Thursday, February 3, 2011

Cintanya Kian Membara: DR ZILA ada “gift-to-give”...

Salam.
03-02-2911
Hari Tahun Baru Cina.



Blogger Dr RODZILA (Dr. ZILA) sudah agak lama mula menganjurkan Contest “Gift-To-Give” ini, malah aku sudah pun buat drafnya, malah sudah merangka buku apa yang akan dipertaruhkan. Tetapi kerana ada saja hal dan kesibukan, terbengkalai sekejap hasrat meneruskan contest. Sekarang baru berpeluang.

Cara menyertai : (AA copy dari blog dia)
1. anda mestilah seorang yang suka membaca (tidak semestinya follower saya)
2. emailkan/komen(kat sini)/buat entri kat blog(bg link kt sini jugak)
-->gambar buku, serta ulasan..dan sebab yang MEMAKSA saya membeli dan membaca buku tersebut!!!
3. BUKU apa yang anda suka atau berminat tapi belum memilikinya..
4.GENRE adalah BEBAS
5. Tarikh tutup : 28 Februari 2011

anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan...
pemenang dikira apabila SAYA TELAH MEMBELI BUKU YANG ANDA TELAH CADANGKAN..


HADIAH:
1.PEMENANG AKAN menerima BUKU PILIHAN ANDA ( seperti yang anda sertakan) -
2.hadiah saguhati...saya akan beri majalah atau buku yang murah sedikit...(ayat yang agak kedeks)
3.tiada sponsor ok!

SEKIRANYA PENYERTAAN MENGGALAKKAN...
KEMPEN MEMBACA INI AKAN DITERUSKAN SETIAP BULAN!!!

*******

Aku ada banyak koleksi novel — banyak mengikut perkiraan sendiri, banyak kerana almari buku sudah menjadi kecil dan tidak muat lagi.


Tapi ada orang mesti ada lebih banyak kan? Aku sendiri tidak tahu novel mana yang sepatutnya diceritakan di sini. Kerana mengikut selera, yang melekat di jiwa adalah novel-novel lama, dan yang paling melekat adalah tulisan novelis Sdr ABDUL TALIB HASSAN. Rasanya semua buku beliau aku ada.

Novel yang agak baru yang ingin dicadangkan kepada DR ZILA adalah karya DIYA ELORA. Ini adalah karya terkini (2009), tetapi aku tidak pasti yang lebih terbaru dari beliau.

Cintanya Kian Membara dengan ketebalan 644 pages (memang agak tebal bagi yang tidak suka novel tebal), tetapi ceritanya memang menyentuh perasaan. Kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya Yang Mulia Engku Rajhan. Nataliya merupakan gadis kesayangan kepada Engku Sofiah, ibunda Engku Rajhan (kiranya depa ni kahwin sepupu laaarrr).

Kerana budi pekerti Nataliya, Engku Sofiah sangat ingin mengambilnya menjadi menantu, dan menjodohkannya dengan Engku Rajhan (yang ketika itu belajar di luar negeri). Dan perkahwinan terlaksana juga. Nataliya, dengan sifatnya yang merendah diri dan baik budi, menerima dengan hati terbuka kerana tidak mahu melawan (dengan didorong oleh ibunya pula), juga kerana dia sendiri amat menyukai Engku Rajhan sejak mereka kecil lagi. Walaupun Engku Rajhan tidak pernah mengetahuinya tetapi dia berharap Engku Rajhan akan menerimanya sebagai isteri dengan ikhlas.

Malangnya selesai sahaja hari pernikahan, malam pertama Engku Rajhan membuat perjanjian akan menerimanya Nataliya dengan berpura-pura di hadapan keluarga, dan mereka bercerai dengan persetujuan bersama walaupun Nataliya sangat kecewa, tidak rela dan tidak jelas akan sebab perceraian tersebut. Dan berlakunlah mereka (seksa tuuuu).

Masa yang begitu panjang berlalu sungguh membuatkan Nataliya akhirnya menyimpan dendam terhadap suaminya sendiri. Apatah lagi terpaksa bekerja di bawah suatu bumbung dengan Engku Rajhan, menjadi orang suruhan suami sendiri, malah melihat pula suami berpoya-poya dengan perempuan lain.

Kekuatan hati dan kesabaran sahajalah yang menjadi tunjang kepada seorang wanita bernama Nataliya ini.

Sehinggalah pada suatu saat, beliau dikhabarkan Engku Rajhan sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Dan beliau meminta Nataliya melupakannya.

Namun ada seseorang yang menyimpan kuat sebuah rahsia, dan ketika melihat Nataliya yang merindui suaminya sehingga menutup hati kepada lelaki lain, sesuatu harus dilakukan untuk kebahagiaan wanita itu walaupun pengakhirannya adalah juga sebuah derita.

Apakah yang tersembunyi? Kenapakah Engku Rajhan begitu membenci Nataliya sehingga sanggup menceraikan isterinya di malam pertama?

Sedangkan semasa dia berada di luar negara, hanya Nataliya sahaja yang mengisi ruang ingatan, malah hanya gadis itu yang sangat dia impikan?

Kenapakah tetap ada perkahwinan kali kedua antara mereka?



Biasanya, kami para petugas (part time promoter) memang dihadiahkan satu novel oleh novelis yang keluarkan novel baru. Tetapi kerana ketika novel Cintanya Kian Membara ini berada di Pesta Buku, tiada berbaki malah naskhah contoh (yang tidak berbalut plastik) pun dibeli orang wpun dilarang. Malah pernah terjadi, beberapa orang pembaca (peminat novel) yang biasa dgn aku, sanggup tunggu beberapa jam kerana lori yang membawa stok novel tersebut lewat sampai. Sanggup booking dan bila kotak sampai terus habis dalam masa yang tak sampai 10 minit! Memang ini pengalaman AA sendiri yang sungguh menyeronokkan. Sebab itulah DIYA ELORA senyum sepanjang pesta.

Kerana AA tidak berjaya mendapat buku ini, seorang kenalan yang datang membeli 2 naskhah sekali dan satu diberikan kepada AA sebagai hadiah. Terimakasih Z.


......aku harap DR ZILA akan membeli novel ini, dan pasti akan menangis juga seperti mana Kak Azie pernah menangis 2,3 kali sepanjang menghayati novel ini.

...bersama novelis DIYA ELORA semasa bertugas di Pesta Buku 2009, PWTC 17-26 April 2009 booth CESB.

Buat teman-teman blogger yang lain, jika berminat dengan novel, juga boleh membuat suatu entri tentang suatu novel yang paling berkesan di hati, moga-moga penganjur contest ini terbuka hati membeli, dan anda menang hadiahhh....!

*Buku pilihan Kak AA (jika menang): novel terkini novelis Ramlee Awang Murshid. cewaahhhhh







20 comments:

  1. Good luck Kak Azie... semoga sukses.. :)

    ReplyDelete
  2. all the best!!

    mcm best je Kak Azie contest ni..hihi..dapat buku kalo menang? mcm nak join je..hihi

    ReplyDelete
  3. seingat saya cuma satu novel sahaja yang saya pernah habiskan baca iaitu ..

    "Ranjau Sepanjang Jalan" .. itupun kerana ia buku teks wajib STP tahun 1973 dahulu.

    ReplyDelete
  4. AA
    I tak pernah beli novel dan tak sabar baca novel tebal tapi terkesima beli novel karya Elee Mardiana.

    Patutlah BM I cam rojak :-)
    Anyway, buku Cintanya Kian Membara bagus dibaca oleh Akak, almaklum *wink*

    ReplyDelete
  5. NIDA:
    Terimakasih.


    ZIE:
    Sila ZIE, sila masuk. Pasti ada novel menarik yang boleh kita kongsi bersama ceritanya.

    ReplyDelete
  6. Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
    Saya pun baca buku tersebut. Kisah Lahuma dan Jeha yang menderita, latar belakang sawah padi.
    Lahuma mati dek busung, dan Jeha menjadi gila. sedihhh...



    SOM:
    U baca novel Inggeris kot...:)
    Tapi cinta kita seharusnya terus membara, kan? kan? hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya nak cari novel Mahasiswa yg kejanya cuci 'mangkuk', semasa di U.. Nama pengarang sekali.

    ReplyDelete
  8. Cintanya Kian Membara eh??
    nti ea nk bli jgak lar... jln cita dya bes... ea mnat jgak bca novel tp skunk da skol... ssh sket nk bca...
    btw,good luck!!! ea hrap nti Kak Azie menang la contest 2...

    ReplyDelete
  9. jom kutip ampau.... banyak rumah terbuka

    ReplyDelete
  10. wahhh...banyaknya novel. aina minat juga membaca novel tapi masa selalu membataskan waktu...

    ReplyDelete
  11. gud luc. saya memang takleh join kontes sebab tau dah manjang tak menang...

    ReplyDelete
  12. ZEQZEQ:
    Saya tak pernah baca lagi novel sebegitu. MAAF.


    ME’AH:
    Jalan cerita yang menarik adalah antara dorongan orang beli novel.


    PANGLIMA MUDA:
    Wowww! beruntung abang.

    ReplyDelete
  13. JUNAINA:
    Wahhh komen pun dalam macam ayat novel dah... hehehe



    CEMOMOI:
    amboiii siannya. Macam tahu plak tak akan menang? hehehe

    ReplyDelete
  14. salam...
    org kaki novel...baca entri ni pun dah macam baca novel...
    buat AA..janji bahagia dan menepati syariat.

    ReplyDelete
  15. kak..koleksi kita hampir sama..novel saya banyak di Kedah :P
    novel pertama yang saya beli Diari Sayang, cuma sekarang adik2 pulak jadi tukang tambah koleksi..kakaknya dah pencen :P

    masa kat uni saya sebilik dengan penulis novel Cinta Abadi - Nasiroh Abdul Rahman, tapi tu buku fisrt n last dia tuis rasanya....
    yang best dia akan dapat buku2 dari CESB setiap kali novel dia diulang cetak :P boleh la tumpang baca

    ReplyDelete
  16. PAKLONG:
    Kaki novel tu tidak ler sangat. Baca bila free, beli bila mampu.


    ZAKIYAH:
    Macam pernah juga dengar nama penulis Nasiroh nih..
    Next time Pesta Buku, singgah ler booth CESB.

    ReplyDelete
  17. wow, sis dh tukar sandal cantik dh kt atas....

    ReplyDelete
  18. -entry yang bagus, contest yang bagus...menggalakkan kita supaya rajin membaca....

    -rasanya nak join lah contest nih...hihihi..tak pernah umur join apa apa contest blog...

    ReplyDelete
  19. macam best la kontest ni. saya pun ada novel feveret. Imam by Abdullah Hussain. Hihi~

    psstt..sandal lawa la kak...ranggi! hihiks~

    ReplyDelete
  20. kak.. time teman scrolldown ke gmbr gobok novel2 akak tu mmg mate teman terpaku kt novel 'cintanya kian membara'.. tgk2 sunggoh kak azie promot novel tu.. sereemmmm... ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails