Friday, January 24, 2014

MLM 2013: JAMBU, tolong la keluar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-01-2014

Punyalah sibuk sampai tak sempat nak update apapun. Kalut sampai meja penuh dengan kertas macam semak samun. Sehinggakan kawan 'jahat' saya ajak lunch pun saya tolak mentah-mentah. Cewahhh padan muka dia!

Oh ya... setiap Jumaat ada MLM. Promosi giler-giler sehinggakan jumlah penonton dah cecah lebih 1 juta orang. Memang buat duit betul pelawak negara kita hari ini. Usaha banyak pihak menghasilkan suatu program yang menjadi fenomena di mana, bukan saja industri hiburan meriah malah, secara peribadi saya suka sebab saya boleh release tension.

Orang yang suka gelak besar macam saya akan suka pada sesuatu yang boleh dia gelak besar tanpa peduli airmata keluar ke tidak. Tidak peduli perut lapar ke tidak. Tidak peduli dah menanak ke belum. Sanggup tunggu.

Mujur la program live tu kul 10:00 malam. Kalu start kul 7:00 malam macam drama sebutan ramai di TV tuuuttt... tuh? Hmmm.. ramai la agaknya lengah solat maghrib!

Setiap minggu kami sekeluarga (repeat, sekeluarga) sangat suka nak tunggu MLM 2013 (sebenarnya sejak ianya bermula 2011 lagi). Gelak sampai bergegar satu badan. Tinggal tak boleh guling jer... kang urat berselirat.

Minggu ke minggu, melihat satu demi satu pasukan bertanding disingkir... lalu kini tinggal the best among the best. Dan sudah bermula episod jelajah program live di merata tempat. Bermula di Bandar Utama minggu dulu (sampai Dak AMOI kuar opis jem giler depan tempat kija dia)... dan minggu ini (malam ni la) akan bersiaran dari Sg Petani, Kedah.

Seperti biasa, kami lebih banyak menyokong (tak pernah undi sms pun), kumpulan SHIRO, SepahTu dan Nabil.


Konsisten. Mengambil Rahim sebagai ahli untuk musim ini, memberikan banyak impak. Memang SepahTu akan kurang berkesan jika hanya berdua.


Sapa kata Rahim tak kelakar? Dia ada bakat okey!


One man show. Nabil ada up and down dia. Tapi kesungguhan dia, beserta 'nama' yang sudah terpahat, menyebabkan dia sukar digugat. Harap dia pun berjaya ke final, dapat tempat ke-tiga pun takpa lah!


BOCEY, kumpulan yang menjadi saingan sengit kepada lain pasukan. Minggu ke minggu depa semakin best dan menghiburkan. Walaupun isu fizikal juga menjadi bahan (Si Abam tu la) tetap content lawak depa pun tetap menghiburkan. Saya pernah gelak terbahak masa minggu bebas, Abam jadi anak jin (macam filem Ahmad Albab tuh).... Weyyy saya pernah terfikir nak nyanyi 'ding ding ding ding!"...? hahahaha!

Itu koleksi pic saya snap sendiri pada 2 minggu lepas. Saya terlupa nak snap SHIRO.

Juri: Luna Maya sangat kelakar dan comel. Dato Yusuf Haslam selalu bagi komen yang sama tiap minggu. Heeeee.... Nora Danish: asyik la bagi komen kesian.

Dan sehingga hari ini, JAMBU semakin merudum. Kurang fokus. Lawak merapu dah tak syok nak tengok.

Peminat JAMBU semua, sori to say. Saya harap malam ini JAMBU keluar!




 ~...SERI BULAN pernah kena sergah konon ada jin di rumbun buluh lalu dia tidak pernah ada keberanian untuk berjalan sorang di denai laluan melainkan HISYAM menjadi pengiring dan Mak Utih menjadi pengapit yang sering ...~




32 comments:

  1. saya plak tengok kat youtube aje
    sebab tak langgan pakej mustika! hehe =)

    saya pun suka sepahtu n shiro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami langgan Mustika tu sejak hari pertama pelancarannya. Sekarang ambik yg super pack pulak sbb nakkan yg HD. Memang berbaloi sbb rancangan lawak semua ada channel Mustika Warna.

      Delete
  2. tiap minggu tonton. hilang penat.. seolah inilah hiburan terbaik bt kami.
    tahniah MLM sbb jadikan kami hilang stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni la kita nak bergelak lupakan tekanan kerja siang hari...

      Delete
  3. malangnya SYJ yg keluar...so sadddd....hukhuk..jmbu mmg xbest..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam ni nampak mcm Jambu kembali bangkit. Not bad la tadi. Tapi dah takda sapa yg nak disingkir, SYJ jelahh....

      Delete
  4. lawak yang double meaning mmg susah nak di terima nu
    SYJ terkeluar.Elok la tu.
    Jambu pun dah kdgkala merapu.
    Sepahtu asyik dok tang tu..

    Sapa kah yang akan jadi juara
    bawa balik duit 1/2 juta..
    terus kaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah sangat lumayan, kan? Penaja banyak sungguh. Kereta pun dah ada yg dapat.

      Delete
  5. Boring dh dgn jambu...takdela lawak lain nk buat...asik2 marah, jerit2 je...tapi caner.pon mesti masuk final gak dorng nih....yg jadik mangsa.pelawak bru, tapi bocey not bad jugak. Sy penyokong sepahtu n shiro...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain memang pandai lawak 2,3 grup memang dah nama. Dah ada jenama. Jadi kalu ada skit menurun tu tapi rating masih tinggi. Yang susah adalah grup yg baru nak naik kena struggle lebih.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. AA
    Kalau guna PVR takde masalah tengok drama masa Maghrib. Rekod jer dan boleh tengok pada masa sesuai. PVR beshh...cs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sokong penuh PVR nampak? Sampai klik komen 2 kali?

      Hahaha.

      Delete
    2. Ya Cik Som. Ya TATA. Tapi saya tak gunakan PVR lagi wpun haritu ada budak Astro offer percuma. Alahai.. takda masa nak layan orang pasang memasang nii

      Delete
    3. t.a.t.a.
      Sokong bangat akan siPVR tu tapi 2x komen terkeluar tu bukanlah disengajakan. Boleh blame blog AA x?

      AA
      Pasanglaaa.....mmg berbaloi2...

      Delete
  8. As salam k.zie,

    Dah lama xtgk... tp hubby gigih langgan astro mustika ni semata2 nk tgk MLM... mlm td sy xbrp sihat so masuk tdo awal dgn chuha... hubby gelak kuat boleh dgr dr hall smp ke bilik... jeles gile!

    ReplyDelete
  9. As salam k.zie,

    Dah lama xtgk... tp hubby gigih langgan astro mustika ni semata2 nk tgk MLM... mlm td sy xbrp sihat so masuk tdo awal dgn chuha... hubby gelak kuat boleh dgr dr hall smp ke bilik... jeles gile!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulangan MLM ni seminggu sampai 4,5 kali. Jangan tertinggal.

      Delete
  10. rumah sy takde siaran astro mustika nih.. so takde la sebarang komen dr sy... :-)

    ReplyDelete
  11. Malam tadi pergi kenduri sepupu kahwin di rumah embah, jadi tidak berkesempatan nak tengok MLM. Tapi kalau tengok pun awal aje la, tak pernah sampai ke hujung. Ngantuk dah. Tidur. Esok (Sabtu) kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun pernah tido tinggal program tu sekerat jalan. Tak risau. Ada ulangan.

      Delete
  12. Replies
    1. Minggu ni Jambu kembali menyerlah..!

      Delete
  13. Jambu dah jadi merapu sayang syj yg keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takda kumpulan lain lagi boleh disingkir minggu ni melainkan SYJ.

      Delete
  14. azie..betul ke ada jin di rumpun buluh..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Kakkkk... Mambang kuning mambang hijo pun ada! hahahaha

      Delete
  15. saya peminat Shiro....saban minggu lawaknya memang kelakar....Shiro better than Sepahtu....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails