Tuesday, June 26, 2012

Adegan panas dalam novel: sejauh mana anda boleh memberi komen?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Thalatha
26-06-2012


Sebenarnya dah 3,4 hari aku memang nak menulis topik ni. Menimbang-nimbang akan kesan persepsi orang yang membaca. Kalu dulu-dulu hentam tulis, sekarang kena la berfikir sejenak, ada beberapa pembaca mungkin kurang selesa atau mungkin menerimanya sangat berbeza dari apa yang kita maksudkan.


 


Tak ramai sebenarnya akan nampak posting aku ni, sebab aku posting di dalam Grup Platun Buku — peminat/pembaca tegar novel Melayu.

Sekadar mendapatkan beberapa pendapat yang mungkin memberikan kita beberapa pilihan dalam membuat keputusan dan sebagai alasan pro dan kontranya.

Aku harap gambar tulisan komen itu jelas untuk dibaca dan juga untuk difahami. Memang kebanyakan novel Melayu sekarang — terutama penulis-penulis baru — begitu ghairah menulis tentang cinta selepas kahwin. Kahwin muda, kahwin kontrak, kahwin paksa kemudian semuanya berakhir dengan bahagia, romantis, pasangan serba sempurna... bla bla.

Bukan aku cenderung kepada mana-mana penerbit pun (aku bukan kerja dengan syarikat penerbit novel pun), tetapi kerana banyaknya novel yang aku baca dari pelbagai syarikat (walaupun memilih-milih juga), tetapi aku dapat mengesan 2,3 penerbitan yang menerbitkan novel yang begitu BANYAK scene/tulisan romantis sehingga part-part cium bibir pun ditulis terangan. Sangat jelas dan.. ntah ada sesiapa terangsang selain dari boleh faham itu perlakuan kasih sayang?

Berbanding 10,12 tahun dulu susah nak cari tulisan yang ala-ala lucah ni. Kalu pun untuk menerangkan sesuatu yang romantis, ada bahasa berkias digunakan. Mudah jer pun kita faham.

Dalam hal ini (sebagai contoh), aku berani nak sebut, novel SAGA tulisan hebat penulis Al-TAHA. Novel yang asal (sekitar 1985? 1986?) tulisan dia ada 2,3 perenggan yang agak melampau menggambarkan sesuatu perlakuan lucah antara watak Masita dan lelaki (HISYAM?).

Kemudian bila diulang cetak.. lagi dan lagi, aku beli yang diulang cetak sebab yang asal dah hilang mana ntah... aku perasan part-part sebegitu “dihilangkan” tetapi maksud cerita itu masih sampai.

Bagi aku yang memang “hafal” plot novel tu, of course la aku perasan sangat part yang hilang tuh. So aku faham tujuan tulisan sebegitu ditiadakan.

Sekarang nih, aku tengok dah muncul balik tulisan sebegitu. Kenapa eh? Boleh ya begitu?



~...belum berani HISYAM meluah kata hendak menyentuh hujung kurung, SERI BULAN sudah beramaran kilat menyambar tangan, petir memanah jari...~




 

13 comments:

  1. setahu saya editor sendiri menapis bab2 sebegini skrg.. mungkin ada juga yg terlepas pandang.. pandangan dan entry ini sangat menarik perhatian saya.. bravo kak azie.. saya harap ianya membuatkan saya dpt memperbaiki cara dan gaya penulisan saya tentang isu2 sebegini.. saya juga telah memikirkan ttg pekara ini bila kawan anak2 saya juga membaca novel saya.. ianya membuatkan saya rasa saya lebih perlu peka dan berhati2 lagi.. thanks kak azie.. perkongsian yg membuka minda..

    ReplyDelete
  2. betul kak..zaman sekarang ni ramai dah budak remaja yang duk membaca novel..yang bawah umur pun..takut takut terangsang nanti lain jadinya..walau pun dalam novel tu tak menggambarkan keintiman suami isteri tapi kalau yg membaca tu belum kahwin parah jugak jadinya..

    teringat kata2 seorang ustaz..kalau kata isteri tu boleh disetubuhi bila2 suami nak kenapa nak buat tengah2 roundabout tu je.. hehe..

    ReplyDelete
  3. kalau dalam novel inggeris, saya boleh terima. tapi kalau novel melayu...memang tak berapa kena.

    ReplyDelete
  4. pernah baca novel arenawati?
    salina?!
    to lagi.
    malahan pernh jdi buku text dlm subjek sastera spm thun 70 - 80.
    but that one,more klise.
    tpi la ni..
    byk sgt buku tak patuh syariah kat pasaran..
    mmg intentionnya aderlah?!
    taboo thing about sex.
    it's no more become education but those novel informally direct to intercourse.
    aigoo..
    it's make some parents nowadays kerja keras tuk explain and brief.
    fews and rare islamic novel nowadays...

    that's why I gave up reading novel.either malay or english.
    terlalu byk adegan ranjang and intimate secara halus.

    ReplyDelete
  5. baca komen rai..saya gelak ;)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat dengan lontaran y kak azie azah tonjolkan..

    ayu pun hairan, penulis dah berani nak syer benda2 berunsur kearah hubungan intim..
    kalau y baca tu dh kahwin, rs terangsang
    kalau u baca tu belum kahwin, rasa apa pulak?

    ReplyDelete
  7. Teruskan andai itu puyuk nasik dia, umur mentari masih bercahaya, esok lusa tobat, saham belum tentu putus, selagi novel ada di rumah pembaca dan dibaca.

    ReplyDelete
  8. As salam Kak Azie,

    Membaca blog akak sama merasa betapa bahagianya akak :)) Sampai ke hati saya especially kata2 'magic' kat bwh tu :))

    Back to the topic! Setuju dgn semua yg kak Azie tulis, komen di entry & semua komen2 kat atas tu :)))

    Kita adalah apa yg kita baca! Jd sedikit sebyk apa yg kite baca, suami kita baca, anak kita baca atau sesiapa shj semmgnye mempengaruhi kehidupan kite... Kita xboleh nak control apa yg penulis atau sesiapa shj yg meluahkan perasaan mereka melalui tulisan ttp kite boleh memilih... Kita punya hak utk membuat pilihan...

    Isu adegan panas dlm novel terutama novel melayu, (sb novel inggeris sah2 adegan2 tu "wajib" sbg pelaris..hik3) smmgnye tdk patut, tdk boleh krn dlm dunia realiti pun suami isteri yg bercumbu dikhalayak ramai dikenakan denda & boleh dicaj berkelakuan tdk senonoh ditmpt awam! Sb klau tak dipantau, mula2 cium2 & peluk2 kemudian beromen pulak dikhalayak ramai...hehehe...

    Same to goes to novel, mula2 kissing2, gesel2 lama2 terus terang-terangan membuat andegan ranjang... Kan tak elok!

    Sekadar pandangan :))

    ReplyDelete
  9. Yup kak azie, me too perasan byk novel2 sekrg yg suka selit adegan2 panas sebagai 'pelaris'. This is one of the reason kenapa sy menjauhkan diri dpd membeli novel Melayu yg sy kategorikan sbg picisan, maaf klu ayat sy mengguris perasaan.
    Trend adegan panas ni dh jadi macam ikut-ikutan, skrg ramai yg berlumba2 tulis adegan intim, kononnya romantis. Maaf sy mual w/pun adegan itu antara suami isteri tp x perlulah hal dlm kain pun nk dikongsi dgn semua pembaca.
    Penulis harus tahu kuasa menulis ditangan mereka, maka tulislah perkara yg baik sama spt menyeru kpd kebaikan. Klu menulis perkara yg kurang baik/bertentangan norma susila Melayu & Islam maka samalah spt ...dot...dot dot fill in the blank.
    Sorry komen saya terlebih api. Dah lama mual dgn gaya penulisan sebegini.

    ReplyDelete
  10. kak aa,
    bagus kak. kena tegur sekali2 untuk jaga norma ketimuran

    ReplyDelete
  11. SMTI - Tak tau apa nak kata dah. bahsa Melayu dicampur adukkan dengan bahasa Inggris, terjemahan lintang pukang, pastu ditambah pulak dengan adegan adegan panas. Jom kita laporkan kepada Menteri Kebudayaan jom.

    jemput ke blog aku AA.

    ReplyDelete
  12. Alamak... baca komen-komen sini pun terangsang nih! Mmmm... Errr... tulisan "panas" dalam kmen di blog tak pe kan? Kan? Kan?

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails