Thursday, January 30, 2014

Headlines: “Tak tahan lah bang...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
30-01-2014


Walaupun hari ni ramai kengkawan Chinese bercuti, termasuk semua Big Boss, kami tetap bekerja seperti biasa. Dan mendapat pelepasan seawal jam 5:00 pm hari ni. Yeayyyy!!

Menyambung kisah pujuk memujuk bawak pegi makan Chicken Chop malam kelmarin, saya terlupa nak menambah rencah-kisah tentang teguran seorang pompuan Indonesia yang mengemas meja dan memgambil wang bayaran kami malam itu.

Tak tahu apa sebab (mungkin saya tak berapa dengar jawapan MyToklaki) Neng Indon tu berkata, “Wahhh masih romantik ya.”

Romantik? Tang part mana romantiknya makcik? Sedangkan sepanjang makan tu kami tak banyak borak sebab Chicken Chop tu sedap dan panas.

Dan kemudian MyToklaki lebih khyusuk mengadap Harian Metro yang ada tajuk besar kat luar: “Tak tahanlah bang...” Huhh...!


************


Tayang-tayang:


Untuk department kami saja.


Pengagihan serentak dengan pengumuman bonus. Yeayyy!

Alhamdulillah.




 ~...menyambut hari istimewa tidak akan pernah sama setiap kali juga tidak akan pernah sama sepanjang musim kerana HISYAM ada ketika sangat dingin buat tak tahu, ada masanya dia sangat teruja seolah-olah dia seorang dalam dunia lalu SERI BULAN merasa alangkah baiknya hari yang berlalu terus disebut istimewa agar dia tidak terasa bahawa keterujaan itu bukan milik mereka berdua semata...~




16 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Jom pi luaq negara, Azie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pi mana agaknya Kakcik? Saya nak pi Vietnam la Kakcik. Ada sesapa arrange trip ke sana dak?

      Delete
  2. saya pula keseorangan dekat sini
    lain semua cuti!
    balik cam biasa pula tu...adeh
    ni yang buat teringat cerita angker aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu kerja sensorang lagi la boring. Hati tu asyik kat rumah jerrr kan?

      Delete
  3. Kalau akhbar tabloid, memang banyak lah tajuk yang begitu kak. Ramai orang malaysia yang tertarik kalau ada headlines macam gitu.

    Tak bestnya...hari ni saya balik macam biasa...uwaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu boh tajuk gitu kat blog pun orang tertarik kot... hahaha

      Delete
  4. Akak..nak sikit limau nampak sedap itu
    dapat bonus yer..alhamdulilah rezeki itu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni dikatakan limau dari client begtu banyak sekali lalu setiap staf dapat banyak dari biasa. Bonus pun nampaknya sangat menggembirakan.

      Delete
  5. keje dr umah jer ari ni...wahhh...bessnya...limau dapat banyak...bonus pun dapat...untung la badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah sebulan dok soksek pasal bonus ni. Akhirnya semua orang happy sangat.

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Dakupun tak tahan nengoknya limau berkotak2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limau berkotak utk diagih satu department. Dapat la sorang 7,8 biji sorang. Hajat nak beli sekotak utk rumah pun tak sempat. Sbb tahun ni mcm tak banyak limau kat pasaran...

      Delete
  7. Kak, itu ke tong air yang akak dok angkat tu?


    Kak oii.. dengan topik entry macam ni la yang membuatkan akak punya hasil carian perkataan yang bukan-bukan.

    Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Yup. Itulah tong air yg dok angkat selama ni. Sekarang dah tak berani nak angkat dah.
      Carian bukan-bukan? Hahahaha

      Delete
    2. Kat opis Aian siap ada warning note perempuan tak boleh angkat, lelaki yang ada masalah kesihatan pun tak boleh angkat so jgn suka2 angkat.

      Delete
  8. Wahhh syoknya dapat bonus!

    Aina berkira2 utk melangkah pergi sebab penat dah dok tunggu bonus sebab hat dok mai ayaq soya bonus ja...ahahahaaa....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails