Sunday, January 26, 2014

Jangan berkira dengan sekolah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-01-2014


Sabtu semalam, saya hadir tepat pada masa majlis bermula. Beberapa minit selepas saya duduk, Puan Guru Besar pun sampai dan majlis terus bermula. Begitupun 2,3 barisan kerusi bahagian hadapan masih kosong. Dah jadi habit saya, mesti nak duduk depan depan sebab lebih jelas dengar dan lihat. Sebab saya rabun dan sedikit pekak! (Kadang-kadang saya pelik ada orang takut nak duduk barisan depan, termasuk la MyToklaki. Manjang nak duk belakang!)


Nak amik gambar pun senang. Snap sebelum majlis bermula. Kalu dah penuh cikgu kat depan, segan la juga.


Ini adalah program tahunan. Membincang program untuk pelajar Tahun 6 (UPSR) sepanjang tahun dan membentangkan bajet serta meluluskan bajet tersebut. Berbanding beberapa sekolah lain, SKPJ masih mengekalkan RM100 untuk setiap pelajar bagi bajet sepanjang tahun. Dan hanya RM30 sebulan untuk kelas tambahan setiap Isnin-Khamis dan Sabtu setiap minggu.

Nampak gaya tahun ini CHAK akan letih la sebab ada banyak kelas, ada banyak homework, ada banyak latihan... tapi dia ni manja dan sedikit malas. Kena suruh banyak kali baru bergerak nak buat latihan. Dia cuma jaga homework jer. Sebab dia takut kena berdiri atas kerusi kalu homework tak siap. Malas kat rumah sebab dia asyik nak main dengan kucing dia jerrr!


Lapaz ikrar pelajar Tahun 6. CHAK berdiri 3 dari kiri. Rupanya dia tak la ketot sangat. Ada lagi yang lebih rendah dari dia.

Mengambil ucapan Puan Guru Besar (yang akan bersara bulan depan) dengan pihak sekolah jangan berkira sangat. Betul. Untuk pelajaran, jangan berkira sangat. Kalu hp canggih boleh beli takkan yuran tuition anak pun nak tangguh. Apa yang ditekankan oleh pihak sekolah ialah, pastikan kehadiran anak-anak ke sekolah. Wpun budak mungkin tak berapa fokus di sekolah, tetapi kehadiran mereka akan memberikan sekurang-kurangnya sedikit kesan  ke arah kebaikan.

Masalah ponteng di bandar besar macam KL ni memang mencabar sebab banyak kompleks hebat tegak dekat sangat dengan sekolah dekat dengan rumah. Jalan kaki pun dah boleh masuk kompleks. Huh!

Apapun jangan segan untuk menjalin hubungan baik dengan sekolah dan para cikgu.


 ~...bila murid meragam tanpa seragam, SERI BULAN merasa hanya HISYAM yang sesuai untuk berlagak pegawai dan apabila ada yang mula merengek dia sudah muak dan cuak kerana banyak mata memandang di celah jejari tingkap berdawaii segi dengan jari dicekam kuat seolah-olah ada yang akan diterkam...~




23 comments:

  1. entri azie buat saya teringat zaman saya dulu.Alhamdullilah,selalu diberi Allah keringanan masa
    menjalankan tugas.PIBG baik baik.Ibubapa pun elok.Kalau ada satu dua shj yang tergelincir dan jenuh sekolah usahakan supaya kembali baik....kenangan mengusik jiwa.

    Apa apa pun kerjasama erat ibubapa dgn sekolah jadi pemangkin kejayaan anak anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik, saya pun tak selalu ada masa dgn sekolah. Biasanya Mytoklaki yg banyak berurusan dan dia lebih kenal ramai cikgu berbanding saya yg kurang dikenali...

      Delete
  2. jaman sekarang budak2 sekolah dah ada ikhrar ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikrar ni macam akujanji depa utk belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk dapat keputusan yg cemerlang.

      Delete
  3. benda yang baik selalu bukan mudah nak dapat..sama juga ibarat di sekolah, bukan senang nak dapat ilmu. so, tak boleh la berkira... :) eh?ada kaitan tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Setuju. Tetap ada kaitan. Kalu berkira sangat dn tenaga pengajar yg nak bagi ilmu belum tentu ilmu tu dapat dgn semaksima mungkin...

      Delete
  4. sepatutnya bg rm 100 minggu lps pada mesyuarat PIBG hehe...sbb masa amik duit,bkn main ramai ibubapa...masa PIBG..boleh dikira dgn jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah la. Sebab tu kadang kesian dgn cikgu. Penat tunggu. Bila tiba bab nak dapat duit laju jer...

      Delete
  5. Bila baca entry ni.. teringat tak lama lagi akan ada meeting PIBG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada masa elok hadir dan dengar sendiri.

      Delete
  6. bukan tu saja Azie..Mak bapak jangan terlalu berkira bila cikgu2 mendenda murid2..sikit2 nk cari gaduh dgn cikgu...pasti ada sebab bila cikgu mendenda anak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents yg mengada dgn guru tu la sebenarnya penyebab anak2 depa pun akan lebih mengada nanti.

      Delete
  7. Baru berjumpa Guru Tingkatan baharu tahun ini... seperti tahun-tahun lepas, saya mesti nak jumpa Guru Kelas...selagi tak jumpa rasa macam tergantung rasa tak sedap ... saya akan serahkan anak secara formal dan minta cikgu didik bukan saja akademik malah apa2 saja yang perlu, maklum anak remaja sekarang ni... kalau perlu rotan tak perlu takut, saya tak mungkn nak saman cikgu..hehehe..tu ayat last.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru kelas Chak tahun ni adalah guru kelas kakak dia dulu. Dan cikgu tu selalu panggil dia dgn nama kakak dia. Chak tension! Hahaha

      Delete
  8. part belajor ngan mkn , tak perlu berkira dgn anak .

    ReplyDelete
  9. Salam kak..akak masih ada lagi ank di sklah rendah?

    Sy dh habis semua di sekolah men skrg jadi cabaran tu Lebih hebat maklumlah je lah budak men mcm2 perangai pun ada lagi risau di buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Masih ada anak sekolah rendah. So siapa yang patut dipanggil kakak nih? Hehehehe

      CHAK yang bongsu tahun ini Tahun 6.

      Delete
  10. Bulan depan ada perjumpaan ibubapa tahun 4 harus pergi tapi Sabtu mesyuarat PIBG tak sempat ada urusan lain. Dulu masa Iqbal darjah 6 rasanya Aina bayar Rm250 utk aktiviti sepanjang tahun kot termasuk krusus motivasi dan program julang yang buat di luar sekolah.

    ReplyDelete
  11. siap ada ikrar aku janji lagi....selalunya pelajar yg nak amik exam ada perjumpaan khas dgn ibu bapa....kita sebagai parent tak perlu kedekut dgn sekolah demi masa depan anak kita....

    ReplyDelete
  12. Sekolah Adam, RM200 setahun, tuition kelas malam, RM60 semua subjek. Mahal pula kos sekolah kampung tu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails