Tuesday, January 17, 2012

Laaa... Sarapan Bersama Blogger tu belum lagi rupanya...? > tepuk dahi jendul...!

Assalamualaikum
Thalatha
17-01-2011



MasyaAllah... apa la nak jadi aku ni?

Bila 2 orang pengomen tanya, “pergi tak Shah Alam 22hb ni?” baru tersentap dan tersedar.

Laaaaa.... Sarapan Bersama Blogger tu belum lagi rupanya. Ku sangkakan dah lepas dah Ahad tadi!

Sori berlori. Apa dah jadi aku nih?

Mujur aku tak buat entri apa-apa. Padahal masa kuar keja Ahad tadi, teringat dan terbayang-bayang geng blogger dok bersarapan ramai-ramai. Rupanya lum start pun lagi eh? hahahahaah malu!


Ok ulangan jemputan.

Jemputan terbuka. TERBUKA ok. Semua blogger boleh datang jika ada kesempatan. Konsep POTLUCK. Jika AA dapat datang, mungkin akan bawa Karipap Buat Sendiri (frozen) dan goreng di rumah penganjur. Bleh?

Penganjur/Tuan Rumah:
Blogger AKUZLE AYU — blog: Nasi Kerabu Buah Tanjung
Tarikh: 22 Januari, 2012 Ahad
Masa: Seawal 10 pagi
Alamat: 38, Jalan Cekap 25/45, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

*Lum boleh janji. Masih menimbang dan menyemak jadual, sebab plan dalam kepala cuti CNY ni nak mengadap MyBONDA di Jinjang dan MyBonda Mertua di Kuala Pilah.



Tayang-tayang lunch:

Garlic Cheese Bun lagi.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya



~...bila berjalan pulang dalam remang petang sambil meninjau jalur jingga yang semakin memerah, tumit kasut tetiba terbenam SERI BULAN sedar dia sudah semakin berat mungkin kerana rindu yang sarat dan padat terhadap HISYAM macam orang lama tak dapat ketupat...~






Bila Hati Kata Sayang...

Assalamualaikum
Thalatha
17-01-2012


Take me to your heart
For it’s there that I belong
And we’ll never part.
— Elvis Presley


Keegoan sering menjadi pembatas untuk lafaz kata dari seorang (terutama lelaki) menyebut...

...tidak kurang seorang insan lain bernama wanita yang masih kaya sopan santun, pemalu dan pingitan.


Novel yang dibaca dua kali, sebab best juga.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya



~...bukan kerana malu atau kerana ego bentuk Lego yang menghalang kata kasih atau tutur cinta dari HISYAM kepada SERI BULAN, tetapi dia berharap setiap pernyataan akan dibawa oleh kapal yang singgah di jeti, datang dan pergi walau tiada satu pun sudi menumpangkannya...~










Monday, January 16, 2012

Cendol, Cendol, Cendol...! *pic snap sendiri, tak cilok orang punya

Assalamualaikum
Senin
16-01-2012



Cuaca panas sekarang kan?

Semalam aku berada di sekitar Kajang. Sementara menanti-nanti, singgah duduk di deretan gerai di hadapan Mesra Business Park. Dulu, gerai-gerai ni tak wujud pun, tapi sejak setahun kebelakangan ni makin banyak kedai yang beroperasi. Paling menonjol tentulah Kedai Cendol JZ ini. (AA dah pernah buat entri pasal Cendol JZ nih).



Dulu pernah try Laksa & Mee Rebus, kali ini Mee Kari. Ohhhh terbaek!
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.


Tak tergoda, tak tahu lah! Ohhh nikmattttt....!
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.

Ada orang memang tak makan cendol, kan?


Sempat snap jalur jingga senja kelmarin. Indah.
*perjalanan pulang dari Dengkil, melalui Putrajaya.


Seseorang sms pagi tadi. Ayat “*pic snap sendiri, tak cilok orang punya?”

Kerana aku tidak mahu ada yang sangka pic di blog aku (TERUTAMA pic MAKAN-MAKAN) adalah cilok dari blog orang. Isu copy gambar tanpa memberi kredit menjadi isu beberapa hari lepas di beberapa blog.

Jika aku ambil dari Google, aku akan mengaku. Selebihnya, memang Hak Milik Terpelihara. Tak terfikir pun nak cilok pic orang pastu ngaku sendiri punya. Jangan la begitu. Ohh pleaseee... Susah ker nak taip kredit pada pemilik asal pic?




~...HISYAM selalu perasan SERI BULAN dia punya bukan cilok hak milik orang...~








Entri paling banyak diklik! — Rupanya “Awak Suka!”

Assalamualaikum
Senin
16-01-2012



Entri tentang novel ini menjadi entri paling banyak diklik sejak November lalu. Dan ianya bertepatan pula menjadi pilihan kerana novel itu sendiri memang best...!




*pic snap sendiri tak cilok orang punya.

Sudah ramai mula menggemari novel ini. Harus aku ulang lagi baca. Setakat ini baru sekali.


Statistik.


Entri: “Awak Suka Saya Tak?”


Bila sesuatu yang menjadi minat kita dapat dikongsi ramai walau mungkin hanya seorang saja yang suka, tetap menjadi sesuatu yang menggembirakan.

Entri tentang novel yang sering ditulis di blog ini TIADA kaitan langsung dengan mana-mana publisher, atau mana-mana novelis. Jauh sekali nak mintak novel free atau kata puji.

Sebab aku akan kongsi minat membaca ini, secara adil. Jika perlu aku kritik, bersedia dengan kritikan itu.

Pengalaman kena hentam oleh peminat fanatik kepada seorang novelis terkenal, membuatkan aku berhati-hati menulis tetapi kalu ada yang “nak jadi macam fanatik K-Pop hentam anti K-Pop”, anda silap mentafsir tulisan saya.

Terimakasih kerana sokongan yang adil.




~...lari macam tak cukup tanah si HISYAM bila terjemuh dengan sekawan biri-biri yang sesat mencari kandang, sehingga SERI BULAN tertawa guling-guling kelucuan, tidak sedar seekor randuk menanti masa hendak menanduk...~








Sunday, January 15, 2012

“Selagi Masih Ada”: BETO tu bakal ganti Dato’ Jalaludin Hassan...!

Assalamualaikum
Ahad
15-01-2012


Balik dari mesorat malam tuh, selepas berfikir banyak dalam agenda tak menentu, balik dalam lapar. Bila dah melepasi waktu tidor yang sepatutnya, mata langsung terjegil tak boleh nak masuk lena.

Buka blog sana sini, sambil tune tv cari rancangan yang boleh dilayan. Ada drama ni, tapi dah start 10 minit. So part awal terlepas.

Selagi Masih Ada.
*pic Google


Gatal tangan update kat FB.


Tak sangka pastu ada juga Dato’ Jalaluddin Hassan berlakun, sebagai doktor pakar. Penampilan istimewa.


Drama ni sebenarnya telemovie ulangan. Tak sangka rupanya best juga. Sebab aku suka tengok budak Beto tuh. (Penampilan pertama dia masa siri dalam bulan puasa dulu, Geng Surau, dia jadi budak nama Mayat).

Copy paste dari website (lupa web apa):
Kali pertama Harith bertemu Dahlia, dia pasti wanita itulah cinta sejatinya. Namun bagi Dahlia, pertama kali dia bertemu Harith, Harith merupakan seorang yang sangat menyakitkan hati. “Selagi Masih Ada” mengisahkan cinta antara mereka, bersaksikan sekeping gambar dan kemudiannya terpaut dalam nada-nada cinta yang tidak dapat diungkapkan.

Sebuah perhubungan abadi tercipta; perkahwinan berlangsung, alam rumahtangga yang penuh bahagia dilayari, diikuti dengan kehamilan Dahlia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Dahlia disahkan menghidap Alzheimer.

Drama ini arahan Prakash Murugiah dan diterbitkan oleh Kas Pictures.



Harith seorang jurugambar, lalu banyak sekali gambar diabadikan dalam rumah mereka dan kedai foto/studio miliknya.

Ikut terharu dan sedih bila melihat Harith yang sanggup menjaga isterinya Dahlia yang semakin parah dengan penyakitnya. Sekejap lupa sekejap ingat, sehingga suatu tahap dia tak kenal suaminya, tak ingat di mana dia berada. Akhirnya Dahlia terpaksa berhenti dari kerjayanya sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej, kerana dia tidak dapat membezakan hari apa, dan kerjanya tidak lagi lancar.



Sence ni sedih. Harith terdiam membisu mendengar perbualan isterinya dengan kawannya Shasa tentang kisah seorang budak lelaki hensem di sekolah mereka yang dia minat dan nak ajak jumpa. Seolah-olah Dahlia masih berada di zaman sekolah dulu.

Ketabahan hati dan cinta mendalam seorang Harith sebenarnya banyak membantu isterinya. Macam baca kisah dalam novel-novel tentang seorang lelaki yang baik hati, lagi romantis!

BETO sangat cemerlang dalam drama ini, cuma heroinnya agak slow dan aku pun tak kenal pelakun ni. Kurang penghayatan.


Ini pic yang menjadi scene terakhir drama.


Jika ada peluang ulangan drama ini, aku teringin nak tengok lagi sekali. Cara Harith mengorat Dahlia sangat kelakar, romantis tapi berkesan. Harith bawa vespa, sangat cute okeh!

Bila mereka berkahwin, dan Dahlia disahkan mengidap Alzheimer sebaik sahaja mengandung, Harith melayan isterinya, memandang dan memujuk dengan penuh kasih yang tidak berbelah bahagi.

Pada ketika-ketika Dahlia ingat, dia menulis beberapa pucuk surat untuk suaminya, juga beberapa siri surat untuk anak yang bakal lahir. Sedih wehhh...!

Pengakhiran drama tidak jelas, samada Dahlia pulih atau tidak. Atau aku yang tak faham walaupun tunggu drama ni tamat jam 2 pagi...




~...SERI BULAN sudah bersedia dengan sepasang kain songket bertekad bunga tabur untuk menjadi hantaran buat seorang lelaki istimewa, tetapi bila HISYAM terlatah menyebut dia berkenan dengan kain kurung yang dipakai oleh anak dara Pak Imam, SERI BULAN terasa kain songket itu paling sesuai menjadi kain buat mengesat si air mata...~







SANI EXPRESS: mabuk bas...

Assalamualaikum
Sabtuday
14-01-2012



Macam takda benda nak tulis untuk updating. Tapi kerana aku ada beberapa gambar, so tulis sedikit tentang pengalaman jalan-jalan masa Tahun Baru ritu.

Aku tempah tiket pegi balik thru fon ke kaunter Sani Express. Sehari selepas, pegi collect tiket dan tukar seat pegi. Amik tingkat atas seat nomot 1, paling depan.
*RM40 utk perjalanan KL – Kota Bharu.

Memang aku punya style dari dulu, kalu kepergian ke mana-mana dgn bas, and solo aku seboleh mungkin cari single seat. Taknak yang seat yang double tu sebab tak suka duduk dengan stranger! Pengalaman kena raba masa zaman anak dara dulu, kalu boleh cukuplah sekali!

Sani Express, rupanya antara pilihan bas yang paling popular ke Pantai Timur. Bas 2 tingkat. Aku nak tukar tiket balik untuk amik seat nomot 1 juga, tapi dah booked. So kekal nomot 41, single seat gak, tingkat bawah. So merasa lah pengalaman duk tingkat atas dan tingkat bawah.

Menunggu di Hentian Duta merupakan pengalaman pertama juga. Sempit, hingar bingar dan masih di takuk lama. Bila nak tukar jadi Duta Sentral pun ntah. Kedai pun tak banyak. Surau dan kafe di tingkat atas. Jadual aku jam 10 malam, masa tidak mendesak. Yang best, bas bergerak tepat ikut jadual. I like...!

Rupanya, Sani Express ada port rehat sendiri. Sani Restaurant & Kafe di Merapoh.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.



Berhenti kira-kira setengah jam di sini. Tak ingat jam berapa. Kul 1 lebih kot... Tak banyak pilihan menu. Nasi campur. Ikan dah kejung. Gerai burger ada 1, orang beratur berlengkau lengkau, sebab ada 5,6 bas berhenti serentak. (Hanya bas SANI EXPRESS sahaja yang ada, mungkin bas lain tak dibenarkan... kot)

Tandas kena bayar 50 sen! Air tak berapa laju, sink takda di dalam. Cuma tandas. Mujur ada 4,5 bilik berasingan. No bad la.

Aku tak beli apa pun. Turun ke tandas saja. Bila bas gerak, aku sambung tido wpun sebenarnya aku suka pandang depan tengok perjalanan. Malam tak nampak apa pun. Memang habit suka tengok depan banding tengok kiri kanan. Lagipun duduk depan, sampai dulu! hahahahaha...


Time balik, tunggu bas di pekan Ketereh berdepan masjid ini.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.


Bas aku lewat sejam! Letihnya tunggu. Seat single di tingkat bawah. Ada skrin untuk layan movie. Dah sekerat jalan baru ada mood nak tengok. Pening lalat. Pilih citer, akhirnya pilih filem Hindi “3 Idiots”. Sempat layan tak sampai 10 minit, dah rasa loya semacam. Aku memang alah membaca or menonton ketika bas/keta bergerak. Mabuk. Sebab tu aku make sure bawa ear phone utk dengar lagu di hp saja.


Seat selesa. Leather!


“3 Idiots” baru nak start. Tingkat atas aku tak nampak pun ada skrin nih.


Rasa nak muntah terpaksa tahan. Tarik nafas, pejam mata. Takmo fokus pada pening. Bertahan kira-kira setengah jam, akhirnya tiba Merapoh. Mujur. Kerana bas hanya berhenti sekali sahaja, dan inilah portnya.

Aku orang pertama meluru turun. Muntah habis-habis! Lega. Isi perut semula dengan nasi, lauk ikan goreng + sikit sayur + Teh O panas.

Naik paling akhir, sebab nak sedut udara luar puas-puas. Macam takut dengan aircond bas plak.

Selamat sampai di Hentian Duta kira-kira jam 6 petang. Sepatutnya jam 5 petang.

Pengalaman pertama ke Pantai Timur dengan bas awam. Malu sendiri, sebab banyak benda tak tahu tapi main redah saja. Tapi kerana perasan berani dan perasan yakin, guna mulut untuk tanya, guna akal untuk fikir.

Dulu pegi Penang sensorang lagi terok. Naik feri nak beli tiket pun tak reti. Rupanya kena guna siling untuk beli token feri. Cisss... malu aku!

Pasni cadang nak ke Johor pula sensorang. Dengan niat mencari seseorang...




~...SERI BULAN memendam rasa sendirian bila HISYAM bagai tidak bersalah pun bercerita tentang surat cinta yang melayang tanpa bayang dari seseorang bernama gadis Kampung Separuh Desa yang kemaruk hendak berjumpa, dan lelaki itu bagai tak merasa berdosa pula hendak membayang macam orang kemaruk wayang...~







Saturday, January 14, 2012

Sekali sekala aku terfikir hendak berhenti menulis ~ FM DINAS ALDI

Assalamualaikum
Sabtuday
14-01-2012



Sekali sekala aku terfikir hendak berhenti menulis.
Keletihan mungkin antara faktor mendorong paling ketara.


Selingan:


Baru sampai dengan poslaju semalam. I like!


Terimakasih CIKGU DINAS ALDI.
IKA pernah kata nak beli keta model ni, sebab dia minat Rush!





~...keletihan berterusan kerana pulang-balik dari Tenggara ke Utara membuatkan HISYAM terasa kerinduan bukan kepalang terhadap SERI BULAN tidak lagi menjadi ubat pemulih kehidupan...~







Zon Syok Sendiri?

Assalamualaikum
Sabtuday
14-01-2012
*kerja




Lately, aku semakin gagal untuk menulis entri yang baik-baik, yang ada makna mendalam juga semakin lemah dalam menulis sesuatu yang berfaedah. Jauh sekali nak tulis sesuatu yang ilmiah.


Lately, entri aku terlalu banyak merapu dan “kosong“!


Bosan, kan?


Entah bila la dapat kuar dari “zon syok sendiri” nih... Arghhhhhh!!


Annual Dinner “Gangster Nite” — 13 Julai 2007.
Syok sendiri!



~...sejak berita risikan tiba di Teratak Nyatuh, HISYAM tak lena tidor malam dengan tangan di dahi sehingga ke pagi menunjukkan betapa dia resah dengan peluh membasah kerana terbayang wajah SERI BULAN bergayut di kain tutup tingkap...~







Friday, January 13, 2012

Bila Manager Merajuk dengan Bos..!

Assalamualaikum
JumAAt
13-01-2012


Pagi seawal 9 pagi. Kekecohan menangkap ruang Lantai 2 kerana ada kisah gadoh mulut di Lantai 1.

Rupanya MyManager “bergadoh mulut” dengan MyBos. Isunya, petang semalam kunci pejabat tertinggal di ofis... bla bla..

Aku pasang telinga bila kawan sekerja lain bercerita. Lebih kecoh lagi, bila 2 orang staf yang juga pegang kunci ofis diminta pulangkan semua kunci seberapa segera. Paling mujur aku terkecuali. Aku cuma pegang kunci department aku saja.

Apa kes?

Soal tak percaya staf la.. soal prasangka la... bla bla. Malas nak tanya, pasang telinga jer.

Petang, isu panas semula. Dengar cerita lagi, MyBOS (lelaki) pegi minta maaf dengan manager (pompuan) siap melutut macam orang merayu kekasih! Alahai... geli plak dengar.

Lama-lama aku rimas, lemas dan meluat...!

Suatu kes terjadi, membuatkan orang keliling menilai di mana profesional dan harga diri seseorang. Jadi, sebelum menuduh sesuatu, berbincang lah dulu sepertimana anda memegang status seorang Bos bertahun-tahun!

Time balik tadi, MyManager menjadi orang pertama meluru keluar. Merajuk kerana hati telah tercalar terasa diri tidak dipercayai. Dan ada staf yang bertindak tidak mengetik waktu balik semata-mata protes kejadian. Alamak.. apa hal plak sampai gituh? Tak terfikir plak aku nak buat sampai gitu. Adakala bersikap “berkecuali” lebih menguntungkan.


Tayang-tayang lunch:

Sausage Bun. RM2
*pic sendiri snap tak cilok orang punya.




Garlic Cheese Stick. RM1.60. Dah gigit skit.
*pic sendiri snap tak cilok orang punya.




~...belum sempat melepas capal, Mak Utih menyebut tentang risikan dari JALAL untuk SERI BULAN membuatkan HISYAM rasa tercabar bagai blogger tak dapat jalur lebar, tetapi bila Pak Utih mengacah hendak menerima, SERI BULAN merasa terduga seperti blogger sedang ditemuduga lalu mereka berdua terasa hendak berpaling tidak memijak tangga...~








Sarapan Bersama Blogger: JEMPUTAN RASMI...

Assalamualaikum
JumAAt
13-01-2012


Tentu ada blogger yang masih ingat beberapa siri Gathering Blogger yang pernah berlangsung sejak tahun lepas (dan tahun-tahun sebelum). Banyak pertemuan sebegitu, perlu dirancang lama utk menarik ramai blogger berhimpun untuk aktiviti positif.



Kenangan 2009. Gathering Blogger yang pertama kali aku sertai. Pun konsep Potluck. Sarapan di tepi sungai, FRIM, Kepong. Penganjur: Sdr MAZIDUL AKMAL.

Kini setiap kali pertemuan blogger, kita permudahkan konsep iaitu tak perlu penganjuran yang begitu teliti or nak sewa dewan atau agenda yang berjela sangat. Konsep POTLUCK paling mudah. Terbukti. Masa kita buat Pertemuan Blogger di rumah KAKCIK SEROJA, aku dah nampak konsep sebegini paling diminati.

Kemudian kita sambung dengan siri pertemuan di rumah Dato’ LF yang mendapat liputan luas dan meriah (walaupun tak masuk paper atau tv), tapi ianya berjaya menarik ramai blogger berhimpun dan beramah mesra untuk xtvt santai dan bermanfaat.

Kemudian siri gathering secara kecilan bersambung lagi di mana “Sarapan Bersama Blogger” pula diperkenalkan. Rasanya ramai dah blogger lain duk buat xtvt yg sama cuma tiada hebahan rasmi atau tiada program rasmi. Yang bergather di restoren or kedai mamak pun dah banyak kita baca.

Minggu lepas bertempat di rumah Dato’ LF sudah berlangsung satu program Sarapan Bersama Blogger ini.

Minggu depan, satu lagi program “Sarapan Bersama Blogger” akan diadakan dengan konsep yang sama. POTLUCK.

Jemputan terbuka. TERBUKA ok. Semua blogger boleh datang jika ada kesempatan.

Penganjur/Tuan Rumah:
Blogger AKUZLE AYU — blog: Nasi Kerabu Buah Tanjung
Tarikh: 22 Januari, 2012 Ahad
Masa: Seawal 10 pagi
Alamat: 38, Jalan Cekap 25/45, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Menu cadangan dari tuan rumah/penganjur: suami tercinta AYU yang pandai masak tu nak masak Kueyteow Goreng Kerang (paberet Dato’ LF nih...), minuman dan buah-buahan.

Sila semak jadual tuan/puan, dan sila sahkan menu cadangan yang anda hendak bawa di entri ini atau di entri tuan rumah tersebut.

Terimakasih atas sokongan.

Siapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger?

AA: akan beri keputusan selewat-lewat hari Sabtu. Jadual masih berterabur lagi.


Bawak Kopok Mony, bleh?
*pic sendiri snap tak cilok orang punya walaupun takda watermark!




~...hari-hari terawal persekolahan, SERI BULAN merasa sungguh tercabar bila ada anak murid yang nampak polos jujur tapi sangatlah pemalu sehingga ‘terbuang’ atas kerusi pun tak tercakap lalu hanya HISYAM dilihat sebagai penyelamat memberikan bantuan lalu cerita itu menjadi bahan sengih mereka yang berbalas bagai jual-beli pantun sepanjang jalan pulang...~







Thursday, January 12, 2012

Raihana tu bukan Ayu Raudah, bleh?

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
12-01-2012


Selepas drama yang pernah memenuhi ruang FB ramai penonton, Tentang Dhia, kini siri Akasia TV3 menyajikan sebuah drama baru “Gemersik Kalbu” adaptasi dari novel tulisan Anis Ayuni (novel ke-4 beliau kalu tak silap).

Drama arahan Heykal Hanafiah bersiaran dari jam 7–8 malam, setiap Isnin–Khamis. Kalu start 6.30, boleh la tengok penoh.

Copy & Paste dari Berita Harian:
Gemersik Kalbu mengisahkan kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Bagi yang pernah membaca novel ini pasti dapat mengesan beberapa plot yang berbeza dari drama. Raihana dlm novel digambarkan sebagai seorang guru sekolah menengah (dlm drama seorang tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim). Menyambung pengajian di Universiti Malaya bersama seorang rakan guru, Kak Syikin, sepupu Suffian.

Pertemuan dengan Suffian membawa kepada kisah cinta yang begitu payah di pihak Raihana kerana Suffian adalah lelaki liar kerana putus tunang.

Dalam novel, tunang Raihana meninggal kerana lemas di sungai menyelamatkan anak kecil kawan mereka. Dalam drama, Wan Ariffin meninggal kerana ditikam oleh peragut. Agaknya penerbit drama tak dapat nak cari sungai yang berarus deras untuk pelakon mati lemas dan mungkin tak dapat nak bawa bomba yang digambarkan dalam novel tersebut, kot...

Aku malu nak snap novel ni sendiri punya, sebab cover dah terkoyak!


Sebenarnya bagi aku, tak berapa minat lak tengok Ayu Raudhah untuk watak Raihana. Mungkin ada pelakun lain yang lebih sesuai, tapi tak tau la sapa. Mungkin Tizz Zaqyah? or mungkin Fauziah Gous?

Watak Wan Ariffin lakunan Fazreen Rafi tu lagi nampak tak kena. Macam adik lelaki berlakun dengan kakak jerrr...?

Untuk watak Suffian tu, yeahhh... memang tepat sekali AQASHA! Watak Suffian seorang yang kaya bergaya, lembut, penyayang dan romantis. Takkan la asyik-asyik Aaron Aziz jer kan?



Ramai tak tau AQASHA bermula sebagai penyanyi dulu. Anak aku pun tak tau. Berapa album? 2 kot. Dalam drama ni, AQASHA menyanyi lagu latar.

Ada beberapa plot yang sedikit berbeza dalam drama berbanding dengan dalam tulisan, tapi tetap jalan ceritanya menjadi dan lancar.

Karya Anis Ayuni ini sebenarya memang best. Aku baca novel ni 3 kali. Novel ni dah lama. 2006 rasanya.

Kesudahan cerita ini Raihana dan Suffian bernikah juga walaupun cara pernikahan mereka agak tergesa-gesa dan diterima secara terpaksa oleh Raihana. Sedangkan Suffian sudah lama bersedia dan sanggup melakukan banyak perkara di luar dugaan untuk memenangi hati Raihana demi melupakan kenangan lama tentang bekas tunang yang telah meninggal.

Bagai terdesak, Suffian bertindak merogol Raihana. Kenapa ini berlaku?



Bagaimana pernikahan mereka berlangsung? Tonton jika sempat. Atau cari siri episod di website.




~...bila Mak Utih sudah pandai mengadu kepada Pak Utih tentang gerak rasa hatinya bahawa ada perasaan halus sudah terjalin antara HISYAM dan SERI BULAN, Pak Utih gelisah seperti demam tak kebah kerana selain anak dara Pak Imam, dua tiga orang janda muda lain juga sudah mula bercakap dan bergossip tentang HISYAM seolah-olah hanya dia seorang lelaki bujang di Kampung Separuh Desa...~









Aku Ada Dapur Magic...!

Assalamualaikum
Khamis
12-01-2012


Sejak pandai melaram, seawal usia sekolah menengah, aku memang tahu dan sedar. Aku gila kasut.

Bila dah kerja, lagi lah gila.


Tayang selagi boleh tayang. Bak kata Chef Wan juri MLM: “Ada aku kesah?”

*****

Tayang-tayang dari dapur sendiri:

Sotong. Mana?

Rakyat dalam rumah selalu tanya: “Mak, rini masak apa?”

“Tak masak apa pun...”

Tapi bila lepas satu lauk ke satu lauk kuar diletak di atas meja, aku selalu cakap, “Mak ada dapur magic! Petik jari jer lauk siap!”

hahahahaha...!


Itik magic mana ntah bertelur siap ada rasa masin!




...di sudut tepi pintu serambi, SERI BULAN bersimpuh dalam resah sambil hati tidak keruan di jeling HISYAM dalam samar lampu minyak tanah kerana harus menjawab banyak soal-tanya dari Pak Utih dan Mak Utih, namun di penghujung jawapan, dia harus mengakui isu kasih sayang orang tua itu sebenarnya sama seperti kasihnya terhadap SERI BULAN...~








Anda dan Hindustan di SINARfm...

Assalamualaikum
Khamis
12-01-2012


SINARfm, topik: Anda dan Hindustan.


Hahahaha! aku ingat takdak orang perasan!

BOBBY dan kenangan!

Dan betul, memang aku tunggu filem Dulhania semalam hanya sampai part bertunang saja. Sebab nakkan lagu tu jerrr..

Pastu sambung tengok Titanic di Citra, sampai kul 2 pagi!



~...setiap kesempatan yang ada samaada di simpang jalan, atau bersama ke baruh melihat orang bermain layang-layang, atau ketika bertembung di lorong surau, HISYAM sering merenung dengan kening berkerut bagai bercakap sesuatu bila bertembung SERI BULAN, yang segera dimaklumi sebagai bicara tanpa kata tapi isihatinya tetap sama: “Kuch Kuch Hota Hai!”...~








Wednesday, January 11, 2012

Bila Cedih Tak Kena Tempat, “Dilwale Dulhania” Kena Pada Masa...!

Assalamualaikum
Rabu lagi
11-01-2012


Cedih tak kena tempat. Sebab terpaksa berada di dua tempat pada masa yang sama, untuk majlis yang sama! Wuaaaaaa tak tau harus berada di mana dulu. Bukan mana dulu, tapi hanya satu tempat saja, jika majlisnya serentak?

Dua keluarga yang sama penting > kepada aku secara peribadi.

Tiada perbandingan yang mampu dibuat, tapi mereka tahu aku tahu. Mereka sama penting walaupun bukan sebumbung. Tapi ikatan jiwa kekeluargaan itu membuatkan pertimbangan tidak lagi mampu dibuat. Pilihan cuma satu. Tension!

Bila cuba mendapatkan pendapat, sampai nangis-nangis dalam tepon. Padahal bukan majlis sedih pun, tapi majlis gumbira. Agak ralat bila dua majlis penting bertindih tarikh sedang aku ingin berada di tengah kedua-dua majlis tersebut. Bukan pasal aku siapa-siapa (majlis tetap on kalu pun aku takda), tapi penglibatan itu sebenarnya adalah kerana kasihsayang yang terjalin bertahun-tahun...!


Lalu makan... dan makan:

Lunch. Sampai lupa apa nama mee ini.


Selain itu, aku nak hiburkan diri sendiri dengan filem Hindustan yang sangat aku minat sejak dulu. “Dilwale Dulhania Le Jayenge” malam ini di RTM2, jam 10 malam.

Aku dah pernah buat entri pasal filem ini: Balik Cepat duhai si Peminat Dilwale!



Part paling dinanti tentulah masa scene bertunang itu. Lagu tu asyikkkkkkk sekali! Jom layan...!



~...malam itu juga HISYAM dipanggil mengadap kedua orang tua empunya Teratak Nyatuh memberi keterangan dengan sumpah ikrar bercakap benar belaka kenapa membawa SERI BULAN ke baruh bagai tidak takutkan geruh, kenapa pulang menghantar sehingga senja seolah remaja...~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails