Monday, January 27, 2014

Bila hati sudah suka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-01-2014


Bila hati sudah suka...
Semua indah saja...

Antara lirik lagu dendangan penyanyi 60-an Uji Rashid. Lirik penuh saya tak ingat. Tapi begitulah lumrah hidup. Fitrah manusia. Bila hati sudah suka, semua indah belaka. Walaupun buruk seseorang itu di mata orang lain, tapi bagi yang sudah suka itu semua sudah ditutup mata saja. Baginya sudah tidak buruk lagi. Menerima saja buruk seseorang itu dengan ikhlas. Sebab apa? Sebab hati sudah suka.

Jangan pula hati sudah tak suka. Cemana baik pun kita, cemana kita berkorban bertahun-tahun pun, belum tentu dikenang orang. Pun saya akan sebut ini lumrah. Fitrah manusia.

Yang buruk sekali dibuat, yang silap sekejap berlaku menutup berpuluh-puluh (mungkin juga semua sekali) kebaikan yang pernah kita lakukan. Melupakan segala jasa dan pengorbanan yang pernah kita ikhlaskan, yang pernah kita redhakan. Sedih!

Begitupun ada ketika sukar untuk kita hendak meyakinkan orang tentang istilah apa yang disebut orang, ‘budi baik dikenang jua’...

Jangan mudah menjadi orang yang cepat melupakan jasa orang. Ini termasuk sekali kes suami isteri yang kadang-kadang melupakan jasa dan pengorbanan pasangan masing-masing.

Kesian!

Tayang-tayang:


Asam Pedas Daging ala Melaka. Versi yang saya belajar, tambah kerisik.



 ~...bidang tarian tidak pernah menjadi kelebihan buat HISYAM mahupun SERI BULAN tetapi semalam petang ketika majlis berinai dan ada zapin ditayang-umum, tanpa sedar HISYAM menarik tangan SERI BULAN ke tengah gelanggang lalu bagai tidak terpandang lagi mata yang memandang, juga mulut yang menyenget dan mata yang mengenyit...~




21 comments:

  1. salam pagi kak azie...
    pagi2 pagi jengah sini, mata dijamu dengan hidangan yg membuat perut rsa lapar..kebetulan blum bekpes lagi..
    asam pedas daging..nampak sedap tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi pagi mana sesuai makan daging yg pedas ni. Kena tunggu time lunch makan dgn nasi putih yg panas.

      Delete
  2. dunia ibarat madu yang manis, ramai orang yang suka meminumnya, tapi jarang orang yang tidak tersedak atau perit tekak apabila meminumnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tersedak dan perit tekak tu yg tak sanggup tuu

      Delete
  3. Replies
    1. Nampak macam sedap. Tapi memang sedap pun. Hehehe

      Delete
  4. salam

    dah lama tak masak asam pedas...
    hu hu hu

    sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni kena la buat. Ikan pari pun okeh.

      Delete
  5. Saya tayang asam pedas boleh tahan lagi tapi bila tayang kari kalu dan2 lapaq!

    Ramai Kak Azie yang selalu lupa kebaikan orang tapi masih ramai juga yang masih berpegang pada 'budi baik di kenang jua'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Sabtu Kak Azie buat Kari Ikan. Goreng papadom. Perhhhh belen kuah buat cicah roti.

      Delete
  6. masih ada yang ingat dan kenang budi yang telah diberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewajarnya begitu la. Jangan sampai dikata orang kita bangsa yg tidak mengenang budi.

      Delete
  7. buh ubi ke tu...emm tak penah plak masak daging masak asam pedas hehe..selalu ayam jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ubi kentang. Tomato. Style Melaka yg ori depa boh kelapa bakar. Tapi Kak Azie boh kerisik.

      Delete
  8. saya suka makan asam pedas!
    adeh lapo pula =)

    fitrah manusia mudah lupa kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana fitrah tu lah kita sering ambil mudah hati dan perasaan orang. Sedih kan...

      Delete
  9. nampak sedap tapi banyak minyak....ada letak daun kesum tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Minyak tumis cili. Daun kesum dan sekuntum kantan masuk sekali.

      Delete
  10. Secara serius nya saya tak pandai orang berbudi dengan saya. Saya tak pandai nak simpan budi orang. Saya takut berhutang dengan budi dengan orang sebab saya takut tak mampu nak balas balik.

    Tapi kalau saya berbudi dengan orang, saya langsung tak harapkan apa-apa balasan dari mereka. Sebab saya tahu Dia Maha Tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik lagi kita tidak ingat pun apa budi kita pada orang. Dan kita ikhlaskan saja setiap kebaikan dan budi yg pernah kita beri...

      Delete
  11. Fitrah manusia yang negatif macam nie lah kita kena singkirkan. Sebab tu lah...jangan tergelincir dari landasan agama. Itu yang membantu kita membentuk diri yang lebih baik.

    Asam pedas daging tetel..saya suka makan, tapi malas nak rebus daging sampai empuk. Hehehehehe.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails