Tuesday, January 21, 2014

Peramah tak semestinya minah kepochi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-01-2014


Saya dah hampir setahun memegang kerjaya di tempat baru, bangunan baru yang besar lagi 3 tingkat ni. Sepanjang 10 bulan lebih ni, tiada seorang pun orang baru lagi selepas saya. Means, di jabatan saya (jika boleh disebut jabatan, kami biasa sebut ‘department’) setakat ini saya adalah paling baru.

Tapi untuk jawatan lain (graphic dan bahagian art lain) sentiasa ada orang keluar masuk. Setakat ini sudah 3,4 orang.

Yesterday, seorang lagi anak muda memulakan hari pertama. Dan kebetulan dia ditempatkan sementara di hadapan cubicle saya (yang rendah saja). Seperti biasa, walaupun saya seorang yang peramah, tapi saya tak kuasa nak temuramah orang, nak tanya itu ini or nak kepochi ambik tahu hal peribadi orang baru (sebab tu masa hari-hari pertama saya dulu, saya rasa sedikit annoying berhadapan dengan keadaan sebegitu). Saya tak minat nak ambil tahu hal peribadi orang kecuali perlu.

Kerana budak muda ni belum menerima magnetic card, so dia pinjam kad saya. Dan bila time lunch, saya maklumkan yang kita harus makan di ruang makan dan solat Zohor adalah dalam masa lunch.

Rupanya, budak muda lelaki ni berpuasa! Ohhh saya tersipu sekejap. Tapi saya tak pula tanya kenapa dia puasa.Tapi ada sedikit rasa kagum. Mungkin juga dia dah biasa puasa Isnin Khamis.


Tayang-tayang:


Korang pernah tak bersarapan pagi dengan megi perisa kari + sausage perisa blackpepper & mushroom + telor goreng goyang. Sila cuba. Ahhh enak! Tapi tak boleh selalu, muak beb!





 ~...ketika HISYAM kelihatan begitu berhajat hendak menerjah Mak Utih di lantai dapur, SERI BULAN sudah bersedia hendak menembak peluru kosong bertanya puluhan soalan untuk puluhan jawapan juga dari teman sejati yang menghilang sekian hari tanpa amaran tanpa berita memberikan rasa rindu yang bukan saja terkepung tapi juga rasa marah yang menggunung...~




45 comments:

  1. Kakcik dah hampir setahun di sini. Walaupun tempat ini kecil dan staff padat. Ada yang kakcik belum hafal nana mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu, tiada sebab pun nak ambil tahu hal peribadi orang...

      Kakcik sarapan apa pagi ni?

      Delete
  2. alhamdulillah...berapa ramai anak muda lelaki yg berpuasa sunat...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Pagi ini dah ada yang bagitau saya.... dia dah kahwin ada anak sorang. Heheheh melepas!

      Delete
    2. haha...takpa kita cari yg lain..hehe.

      Delete
  4. Replies
    1. Yup. Orang sebegini biasanya kita sedap memandang, dan yakin kejujuran hati dia.

      Delete
  5. kagum!

    er.... sy x suka megi y letak sosej... wallahualam kenapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang memang tak suka campur dengan bahan yang bercanggah. Tapi ada ketika, yang lain tu jika kena dengan tekak, kita rasa sedap sangat!

      Delete
  6. Sarapan megi macam tu? Dah biasa dah kak. Biasa sebab jenis malas nak masak benda-benda remeh lain. Hahaha.


    Saya sama macam akak. Saya kind of peramah tapi saya tak suka nak bertanya hal-hal peribadi seseorang yang baru saya kenal. Cakap aje la pasal benda lain yang berkaitan dengan kerja ke apa ke. Tapi untuk saya bertanya bab macam tu, tak de la kan. Sebab saya tahu bila dah lama kenal nanti tahu la saya hal peribadi dia secara tak langsung. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kadang-kadang tak memahami karakter orang peramah (macam kita). Sebab ada orang dok sangka orang peramah mesra alam ni juga sama seperti minah kepochi. Ada yang sama, ada yang tidak.

      Saya mesra dan peramah. Omputih kata friendly, tapi sepertimana saya tak suka ditanya hal peribadi yang personal, begitu juga saya tak akan buat pada orang. Especially orang yg baru dikenali.

      Delete
  7. Aina agaknya macam Kak Azie jugak kot setengah tu kenal muka je tak kenal nama walaupun kerja satu bumbung. Mengenali seseorang taklah perlu sehingga mengorek cerita peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Hampir setengah lagi staf kat bangunan ni yang Kak Azie tak tau nama langsung. Kadang tu tak pernah tengok pun, tapi sebenarnya orang tu dah lama kerja situ.

      Delete
  8. alahai ... bagus nya dia . susah nak cari lelaki yg rajin berpuasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... ada. Cuma jarang nak jumpa. Betul.

      Delete
  9. salam kak..

    Lyn pun ramah jugak...tp kalau dengan yg kpochi..terus lyn jadi pendiam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepochi ni kadang-kadang juga seorang pendiam. Tapi kalu ada benda yang dia nak korek, memang dia tak akan tanya tanpa rasa segan pun.

      Delete
    2. *dia tak akan berenti tanya...

      Delete
  10. Dah ada anak sorang, tapi rajin lagi berpuasa. Wah, susah betul nak jumpa tu.

    Oh, kerja saya menuntut saya jadi keypochi. Dalam interview lagi saya kena tanya background dah. Hatta ke tahap, dah ada boipren ke belum, atau bila nak kawin, sebab keperluan tuntutan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuntutan kerja ada suatu bidang professional yang dah tak sesuai nak digelar kepochi. hehehe

      Delete
  11. saya pun dah 6 tahun ke tempat saya bekerja sekarang
    kiranya paling senior. company saya ni ramai orang "parking"
    sebab tu ada aje keluar masuk
    cam saya yang dah berkeluarga ni, fikir banyak kali kalau nak bertukar kerja

    emm, saya pula bukan peramah sangat
    bercakap bila perlu, tapi bila dapat bercakap tak ingat dunia...hehe
    saya pun tak minat bertanya hal-hal peribadi

    saya tak pernah makan maggi buat sarapan
    tapi nampak sedap tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami makan meggi sebagai sarapan bila tak sempat nak beli sarapan di luar or tak sempat bekal. Terdesak punya kes la nih.

      Delete
  12. peramah dengan kawan baru.. kepochi dengan kawan rapat je..hehehe.. tapi kalau tak kenal saya malu malu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Setuju. Itu lumrah. But, spesis kepochi ni tak kira lama ke baru. Ada saja yang dia nak amik tahu.

      Delete
  13. Pergh.. marbeles la sapan pagi camni.. saya selalu kalau hari cuti2 tu.. memang sapan megi sokmo.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu orang bujang itu perkara biasa. Tapi kalu ada anak-anak sangatlah tak sesuai. Dan bila hari hujan sangat best makan megi panas-panas, kan?

      Delete
  14. Saya agak peramah...suka memulakan perbualan. Tapi bkn sbb kepoh, cuma nak mesra je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya peranah bila dah kenal. Kalu dgn orang tak kenal or jika berada di tempat awam memang buat tak tahu jer..

      Delete
  15. Replies
    1. Dah ada yg buka citer, budak muda ni dah kahwin anak sorang. Hehehe kensel.

      Delete
  16. Baik sangka harapnya yang sunat tak menguranggkan yang wajib amanah kerja...ada gak mengularsejammjadi tujuh jam,alasan posa sunat..san

    ReplyDelete
  17. saya jenis susah nak memulakan perbualan dengan orang. entah mana silapnya, keseganan saya kekadang tak m.. hihihi

    ReplyDelete
  18. Dia puasa??boleh buat menantu tu kak Azie..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang lagiii.. baca jawapan di komen Dr Ziyyad

      Delete
  19. Alhamdulillah, jika itu jadi amalan mmg dia seorg remaja yg baik akhlaknya......
    Wah mengancam pulak tgk maggie tu..tiba2 lapa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kita harap anak2 kita pun akan begitu di mata orang....

      Delete
  20. kat opis sy paling tk suka ambik tahu hal org..dan selalunya sylah yg paling last tahu org tu beli keta baru, rumah baru, pegi melancong dll..tapi kalau bab keja sy memnag akan tegur kalau ada yg tak betul..

    dah tgh2 mlm ni tenguk megi rasa teringin pulak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat megi tengah malam la paling best...!

      Delete
  21. macam mana saya bole trlepas baca entri ni? haha
    sy bkn kepoci..cuma nk ajak borak je
    dan sy jgk bkn seorang peramah.caye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentulah percaya. Bukan semua orang peramah tu mudah pula kita tahu semua hal peribadinya. Ada orang memang ramah, tapi tak suka buka cerita tentang diri sendiri.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails