku masih ingat, ketika itu FRAN pakai gaun warna biru muda dengan rambut kerinting. Ternganga ler depan tv masa tu. Hehehehe...

Tentu ramai teman blogger yang seusia aku masih ingat akan lagu-lagu seperti: Sekadar Di Pinggiran, Kerna Terpaksa, Aku Hanya Pendatang, Siapa Dia Sebelum Daku (duet bersama Roystan Sta Maria), Rindu Memaksaku Menyayangimu...

...juga lagu-lagu: Diriku Terbelenggu, Akulah Kekasihmu (lagu paberet AA), Kehebatan Cinta (lagu duet bersama Jamal Abdillah), Mawar Terpinggir, Kau Lilin Cinta Ku...

Lirik lagu: Francessca Peters (Manan Ngah / Juwie)

Akulah Kekasih Mu

Di pertemuan semusim yang lalu

Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas... ini

Sejenak itu aku menyedari
Betapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu

Nostalgia nihhh...



~...memang sudah menjadi hasrat dan impian SERI BULAN untuk menjadi kekasih yang unggul kepada seorang lelaki yang sedap mata memandang bernama HISYAM, tetapi bila lelaki itu sering mengingatkan janji “platonik” maka hasrat itu terpaksa disimpan di gudang belakang...!~








32 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam


    lagu dia memang besh =)



    Jom Joint 1st contest syira --Contest 1 : Bila saya mati by sissyira

    ReplyDelete
  3. peminat fanatik ada kat sini rupanya..hehe
    lagu lama memang best..
    tak lapok...segarsentiasa..

    ReplyDelete
  4. suka zaman dia dengan Roy - Roy comel sangat.

    Masa tu naik buai bawah pokok mengkudu sambil nyanyi...siapa dia sebelum daku...hehe

    ReplyDelete
  5. Kita pon suka dia..
    ms tu br sek ren tau..

    ReplyDelete
  6. Kakcik amat menyukai lagu 'Kerna Terpaksa'... ;-)

    ReplyDelete
  7. ME’AH:
    Itu baru nampak, belum tengok lagi...hehehe



    SYIRA:
    Mesti hadiahnya menarik, tu kan? :)

    ReplyDelete
  8. SI PARA-PARA:
    Fanatik sangat tu tidak.
    tapi suka lagu-lagu lirik dari Habsah Hassan.



    NAJWA:
    Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM):
    platonik > semata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh/atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat.

    ReplyDelete
  9. KAK KUJIE:
    Ya, ROY tu macam pemalu sangat, kan?

    Pokok mengkudu, berbuai? alaaaa comelnyaaa.



    HAMIZAH:
    Sekolah rendah ya. Ikat rambut tocang dua yaaaa.?

    ReplyDelete
  10. KAKCIK:
    Itu memang lagu yang best juga tu...

    ReplyDelete
  11. Tapi suara dia ni memang power la, suka dengar lagu-lagu dia, best.

    ReplyDelete
  12. saya suka lagu mawar yang terpinggir... hehehe...

    ReplyDelete
  13. Suka dengar lagu duet diarang. Best. Segar je..

    ReplyDelete
  14. ala.. orang ni tak pernah pun dengar lagu dia.. mama and baba kata best..

    ReplyDelete
  15. haaa, ingat lagi masa dia mula2 start nyanyi, berduet dengan Royston Sta Maria. dulu tunang dia kan si Roy tu, then putus. baru2 ni baca kat paper online si Roy tu sampai sekarang tak kawin2.

    ohh kenapa si lelaki sedap mata memandang yakni Hisyam tu hanya sekadar ingin ber"platonik" saja dengan Seri Bulan?

    ReplyDelete
  16. kak AA,

    kita serupa like penyanyi dulu2..

    ReplyDelete
  17. kak azie...!! muah muah muah...sebab buat entry ni! saya memang minat sangat francissca peter nih..lagu2 dia...Aku Kehilanganmu, Sekadar di Pinggiran, Akulah Kekasihmu sentiasa saya play dlm keta..*mood layan sentimental..ekeke..suara dia power! tu lagu duet dengan roy sta maria tu pun favorite gak tu..:)

    ReplyDelete
  18. Kak Zai juga meminati lagu2 Fran.

    Kadang2 bila hubby minta tolong buatkan sesuatu kak Zai nyanyi lagu kerna terpaksa.

    ReplyDelete
  19. ZEZEBEL:
    Sebab itu dia pernah dapat anugerah Vokal Wanita terbaik, semasa di zamannya.



    EFFA:
    Mawar Yang Terpinggir... lagu sedih tu.

    ReplyDelete
  20. YAN:
    Selain ROY, dia juga berduet dgn Jamal Abdillah. Orang2 dulu, kalu nyanyi, memang best dan malar segar.



    MIMI:
    Belilah CD kompilasi dia. Memang banyak lagu yang best-best.

    ReplyDelete
  21. munna tak minat sgt dgn dia.. bukan zaman munna agaknya...

    ReplyDelete
  22. DINAS:
    Benar, ROYSTON tu rasanya pun pernah emigrate ke US. Menyanyi. Tak pasti.
    Tapi memang tak kahwin ler sampai sekarang. FRAN berkahwin dgn mat saleh, tapi rasanya bercerai juga.

    *Nanti kita tanya HISYAM yerrr



    AYU:
    Orang lama memang begini AYU.... :)

    ReplyDelete
  23. MIECYBER:
    Mungkin konsert inilah permulaan kepada her “come back”.


    SITI MURNI:
    Wahhhh... lebih dasat tu. Sama ler kita minat lagu-lagu beliau. Layan jer suara mendayu dia.

    ReplyDelete
  24. KAK ZAITUN:
    Wahhhh.. siap nyanyi lak lagu tu ek. Boleh gak buat bergurau dgn suami, kan? Tanda protes tapi kena buat jugak. hahahahaha


    MUNNA:
    FRAN ini popular sekitar tahun awal 1980-an. Kalu sekarang ni, bolehlah ditara sama dgn penyanyi Ziana Zain kot...

    ReplyDelete
  25. hehehe, memang minat ngan suara dia. masa tuh kecik2 lagi. sampai sekarang pun masih dengar cd2 lagu fran...

    ReplyDelete
  26. EELOBOR:
    Biasanya sekarang ni, kalu lagu-lagu segmen Kenangan Lalu atau nostalgia, ramai akan request lagu FRAN...

    ReplyDelete
  27. ZIE:
    “...aku bagai sorang pendatanggggggg....”!

    ReplyDelete
  28. saya paling suka lagu 'aku bagai pendatang' tu.

    suara dia sangat best!!! dan frankly tak semua org boleh nyanyi balik lagu dia. so far saya rasa dato' siti je yg boleh nyanyi balik lagu dia dengan sedap. org lain? jgn cuba2. huhu~

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails