Wednesday, January 1, 2014

Dua Ribu Empat Belas: takdak sambutan pun, janji cuti...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
01-01-2014


Seperti tahun-tahun dulu juga, tiada sambutan secara peribadi atau dalam keluarga. Saya dan Toklaki tak pernah ada agenda nak turun penuhkan jalan or dataran tiap kali sambutan tahun baru. Belum pernah kami join mana-mana di KL sinun, kecuali sekali dua dulu masa ada UMNO buat sambutan (makan-makan dan bunga api) di padang besar betul-betul depan rumah dulu. (Sejak Selangor bertukar tangan semua jenis sambutan camtuh dah... no more!)

Jadi tahun baru adalah hari yang biasa dan sama saja bagi kami. Time bunga api meledak dan mercun meletup-letup tu, selalunya saya dah masuk tidor or tengok di tv saja.

Well, sama juga la tahun ini. Anak-anak ada yang kena kerja tapi saya cuti. Masak-masak dan makan sakan-sakan. 


Ini pemandangan hari Selasa, hari terakhir 2013. Kami dilepaskan balik seawal jam 5:00pm. Yeayyyy jalan agak lengang dan kami pun tak berhajat nak menyimpang sebab takut terperangkap dengan jem or jalan ditutup.

Pic di atas di atas Jalan Tun Razak, dekat bulatan Pahang. Lihat deretan van hitam di depan sana. Kira-kira 12 buah van polis yang penuh dengan anggota lengkap beruniform dan senjata. Nak menuju ke mana pun tak pasti. Samada Dataran Merdeka or Taman Tasik Titiwangsa (ada sambutan dan konsert juga di tasik sana).

Berhimpun lah depa. Saya tak tahu apa kesudahan dan kisah tunjuk perasaan aman tuh saya tak baca pun ceritanya. Bagi saya, selagi ada ruang untuk menyatakan ketidakpuasan, gunalah. Asal tidak menyusahkan orang lain. Yang menyampahnya, benda yang nak dibuat tak ler dahsyat mana pun, tapi pihak media (dan kadang-kadang pihak berkuasa sendiri) yang suka buat spekulasi dan andaian serta membesar-besarkan cerita. Huhh...!

Tayang-tayang:


Mytoklaki beli Sup Gear Box. RM8.00 dapat seketul tulang besar. Wahhh siap ada straw lagik! Terbaik lah...!




 ~...hari berganti minggu, dan bulan bertambah menjadi tahun SERI BULAN belum lagi merasa sedikitpun kebosanan tetapi apabila HISYAM merungut tentang dunia Kampung Separuh Desa yang kadang meriah kadang menyesak dada dia sendiri ingin mencadang mereka harus segera pergi dan jangan pernah ingin kembali lagi...~




13 comments:

  1. Hmmmm...kadangkala memang ada otak tapi orang malas nak guna...

    ReplyDelete
  2. mereka memilih untuk melakukan begitu
    moga mereka bahagia dengan pilihan yang dibuat

    saya suka sangat sup gear box. marvelous!

    ReplyDelete
  3. saya klu mkn sup gear box ni , mesti perah limau . baru sedap !

    ReplyDelete
  4. Kak, jalan macam tu dikategorikan lengang eh? Saya rasa saya sangat bernasib baik la kak duduk di kawasan ulu. Kat sini tak de nya jam. Kalau jammed pun masa orang berpusu² balik kampung. Kesian korang yang duduk kat kawasan jammed macam tu.

    ReplyDelete
  5. Kak Azie...masak apa lagi? Teruja niehhhh....

    ReplyDelete
  6. Minggu lepas kak Zai pun makan gear box rm20 satu ketul.

    Selamat tahun baru buat azie.

    ReplyDelete
  7. Murah nya...

    sejak ada anak tak pernah sambut tahun baru dengan keluar rumah dan tengok bunga api sebab tak suka anak kecik berembun malam...mak saya kata tu punca anak mudah sakit..selalu kena embun malam..heheh..

    ReplyDelete
  8. Dapat gear box buat reneh mee kuah..wuuu sedap tak terkata.Selamat tahun baru Azie.Semoga tahun 2014 membawa rahmat pada kita semua walau semua naik harga...

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru Azie....sup gear box tu sedap ker? Tak pernah rasa ler.........hihi

    ReplyDelete
  10. Kata TokLaki ada darah tinggi mana bleh sedut bahagian dalam tu Kak azie...ahahaa....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails