Thursday, January 23, 2014

Siapa Firdaus Hanan ni?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
23-01-2014


Dah lama gak saya sekali sekali dok tengok program ni. Ala-ala JJCM la. Tapi yang saya dok nampak, host program ni (Miss Malaysia? yang cakap Melayu dengan slang dia yang... hmmm) tu dok jelajah kedai @ restoren yang eksklusif saja. Restoren yang hebat dan ada kelas. Restoren dalam hotel pun ada dijadikan tumpuan.


Saya lebih nak tumpu pada apa yang dimakan. Berbeza dengan program JJCM yang sudah sinonim bagi kita, program MAKAN ni tak menarik sangat minat dan hajat saya nak terjah. Orang lain saya tak tahu la. Sebab restorennya hebat-hebat belaka dan macam ada konsep. Konsep Timur Tengah la... Indian Cuisine laa.. Well, mungkin untuk dilihat berbeza.

Juga ada segmen di mana seorang chef akan memasak beberapa menu setiap episod. Part ni saya suka.

1st, sebab chef tu muda lagi hensem. Auwww!

2nd, dia masak menu yang biasa-biasa jer. Means, yang kita pun boleh buat kat rumah. Yang kita sendiri biasa dengan menu dan bahan yang digunakan.

Walaupun saya belum pernah nampak chef Firdaus ni kat mana-mana program masak sebelum ni. (atau ada tapi saya tak tahu?)

Pertama kali tengok, saya dok tanya, siapa Firdaus nih? Pandainya dia masak. Muda-muda dah jadi chef yang pandai dan cekap. Gaya dia memotong bawang or uli tepung buat roti kita dah kagum dah!

Google sedikit pasal beliau dan jumpa Page-FB beliau, Chef Firdaus Hannan. Seorang pensyarah kulinari.


Saya rasa selepas ini beliau akan terus popular dalam bidang masakan dan pengacaraan program seumpama.

Tayang-tayang:


Thermos air saya di tempat kija. IKA belikan saya dari tempat kija dia. Memang untuk buat Teh-O, sebab ada Tea-Infuser sekali. Buat satu thermos boleh minum sampai petang.

Apapun neskepe tetap kena minum setiap pagi. Only pagi, sebab kalu waktu lain selepas jam 9:00 masih minum neskepe, alamatnya malam-malam saya akan berjaga sampai 2,3 pagi...!

Ehhh tapi malam ni memang ramai yang nak berjaga, kan? Ahakss!





 ~...kerana kopi buatan tangan Mak Utihlah antara sebab HISYAM tidak pernah segan untuk menerjah dan menyergah walaupun sudah kerap dimarah dan SERI BULAN mudah pula ketawa rendah, dan Pak Utih akan sering pura-pura merajuk kerana dia sudah tidak dilayan kerana sepasang teruna dara itu yang akan mendapat perhatian termasuk merengek bab makan-makan...~




21 comments:

  1. Dulu chef ni duduk belakang tabir je tak ada sape tau pun siapa yg masak bila restoren yg best best tu

    ReplyDelete
  2. chef yg muda dan hensem...pasti cepat fofular hehe

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni masak-memasak chef lelaki memang cepat popular...:)

    ReplyDelete
  4. Berbanding Chloe tu, kakcik tabik BM Celina - Wincci pun tak sefasih dia.

    ReplyDelete
  5. chef laki je skang ni... pompuan mana ntah...hhee

    ReplyDelete
  6. biasalah tu.. datang pakej yang lengkap makin glamourlah.. ;) dan sangat bertuah rasanya bila dapat en. suami yang pandai masak.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah tengok pula cite ni

    eh kak, thermos tu smartlah
    boleh minta ika belikan untuk saya tak
    serious ni, pastu poskan dekat saya leh x
    agak-aagk mahal tak? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana. Ada FB KAk Azie tak? Mesej kat sana. E-mail Kak Azie dah lama jammed tak leh log in.

      Kalu boleh mesej kat sana ya... Ikut harga tag RM50.00. Tapi kalu ikut harga staf guna nama IKA ada ler sikit diskaun. Nanti Kak Azie belikan yaaa

      Delete
  8. Saya suka tengok Otty Pettigrew. Hensem woh. Hehehe.

    Thermos saya isi air milo. Order je dari kakak saya, bangun pagi dah ada atas meja. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. chef firdaus ni nampak lembut sikit... sikit je

    ReplyDelete
  10. suka tengok rancangan ini menu makanan yang dia sediakan pun ada yang mudah-mudah

    ReplyDelete
  11. wahh.. bets nii.. suka tgk rancangan macam ni

    ReplyDelete
  12. ammvoiii malam jumatt makk kanns..,ghau ghauu ;-p

    ReplyDelete
  13. saya tak pernah tau pun rancangan tu..hahaha

    JJCM best..
    Tapi lagi best, Warung Kita !! sempoiiiiii

    ReplyDelete
  14. betul hensem dn muda lagi chef ni..alahai teringat kat sorg chef ni..jauh beza dgn chef Fidaus ni comel je orgnya..

    ReplyDelete
  15. mmg chef lelaki yang dominasi rancangan TV sekarang ni...dulu ingat lagi chef zaidah (betul ke nama?)...hmmmm masuk TV je, tuuuudia cincin gedebak penuh jari...baju pun lip lap lip lap...

    ReplyDelete
  16. ohh mmg chef gupernya Firdaus ni..patut arr terer n cekap je kat dapoq bila dia masak..:)

    ReplyDelete
  17. Hey there, thanks for the very sweet write up.. Really appreciate it

    ReplyDelete
  18. dulu dia pernah masak dlm rancangan 5 rencah 5 rasa kat ntv7.. sy lyn gak. mmg dia ada style. pastu chef sherson amik alih smpai skang

    ReplyDelete
  19. dulu dia pernah masak dlm rancangan 5 rencah 5 rasa kat ntv7.. sy lyn gak. mmg dia ada style. pastu chef sherson amik alih smpai skang

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails