06-02-2011, Ahad.
Hari minggu. Hari terakhir percutian sempena Tahun Baru Cina. Yang bakal bekerja semula, dah ready? Dah gosok baju satu lemari?
Yang nak mula bersekolah, dah kapur kasut semua?
Di rumah, acara berkemas peringkat akhir sudah bermula petang semalam, dan berakhir pagi tadi bila IKA berlepas balik ke Bandar Seri Iskandar dengan bas 9.15 am. AMOI bergerak pulang sendiri (tapi dihantar juga ke KL Sentral) pada 10.30 am.
Dan dah mula dah sunyi balik rumah. Kalu idak tu, ada saja. Yang bersembang, yang bertekak (kadang2 tu lawan berdengki kena buat kerja rumah...). Sekarang back to normal (yang tak brapa normal), sebab si Emak Tarzan kena buat semua sendirilah. Mujur pun semalam dah settle sebakul besar kain baju dilipat.
Di rumah, acara berkemas peringkat akhir sudah bermula petang semalam, dan berakhir pagi tadi bila IKA berlepas balik ke Bandar Seri Iskandar dengan bas 9.15 am. AMOI bergerak pulang sendiri (tapi dihantar juga ke KL Sentral) pada 10.30 am.
Dan dah mula dah sunyi balik rumah. Kalu idak tu, ada saja. Yang bersembang, yang bertekak (kadang2 tu lawan berdengki kena buat kerja rumah...). Sekarang back to normal (yang tak brapa normal), sebab si Emak Tarzan kena buat semua sendirilah. Mujur pun semalam dah settle sebakul besar kain baju dilipat.
Antara “kerja skolah” yang disiapkan oleh IKA. Kerana kedai hardware ditutup sempena CNY, IKA terpaksa merayau sekitar Masjid India dan Semua House, semata-mata nak cari dawai untuk buat “nest” macam contoh tu.
Bila AMOI dah berlepas, aku dan TOKLAKI singgah sekejap di rumah blogger KAKCIK SEROJA sebagai janji membantu beliau (sebagai Juri Jemputan) untuk menyenarai-pendekkan karangan-karangan yang dibuat oleh sekian ramai para blogger yang menyokong Contest Mengarang. Tunggu saja pasti ada keputusannya dalam masa terdekat nanti...
Terimakasih KAKCIK, kerana sudi belikan Azie cenderahati FM ini dari Teluk Intan. Besttt...! Sebab AA memang belum ada lagi model FM Menara Condong ni. Unik laaa.
Nampak “peace” tu? CHAK memang kadang-kadang tak tentu arah. Sekarang ni nak cium dia cukup payah, sebab konon dah besau benau, tapi bila Mak Tarzan lepak baring guling-golek depan tv, tak malu plak datang baring atas lengan!
Selamat kembali ke sekolah dan selamat kembali bertugas buat semua. Pasti di pejabat masing-masing ada acara sempena CNY, kan? Limau dan kacang mesti banyak yang perlu dihabiskan. Jangan-jangan ada Singa nak datang menari berjoget esok.
AA rindu nak tengok Singa Menari, macam dulu-dulu. Kerana memang sejak bertahun lamanya, kerja dengan company Cina, so Lion Dance setiap kali CNY adalah sesuatu yang turut ditunggu, kerana menarik berwarna-warni.
Lion Dance ini adalah seperti meraikan kedatangan Tahun Baru. Biasanya Singa akan datang ke setiap meja kami di mana sebiji limau telah diletakkan sebiji di atas komputer kami, dan Singa akan mengopek (belah dua) limau sebagai tanda merestui dan mengharapkan kemakmuran dan kejayaan syarikat.
Ada tarian yang disertakan dengan seorang badut/monk (jester) yang bertopeng kepala botak berpakaian seperti sami dan bawa kipas nipah (macam kipas sate). Bagi yang tidak biasa, pasti akan rasa takut dengan topeng tu (macam AA mula-mula dulu, siap menyorok dalam bilik air sebab gerun) tapi lepas tu dah biasa, siap bergambar sebelah lagi!
Secara ringkasnya Tarian Singa, adalah mengikut sejarah beribu tahun dahulu untuk menghalau raksasa (monster) yang mengganggu penduduk kampung dan mereka kemudian mengambil inisiatif membuat bunyi-bunyian yang kuat untuk menghalau raksasa tersebut. Walabagaimanapun, ada beberapa lagi versi cerita sejarah bermulanya Tarian Singa ini.
Yang pasti, di tempat kerja esok, ada makan-makan!
~...di setiap kesempatan yang ada, ingin sekali HISYAM merenung setiap gadis Kampung Separuh Desa yang ikut bergotong-royong mengerjakan acara merasmikan sekolah, tetapi apabila SERI BULAN memandang lebih sayu dan bermakna, tidak sampai hati HISYAM untuk mengangkat muka sehingga mengangkat dulang nasi pun lemah...!~
saya xabis mengemas lagi..baju xbergosok lagi...kain xabis sidai lagi..dan macam2 lagi..huhu
ReplyDeletemacam penat je nak gi skoloh esok..tapi esok ada tugasan penting..
**kak azie..header tu dah naik taraf kasut lawa tu..hehe
esok tak payah buat kerja kan? haish syoknyaaa...jeles2...ofis kami pun ada singa..mai 11hb depan :)
ReplyDeleteAzie...
ReplyDeletekeputusan tu dah ada dalam deraf - mungkin esok kakcik akan publishkan. Terima kasih kerana sudi jadi Juri Jemputan yang tidak berbayar. :)
Rumah auntie semakkkkk, belum boleh berkemas lagi..(buat reno kat rumah sikit)
ReplyDeleteOtak dan perasaan pun terganggu..
hu hu hu
saya rasa berdebau2 pulak pasal keputusan mengarang kakcik tu. heheh~
ReplyDeleteok, nak gi gosok baju!
awal pagi tadi dah ke Hentian Duta hantar Angah balik maktab
ReplyDeleteKejap lagi Along pula balik Bangi
Tinggal berdua dengan Intan...erk...adik ipar laki bini datang berkunjung - meriahlah sikit.
Mula dah rasa rindu berkubang dengan anak² lepak depan tv
MEK SARAH:
ReplyDeleteKalu dah ujung-ujung ni memang penat. Sebab tu kadang2 kalu balik kg, Kak Azie suka balik awal skit, tak letih sangat nak prepare utk sekolah esok.
Selamat bersilat MEK...:)
SHIKIN:
Memang tidak dibenarkan bekerja esok. Ada makan2 ringan di tempat kerja. Yang mana rai CNy, akan main games (selalunya judi tanpa wang lerrrr). Pastu ada lunch kat luar, katanya...
KAKCIK:
ReplyDeleteapalah sangat. Hal kecik jer tu. Terimakasih jua buat KAKCIK. :)
MARINA MONROE:
Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
Rumah semak sikit takper, jangan semak banyakkk...hehehe
GADISBUNGA:
ReplyDeleteJangan risauu... Semua orang adalah pemenang, cuma pastilah ada the best among the best, kan?
(Btw, keputusan adalah Kakcik seorang sahaja yang tahu, Kak Azie hanya memberikan pendapat sahaja.)
KAK KUJIE:
Sama ler kita. Lebihkurang. Rumah dah kembali sunyi, bila masing-masing dah kembali ke kampus.
esok bkn cuti lagi ke he he
ReplyDeleteanak2 saye dah kapur kasut sekolahnye...
ReplyDeletetapi baju belum bergosok lagi...sibuk gi kenduri kahwin anak jiran depan rumah....
CALUK:
ReplyDeleteEsok memang cuti lagi, sehingga jam 8.30 pagi jerrrr...:)
AIN NORAINI:
Malam nanti mesti berpeluh-peluh nak gosok baju tu..:)
Salam AA,
ReplyDeleteTahniah kerana kerja semua dah beres. Kat rumah ni emak Adam yg sedang tukang langgang sorang2 membersihkan apa yg patut. Basuh pakaian pun entah berapa round kerana maklumlah pakaian pergi berjalan sekeluarga utk 3 hari.
Chak tak nak dicium sbb dah besar benar ek? Nanti bila dia dah kahwin, cakap kat dia suami pun tak boleh cium hahaha
ReplyDeleteSalam Bang YB:
ReplyDeleteamboiiii takkan ler emak Adam buat sorang tunggang langgang? Bapa Adam tak tolong kerrrr...
CHAK tu memang mengada! Bongsu lah katakan...
org ni pky kasut hitam so..xpayah kapur kasut.. hehehe..
ReplyDeletewah nest dari dawai...kesian akak lepas ni takde kawan gaduh2 manja..sabar ye..
ReplyDeletesaya kena prepare dari segi psikologi la esok mesti jammed jalan ampang kan..wawawawa...
ofis saya mesti panggil orang buat tarian singa tu...hehe kena bersedia telinga dengar semua tu.
sangat malas bile terasa hari isnin makin tiba..
ReplyDeletebetul la kak,. saya rindu pulak nak jumpa singa.....
ReplyDeleteSelamat bekerja kembali..
ReplyDeleteMesti terasa sunyi kan rumah tu...takpelah..kat malaysia ni byk public holiday :)
FM Menara Condong tu unik la..saya kena carik ni..sebab saya pun ada hobi nih..hehehe
salam..
ReplyDeleteesok keje ..cuti dah abis dah..huhuhu
wah..sure mak tarzan ada banyak rindu sama itu budak2..
ReplyDeleteini ibu umai, dok online sambil cari buku sekolah...
biasalah ibu umai tamo umai kena denda pagi isnin..heheh
PS: kak AA, ayu menang eik>>> i love u (perasan..hahahah)
ang pau ada lagi ke bakinya?
ReplyDeletesalam AA...
ReplyDeletemak tarzan...keras perot haku gelak....ko memang kelakor...
AA nak buat apa sarang burung tu..?
Aslmkm.
ReplyDelete:) Gitu namanya membebel ke?
Ingatkan yang suka berleter dan/atau marah2 memanjang tentang satu/dua isu tanpa sudah/hentinya tu namanya membebel.
Kiranya, apa yang Azie paparkan ini adalah peringatan yang baik yang boleh diterima dengan baik.
Kak G sudah tidak terikat dengan jadual terkawal lagi. Suker! :)
MIMI JAZMAN:
ReplyDeleteAwak jadi “polis skolah” yerrrr...
ERI-CHAN:
Nest dari dawai tu kerja design, Kak Azie pun tak reti.
Wahhhh best nya kalu tempat kerja panggil Singa datang menari. Meriah youuu..!
NURLAILATUL:
ReplyDeleteAhaaa tu mesti Monday Blues tuh!
EFFA:
Yer... acara setahun sekali. Singa yang berwarna warni.
DADDY:
Selamattttt..
Hobi FM collector gak? Jom tukar suka sama suka...!
JINKAMEN:
ReplyDeleteKalu tak cukup, tambah jer cuti sendirik....:)
AYUUUUU!:
amboiii... sapa yang skolah ni. Dia lak yg susun jadual anak.:)
*Sapa menang, Kak Azie pun taktau, itu keputusan penganjur.
CEMOMOI:
ReplyDeleteAngpau mender nyerrrr... Lum dapat pun lagi.
PAKLONG:
Salam.
Jangan gelak kuat sangat, nanti rahang sakit cemana nak ngajor?
Salam Kak DRFAUZIAH:
ReplyDeleteAmboiii seronoknya sudah bebas dari jadual punchcard dan segala jem.
Selamat goyang kaki. Masak sedap-sedap tauuu! :)
rasa 6hb dah hilang 3kg...
ReplyDeletetahniah ... dah jadi juri .....
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteMak tarzan dah tak gayut2 kat pokok lagi ke? hehehe..
nak mengiron baju tue yg tak larat tue kan..bile la nak ada mesin iron baju huhuhuh
ReplyDeletemesti sunyi bila anak-anak dah besar..macam mak saya dan makcik saya..bila anak semua blajar, kerja jauh, mak ayah je la yang ada kat rumah..msti bosan xde teman sembang
ReplyDeletenanti insyaAllah nk kerja dekat ngan parents, rasa kesian diorg kena tinggal lama-lama..
akak..heheheh..selamat bekerja..
ReplyDeleteceria selalu
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBeli selipar baru nampak. Seksi.
Baru beberapa hari x menjengah ke sini. Almaklum le kat kg sempat jeling2 je. Bukan apa tenet mcm kura2 tu yang malas. macam2 ceriter ada. Sukat kat citer rumput tu.
JUNAINA:
ReplyDeleteBaguih la kalu dapat ilang. Takut tambah lak 5,6 kg. hehehehe
CHIK ATT:
Juri jemputan jerrrr...:)
SOM:
Gayut gakkk. Tapi dahan dah patah!
SAHROM:
ReplyDeleteTunggu..! Tunggu, nanti makcik buat mesin tu.:)
ZIE:
Anak2 dah besar, semua sibuk dgn kerja dan kawan2. Tinggai ler berdua. Best gak. Leh round satu Malaya!
CIKCERIA:
Selamattttt....!
saya pun miss lion dance gak...dah lama tak dengar bunyik gendang memekak tuh... orang cina kata kalo dia datang amik oren kat tempat yang dipilihnya, konon orang tu nanti murah rezeki ler..
ReplyDeleteanak2 saya skang kocik lagi kak, tengah berobut2 nak tido bawah ketiak omak, siap gaduh2 lagi.. huhu, sure nanti bila dia orang beso dia orang pun jadik cam Chak gak..