Thursday, January 12, 2012

Raihana tu bukan Ayu Raudah, bleh?

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
12-01-2012


Selepas drama yang pernah memenuhi ruang FB ramai penonton, Tentang Dhia, kini siri Akasia TV3 menyajikan sebuah drama baru “Gemersik Kalbu” adaptasi dari novel tulisan Anis Ayuni (novel ke-4 beliau kalu tak silap).

Drama arahan Heykal Hanafiah bersiaran dari jam 7–8 malam, setiap Isnin–Khamis. Kalu start 6.30, boleh la tengok penoh.

Copy & Paste dari Berita Harian:
Gemersik Kalbu mengisahkan kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Bagi yang pernah membaca novel ini pasti dapat mengesan beberapa plot yang berbeza dari drama. Raihana dlm novel digambarkan sebagai seorang guru sekolah menengah (dlm drama seorang tenaga pengajar di rumah anak-anak yatim). Menyambung pengajian di Universiti Malaya bersama seorang rakan guru, Kak Syikin, sepupu Suffian.

Pertemuan dengan Suffian membawa kepada kisah cinta yang begitu payah di pihak Raihana kerana Suffian adalah lelaki liar kerana putus tunang.

Dalam novel, tunang Raihana meninggal kerana lemas di sungai menyelamatkan anak kecil kawan mereka. Dalam drama, Wan Ariffin meninggal kerana ditikam oleh peragut. Agaknya penerbit drama tak dapat nak cari sungai yang berarus deras untuk pelakon mati lemas dan mungkin tak dapat nak bawa bomba yang digambarkan dalam novel tersebut, kot...

Aku malu nak snap novel ni sendiri punya, sebab cover dah terkoyak!


Sebenarnya bagi aku, tak berapa minat lak tengok Ayu Raudhah untuk watak Raihana. Mungkin ada pelakun lain yang lebih sesuai, tapi tak tau la sapa. Mungkin Tizz Zaqyah? or mungkin Fauziah Gous?

Watak Wan Ariffin lakunan Fazreen Rafi tu lagi nampak tak kena. Macam adik lelaki berlakun dengan kakak jerrr...?

Untuk watak Suffian tu, yeahhh... memang tepat sekali AQASHA! Watak Suffian seorang yang kaya bergaya, lembut, penyayang dan romantis. Takkan la asyik-asyik Aaron Aziz jer kan?



Ramai tak tau AQASHA bermula sebagai penyanyi dulu. Anak aku pun tak tau. Berapa album? 2 kot. Dalam drama ni, AQASHA menyanyi lagu latar.

Ada beberapa plot yang sedikit berbeza dalam drama berbanding dengan dalam tulisan, tapi tetap jalan ceritanya menjadi dan lancar.

Karya Anis Ayuni ini sebenarya memang best. Aku baca novel ni 3 kali. Novel ni dah lama. 2006 rasanya.

Kesudahan cerita ini Raihana dan Suffian bernikah juga walaupun cara pernikahan mereka agak tergesa-gesa dan diterima secara terpaksa oleh Raihana. Sedangkan Suffian sudah lama bersedia dan sanggup melakukan banyak perkara di luar dugaan untuk memenangi hati Raihana demi melupakan kenangan lama tentang bekas tunang yang telah meninggal.

Bagai terdesak, Suffian bertindak merogol Raihana. Kenapa ini berlaku?



Bagaimana pernikahan mereka berlangsung? Tonton jika sempat. Atau cari siri episod di website.




~...bila Mak Utih sudah pandai mengadu kepada Pak Utih tentang gerak rasa hatinya bahawa ada perasaan halus sudah terjalin antara HISYAM dan SERI BULAN, Pak Utih gelisah seperti demam tak kebah kerana selain anak dara Pak Imam, dua tiga orang janda muda lain juga sudah mula bercakap dan bergossip tentang HISYAM seolah-olah hanya dia seorang lelaki bujang di Kampung Separuh Desa...~









21 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Aqasa ok j ugak, dia nyanyi pun jiwang juga tapi Ayu raudhah, takat ni...belum ada yang menyentuh hati ni. Mungkin belum lagi...mana tau drama ni akan sentuh

    ReplyDelete
  2. betul2 watak wan ariffin tu mmg mcm xkena hu huu...tp xpe yg penting watak hero & heroin dia...

    ReplyDelete
  3. Lagu dia sedap2 AA.. i pun suka dia..

    ReplyDelete
  4. tak sempat nk tgk lagi kak
    lepas tentang dhia mcm takde mood
    nk tgk cite lain...letih menunggu..hihi

    ReplyDelete
  5. Salam
    Skrg kak tak tgk cerita 7-8 mlm.
    Novel tu ada dlm simpanan tak dh tak ingat jln cerutanya.

    ReplyDelete
  6. ANYSS:
    Kerana dlm novel digambarkan RAIHANA sebagai gadis kampung, jadi Ayu Raudhah yang berbulu mata pelesu, nampak pelik aih!



    QASEH SUHAIDA:
    Yup. Mujur watak Wan Ariffin tu cuma 2,3 episod saja, kan? Budak tu muda benor utk jadi watak tu.

    ReplyDelete
  7. AZIAN:
    Aqasha lepas kahwin, tambah hensem, kan?



    DATO’ LF:
    Menarik. Kisah kesungguhan seorang lelaki untuk mendapat isteri yang menepati citarasa.

    ReplyDelete
  8. ATI:
    Selepas drama Tentang Dhia, Kak Azie pun dok rasa drama selepas tu mungkin tak menarik. Tapi drama Gemersik Kalbu ni boleh tahan juga.



    MAMA JU:
    Sudah banyak saya baca tentang bantahan drama di TV3 yang disiarkan waktu Maghrib. Setakat ini tiada perubahan pun.

    ReplyDelete
  9. AzahAzie....konon-konon nak singgah sekejap baca-baca aje.. tiba-tiba terpandang entry ni...

    yerlaa... saya pun setuju... Watak Raihana tu tak sesuai untuk ayu raudah.. potongan badan dia nampak sangat dah menikah...hahhaha...bukan badan anak dara...

    saya pun baca buku ni dua tiga kali kerana sukakan jalan ceritanya.. tapi bila tengok drama terasa frust laa pulak.. banyak plot diubah...terutama bila tak ada watak guru sekolah menengah... hehehhe ... suka sangat plot cikgu bercinta dalam bilik guru...tapi tak ada dalam drama....oppsss nanti panjang komen hehehe...

    ReplyDelete
  10. FM pun setuju..
    x sesuai kan..
    dan oleh kerana itu, FM x tengok..huhuu

    =}

    ReplyDelete
  11. AA
    Tengok pada credit diakhir drama, lagu latar bukan nyanyian Aqasya.

    ReplyDelete
  12. kak,baru tau drama ni adaptasi dr novel rupanya yer. saya pun suka ikut cerita gemersik kalbu ni..bestla jln ceritanya.

    ReplyDelete
  13. CIKGU ROSLAINI:
    (Tak pernah orang panggil saya AzahAzie..hehehe)

    Sebenarnya kisah percintaan cikgu dalam bilik guru tu panjang... menjadi plot penting juga. Tapi tak didramakan.

    Mungkin susah nak cari bilik guru untuk dibuat shooting kot.

    ReplyDelete
  14. FATIN MRAZ:
    Kak Azie tengok sebab tu Kak Azie berani komplen! hehehe



    SOM:
    Oh ya ka? I tak baca pun tapi I tengok Aqasha dok nyanyi pegang gitar tu I ingat dia yang punya suara.




    NIEZA:
    Lately banyak betul drama yg ambil adaptasi novel. Kaya ler novelis sekarang.

    ReplyDelete
  15. betui kak.. sgt tak sheshuwai itu ayu raudhah, mintak maap taip! mlm td try juge nk feel time aqasha usha2 ayu mcm time zikir usha dhia.. tp takdek... yillek.. bo liao..
    o ye, terganggu juge dgn kerutan di kening ayu tiap kali dia bercakap serius. ngape ek?
    o ye ye, teman tak bace novelnye hehehe
    satu lagi last punye.. ayat purple bwh skali tu bace senapas semputttt kak oi ;)

    ReplyDelete
  16. bla tgk AR yg jd heroin trus x tgk tv

    ReplyDelete
  17. buku gemersik kalbu saya pun dah sememeh kak walaupun mmg dah berbalut plastik sbb berkali2 dok ulang2 baca.. one of my fav novel ni.. tp bila jalan cerita bertukar sesikit tu rasa tak berapa best sikit.. tp masih ok lagi..

    ReplyDelete
  18. AZEEDA:
    Ya lah. Kak Azie pun tak gemor tengok tiap kali AYU Raudhah suka kerut kening macam tuh.
    *Ayat akhir tu memang sengaja dibuat senafas!



    KHAIRIN:
    Amboiiii....



    HANIS AZLA:
    Novel ini terbitan 2005. Memang dah lama.
    Drama dia masih ok cuma banyak plot yang tidak dimasukkan.

    ReplyDelete
  19. salam kak,

    tak sempatlah nak menonton tv skrg ni lebih2 lg siaran waktu maghrib ni.
    sy beli novel je, incik hubby tanya dah ada kat tv buat apa baca novel lg? jawapan sy mudah, novel sy bleh baca bila2 masa je x yah tunggu airtime! hehehe
    menarik juga novel ni... x yah tunggu episod by episod di tv akhirnya sy tahu kenapa suffian buat kerja 'gila' tu... ;-)

    ReplyDelete
  20. saya setuju sangat2..watak aqasya memang kena ..nmpk kenakalannya...tapi sayangnya ayu raudhah mmg sy x leh terima dia jadi raihana..tp disebabkan sy peminat no. 1 anis ayuni so terima je la..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails