Saturday, May 7, 2011

Balik Cepat duhai si Peminat Dilwale!

Salam
07-05-2011
Sabtu, yang masih panas terik.


Hari ini walaupun sibuk, bekerja setengah hari tetapi bagai rutin biasa, semua orang “ca alif but” sharp jam 1 petang.

Biasanya aku memang berlengah, kadang-kadang singgah 2,3 tempat seperti pasaraya atau kedai runcit.

Hari ini bergegas nak cepat balik.

Singgah CIMB — bukan kuarkan duit (sebab takdak pun akaun di situ) — tapi nak beli Mee Rebus. Tapau bawak balik sebab tak plan nak masak. So, beli Rojak, Mee Rebus dan Cendol 3 bungkus! Dah tak peduli dah pasal batuk nih...

Kenapa?

Sebab nak kejar nanti jam 2 ada citer Hindi. Citer lama tapi best dan aku sangat suka filem ini.

Aku bukan fanatik sangat citer Hindi. Tak tengok pun tak kisah. Agak selektif. Tapi malam tadi “ter”tengok iklan filem yang bakal ditayang petang ini adalah filem ini.

Anak-anak sudah diberi “amaran”, petang ini remote tv MAK punya! hahahahaha....!

Wow! teruja!


Bukan pasal pelakon-pelakonnya (selalu pun depa ni berlakun, aku bukan tengok sangat pun), tapi filem lama ini kerana tarikan lagu-lagunya.

Terutama lagu semasa scene heroin bertunang dan “si kekasih gelapnya” (Shah Rukh) yang menyanyikan di majlis pertunangan tu.


Lagu tu best sangat!

So aku nak tengok lagi filem itu.

Itu jer sebabnya.

layannnnnnn.....!

*Kalu ada orang sangat sibuk bekerja sehingga takda masa nak menulis tentang hiburan atau menghiburkan diri sendiri, bagi aku, aku tetap ada masa nak tulis sesuatu berbentuk hiburan. Salahkah?


~...ketika JALAL pernah menuduh SERI BULAN menolaknya kerana ada perasaan halus terhadap HISYAM bagai terasa ingin sekali SERI BULAN menumbuk mukanya serta membengkokkan hidungnya sebab malu sendiri kerana tuduhan itu bukan lagi sebuah andaian...~



9 comments:

  1. alamak dah hampir separuh jalan citer ni...tak boleh jadi..kena tenguk gak..samalah..sebab suka kat lagu2 yg syahduuu..

    ReplyDelete
  2. hahhaa..seingat saya zmn ni la mabuk boliwod mula melanda kita...

    seme pakat suka kat SRK termausk saya..hehe

    tapi saya xtgk citer ni sb layan yg tv2..sambil2 main blog..hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Hu hu hu pilem ni best lagunya dan banyak kenangannya.

    Seseorang telah hadiahkan saya VCD filem ni tanpa kata apa-apa, manalah saya faham. Ingatkan sesaje je bagi...lain kali carap biat TERANG! hu huhu hu bendul betul kan?

    ReplyDelete
  4. Kakcik tengok sambil kunyah kerepek dan layan blog! :)

    ReplyDelete
  5. nasib baik tersinggah kat sini sebelum mula cerita tu tadi, bergegas lah tukar channel..nak tinggalkan komen pun tak sempat. Ni baru boleh duk sini..tq, sedap cerita tu..menghiburkan.

    ReplyDelete
  6. hehehe...citer top suatu ketika dahulu. pernah berulang kali di ulang tayang.....

    ReplyDelete
  7. acu pun layan cite nie tadi
    teringat kenangan di utm dulu...zaman kegemilangan SRK..salah satu movie kegemaran acu & kawan2...lagu2 semua best!!!

    ReplyDelete
  8. pun tak miss last week layan citer ni :)


    lagu2nya best gilak!

    ReplyDelete
  9. saya memang tak layanlah kak, tak minat sejak dulu. cuba jugak tengok tapi 15 mins lepas tu sure mimpi dah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails