Monday, February 28, 2011

Jodoh itu memang rahsia DIA...

Salam.
28-02-2011


Berdasarkan kisah benar. Tetapi nama-nama watak dan lokasi kejadian tiada kaitan dengan kita atau mana-mana insan yang membaca kisah ini.

Segalanya bagai mimpi. Mungkin boleh juga dianggap mimpi.

Kira-kira 25 tahun lalu, LUNA (bukan nama sebenar) pernah tinggal di suatu kawasan perumahan dengan menyewa sendirian. Pernah melihat seorang jejaka yang ‘sedap mata memandang’ tetapi tidak pernah diketahui namanya. Kekerapan bertembung di persekitaran kediaman, hanyalah sesuatu yang biasa. Lumrah bagi mana-mana orang pun.

Lalu masa berlangsung begitu lama. Bila LUNA sudah berumahtangga, berkeluarga dia tidak pernah ingat tentang jejaka tersebut. Langsung tidak.

Takdir Tuhan juga yang menentukan gelombang pasang surut kehidupan termasuk keadaan rumahtangga LUNA yang terpaksa berakhir. Berakhir dengan baik sekali, tanpa dendam tanpa perebutan malah LUNA sangat berterimakasih kepada bekas suami yang memahami keadaan mereka yang mana jodoh sampai di situ sahaja. Hati yang terbuka menerima takdir, memudahkan lagi hubungan mereka terpaksa diubah menjadi sekadar kawan baik sahaja.

Takdir juga menentukan, LUNA harus menerima pula sesuatu yang dianjurkan oleh orang yang paling dihormatinya. Bila anjuran dari orang tua yang lebih merupakan permintaan, jika tidak boleh dipanggil wasiat sekali pun, tentulah amat berbesar hati andai dapat dipenuhi tanpa berbelah bagi.

Atas sifatnya yang tidak diajar untuk membantah, mengingkari atau melawan, lalu LUNA dinikahkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah diketahui namanya sehingga di hari penyatuan mereka. Jejaka itu adalah yang disebutkan di atas tadi, namanya ULULA (Memang pelik nama itu, kan?).

LUNA tidak pernah menduga lelaki itu sudi menerimanya dan anak-anaknya dengan penuh ikhlas, lalu bila kali pertama mereka berhadapan selepas akad nikah, dia lalu bertanya, “Kenapa saya?” (soalan ini sebenarnya tidak memberi makna lagi kerana akad nikah mereka sudah sah).

ULULA tidak menjawab, tetapi kemudian dia membawa LUNA dan 2 orang anaknya ke sebuah premis di sekitar Pudu. Lalu LUNA bertambah hairan kerana dia masih ingat tempat itu, dan ketika itu barulah menyedari ULULA adalah benar seperti yang disangka adalah jejaka yang pernah dilihatnya 25 tahun dulu.

Semasa ULULA begitu sibuk di kedai itu berurusan seolah-olah dia berkuasa, lalu LUNA bertanya kepada seorang gadis.

“Memang dialah yang punya kedai ini, dan dia memang bos saya.” (Isu kedai ini tidak penting pun sebenarnya).

Sehari selepas pernikahan – LUNA masih di rumah lamanya dan ULULA kembali ke rumahnya, yang tidak diketahui LUNA di mana — mereka balik ke kampung LUNA untuk menjengah keluarga, sekaligus memperkenalkan ULULA.

Ternyata dalam keadaan LUNA kesamaran menjalani kehidupan baru, seluruh ahli keluarga sudah bersedia dan menerima ULULA seolah-olah lelaki itu sudah menjadi kesayangan mereka sekian lama. Pelik...

Segalanya akan berjalan mengikut takdir ALLAH, dan LUNA sentiasa yakin bahawa apapun jua yang berlaku, pasti ada hikmah dan balasan. Dia harus sentiasa positif dan yakin...

ULULA tidak menjanjikan apa-apa, tetapi LUNA melihat keikhlasannya melalui perbuatan dan kehidupannya.

ULULA pernah berkata, “Saya tidak mahu berjanji apa-apa. Tetapi saya memang menanti awak, sejak dulu. Kesilapan saya adalah kerana membiarkan masa berlalu terlalu lama sehingga awak berada semakin jauh dari saya....”

“Hari ini, saya mahu awak sentiasa dekat dengan saya kerana saya sentiasa merasa awak hadir dalam jiwa saya, bertahun-tahun lamanya. Andai awak merasa ini sebagai sebuah mimpi, teruslah bermimpi.”

Pic: EDIKA YUSOF, sekadar hiasan, tetapi lebih kurang begitulah wajah lelaki tersebut.

— segalanya begitu pantas berlaku, dalam masa yang sangat singkat. Seolah-olah seperti mimpi, dan jika pembaca yang membaca menganggap ini sebagai sebuah mimpi... ya, mungkin ini sebuah mimpi kerana bukan semua orang berpeluang mengalami keadaan seperti ini —


~...HISYAM sendiri termangu bila didedahkan kisah di atas, lalu untuk pertama kalinya dia begitu takut andai ditakdirkan menjadi orang yang terlewat seperti ULULA...~








37 comments:

  1. Sebuah rentetan hidup yg sesungguhnya kita tidak mampu menentukan walau telah dirancang dengan baik. Rukun iman percaya qada' dan qadar adalah segalanya....

    ReplyDelete
  2. bertuahnya Luna, dapat kasih sejati dari Ulula.

    ReplyDelete
  3. edika yusof dah kertu kan skang... tapi makin tua makin hencem..

    ReplyDelete
  4. waahhh...rupanya ULULA dah ushar LUNA dah lama ekkk...hehehehe
    kebetulan yang sungguh indah..
    boleh berlaku tapi kebetulan yang amat jarang..tak mustahil kan?

    ehh...kak..ada sambungan lagi tak?

    ReplyDelete
  5. kak...
    mmm...lama betul ek org tu tunggu jodoh dia...kita hanya merancang je kak...jodoh, ajal , maut di tangan ALLAH yg MAHA berkuasa...

    ReplyDelete
  6. salam buat AA...
    fuyooo...kisah yg membuatkan aku berkata.."jodoh pertemuan ajal maut ditangan ALLAH...inilah reakitinya..
    yang terbaik pastinya beroleh pahala...

    ReplyDelete
  7. itulah jodoh...kegagalan pertama mungkin di sebaliknya akan membawa lebih kebahagiaan...berganda...

    ReplyDelete
  8. bila cakap pasal jodoh, itulah antara misteri terbesar yang Dia rahsiakan. tapi makin dirahsiakan makin galak pulak manusia mahu mengarang perjalanan jodohnya sendiri.

    mungkinkah yang itu, atau yang ini, atau yang telah lama pergi, atau yang menjadi seteru sekian hari? pening kan?

    ReplyDelete
  9. Indahnyer mimpi itu yer Kak AA ... tapi tak boleh blah nama dia unik sangat tu. Ulula ... hehehe, macam nama orang asli lak. Tapi hensem macam Edika Yusoff tu ;D

    ReplyDelete
  10. Tersedak masa mula2 tgk gambar Edika Yusuf tu..hahhaa..ingatkan Edika = Ulula..

    ReplyDelete
  11. edika yusuf single lagik kan?
    ada peluang lg la ni kan?

    nama anak LUNA tu sapa?ULAHUP ke?
    LUNA dan ULULA sentiasa berdoa..kita tidak pasti apa yang kita katakan akan dimustajabkan Allah..kerana kata itu doa..
    dan indahnya ketentuan ALLAH..
    agak2 ada tak yg tgh usha sy ni ek..hehehe

    ReplyDelete
  12. jodoh , ajal dan maut ditangan tuhan... kalau dah jodoh dgn org itu.. pasti sampai masanya

    ReplyDelete
  13. selamat malam kak azie

    betuahnya bila baca entry nie..hanya yang temui cinta sejati yang rasa sedalam ini..

    apa pun..jodoh semuanya ditangannya..kita hanya mampu merancang

    ReplyDelete
  14. wow, setianya ulula, menanti dalam diam.. bertuahnya luna

    ReplyDelete
  15. dalam mimpi tidak dikenakan sebarang syarat..oleh itu biarlah aku terus bermimpi....

    ReplyDelete
  16. cerita akak ni buat sy sedih la..sbb lelaki yg penah hadir dlm hidup sy penah ckp camni..tapi akhirnya dia yg curang...*sigh*

    ReplyDelete
  17. bagi cerita versi penuh~

    tengok edika yusof teringat sidi oraza~haha~

    ReplyDelete
  18. salam singgah..
    adakah sy terlambat atau terlepas menyapa jodoh sy huhuhu~~

    ReplyDelete
  19. alangkah indahnya andai mimpi menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  20. emm..btul tu kak..jodoh tu tersurat dan tersirat..heheh

    kalo la kite tau sape jodoh kite kan bagus..heheh

    ReplyDelete
  21. KAK ZAKIE:
    Kita hanya merancang...


    YUS:
    Ramai orang yang bertuah. Kita pun bertuah juga.


    ANIES & YOU:
    Tidak pasti. Tapi masa Google, ternampak pic Edika terkini, sudah beruban, tetapi masih bergaya.

    ReplyDelete
  22. NM02:
    Betul tu. Kak Azie pun masa Google, terkejut gak tengok pic terkini dia.


    ZAKIYAH:
    Yang indah itu dalam persepsi tersendiri.
    Tiada sambungan pun. Tapi ntah ler. Tunggu jer.


    AZIAN:
    Begitulah. Mungkin boleh disebut cinta sejati.

    ReplyDelete
  23. PAKLONG:
    Salam.
    Tidak ramai yang berpeluang sebegitu.



    JUNAINA:
    Betul tu. Pengalaman pertama, seharusnya menjadi panduan dan pengajaran.


    GADISBUNGA:
    Setuju. Adakala, menanti takdir pun indah jua. Berusaha sedaya upaya pun bahagia juga.
    Terpulang kemampuan diri...

    ReplyDelete
  24. EN_ME:
    Yeahhh...



    ACIK MLMW:
    Nama jer macam orang asli, tapi cinta begitu kuat. Cinta itu buta kah? hehehehe



    DADDY ZIYYAD:
    Minum air banyak skit laaarrr...:)

    ReplyDelete
  25. DR ZILA:
    Entah ler, single ker dah kahwin. Tak tau citer. Berkenan ker? Ahaks!


    MUNNA:
    Setuju.



    AYU:
    Beruntung sesapa yang dipertemukan jodoh yang dihajatinya.

    ReplyDelete
  26. IBU INTAN:
    Seronok dan bahagia bila yang setia itu menjadi jodoh kita, kan?



    KAK QUEENIE:
    Sila kan.... silakan. Seronok dapat bermimpi.



    FATT:
    Janganlah sedih. Jika dia curang, memang dia bukan jodohmu. So, redha jer. Pasti yang akan datang, lebih membahagiakan.

    ReplyDelete
  27. BUJAL X:
    Sori Berlori. Tiada versi penuh.
    Selalunya yang separa tu pun best gak. Suspens!
    Sidi Oraza? Ohhh hensem!



    HAMIZAH:
    Tidak. Bukan citer tv.



    CIK FIZA:
    Salam. Terimakasih. Sila masuk. Terimakasih.
    Jodoh pasti datang. Jangan terburu dan memburu.

    ReplyDelete
  28. ACU:
    Memang sweet... Bahagia jer.



    MAKDARA TERDIVA:
    Memang indahhhhh...



    CEMOMOI:
    Sama gak. Penen gak. Hehehehe


    CIKCERIA:
    Kalau lahhh...

    ReplyDelete
  29. Salam....
    Hebatnya cinta tulus lelaki tu...
    Payah nak jumpa lelaki sesetia itu..
    Sudah beristeri pun tak setia...
    Isteri meninggal...tak sampai 100 hari dah kahwin lagi (ini kisah benar)

    Tapi ada yang sampai mati cinta tulus mulus..
    (kisah bapa kepada seorang rakan suami yang hari-hari mnziarahi pusara isterinya...akhirnya dia meninggal diperbaringan pusara isterinya)

    Aduhai...

    Buat Luna, hargailah kasih sayang dan cinta abadi Ulula...

    ReplyDelete
  30. ROS:
    Salam. Terimakasih.
    Kehebatan cinta itu adakala tak terjangkau akal kita.
    Tapi yang berlaku itu memang suatu yg menakjubkan...

    ReplyDelete
  31. wa.. orang ni suke ceritanya.. bagus!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails