Tuesday, November 12, 2013

Super Mokh the Musical: “ada orang datang naik bas nak tengok kita menang!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
12-11-2013

Ramai sudah tahu, teater Super Mokh the Musical sedang ditayangkan di Istana Budaya (IB) bermula 6 November lalu dan akan terus berlangsung sehingga 18hb November.

Ahad lalu saya berpeluang hadir menonton, (Ya, Ahad lalu Super Mokh ditayangkan 2 show, sebelah petang dan malam, hari biasa hanya malam hari).

Show bermula pada 3:00 petang. Saya lihat ramai sekali yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Walaupun saya kira anak-anak itu (seperti Chak dan Alia juga) tidak pernah tahu siapa itu Mokhtar Dahari, tetapi parents depa sudah tentu sangat tahu siapa Super Mokh. Bagi mereka generasi seperti saya or 5,6 tahun lebih tua dari saya, sangat mengagumi Super Mokh yang pernah menjadi juara bola sepak dan juara di hati kita.

Google la dan cari lah begitu banyak kisah tentang arwah Mokhtar Dahari ditulis dan dikisahkan. Sejarah hidup beliau sangat sesuai dijadikan inspirasi dan idola bagi mereka yang meminati bola... juga mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menjalani sebuah perjuangan, tidak kira dalam apa bidang...



Pemilihan Awie selaku watak Super Mokh saya kira sangat tepat dan sesuai sekali. Dikatakan Awie menguruskan badan (lost 10 kg) untuk teater ini. Dari segi rupa dan fizikal pun hampir menyamai arwah Mokhtar, cuma Awie terpaksa pakai misai pelesu. Nampak lucu tapi  menjadi.

Teater ini diarah oleh Hans Isaac (juga penerbit) berganding bersama penulis skrip, Harith Iskander. 

Sedikit info: Mokhtar, yang digelar SuperMokh, mula bermain untuk pasukan kebangsaan seawal usia 19 tahun. Beliau berjuang untuk pasukan Selangor dan Harimau Malaya selama 15 tahun. Sebelum disahkan mengidap penyakit saraf (Motor Neuron), Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 semasa berusia 37 tahun.

Teater muzikal ini menyingkap perjalanan hidup Mokhtar sebagai seorang suami, bapa, rakan dan hero negara.

Banyak dipaparkan semangat dan kegigihan perjuangan Mokhtar yang banyak didorong oleh isteri tercinta Datin Tengku Zarina (watak dibawa oleh Maya Karin).


Watak lain yang dipaparkan ialah rakan baik Mokhtar, iaitu Reduan Abdullah (Rashidi Ishak), watak Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Spiderman Arumugan the goal keeper. Tapi saya tak kenal pelakun tu semua. Malah Radhi Khalid yang memegang watak sebagai pengurus pasukan pun hampir saya tak kenal mulanya. Dengar suaranya, baru saya dapat cam. Radhi Khalid memang orang teater, lalu bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Watak sampingan lain ialah Dina Nadzir sebagai rakan baik Zarina (kelakar bila Dina cuba mengorat Reduan Abdullah...!)

Sebenarnya memang menjadi undang-undang IB tidak membenarkan sebarang rakaman or amik gambar, tapi kerana kami duduk di tingkat atas (Grand Circle) dan barisan kerusi paling belakang (tiada orang di belakang kami), saya curi curi juga snap tanpa flash. Itupun dapat snap 2,3 keping saja.

Tiada yang mustahil untuk menjayakan sebuah teater muzikal sebegini bila ianya dihasilkan oleh pengarah hebat, pengarah muzik (Michael Verappan) yan juga hebat, dijayakan pula oleh barisan pelakun yang juga boleh menyanyi dengan baik... dan semua lagu-lagu dalam teater ini sangat indah dan juga bersemangat.

Ada satu lagu duet antara Mokhtar dan Zarina yang intronya, Do you remember, sayangg...!. Ah sweet!

...lalu Super Mokh the Musical bukan saja menggamit memori zaman kecil saya yang selalu melihat rumah saya selalu penuh bila ada lawan bola... kerana abang saya selalu ajak kengkawan kampung melepak meriuh di rumah kami bila ada bola... Saya sekolah rendah lagi masa tu... tv pun hitam putih jer. Dan MyBonda selalu buat kuih sedap-sedap untuk jamu depa!

Dalam teater ini juga beberapa nama besar dalam pasukan bola sepak negara turut disebut, seperti Zainal Abidin Hassan, Hasan Sani, Syukur Salleh dan James Wong. (Ya.. dulu memang ramai juga Chinese yang main bola sepak wakili negara, sekarang ni... ada ker?).

Beberapa scene yang mengharukan juga dapat dirasa... Apabila Mokhtar berkata, Ada orang datang naik bas, ada orang datang stadium naik motor, ada yang hanya jalan kaki. Simpan duit berbulan-bulan untuk tengok kita main bola dan menang! Ohh.. part ni terasa sebak. Malah zaman malapnya turut memberikan rasa sedih kerana Moktar dikecam hebat apabila beliau tidak lagi cemerlang di padang.

Pic Google: Watak Kenny by Douglas Lim banyak memberikan suasana ceria dan gelak ketawa yang lepas terbahak. Lucu bukan saja gaya dan dialog tapi gaya tarian dia yang sedikit bersepah tu pun sungguh menghiburkan. Saya rasa saya gelak kuat sangat masa Kenny ni jadi rakan sekerja Mokhtar. Lawak sungguh!

Dina Nadzir pun memberikan kesan ceria, tapi saya terlupa apa nama dia dalam teater ni. Shireen or Sherry?


Ini juga pic dari Google. Lihat misai pelesu Awie dan rambut sedikit keriting. Hampir tepat menyamai Super Mokh. Ini scene comel antara Super Mokh dan Zarina.



Ini pic semasa penutup yang saya rasa tak salah saya snap kerana teater sudah tamat. Mereka yang terlibat mendapat tepukan gemuruh bukan saja semasa penutup tetapi juga ketika teater dilakunkan. Part paling gemuruh ialah semasa, scene (ala-ala) perlawanan akhir bola (game terakhir Super Mokh) di mana penari menari dalam gelap menggunakan teknik LED lights yang ingin menonjolkan jersi nombor 10 Super Mokh. Memang hebat, cuma saya tak berani nak snap.


Super Mokh the Musical sangat-sangat memberikan inspirasi dan wajar menjadi tontonan generasi hari ini. Arwah Mokhtar Dahari bukan sahaja legenda bola sepak yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia, juga disayangi oleh Sultan Selangor.

Semoga perjuangan dan semangat Super Mokh akan menjadi dorongan pasukan bola sepak negara untuk terus bermain demi negara (bukan main untuk duit) untuk memajukan sukan bola sepak negara kita.

Dan semoga roh arwah Mokhtar Dahari dirahmati.

Ohh... saya baru tahu, seorang anak perempuan Super Mokh rupanya juga rakan sekampus Dak AMOI.





 ~...melihat kaki dan betis warga Kampung Separuh Desa yang kelihatan begitu tegar kebal walaupun padang begitu keras dek musim kemarau semakin memanjang, tetapi bola nan sebiji harus direbut-menang walau apa cara sekalipun kerana HISYAM sudah berjanji habuan buat pemenang adalah makan berhidang nasi kawah daging dan bakal dilayan oleh SERI BULAN (yang kemudian terbeliak mata bila nama disebut)...~




17 comments:

  1. Seronok tentnya dpt tgk teater ni....
    Dunia bola sepak dulu x sama dgn skrng....mmg jauh bezanya....

    ReplyDelete
  2. kak, itu Dina Nadzir ke? putih nya muka dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Yang bergaun merah tu Dina penyanyi tu. Putih tu sebab spotlight terang sangat kot...

      Delete
  3. Ramai ahli sukan zaman sekarang 'main untuk duit' itu tak dapat di nafikan, tiada lagi ungkapan 'majulah sukan untuk negara' bagi mereka.

    ReplyDelete
  4. susah nak cari ganti.. satu2nyer yang sungguh istimewa...
    lagipun dulu dan sekarangn memang dah jauh bezanya...
    kalau zaman ulama dulu dan ulama sekarangnni pun dah jauh bezanya inikan pula pemain bolakan...

    ReplyDelete
  5. Macam best jerr... macam seronok jerrr....

    ReplyDelete
  6. lagenda bola sepak kita...alhamdulillah dikenang hingga kini

    ReplyDelete
  7. kawan saya ada pergi, dia kata best sangat
    dia pun kata watak dauglas lim tu kelakar sangat
    dia buat saya rasa nak pergi tengok!

    ReplyDelete
  8. dia lah superhero sebenar malaysia ..

    ReplyDelete
  9. masa zaman saya mula2 berjinak untuk minat bola dulu (arwah abah yang selalu bawa kami adik beradik ke stadium masa kecil), adalah zaman2 terakhir arwah supermokh. memang betul2 minat ngan dia, sehinggakan masa main2 bola di zaman budak2 dulu selalu membayangkan diri ini seperti dia. hahahaha....kelakar betul angan2.

    ReplyDelete
  10. Comel Awie dengan misai palsunya, hermm...kasut yang kat header Azie ni pun cute jugak.

    ReplyDelete
  11. Boleh la suruh Dak Amoi tanya pelbagai kisah menarik arwah...
    Saya tak pernah tgk teater...kesian kan...hahaha

    ReplyDelete
  12. teringin gak nk ke IB tp tkde peluang lagi

    ReplyDelete
  13. Ssalam kenal..sya snggh dan folo blog azieazah..jika sdi,snggah ke blog sya :)

    ReplyDelete
  14. Fullamak, Awie memang nampak kurus, 10Kg banyak turun tu. Alangkah best kalau saya pun dapat turun sebanyak itu hahahaha ....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails